24 November, 2013

Hari Yang Indah

Assalammualaikum.....


Salam hari minggu. Hari ni ahad, saya masih bercuti menyambung cuti sejak Jumaat yang lalu. Hujung minggu kali ni sangat best....saya menghabiskan sisa-sisa cuti hari Ahad yang berbaki 5 hari lagi yang kesemuanya dalam bulan Disember 2013 sebab tahun depan, dah takde cuti hari Ahad lagi. Hari Jumaat yang lepas adalah percubaan mengharungi cuti hari Jumaat bagi Negeri Johor dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, seawal 12 tengahari berdedai lelaki muslim bertaburan dibumi Allah melangkah menuju ke masjid-masjid dengan berbaju melayu dan berkain pelikat sambil meminpin anak-anak masing-masing. Nahhh...senario seperti inilah yang bakal dilihat setiap minggu di tahun 2014. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah ke atas pengishtiharan baginda Sultan Johor. Moga menjadi ikutan kepada negeri-negeri yang lain.

Semalam puteri baru kami Qisha Nur Jasmin telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Saya sekeluarga kesana bersama bonda dan adinda iaitu daddy kepada Jasmin untuk proses discharge. Alhamdulillah, Jasmin dan Mama Nina (ehhh sama nama saya pulak, acaner tue?), dah selamat berpantang di Pontian selama 2 minggu. In Sha Allah, 2 minggu lagi akan kembali ke rumah agam kami.



Comel tak Jasmin?

Kemudian, dah selesai di Hospital Colombia Asia, saya dan suami terus menuju ke bengkel kereta di Lorong Pemuda, Kampung Melayu tempat kami hantar our BabyBlue semalam.



Ehemmmm...

Haaaa....seperti yang dicanangkan, ada sesiapa tak berminat nak teka berapa charge baiki semalam. Kluenya saya ada cerita dalam entry saya; http://www.cintaitumisteri.blogspot.com/2013/11/awasi-temperature-kereta-anda.html?m=1
Nak teka charge kat sini pown boleh, nak teka kat entry sebelum ni pown boleh, sebab saya excited ni nak bagi hadiah.



Haha, disebabkan kami lakibini free sangat semalam, jadi terbawalah kami 2 bujang senang kami pergi mandi manda ke La Stella Waterpark di Starhill Golf & Resort, Kempas. Untunglaaa semalam tak ramai orang, jadi tak pack sangat kami dalam kolam tu. Sebelum tu sempat lagi berjanji dengan seorang mak jemah, Cik Nieda. Hihi...nampak tak saya dan Cik Nieda tu sedang berjimba-jimba dalam kolam yang luas tu.

Kami di sana sekejap jer, dari pukul 2 sampailah pukul 6, jadilahhhh..... kemudian masing-masing dah kelaparan. Perut kecut lah katakan sebab 4 jam berendam. Jadi tenpat makan yang bestttt yang berhampiran adalah di sup cendawan, seelong. Masyhur temapt ni, tapi sory takde gambar sebab tak sempat nak snap-snap kerana mengejar waktu solat maghrib.

Malam tu......hah! Bermovielah saya dengan encik hubby selepas anak-anak fengsan.



Ulasan saya untuk filem Kisah Palibg Gengster, saya suka filem ni dan nak bagi 4 ☆☆☆☆ dari 5. Cerita yang ada mesej, bukan macam gengster sekampung satu lagi tu. Memanglah gempak CGI semua kebaboo0m, tapi kosong. Bising sangat filem tu, kalaulah di bawa masuk ke Maharaja Lawak Mega, confirm dialog habis kena sapu tooootttttt.....

Hurmm...oklah tadi pagi saya ada class. Ni dah bersiap-siap nak pergi joggibg di Taman Merdeka. Yukkkk.....regang-regangkan kaki dan tangan.

♡♥bye♥♡

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

Solehah Shamsuddin said...

Dh lama solehah xgi panggung. Hari last pn gi dgn si dy. Aishh kna tggu la nmpknya dlu dy ni

Ayuni said...

sis tgk "Kisah paling gengster" ek? sye plak tgk "Hantu Tok Mudim"...

Miss N™ said...

mmg penuh aktiviti yg berfaedah.. :)
paling best dapat tgk wayang tu.. :)

Mrs Velentine said...

wah padatnya aktivit..hehehe....kak MV dah teka kan//dalam RM450 kot

kayyana said...

kak,saya dok kg melayu tau.. kat jalan nasib.. pernah dengar.. hehehe

RIZZNA said...

ehhh...kayana. laaa dekat jer. Jln Nasib ke Lorong Nasib yg kt roundabouts tu. leh laaa ngeteh erkkk

lelamaisara said...

padat aktiviti akak ye...dah lama sya tak tgok wayang...

nak teka la..tapi main hemtam aje lah rm 100 kuttt

E'in said...

company kite tetap cuti sabtu & ahad.. huhu

kite pun dh tgk cite kisah paling gangster tu.. mmg osem!

Unknown said...

comelnye baby.. deqla dah lama giler x tgk wayang.. ingat esok nak ajak hubby tgk wayang.. jeles ni.. hihi

Chic Na said...

wahhh comelnya baby jasmin.. tambah meriah family akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...