08 May, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada minggu pertama May. Dan inilah harinya....

Semua orang ada ibu, bezanya hanyalah ada yang masih boleh memeluk erat ibunya, ada juga yang hanya mampu mendoakan ibunya dari kejauhan, tapi ada juga yang tidak tahu siapa ibu mereka. Walaubagaimanapun, siapa ibu kita sama ada ibu kandung, ibu angkat, ibu mertua, ibu tiri, mereka tetap ibu dan layak untuk diucapkan SELAMAT HARI IBU....

Walau ibu ada berbagai2 ragam...suka marah, suka bebel, suka rotan, tapi jangan lupa kerana ragam itulah kita menjadi manusia yang berguna. Ibu marah sebab ibu sayang, ibu bebel sebab tak mahu kita tersalah arah, ibu rotan kerana memberi pengajaran. Sebagai anak kita harus terima itu semua, kerana pasti suatu hari nanti, ketika ibu sudah tiada lagi, ragam2 itulah yang akan mengusik juwa kita. Dan jika suatu saat nanti kita tersalah memilih arah, pasti bebelan ibu itu menjadi bahan rujukan...owhhh padanlah ibu kata begini...owhhh padanlah ibu tak kasi aku begitu...hurmmm kalaulah aku dengar cakap ibu .... tapi bila suatu 'saat' itu terjadi, pasti sudah tak guna untuk menyesali.

Naluri seorang ibu, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Seboleh2nya ibu pasti mahu menyenangkan anak sendiri. Sedaya upaya ibu pasti akan melakukan segalanya untuk memastikan anak2nya terbela. Tapi alangkah sedihnya jika pengorbanan ibu tidak satupun dihargai malah diungkiti oleh anak yang tak mengenang budi.... Janganlah sampai kita menjadi seperti Ali. Nauzubillahminzalik.....

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu...peluklah ibumu dan katakan sayangmu padanya, bisikkan cinta mu ketelinganya, kucuplah pipi ibumu selagi darah mengalir diwajahnya. Gembirakan hati ibumu kerana senyuman dalam jiwanya akan membawa kamu ke Syurga...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

2 comments:

Azian Elias said...

Mak akak suka sangat cium aka dan adik2. even menantu.

rasa pipi mak ni lembuttt je kan..

miss dia lahhh..

RIZZNA said...

Btul tue Kak Yan, pipi ibu ni lembut sbb darah yg mengalir di wajahnya penuh kasih sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...