12 November, 2013

Berhati-hati Bila Berkata

Assalammualaikum....selamat malam.

Mood sedang meneman en.hubby menyiapkan assignmentnya sambil layan FB, Twetter, IG, Wasap, Weechat dan Blog (nampak tak kelalailan saya disitu?), banyak yang menarik malam ni antaranya ;

1. Isu saya pelupa - yang tahu tu jangan gelak
2. Isu KJ & CT - saya sokong KJ
3. Isu Pakcik Majid - saya terharu
4. Isu Ben10 tarik diri - untungla sign dengan JDT, tak kena saman
5. Isu Johor nak cuti Jumaat dan Sabtu macam dulu-dulu - taknak komen sebab tak confirm lagi
6. Isu esok dan lusa - ehhh yang ni tak berapa popular

Antara trendding di atas saya benar- benar teruja dengan Pakcik Majid dan nazarnya. Yang mengutuk mengeji tu lebih baik semak diri sendiri. Allah Lebih Mengetahui Segalanya. Sekurang-kurangnya Pakcik Majid tidak berkata yang sia-sia dan dia berjaya menunaikan nazarnya. Mungkin Allah nak beri rezeki Pakcik Majid untuk ke Tanah Suci dengan cara ini. Rahsia Allah sukar disingkap.


Lebih baik diam daripada berkata hal-hal lagha dan bernazar dengan perkara yang sia-sia. Untuk adik-adik yang bernazar bukan-bukan tu.... nak *$%&;#* kalau ni kalah, nak &;$#%;-+ kalau dia pergi akhir....ishkkk ishkkkk, sepatutnya malu dengan Pakcik Majid. Yang you all canang-canangkan tu larat ke nak buat???


Ingat!!!! Tiada satu patah katapun yang kita ucapkan luput dari pendengaran Allah. Tiada satu patah katapun yang diucapkan kecuali pasti memakan waktu. Tiada satu patah katapun yang kita ucapkan kecuali dengan sangat pasti harus kita pertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT. Maka, sebaik-baik dan seberuntung-beruntungnya manusia adalah orang yang sangat mampu memperhitungkan dan memperhatikan setiap kata yang diucapkannya. Sungguh, alangkah sangat beruntungnya orang yang menahan setiap kata-kata yang diucapkannya, alangkah sangat beruntungnya orang yang menahan diri dari kesia-siaan berkata dan menggantinya dengan berzikir kepada Allah.

Berkata sia-sia membuang waktu sedangkan berfikir membuka pintu hikmah. Maka, alangkah beruntungnya orang yang kuasa menahan lisannya dan menggantinya dengan berzikir. Berkata sia-sia mengundang bala, berzikir kepada Allah mengundang rahmat. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap ucapan Bani Adam itu membahayakan dirinya (tidak memberi manfaat), kecuali kata-kata berupa amar ma’ruf dan nahi munkar serta berzikir kepada Allah azza wa Jalla" (HR. Turmudzi).

Setiap manusia diberi modal oleh Allah dalam mengarungi kehidupan ini. Modalnya adalah waktu, dan seberuntung-beruntungnya manusia adalah orang yang memanfaatkan waktunya untuk keuntungan dunia dan akhiratnya, sedangkan sebodoh-bodoh manusia adalah orang yang menghambur-hamburkan modalnya (waktu) tanpa guna. Setiap kali kita berbicara pasti menggunakan modal kita, iaitu waktu. Maka, sebenarnya kemuliaan dan kehormatan itu dapat dilihat dari apa yang diucapkannya. Allah SWT berfirman : “Amat sangat beruntung, bahagia, berjaya, orang yang khusus dalam solatnya, dan orang yang berjuang dengan sungguh-sungguh menahan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia.” (QS Al Mu’minun 23: 1- 3), subhanallah.




Sentap saya tengok Pakcik Majid, bersungguh-sungguh. Sedangkan saya berjalan berpuluh langkah sepanjang hari hanya jalan-jalan saja-saja ke Singapura Ahad lepas dengan geng Jemah. Sungguh tidak bermanfaat, tapi....bila difikirin, ianya bukanlah perbuatan yang sia-sia demi persahabatan, ku harung juga.

Hurmmm.... nak tebus balik, lebih baik puasa, menahan nafsu-nafsi...puasa dari kata-kata lagha dan sia-sia. Esok dan lusa, ada ganjaran juga untuk kita, itu yang Allah janji.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

jeBateja said...

Saya pun...antara KJ dan CT...saya sokong KJ...FAM menghabiskan duit pembayar cukai jerk....walaupun saya sy bkn penyokong KJ

Emi said...

Hai akak , singgah blogwalking sini.

Erm, pasal Pak CIk Majid punya nazar tu, apa nazar dia? Huuu...mcm menarik. Tapi sy mcm tertinggal pulak cerita ni. Tak tahu pun..heeee

Anonymous said...

baru nak g cari cerita penuh PC majid tu hehehe

chintaliza said...

saya pun sokong KJ, untungkan pakcik majid, bernazar pastu dapat pergi umrah dengan free.. best kan.. terharu dengan kegigihan pakcik majid..

Shahrul Yusof said...

Pasal pakcik Majid tu, siapa yang true minat bola boleh faham macam mana dedicated nya orang bila dah minat dengan bola.

BM said...

Bila dah bernazar...perlulah di tunaikan. Dia yakin dengan kemampuannya...sebab itu dia buat nazar tu. Dan kini Allah beri di ganjaran...Dapat free pergi umrah!

Kekzamanis said...

Kuat betul kudrat pakcik Majid ni kan? Rasa malu plak ngan diri sendiri yang jauh lebih muda berbanding pakcik majid ni.. Jalan sikit dah mengeluh penatlah sakit kaki lah itulah inilah.. Huhu..
http://miezashaklee.blogspot.com

Unknown said...

byk isu ye...pakcik majid kuat semangat...kj n ct? hihhihi

Unknown said...

isu akak pelupa tu deqla ada baca status tu diam2.. like sambil gelakkan je la..dlm hati..hihihi...sokong KJ gak..yg lain2 xtau nak komen apa..sbb x tahu menahu.. ;p

Unknown said...

semlaam tgk pak cik majid kat tv
alhamdulillah sampai dah dia. byk penyokong yg sambut dia semalam

Miss N™ said...

rezeki pakcik tu..setengah org berkata2 tu sekadar suka2..diorg tak fikir baik buruk...

bila org buat benda elok..ramai pula yg kata bukan2...

kayyana said...

saya pun sokong KJ,.. hahahaha..

Azlan Strider said...

isu johor nak cuti tu agak menarik..i wonder how information that classified boleh spread kat social media..hurmm...

Regards,
-Strider-

Cik Ai said...

sbb tu sblm nk bernazar kita kena pikirkan baik buruknya..kalo bernazar yg baek..pahala dah tentu sbgai ganjarannya kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...