30 November, 2010

WORLD FASTEST & SLOWEST ANIMAL

******************** ********************
********************
~~HAVE FUN LEARNING~~

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 November, 2010

MACAM MANA NAK JADI IRFAN KHAIRI?

Semua orang tahu, Irfan Khairi merupakan JUTAWAN internet pertama di Malaysia dan juga JUTAWAN termuda pertama di Malaysia. Macam mana dia boleh berjaya dalam usia yang sangat muda iaitu 25 tahun tanpa melalui bantuan dari mana-mana pihak? Kalau ada antara anda yang pernah membaca buku2 yang ditulis oleh beliau atau mencari tahu mengenai beliau di http://www.google.com atau di http://www.irfankhairi.com/blog/ pasti sudah tahu perjalanan hidupnya dari sekolah rendah (waktu itu perniagaan awalnya adalah eskrim Malaysia) sehingga beliau menjadi satu nama gah di Malaysia (Pengasas Peoplepreneur Business School)

IK tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaannya kepada sesiapa sahaja yang mahu berjaya sepertinya, yang penting baginya mestilah mempunyai minat, jiwa yang kental dan bijak dalam apa sahaja kerjaya yang dilakukan.

Baru-baru ini saya dapat berkongsi sedikit tips daripada beliau, walaupun hanya dari panggilan telefon dan juga video streaming, ia sangat bermakna dan memberi impak kepada saya untuk terus berjaya. Kalau tidak 100% sepertinya, 80% InsyaAllah jika saya benar2 tekun dengan apa yang saya lakukan sekarang ini.

Bekerja makan gaji memang tidak menjanjikan kekayaan dan kesenangan, tetapi jika kita berniaga InsyaAllah kekayaan dan kesenangan akan menjadi milik kita kerana di dalam Al-Quran sudah menyebut, 9/10 dpr kekayaan adalah datangnya daripada perniagaan. Walaupun hanya kecil-kecilan tetapi pasti akan ada keuntungan.

Tips utama dari IK;

>> Tuliskan Impian dan Matlamat anda

Apa sahaja yang anda mahukan dalam hidup hendaklah dituliskan. Tetapi pastikan impian dan matlamat yang anda mahu itu mestilah yang BESAR agar anda akan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya. Jika salah satu daripada impian dan matlamat sudah terlaksana, bermakna anda telah berjaya. Dan setkan lagi matlamat yang lain yang LEBIH BESAR dari matlamat yang pertama. Anda juga digalakkan menyenaraikan matlamat anda seberapa banyak yang anda mahu dan penuhinya mengikut kemampuan anda.
(Fakta : Hanya 2% sahaja yang tuliskan matlamat)

Magic Question:
  1. Apa matlamat atau impian anda yang PALING HEBAT yang anda pasti dapat. Pastikan anda tidak mengarut, takut jadi angan2 Mat Jenin.

  2. Setkan di kalendar bagaimana anda luangkan masa anda. Tuliskan aktiviti harian anda, setiap waktu agar anda dapat meyemak balik sama ada anda telah menggunakan masa anda dengan perkara-perkara yang berfaedah atau tidak. Pastikan hari anda hari ini lebih baik dari semalam.

  3. Kalau sekiranya anda diberitahu, anda hanya tinggal 6 bulan sahaja untuk hidup. Apa yang anda akan lakukan. Pastikan anda lakukan benda terpenting sekali agar anda dapat pergi dengan aman.
Formula Kekayaan IK :
G.E.T R.I.C.H



  • Getup Earlier

  • Earn More Than U Spend

  • Trust Your Self

  • Resource Network

  • Invest Money & Idea

  • Charity

  • Habit
Getup Earlier
Berpagi-pagi; sudah menjadi amalan kita sebagai umat Islam untuk bangun seawal pagi untuk mendirikan Solat Suboh.


باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.'

Earn More Than U Spend
Sudah semestinya kita mesti berbelanja kurang daripada apa yang kita perolehi. Itulah Card Credit menjadi satu kepantangan. Jika kita mempunyai card credit sudah pasti kita akan menggunakannya. Jadi pabila kita sudah menggunaknnya secara tidak langsung kita menjadi seorang penghutang senyap. Sampai satu tahap, pasti tidak mampu untuk membayarnya.


Warren Buffett (3rd Richest in the World) said:
STAY AWAY FROM CREDIT CARDS (BANK LOAN)

> Money doesn't create man but it is the man who created money

> Live your life as simple as you are

> Don't do what others say, just listen them, but do what you feel good


Trust Your Self
Siapa lagi yang akan mempercayai anda jika bukan diri anda sendiri. Setiap apa yang anda ingin lakukan, anda harus percaya anda boleh lakukan dengan baik. Jika anda percaya anda boleh lakukan, pastinya anda akan menjadikannya sesuatu yang terbaik.

Resource Network
Cari rangkaian baru, maknanya kenalan baru yang boleh memberikan pulangan yang baru. Tapi anda hendaklah pastikan kenalan baru itu mestilah orang yang boleh dipercayai dan akan membawa anda ke jalan kejayaan. Mengenali orang-orang yang telah berjaya juga menjadi satu kelebihan kepada anda. Contohi beliau jika anda mahu berjaya sepertinya.

Invest Money & Idea
Jangan teragak-agak untuk mengeluarkan perbelanjaan jika anda mahu berjaya. Kelas-kelas motivasi juga perlukan pembiayaan. Kemudian, jika anda ada peluang yang baik untuk perniagaan, jangan teragak-agak untuk mengeluarkan modal. Tapi sebelum itu pastikan perniagaan yang anda hendak ceburi mestilah dalam bidang yang anda mahir. Curahkan segala Idea agar perniagaan yang anda langsungkan berjalan dengan lancar dan bernas.

Charity
Jangan lokek untuk menderma. Walaupun sedikit tetapi jika anda benar2 ikhlas, pastinya diterima Allah dan mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah, bersedekah tidak akan mengurangkan harta anda.

مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أمْوَٰلَھُمْ فِى سَبِیلِ ٱلله كَمَثَلِ حَبَّةٍ أنْبَۢتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنبُۢلَةٍ مِّاْئَةٍ حَبَّةٍۗ وَٱللهُ

یُضَٰعِفُ لِمَن یَشَآءُۗ وَٱللهُ وَٰسِعٌ عَلِیْمٌ ۝

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. (Surah Al-Baqarah: 261)

Habit
Kekalkan tingkah laku yang baik. Jadikan rutin harian anda consistant dan jangan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Jadi, kalau kita nak jadi kaya kita mestilah GET RICH. Nanti saya akan kongsikan lagi apa yang saya dapat dari IK. Seperti mana IK tak lokek, jadi tak adil kiranya saya lokek.

Langkah pertama saya dan anda adalah
TULISKAN IMPIAN & MATLAMAT
Kemudian, saya akan lakukan ssuatu yang penting dalam hidup saya SEBELUM TERLAMBAT.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 November, 2010

Skuad Hoki Malaysia di Sukan Asia 2010

TAHNIAH kepada SKUAD HOKI LELAKI MALAYSIA di SUKAN ASIA 2010 kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir buat pertama kalinya di Sukan Asia, menewaskan India pada separh akhir petang tadi. Malaysia akan menentang Pakistan yang dijadualkan pada hari Khamis ini.

Kredit kepada Amin Rahim yang menjaringkan Gol Emas di masa tambahan.

Doa kami bersamamu....

MALAYSIA BOLEH!!!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 November, 2010

Universal Studio Singapore

Semalam (21/11/2010) saya pergi bercuti di Pulau Singa (cheeewahhh, mcm jauh jewr). Seberang tambak je sebenarnya. Terkesima bila dengor ada Hollywood kat Singapore. Tu yang nak ninjau2 tengok apa yang bestnyer Universal Studio Singapore.

Dari JB naik bas jewr, senang, mudah dan murah. Bas ke S'pore ada jadual & tepat waktu, so kitorg choose jadual bas kul 8.00am. Kitorang tue actually 6 org jewr, termasuklah saya; Mizz Naema, Mizz Zaza, Cutiez Yana, Cutiez Ainul & o.c.a d photographer.

Tambang pergi dari JB trus ke USS RM5.00 jewr...tapi...tambang balik dari USS ke JB..... hurmmmm nak tau baper? S$5.00. Nampak sama tapi tak serupa yeaaa.... Masa kitorng pergi nie, tukaran wang asing RM-S$ 2.48, so maknanya kalau kita tukar RM100, kita cuma boleh dpt S$40.50 sbb money changer akan bundarkan terus 40.32 ke 40.50. Jadi jumlah tambang pergi dan balik kami cuma RM17.40. Naik bas terusssss jer ke USS, so kalau ada sesiapa nak pergi USS tue, takyahler nak bawak kereta. Park jer kereta anda di parking kereta yang tersedia, suggested kat sebelah Caltex berdekatan CIQ, cuma RM2.00 sekali masuk.

Sampai jer kat CIQ lebih kurang 9am, bolehlah nak ambil2 gambar ka luar USS dulu sebab USS buka pukul 10am.

Tiket skali masuk ke USS S$72.00 (RM180), dpt voucher makan S$5 dan voucher souvenirs S&5. Tepat pukul 10am pintu besi (actually pagar elektrik) USS dibuka dan kami apalagi, terus meluru masuk. Wahhhhhh....macam kat oversea. Dahler kebanyakannya mat saleh, terpana dibuatnya. Ala-ala kat Hollywood pulak. Masa kitorang berjalan menuju ke tempat team park pasti akan terjumpa watak-watak dalam filem seperti Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Woody Wood Packer, Madagascar, The Mummy, etc. Nak ambil gambar kena beratur, nasiblah kalau dapat. Dahler kat satu2 tmpat dia, diorang stay sekejap jer.



Firstly, kitorg main game yang simple2 jer dulu. King Juliens Beach Party-Go-Round


Pastu, sambung naik roller coaster Enchanted Airways kat Shrek Farm


Pengembaraan Far-Far Away diteruskan dalam Shrek 4-D Adventure


Lepastu, kitorang gi wetgame. Memang lencun ahh lepas main Jurassic Park Rapids Adventure. Tapi kitorg dah siap2 bawak poncho dari umah. Kat situ ada jual, material mcm plastic sampah, harga S$2.


Lepas tu sambung tengok live show kat Water World. Kat sini boleh pilih nak duduk tempat basah ker, percik air atau kering. Tapi kitorg pilih tempat kering jer. Nasib baik tak pilih kat bawah sebab memang betul2 kena simbah dengan air. Perghhhh...mat salih suka lah.


Dah kul 2pm...Lapar perut pulak....Yuk cari tempat makan. Baik2 banyak yang tak halal tau. So, kitorg sebulat suara pilih makanan Egypt kat Oasis Spice Cafe


Lepas makan kitorang jalan2 jer kat New York city, cuci mata lepas peru kenyang. Terjumpalah dgn watak2 ini:


Tengok wayang live plak; Light-Camera-Action; Hosted by Steven Spieldberg.

Lepas tu kitorang buat 1 round lagi kat USS nie. Hahaha pergi semula ke The Lost World, naik Dino-Soarin. Actually game ni sesuai utk budak2, tapi happening jugak.
Haaa...yang ni seram gile. Roller Coaster Revenge of the Mummy kat Ancient Egypt. Wahhh dah ler gelap, taktau mana hala tuju, terkejut2 plak tue, bagai nak gila menjerit.


Pastu jalan2 lagi kat Sci-Fi City yg lom bukak lagi. Ada roller coaster yg panjang giller, tengok jewr dah pening. Battlestar Galactica Blue & Red track. Perghhhhh....


Lalu lagi kat New York City. Hurmmm...beli 2 poison botel utk my kids. Hehehe as a souvenirs.

The last live show; Pantages Hollywood Theater tengok rock & roll musical. Best jugak, show 30min, tapi takleh take photo or video. Pengembaraan dah taman sebab dah pukul 6.30pm, sempatlah setengah jam nak beli souvenirs. USS tutup pukul 7pm, tapi nampaknya masa kitorang kuar lebih kurang 7.15 masih ada ramai orang kat dalam.

Untuk peringatan, sesiapa yang nak pergi kena bawa poncho sendiri, botol air kosong utk cibuk kat tandas, dlm toilet takde air guna tisu jewr, standby baju extra incase basah lencun macam Mizz Zaza & Cutiez Yana (coz diorg jewr yang salin baju), jangan pakai highheel penat or sport shoes nnti bau masam coz basah. Walaubagaimanapun, kami semua happy.....

Tamatlah pengembaraan. Kos jalan-jalan sebanyak RM300 termasuk tiket, makan, jajan, souvenirs ditanggung oleh En. Muhammad Rizal b. Ahmad (suami tercinta), terima kasih sayang.

o.c.a & s.l.r, thanks to both of u

TQ to Allah also kerana menjadikan langit cerah cantik menawan.


Lepas ni nak gi mana pulak yeaaa.......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 November, 2010

4 Peserta Akhir IDEA

Program realiti TV; IDEA:MALAYSIA INVENTORS’ CHALLENGE di TV3 dengan kerjasama dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), SIRIM Berhad dan PROTON dah nak sampai ke penghujungnya. Setiap minggu saya tak akan terlepas menyaksikan rancangan yang penuh dengan semangat ini. Kalau terlepas waktu siarannya pasti akan dapat di saksikan di tonton.com.my.

Dari awal siarannya iaitu pada 25 Sepember 2010, kita dapat lihat banyak idea-idea baru yang diketengahkan. Macam-macam idea, ada yang nampak mudah dan juga yang sangat complicated untuk diolah. Peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah, golongan cerdik pandai, orang perseorangan, dan jangan tak percaya ada jugak makcik-makcik joint pertandingan ini.

Idea MOSTI ini adalah untuk mewujudkan intelektual di kalangan rakyat Malaysia, melahirkan produk-produk buatan Malaysia yang bemutu tinggi dan berinovasi serta membawa produk Malaysia ke pasaran dunia.

Inilah peserta yang layak ke pertandingan akhir minggu hadapan. Agak-agaknya siapalah yang akan menang dan berjaya merangkul kejuaraan dengan hadiah yang sangat lumayan.

Tahniah dan selamat berjaya kepada :
1. IDEA Hanger Dryer
2. IDEA World Clock
3. IDEA Spare Tyre Presure
4. IDEA Pengutip Sawit






CIM: A Simple IDEA can change your life

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 November, 2010

JERAWAT!!!!!!!!!!!!!!!!

Adusssss....kenapalah ada banyak jerawat nie!!!!??? Ada pulak 2 ketul yg besor kat pipi dan dagu. Ni mesti sebab byk sangat makan udang, ketam, borak malam sampai pagi dah tue tak cuci muka. Almaklumlah baru habis raya, kumpul ramai2, banyak sgt citer. Huh!!! padan dengan muka aku!

Skang baru nak gelabah cari penawar. Kang picit berbekas pulak, apa petua yang mudah dan cepat erk...? Skodeng kat Google lah. Dengan gigihnya aku mencari info dan petua yang paling mudah sekali, dan inilah hasilnya. Harap2 berjaya, tapi nak buat yg mana dulu agak-agaknya...

PETUA HILANGKAN JERAWAT
  • Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari
  • Didihkan sebungkus daun teh (masih hijau), kemudian lekatkan ke jerawat.
  • Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu
  • Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
  • Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  • Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus
Mana agak-agaknya yg mejuarab erkkk? Ni jer yg nampaknya mudah dan senang.
Lat talilat laili tamplong...................


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 November, 2010

DAGING QURBAN KIFARAH DOSA

Assalammualaikum kepada semua ummat Islam di seluruh dunia.
Selamat Hari Raya Aidil Adha....rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kerana kita masih lagi didalam Hari Tashriq.

Semalam saya menghadiri majlis qurban lembu di Surau Taman Gembira, Johor Bahru (di kampung orang tua saya). Wahhh...ada 6 ekor, gemuk2 belaka. Alhamdulillah.... Sebenarnya baru tahun ni saya dapat menyaksikan kaedah dari awal hingga akhir proses penyembelihan. Sebelum penyembelihan dibuat, ustaz atau orang alim yang diamanahkan untuk menyembelih akan menyebut satu persatu nama individu yang berada dalam senarai lembu tersebut. Bila nama disebut, individu tersebut akan mengucapkan "Bismillahi Allahuakbar" dan dari pancutan darah pertama individu yang melakukan qurban hendaklah menyebut dalam hati "Bismillahi Allahuakbar" berulang-ulang kali sehingga pancutan darah yang terakhir. Tahun ini Ayah dan Emak saya juga ada melakukan Qurban. Alhamdulillah, Ayah dan Emak sememangnya sudah layak untuk melakukan satu daripada amalan Sunat Muakkat bersama.

Tetapi hari ini ada cerita yang tidak sedap didengar di kalangan jiran-jiran.

MENGAPA DIPERTIKAIKAN JUMLAH PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN???

Dan nukilan saya ini saya tujukan khas buat yang bertanya itu. Sedih saya mendengarnya, sungguh daif orang yang mempertikaikan hal ini. Tidakkah kamu tahu daging qurban itu adalah pengkifarah dosa orang yang melakukan qurban. Jadi kenapa harus dipertikaikan jumlah yang kamu terima? Tak malukah kamu bertanya dan tak malukah kamu memakan daging qurban yang dihadiahkan kepada kamu yang sepatutnya menjadi hak fakir miskin dan anak-anak yatim?

Ya memang benar ada terdapat 6 ekor lembu yang gemuk-gemuk dan sihat. Dalam fikiran kamu yang bertanya, pasti akan ada banyak daging hasil dari 6 ekor lembu itu. Tapi, tidakkah kamu berada di tempat penyembelihan pada saat lembu-lembu itu ditumbangkan? Tidakkah kamu nampak apa yang sebenarnya berlaku di situ? Tidakkah kamu terfikir dari apa yang kamu nampak dan lihat, bagi setiap ekor lembu yang ditumbangkan ada pelbagai ragam dan masalah?
ITULAH KIFARAH DOSA NAMANYA...




Jika yang bertanya dan yang mempertikaikan itu tidak berada di surau sewaktu penyembelihan, ingin saya bercerita serba sedikit beberapa kejadian yang berlaku. Ada 6 ekor lembu yang gemuk-gemuk dan sihat. Lembu-lembu itu ditumbangkan satu persatu mengikut turutan A hingga F. Antara lembu-lembu tersebut ada yang sangat mudah ditumbangkan, ada yang meronta-ronta mahu melepaskan diri, ada yang menendang-nendang sehingga mencederakan orang ramai, ada yang mendegus bengis dan ada juga yang lambat hayatnya walaupun darah sudah berhenti mengalir dari rongganya. Menurut kata Ustaz, itu merupakan salah satu tanda menunjukkan sifat peribadi individu yang melakukan qurban. Tapi kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana nama yang ada dalam kelompok senarai qurban lembu itu. Hanya individu itu sendiri yang tahu apakah dosa dan kelakuannya yang menyalahi disisi agama.

Begitu juga selepas setiap seekor lembu ditumbangkan, dagingnya akan dilapah untuk dibahagi-bahagikan. Keenam-enam daging lembu tidak boleh dikumpulkan, setiap sekor akan dilapah berasingan untuk menentukan jumlah keseluruhan daging yang dapat dikumpul. Dan disitu juga kita dapat lihat, walaupun saiz keenam-enam lembu nampak sama sebelum disembelih, tetapi jumlah daging tidak mungkin akan sama. Ada antara keenam-enam lembu itu mendapat jumlah daging yang sangat sedikit manakala selebihnya hanyalah lemak dan najis, tetapi adapula lembu yang tidak mempunyai najis sedikitpun dan jumlah daging yang dapat dikumpulkan menghampiri jumlah 2 ekor lembu lain. Ada juga lembu yang ditumbangkan awal, tetapi mengambil masa yang lama untuk menyiapkan proses melapah, menimbang dan membungkus.







Walaubagaimanapun, Alhamdulillah....Lembu Ayah dan Emak tidak banyak masalah. Terima kasih kepada anak-anak ayah (Najib & Nawawi), menantu-menantu ayah (Rizal & Zulkifli), Macha, Pak Yem dan anak-anaknya dan juga tenaga-tenaga kerja yang superb.

Ada juga beberapa kejadian yang telah berlaku ketika proses melapah selepas lembu ditumbangkan. Saya tidak akan menyebut nama siapa yang menerima musibah, ini hanya menjadi renungan pada pembaca sekelian.

Salah seorang yang melakukan qurban telah terbelah tangannya semasa proses melapah. Yang menjadi lebih haru apabila yang menghiris tangan tersebut adalah anaknya sendiri. Tetapi tindakan pantas seorang daripada kami telah mengunyah daun senduduk yang dipetik berdekatan dengan tempat kejadian dan terus ditekapkan ke tangan mangsa untuk memberhentikan darah.

Satu kejadian lagi apabila seorang daripada kami yang datang hanya untuk membantu telah terpijak paku karat ketika sedang sibuk melapah. Semua tidak menyangka bagaimana boleh ada paku yang melekat pada kayu di tempat melapah sedangkan jemaah masjid telah melakukan gotong-royong membersihkan kawasan surau sehari sebelum Aidil Adha.

Kejadian lembu terlepas dan mati juga bukan asing lagi. Tahun lalu kejadian belaku di Surau Taman Gembira juga, seekor lembu yang sedang menunggu untuk diqurbankan telah ditemui mati di dalam longkang. Yang menjadi pelik, lembu itu diikat kuat dan rapi serta diletakkan di dalam pagar surau. Dan ini satu peristiwa yang telah terjadi 2 tahun yang lalu di Taman Oren, Tiram dimana lembu yang mahu disembelih terlepas dari tambatan. Puas dicari tetapi tidak berjumpa. Lembu yang hilang itu sebenarnya dihajatkan untuk diqurbankan pada seorang yang telah meninggal dunia. Menurut ulama, orang yang telah meninggal dunia tidak sunat dilakukan qurban. Lebih elok duit tersebut digunakan untuk upah haji simati.

HANYA ALLAH S.W.T. SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI SEMUA RAHSIANYA.

Bagi yang mempertikaikan jumlah daging qurban yang diterima, mengucapkanlah syukur terlebih dahulu. Rezeki ditentukan oleh Allah s.w.t. kita tidak berhak mempertikaikannya. Seharusnya kamu berfikirlah sejenak, kenapa kamu menerima jumlah yang sedikit, atau kenapa dalam bungkusan daging itu 3/4 daripadanya hanyalah lemak, atau daging yang kamu terima tidak boleh dimakan kerana secara tidak semena-mena peti sejuk tempat penyimpanan anda tiba-tiba rosak. Buangkanlah sikap tamak dan haloba dalam diri anda. Ingatlah, masih ada yang sebenarnya lebih berhak menerima daging-daging qurban tersebut daripada anda. Ada juga yang hanya menjamah daging setahun sekali itupun cuma secebis di Aidil Adha, sedangkan kamu boleh makan dagang setiap hari jika kamu mahu.

Bacalah tatacara melakukan qurban di sini: http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg06643.html
Anda juga boleh mengetahui cara pembahagian daging qurban yang sebenar di sini: http://tayibah.com/eIslam/qurban.htm

Renung-renungkan....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 November, 2010

Gambar2 ni aku dapat dari seorang Pak Sedara yang bekerja sebagai Juru Pelan di Arab Saudi. Saja nak kongsi dengan kawan2... Jom tengok keadaan Mekkah 12 tahun lagi.


Makkah-Al-Mukkarrma after 12 Years

Electric Trains will be started Next Year from Haram to Mina, Mina to Muzdalifa, Muzdalifa to Arafat..
Holy kaaba'a Mataaf Covered with 4 umbrellas


Haram Mosque will Look Like This After Three Years

A big housing project started near the Holy Haram


Tallest building starting in Jeddah K.S.A World 2nd

Madena Haram Masque After four Years

SELAMAT HARI RAYA HAJI
SELAMAT MENUNAIKAN HAJI MABRUR BAGI SEMUA JEMAAH HAJI DI TANAH SUCI
AMIN.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 November, 2010

PENGORBANAN : KAMI RINDU KAMU

Beberapa hari lagi semua umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Pengorbanan iaitu Hari Raya AidilAdha atau biasanya kita panggil Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban. Dan disaat ini, lebih 2juta Jemaah Islam seluruh dunia sedang berkumpul di Tanah Suci Kota Makkah.

AidilAdha merupakan satu peristiwa pengorbanan teragung di mana Ummat Islam merayakan AidilAdha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi di mana kemenangan bukan sahaja terkandung dalam Ibadah Haji itu sendiri, tetapi lebih dari itu iaitu mempunyai hubungan dengan beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun Hijrah.

Pada tahun ke-9 Hijrah, Kota Makkah telah diisstiharkan dengan rasminya sebagai Tanah Haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang-orang musyrikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram. Serentak dengan ketetapan ini, Kota Makkah dan sekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan Kalimah Tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

AidilAdha sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tingi nilai darjatnya dengan AidilFitri. Seluruh Umat Islam akan bertakbir bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang ke-4 iaitu pada 13 Zulhijrah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir, Ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut.

Sejarah Pengorbanan Teragung tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sahaja, tetapi iainya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi. Pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya dalam memepertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tetapi mereka juga mengorbankan nyawa. Tiada pengorbanan yang lebih agung dan utama daripada pengorbanan nyawa dan darah.

Hari Raya Qurban juga dikaitkan dengan peristiwa pengorbanan dua insan mulia Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail di dalam mentaati perintah Allah S.W.T.

AidilAdha tahun ini mengingatkan aku pada seseorang yang sangat aku sayangi. Beliau ialah abangku sendiri Almarhum Hj. Mohd. Nazri b. Ismail yang telah kembali kerahmatullah pada 6 tahun yang lalu iaitu pada 20.04.2004.

Pengorbanan yang dilakukan kepada kami sangat besar ertinya dan akan dikenang sepanjang zaman. Walaupun abang tidak mengorbankan dirinya sendiri, tetapi bagi kami dia telah membuat pengorbanan yang besar ertinya pada kami 4 beradik, pada ayah dan yang paling utama pada mak.

Abang telah terkorban dalam satu kemalangan langgar lari ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja, dalam lingkungan waktu 7.45 - 8.00 mlm. Menurut kata kawannya yang sama-sama bertugas, abang sempat menunaikan solat Maghrib dahulu sebelum pulang. Sekelip mata saja abang meninggalkan mereka, mereka terdengar satu dentuman kuat lebih kurang 200 meter dari tempat mereka bersembang, guard memberitahu ada kemalangan berlaku, mereka terus berlari ke tempat kejadian. Tak disangka-sangka rakan mereka yang sipanggil sebagai Megat sedang mengerang kesakitan di bawah sebuah kereta kancil bewarna merah hati. Pemandu kereta kancil itu tidak diketahui telah lari ke mana.

Berita yang kami terima melalui panggilan telefon sangat mengejutkan dan memeranjatkan seluruh ahli keluarga dan kenalan. Sekelip mata saja berita pemergian abang telah tersebar dan sekelip mata juga rumah kami telah dipenuhi kaum keluarga jauh dan dekat serta rakan-rakan kenalan. Kami sekeluarga diarahkan dan dinasihatkan agar duduk diam sahaja di rumah sementara rakan-rakan arwah di Terengganu menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dengan segera.

Tepat pukul 10.00 pagi, rombongan membawa jenazah arwah selamat tiba diperkarangan rumah kami. Suasana pilu dan hiba menyelubungi wajah-wajah semua insan yang sangat sayang kepada arwah. Semasa hanyatnya arwah, sangat baik dan dikenali dengan sifat-sifat terpuji dalm dirinya. Arwah tak pernah sekalipun meninggikan suaranya kepada mak dan ayah. Jika mak marah atau melarang dia lakukan sesuatu yang mak tidak sukai, arwah hanya diam sahaja dan sambil tersenyum dia berlalu hanya selepas mak menamatkan leterannya. Arwah tidak pernah meninggalkan solatnya, dan kalau tertinggal dia pasti akan melakukan solat Qada' menggantikan solatnya yang tertinggal. Aku masih ingat, cara arwah mengejutkan kami adik2nya bangun tidur untuk solat subuh. Arwah akan menarik2 sambil cuba mematahkan ibu jari kaki kami atau menekapkan tangannya yang sejuk selepas berwuduk kepipi kami. Kalau kami tak bangun juga selepas dia selesai menunaikan solat subuh, pasti kami akan mendapat hukuman yang lebih berat. Arwah akan melibaskan hujung sejadahnya kekaki kami. Masa tu barulah kami akan bangun kerana libasan tu sangat sakit. Anda pernah kena tak? Kalau nak rasa, cubalah suruh seseorang lakukannya kepada anda.

Arwah juga sangat aktif bersukan. Tetapi ada satu peristiwa berlaku di padang permainan perumahan kami. Arwah ditangkap kerana bertumbuk dengan seorang rakan yang pada ketika itu mereka tinggal bersebelahan dengan rumah kami (Kalau anda adalah dari kalangan kenalan kami sewaktu kecil, pasti teringat cerita ini dan tahu siapakah budak lelaki itu sebenarnya). Punca pergaduhan adalah kerana budak lelaki itu mengejek2 nama ayah kami. Arwah sangat marah jika orang mengejek2nya dengan nama bapak, biasalah pada ketika itu budak2 suka main nama bapak ataupun menyebut perkataan 'kepala bapak kau'. Di sebabkan hal itu, mak telah melarang arwah abang peri bermain bola dengan rakan2nya di padang. Abang menurut kata mak, setiap petang dia tidak lagi keluar bermain bola di padang permainan kami tetapi hanya duduk dirumah saja ataupun mengikuti aktiviti sukan bersama rakan sekelasnya di tempat lain.

Selepas peninggalan arwah abang, kami benar2 merasa kehilangan. Tiada lagi kasih abang, tiada lagi sentuhan pipi dari abang, tiada lagi sms2 membina dari abang, tiada lagi panggilan2 misteri dari abang (abang suka bergurau). Ucapan terima kasih kepada abang yang telah meyakinkan aku supaya berkahwin dengan suamiku ketika ini. Suamiku dari kaca mata abang, aku tidak pasti, tetapi arwah sangat menyenangi bila aku berkawan dengan suamiku suatu ketika dulu. Katanya 'itulah jodoh kamu'.

Selepas peniggalan arwah abang, kami sangat2 terkejut kerana abang meninggalkan sejumlah wang yang banyak termasuk insurans diri dan insurans yang diberikan oleh pihak Petronas dan juga mewariskan ibu sebagai penerima pencen illat setiap bulan selagi hayat mak masih ada. Walaupun abang sudah tiada, tetapi beliau masih berbakti kepada kami semua, pada ayah, pada emak. Arwah pasti berbangga bila kami berjaya membeli rumah di sebelah rumah kami kerana beliau pernah menyimpan angan2 untuk membeli rumah sebelah itu untuk membesarkan rumah mak ayah yang sedia ada. Angan-angan arwah telah menjadi kenyataan, angan2 yang dari awal punca sebenarnya kerana membalas dendam dengan budak sebelah itu kini bukan lagi angan2 mat jenin.

Pengorbanan Arwah Abang memberikan kesenangan kepada kami sekeluarga. Walaupun arwah pergi untuk selama-lamanya tetapi kenangan bersamanya tetap segar dalam ingatan kami.

Terkorbannya seorang anak, seorang abang, seorang sahabat menjadi pengorbanan bermakna buat semua.....

Al-Fatehah untuk seorang anak yang dirindui, seorang abang yang disayangi, seorang sahabat yang dikasihi, seorang insan yang diredhai.....Almarhum Hj. Mohd. Nazri b. Ismail



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 November, 2010

4 GOLONGAN LELAKI

Pada ketika renggang, saya menyemak-nyemak email terdahulu yang entah berapa kurun lama saya tak terbaca dek terlampau banyak sangat email yang masuk ke dalam mailbox yahoo. Tiba-tiba terbaca satu email yang sangat menarik perhatian. Tajuknya "4 golongan lelaki di akhirat kelak"

Suka pula saya berkongsikan info ini pada rakan-rakan terutamanya pada suami saya, adik-adik lelaki saya, abang-abang ipar saya dan tak lupa ayah saya sendiri.

Maka diriwayatkan, ketika akhirat nanti akan ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.. kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Subhanallah....janganlah kamu tergolong dalam lelaki-lelaki yang nantinya menjadi bahan bakar dalam neraka jahannam.....Amin.....

RENUNG-RENUNGKAN, DAN SELAMAT BERAMAL
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 November, 2010

RAHSIA BERPANTANG 44 HARI

Rakan saya (Zurra Cantek) bertanya secara tiba-tiba dilaman facebooknya, “kenapa org selalu kate...SIMPANG MALAIKAT 44... ape maksud dier??” Jadi saya terpikir, apa kata menjadikan tajuk “44” sebagai catatan terbaru saya di blog yang tercinta ini.

Tapi, saya tak mahulah cerita pasal selisih simpang 44….uihhhhh….seram….selisih malaikat 44. Apa kata kita cerita pasal 44 hari menempuh waktu berpantang selepas bersalin kerana saya sudah megalaminya sebanyak 2 kali.

Sebenarnya, saya sendiri tidak pasti sebelum ini mengapa tradisi berpantang 44 hari mesti diamalkan selepas bersalin oleh masyarakat Melayu. Jadi, saya terus mencari bahan yang boleh digarapkan agar apa yang saya tulis nanti merupakan sesuatu yang fakta bukan mengarut. Terjumpalah saya di google search sebuah buku iaitu ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakah,2007:196). Menurut pembacaan saya dari buku ada rahsia di sebalik angka 44 di sudut ilmu dan tradisi Melayu.

Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.

Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.

Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib.

Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.

Tempoh pantang bagi yang keguguran pula bergantung kepada usia kehamilan. Bagi yang keguguran di usia kandungan antara 2 minggu hingga 3 bulan,perlulah berpantang selama 30 hari. Di usia kandungan 4-5 bulan, pula berpantang selama 40 hari dan di usia kandungan 6 bulan dan ke atas , jumlah hari berpantang adalah 44 hari.

Ibu keguguran perlu elakkan makanan berangin seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Makanan yang sejuk dan menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun dan buah-buahan yang sejuk seperti betik, ciku, langsat,duku, macang,kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu juga harus dijauhi. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardine, pari dan makanan laut seperti udang, sotong,kerang, belacan, budu, cencaluk, ikan masin turut ditegah.

Mak aihhhhh….komplikatednya kalau nak diikutkan dari ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ ni. Waktu berpantang saya juga selama 44 hari, lebih kurang sama dengan apa yang ditulis. Dan apa yang saya makan juga lebih kurang sama kerana makanan saya dipantau oleh emak dan seorang ibu (bidan) yang menjaga saya selama 2 minggu. Tapi selepas hari ke 15, ibu akan datang sekali sekala untuk menjenguk saya dan bayi.

Walaupun petua pantang larang kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, ada bukti yang menunjukkan ibu yang melanggar pantang larang ini mendapat alahan seperti sakit bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, alahan kulit dan cuaca serta mudah letih.

Rutin pemakanan saya adalah termasuk meminum jamu dan air ubat periuk yang mengandungi rempah herba akar kayu pelbagai. Pemakaian barut dan bengkung juga penting selepas perut dilumur kapur dan limau di bahagian perut dan disapu param seluruh badan. Urutan seluruh badan didahului sebelum pemakaian bengkung. Kaki perlu disarung stokin,dahi pula dilumur pilis dan rambut diikat kemas dan ketat. Memang buruk rupa dan baunya sewaktu berpantang,salah satu tujuannya dikatakan supaya suami tidak rasa teringin mendekati. Tapi, saya rasa semasa saya berpantang takdalah sampai buruk rupa, suami pula cakap saya berbau harum (tapi tak tahulah itu ikhlas ke tidak)



Itulah serba sedikit pantang larang yang dapat diamalkan,ada beberapa lagi perkara yang tidak saya coretkan di sini. Wallahualam!

Apapun, setelah meneroboh ke dalam Ensiklopedia Perbidanan Melayu terbitan Utusan Publications, saya fikir semua wanita harus dimiliki naskah ini, khususnya yang sedang merancang untuk hamil,sedang hamil atau yang telah melahirkan. Ia mengandungi 8 bahagian merangkumi sejarah ilmu perbidanan, proses kehamilan,proses kehamilan, proses kelahiran, kaedah rawatan intensif,menyambut kelahiran bayi,ketidaksuburan dan keguguran dan disertakan glosari,senarai doa dan senarai tumbuhan dimuatkan dalam 343 halaman.

Rindunya nak berpantang lagi……….




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 November, 2010

CHANTEK lirik lagu yang CANTIK

Tertarik aku mendengar lagu dari Altimet berkoleberasi dengan Adeep Fabulous Cats yang berjudul Chantek. Walaupun lagu ni dah hampir 2 tahun ke udara, tapi ia tetap menjadi siulan sehingga kini. Setelah diamati bait liriknya satu-persatu, ternyata lagu ini mempunyai sentuhan yang amat halus. Sesuai untuk didendangkan oleh pasangan yang hangat bercinta dan sedang menuju ke arah alam rumahtangga. Lebih-leih lagi si jejaka yang sedang dalam pencarian mencari si gadis yang memenuhi ciri-ciri wanita pilihan sesuai dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

Jom kita dengar lagunya...

Papap parap..

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apa kata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa..

Ohh chantek…
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga..

Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka

Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa..

Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya..

Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab lima waktunya..

Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman.. Mekar…

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa…

Oohhh chantekk..
Sungguh aku cinta kamu

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua

Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa

Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu

Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahnya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman.. Mekar…

Chantek…
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa…

Ohh chantek…
Sungguh aku cinta kamu…



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget