Terperanjat dengar berita ini....sangat terkejut, di saat melihat Berita Terkini di TV3, air mata terus menitis. Ya-Allah...ampunkanlah dosa anak2 ini dan juga ampunilah dosaku. Di saat anak2 ini sedang bertarung nyawa di bawah timbunan tanah, batu dan lumpur, di saat itulah aku sedang bergelak ketawa menonton wayang (Filem Kongsi)... Astaghfirullahhalazim...
Macam mana boleh runtuh?
Kenapa buat rumah tu di lereng bukit?
Tak ada aduan ke sewaktu runtuhan2 kecil berlaku?
Kenapa semua mangsa adalah anak2 itu?
Di mana guru mereka saat itu?
Banyaknya soalan...kalaulah saya berada di kawasan berdekatan, InsyaAllah saya dan suami akan bergegas ke tempat kejadian memberikan bantuan. Kalau boleh kita menghulurkan tangan kepada mereka, kita tak akan rugi, kerana di situ ada janji Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Perkara dah berlaku. Bila Allah menyeru Kunfayakkun....tak siapa boleh mengelaknya. Itulah yang dinamakan suratan. Semoga ini akan menjadi pengajaran buat kita. Untuk anak2 yang masih selamat itu, berikanlah mereka rawatan yang sewajarnya. Pastikan mereka gembira...
"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap"
Sesungguhnya yang pergi seramai 16 orang itu telah Syaheed di sana dan aman mengadap Ilahi.
Mood : Sedih... Al-Fatehah
5 comments:
Dikatakan dalam quran, sebanyak 23 kali di sebutkan perkataan yatim.
Kalau boleh kita cuba menghulurkan tangan untuk bantu mereka. Kita takkan rugi. Kerana di situ ada Janji Allah swt dan Rasulullah saw.
Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.
Ancaman Allah swt jika kita buat benda yang tak baik dengan anak yatim. Di antara dosa dosa Besar adalah Apabila kita makan harta Anak Yatim. Harta anak yatim ni afdal.
Jangan demikian, (sebenarnya kata- kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya) Surah Adh-Dhuha Ayat 9
Jgn lah terlalu kedekut sehingga nak derma singgit pun tak boleh. Allah akan balas anda 10 kali lebih besar dari apa yang di dermakan. Dan jgn pula kita mengharapkan balasan dunia. Harapan kita adalah balasan di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah)
Mendoakan semoga roh-roh mangsa yang terlibat ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
Post a Comment