31 August, 2014

Aksara Merdeka 1957, 57 Tahun

~~AKSARA MERDEKA~~

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini..
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah tercinta ini...
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah pusaka ini...
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsirkan aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini...
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita

Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini...
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan raja
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa

Setelah sekian lama menghargai dan menghormati aksara merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah berdaulat ini yang menanam bunga tetapi menabur duri...

Salam Sayang Merdeka

Wadi.Leta.SA


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 August, 2014

Setelah Menanti Lebih Sebulan

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... semalam 17 jenazah dan 3 abu mayat telah selamat sampai di tanah air dan disempurnakan oleh keluarga masing-masing. Baki mangsa seramai 25 orang yang masih menjalani proses forensik akan dibawa pulang dengan segera dan mengikuti istiadat seperti yang diakukan semalam. Cuma bezanya tidak diumumkan Hari Berkabung Nasional. Penghormatan yang diterima sangat tinggi dan membanggakan. Seharusnya semua keluarga mangsa bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Semalam... laman-laman sosial berkongsi gambar-gambar berlangsungkawa, berkabung dan bertafakur. Semuanya berjaya menimbulkan rasa sebak dalam jiwa. Termasuklah saya yang hanya mengikuti lintas langsung melalui telefon bimbit di pejabat kerana bertugas. Antara yang mendapat perhatian sayu dan pilu adalah disaat anaknda Allahyarhamah Mastura yang setia disisi jenazah Allahyammah. Hanya Allah sahaja yang benar-benar tahu apa yanh dirasai oleh anak kecil itu.

Terus saya memandang 2 wajah anaknda saya Muhammad Adam Danish dan Muhammad Aqil Hail. Kalaulah kami menaiki penerbangan MH370 pada bulan Mac yang lalu...........

Untuk keluarga mangsa MH17, bertabahlah kerana kami juga turut merasa sedih dengan apa yang berlaku. Begitu juga dengan keluarga mangsa MH370 yang masih menanti dengan penuh rasa bercampur baur dalam jiwa. Kami tetap mendoakan semua mangsa MH370 walau dimana mereka berada.

Begitu juga dengan keluarga mujahidin yang berjuang di Lahad Datu dan Syria. Usahlah berkecil hati dengan penghormatan besar-besaran yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada mangsa tragedi MH17, kerana PENGHORMATAN YANG ALLAH BERIKAN LEBIH BERMAKNA.

*Saya yang masih terkesan dengan kehilangan MH370 akan meneruskan kehidupan seperti biasa kerana Allah masih memberikan peluang untuk saya dan suamu hidup sambil berbakti untuk mengejar Jannah yang bukan murah.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 August, 2014

Berkunjungan di Hari Raya

Assalammualaikum semua...

Hari ini masih dalam mood Syawal. Tapi saya masih takde mood sangat nak beraya. Walaubagaimanapun, jemputan rumah terbuka kena juga pergi. In sha Allah sampai, tapi mana- mana yang tak sempat tu takde lah kan. Bulan Syawal ni lah masanya nak berkunjung-kunjungan. Kadangkala kita cuma tahu zahir saja tentang kesihatan seseorang sebab selalu hanya nampak KAWAN UPDATE STATUS FB - NAMPAK SIHAT. Tapi, sebaliknya.....dia hanya menunjukkan dia sihat sebab tak mahu kawan-kawan risau. Tapi.....kalau kita menjengah kerumah, apa yang kita tak tahu kita akan tahu.

Baru-baru ini encik hubby menghubungi kawannya konon nak jumpa. Nak datang rumah nak beraya, nak taknak takkan ada kawan yang halang kawannya untuk beraya ke rumah kan. Bila sampai kerumah kawan beliau..... TERPERANJAT.... kawan encik hubby tu sedang sakit ANGIN AHMAR. Mujurlah tak serius, masih boleh bercakap walau tak lancar, masih boleh taip sms dan berwasap.

Hari raya inilah..... kita boleh datang ke rumah sesiapa saja.
Hari raya inilah..... kita boleh menjengah kawan-kawan kita
Hari raya inilah..... kita boleh mengeratkan kasih yang jauh

----------------------------

Hari ini asalnya kami ada 3 jemputan saja. Satu daripadanya jemputan perkahwinan, tapi pagi tadi dapat 2 panggilan (kawan hubby) yang menjadikan total semua 5 jemputan. In sha Allah kami sampai.

Terima kasih yang menjemput.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 August, 2014

Syukur Masih ada Kehidupan

Assalammualaikum......

Masih belum terlewat mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan di laman maya ini. Mohon maaf di atas segala kesilapan yang sengaja ataupun yang tak disengajakan, walaupun kita hanya di laman maya, tapi kita mungkin tidak sedar ada sekelumit rasa tidak enak dikalangan pembaca yang kita tidak sedari.

Saya bersyukur kerana masih diberikan kehidupan. Allah masih memberi saya dan keluarga nikmat degupan jantung, nikmat nafas dan nikmat berkasih sayang dengan *PERCUMA*.

Setengah tahun tidak menukil di sini. Hanya di sini, tapi bagi yang bersahabat dengan saya di laman sesawang lain, pasti tidak kekok melihat saya. Ada yang sudah terbiasa dengan tulisan-tulisan saya di laman muka buku dan juga dan terbiasa melihat gelagat foto saya di arena instagram.

Hanya di sini......bercuti menukil. Tapi kini rasanya mahu kembali aktif. Entah dari mana kekuatannya tidak pasti. Tapi, in sha Allah akan meneruskan kembali minat menukil di sini. Mungkin juga merasakan laman muka buku bakal tiada lagi. Mungkin juga.....detik hati siapa yang tahu.

--------------------------

Percutian menukil di laman blog ini....

Bermula setelah balik bercuti dari Beijing pada Februari yang lalu. Tidak pasti apakah yang menghantui, walhal di laman yang lain elok saja mengupdate status. Tapi kini, mahu kembali. Mungkin sebab perasaan bila menukil di sini berbeza dari laman sosial yang lain. Mungkin....

Macam-macam jadi selepas kami balik bercuti berhoneymoon di Beijing. Saya dan encik hubby bermuhasabah diri dan lebih menghargai satu sama lain lebih dari apa yang kami harungi selama ini. Setiap apa yang kami bakal lalui, kami redha dengan ketentuan Ilahi. Kerana.... Allah masih memberi kami kehidupan. Allah masih memberi kami kesempatan untuk memperbaiki segala kekurangan. Allah masih memberi peluang untuk kami mengutip segala kebaikan untuk dibawa ke dalam sana sebagai bekalan.

Last update blog adalah pada 19 January 2014. Blog di update di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Ketika itu kami sedang dalam proses membeli tiket ke Beijing. Masih berkira-kira sama ada untuk menaiki Air-Asia atau Malindo-Air atau tetap memilih MAS, kononnya hendak merasa pengalaman penerbangan lain. Tapi akhirnya kami memilih MAS kerana sudah terbiasa dengan penerbangan ini, dan memikirkan penerbangan jarak waktu dan keselesaan.

Masa mengupdate blog tergendala disebabkan kesebokan perancangan percutian dan juga kesebokan menyiapkan segala tugasan dan penghantaran assignment sebelum kami bercuti. Banyak yang perlu diuruskan termasuklah menyiapkan segala kelengkapan 2 orang putera kami yang akan kami tinggalkan bersama keluarga saya selama seminggu. Setelah pulang dari Beijing, saya sebok menghadiri kelas yang tertinggal, persediaan menghadapi peperiksaan pada penghujung Mac dan hangout bersama kawan-kawan untuk beberapa projek amal kami tahun 2014. Tapi bila mood untuk mengupdate blog dengan cerita cinta kami di Beijing, Malaysia menerima satu berita sedih yang menyentap jiwa raga kami. Kami terselamat.........

Disebabkan ini lah.......

MH370 dalam ingatan kami. Walaupun kejadian yang menimpa MH17 lebih menyayat hati kami tapi MH370 tetap kami nanti. Kami masih mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku pada setiap nyawa yang berada dalam MH370.

Allah masih beri peluang pada kami untuk terus hidup. Kerana pada asalnya, penerbangan 8 Mac 2014 adalah menjadi pilihan kami, tapi kami mengawalkan 2 minggu dari tarikh tersebut disebabkan pertindihan jadual dengan adik kami yang berada di Beijing. Kerana kami ke Beijing tidak mengikuti mana-mana pakej, hanya mengharapkan adik kami yang telah 4 tahun berada di sana menjadi tourist guide kami selama seminggu tempoh bulan madu.

Dan selepas itu, berbagai bencana dan dugaan kita terima, baik dalam negara mahupun luar negara. Saya yang suka membaca dan mendapatkan info-info lebih gemar membaca daripada mengulas panjang lebar di laman ini. Disebabkan itulah, mood menulis pudar sdikit demi sedikit dan akhirnya hampir melupakan blog ini. Tapi, beberapa orang terdekat keep memberi semangat untuk saya nukilkan apa saja. Apa saja di sini dengan panjang lebar seperti dulu. Untuk tatapan anak cucu, untuk bacaan yang sudi mengunjung.

Terima kasih pada kawan-kawan maya yang selalu menjengah. In sha Allah, jika saya masih bernyawa, blog ini takkan saya biarkan bersawang lagi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 January, 2014

Rezeki dari Langit

Assalammualaikum...

Dah makan? Haaa...ni pagi-pagi nak cerita pasal makan dan makanan. Sebabnya, pagi ni kami bersarapan mewah. Rezeki dari langit barangkali dan walaumanapun datangnya ia tetap dengan izin Allah s.w.t.

Pagi ni...kami sarapan ini;



Nampak tak berapa harganya?

RM30.00 untuk 2 keping roti pizza, 2 keping sandwich, 2 kopi 0 dan sepiring mee goreng telor.

Alhamdulillah.... disebabkan sarapan yang tak seberapa ni tersangat mahal bagi kami, dgn rasa yang tak berapa menepati citarasa, mee goreng dan telur yang sejuk, mujurlah kopi panas serta 2 keping roti pizza yang saya minta dihangatkan semula. Jadi, kami tidak membazirkannya, hanya tinggal sebiji jagung saja sebab itu memang tak boleh masuk ke perut saya.



Kannnn...dah kena bayar mahal baru nak beringat bahawa berharganya makanan tersebut. Selama ni, suka sangat nak membazir. Tak sedap terus tolak pinggan, komplen macam-macam. Dah kena bayar mahal baru nak teringat pada insan-insan yang tak dapat makan.

Semoga peristiwa pagi ni memberi pengajaran pada saya:-
1. Masak ajelah sarapan di rumah, takyah makan kat luar.
2. Kalau ambil makanan jangan tamak sangat, ambil yang mampu dimakan saja.
3. Setiap makanan jangan dibazirkan, itu amalan syaitan.
4. Taknak makan kat situ lagi :(

Untung kami ada bawa duit lebih masa tu. Cuba bayangkan kalau anak ramai, bawa makan kat situ, anak-anak minta macam-macam, takkan dah ambil-ambil, then tiba nak bayar kena pulak mahal, sanggupkah ambil roti-roti yang anak-anak ambil sorang satu tu untuk kurangkan harga bayaran?

Untuk peniaga, silalah letak tanda harga pada makanan tersebut agar yang nak membeli tu alert dengan harga yang tak mampu mereka bayar. Janganlah diharapkan tanda harga yang encik-encik gantung tinggi di belakang kaunter dengan tulisan yang kecil sukar dibaca, kasihanilah pada pakcik-makcik yang terbatas penglihatannya.

Maaf...bukan nak menunjuk yang kami boleh bayar semahal tu, percayalah kami juga tak mampu nak menelan makanan sebegitu yang semahal itu. Pengajaran untuk semua, biar nampak tak berapa cerdik bila setiap apa kita nak beli kita bertanya sebab kita pelanggan dan pengguna berhak tanya apa saja.

*nak beli tanya dulu*

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 January, 2014

Projek Memikat Suami

Assalammualaikum....

Sekarang ni sedang hangat dengan drama Projek Memikat Suami yang diadaptasi dari novel dengan tanjuk yang sama. Ada apa dengan cerita ni ekk sampai ramai yang update status drama ni setiap kali ia bersiaran. Tapi, lain pula dengan saya. Belum 1 episod pun saya tonton dan belum ada keinginan nak menonton dan tiba-tiba harini kawan saya bawa novel Projek Memikat Suami ni. Haha...teruja nak ambil gambar jer dengan novel terhangat di padaran ni.



Usia perkahwinan saya sudah melebihi 11 tahun dan saya bertuah kerana tidak perlu susah-susah nak memikat en.suami yang satu tu. Perkahwinan kami adalah perkahwinan yang dirancang dan saya tidak mengenali en.suami sehinggalah tiba waktu bertunang. Dalam masa bertunang selama setahun tu adalah beberapa kali kami keluar bersama, itupun berteman. Percintaan kami bermula setelah aqad dilafazkan.

Nak kata tiada konflik...tipu...nak kata tak pernah bergaduh...tipu...nak kata takde masalah...tipu...nak kata tak pernah susah...tipu...kami sama macam pasangan lain. Yang nampak indah hanya di mata-mata insan-insan lain. Alhamdulillah.....kami bahagia. Kalau ada masalahpun, in sha Allah kami cuba sembunyikan. Hanya kami sahaja.

Itulah rahsia kami berdua. Tak perlu orang lain untuk penambah perisa. Rahsianya....rahsia... ;)

Kalau nak tanya tips, rasanya anda boleh dapatkan di blog-blog yang lain. Kalau nak tanya petua, ada banyak bahan bacaan di kedai-kedai. Kalau nakkan pandangan, rasanaya kami juga memerlukan. Tapi...yang perlu diingatkan untuk penguat kasih sayang antara suami isteri, ada 2 perkara penting.

Dirikan solat bersama
Solat berjemaah tu tak semestinya solat fardhu sahaja, tapi solat sunat seperti solat taubat sebelum tidur dan qiamulail. Ingatlah, pasangan yang lebih mencintai pasangannya ialah pasangan yang lebih mencintai Allah.. Sebabnya apabila kita lebih mencintai Allah kita akan lebih menunaikan hak pasangan kita semata-mata kerana Allah.

Menghargai saat berdua-duaan
Dalam mengendalikan hubungan Suami Isteri, momen-momen penting contohnya sewaktu makan, sewaktu bersiar-siar, sedang berbaring sebelum tidur, adalah antara waktu-waktu yang singkat dihabiskan bersama dan waktu itulah masa yang sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah rumahtangga. Di saat itulah dikatakan waktu bertenang dimana kedua-duanya berada dalam keadaan waras dan boleh membincangkan masalah-masalah dalam rumahtangga tengan baik dan mencapai keputusan yang sempurna.

Isteri yabg baik, in sha Allah disayangi suami. Teringat pulak pada drama malam tadi yang bertajuk ~Luth Mahfuz~. Siapa tengok?? Isteri-isteri, kita semua ada cara paling mudah untuk bersenang-senang di hari akhirat kelak.

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, memelihara kemaluannya, dan patuh pada suaminya, maka dia boleh masuk syurga melalui pintu mana pun sesuai yang dikehendakinya”.

Rujukan: [H/R Thabrani, Ibnu Hibban,Ahmad, Abu Nu’aim dan Al Jurjani]

Salam Maulidulrasul.

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 January, 2014

Tarbiyah Allah Sangat Indah

Assalammualikum...

Selamat pagi Ahad. Syukur segala nikmat.

Saya selalu mengingatkan anak-anak saya agar jangan terlalu mendabik dada. Apa yang sekarang kita ada tak semestinya kita punya selama-lamanya. Jadi dalam setiap tindakan mestilah ada tauladan untuk bekalan masa hadapan. Terlalu banyak benda percuma yang diberi setiap hari sejak awal bangun pagi hingga mata ditutup mengulit mimpi.

Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita. Walaupun dengan hanya seukir senyuman
Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat setiap kesedihan yang ada. Lihatlah dengan mata hati.
Siapa kita untuk menilai sesuatu?
Kita tiada hak & hanya Allah yang berhak.
Terlalu banyak nikmat yang Allah beri setiap hari. Adakah kita hargai??

Nikmat 10sen.
Nampak murah, tak berharga & useless kan?
Kalau 10 sen tu ada atas lantai, confirm disapu tanpa rasa bersalah. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.

Tapi...anak2 kita disekolah mencari 10 sen dengan susah payah semata-mata nak call mak ayah jangan lupa jemput balik sekolah.

Nikmat mata
Nampak macam tak ada apa-apa kerana kita sendiri tak boleh melihat mata kita. Bila berdiri dicermin pasti bukan mata menjadi titik tumpuan. Tapi bila kita bangun pagi tiba-tiba tak boleh melihat lagi sebelum ni rabun saja tapi gelap gelita dunia ini apakan jadi?
Mulalah terfikir apa yang selama ni nikmat mata digunakan
melihat yg positif kah atau yang negatif kah

Tapi...orang buta sangat mengharapkan kurniaan mata dan ada yang sanggup bayar kornea dengan berapa harga.
Dan cuba kita bayangkan jika Allah tarik balik nikmat mata, pasti kita teraba-raba dan mula rasa hidup dah tak berguna sebab selama ni mata kita adalah aset percuma yang paling berharga.

Nikmat makan
Kita makan apa yang kita mahukan. Apa yang ada didepan pasti ditelan dan bila kenyang kita tolak pinggan sebab perut dahpun kedepan dah tak larat nak disumbatkan.
Lebihan makan??? kita biarkan tanpa rasa kasihan sebab kita tak pedulikan apa yang orang lain mahukan. Sebab kita bayar apa yang kita makan.

Tapi...gelandangan dan yang tidak berkemampuan tiada makanan setiap hari. Apa yang orang beri mereka tak tolak lagi janji mereka tak mati.

Ingatlah, mereka ujian untuk kita. Jerit payah mereka adalah tarbiah untuk kita. Muhasabah...

Ya Allah Ya Tuhan kami...
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang...
selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal
setegar Khalid bin Walid

Amiin Ya Rabbal'alamin



posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 January, 2014

Jujur dan Ikhlas

Assalammualaikum....

Jujur dan ikhlas.

Harini saya nak bercerita tentang satu tabiat yang dituntut iaitu jujur dan ikhlas. Sebelum tu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana meletakkan saya di kalangan orang-orang yang jujur dan ikhlas. Alhamdulillah....

Orang kata, sangat sukar zaman sekarang ni nak jumpa dengan orang jujur dan inhlas. Tapi...bagi saya, in sha Allah masih ramai orang yang jujur dan ikhlas disekeliling kita. Pasti ada juga yang kata, belum kena...yang sebelum-sebelum ni semua nasib. Ya, memang semuanya nasib kerana Dia yang mengaturkan segalanya. Alhamdulillah.... dan saya akur jika Dia menguji saya dengan insan-insan yang sebaliknya, saya cuba untuk muhasabah diri. Melihat kembali apa yang sudah saya lakukan sebelum ini.

Saya berbesar hati mengucapkan terima kasih diatas sifat terpuji beberapa individu yang telah menyedarkan saya bahawa masih ramai insan dimuka bumi ini bersifat jujur dan ikhlas.

Ada satu ketika...bonda saya memberikan kad banknya untuk saya keluarkan beberapa amaun duit yang dia perlukan. Disebabkan saya mahu cepat ke suatu tempat, saya ambil langkah mudah dengan menggunakan Maybank drive thru. Tapi disebabkan kelalaian saya, saya gagal mengeluarkan wang ibu saya dan mesin tersebut menyatakan 'kad anda tidak diterima'. Tak pasti apa yang saya tekan sebelum itu, tapi seingat saya memang saya ada menekan jumlah wang yang mahu dikeluarkan. Tanpa periksa terlebih dahulu, saya terus mengambil kad yang telah keluar dan terus menggerakkan kenderaan. Tiba-tiba terdengar bunyi hon berkali-kali dari arah belakang dan pada masa yang sama kereta saya ditahan oleh pegawai keselamatan yang bertugas. Pegawai keselamatan tu menunjukkan ibu jarinya ke arah kereta di belakang yang sedang berhenti berhampiran mesin Maybank drive thru. Disisi kereta tersebut berdiri seorang lelaki, melambai-lambai tangan memanggil saya dengan menjerit "Cik kak...tak nak duit ke??? Banyak ni". Dengan muka kelat saya menuju ke arah lelaki berkenaan dan tersipu-sipu mengambil sejumlah duit ibu saya dari tangannya dengan mengucapkan "Terima kasih" berkali-kali. Lalu saya terus pergi tanpa tanya nama dan mengerling kearah plat nombor kereta. Untuk seorang lelaki, berkereta honda civic berwarna putih, mungkin tinggal berhampiran Taman Setia Tropika... TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA IKHLAS DARI HATI SAYA.

Satu lagi kisah yang melibatkan jujur dan ikhlas yang baru saja terjadi pada saya dan en.suami. Mengenai seorang juruteknik komputer. Kisahnya, minggu lalu kami menghantar laptop dan printer yang mempunyai sedikit masalah dikedai lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan menyatakan ketidak sempatan dia untuk membaiki barang kami dengan segera dan akan menghubungi kami apabila dia sudah memeriksa dan menilai kerosakan. 2 hari telah berlalu dan semalam juruteknik berkenaan menghubungi en.suami memberitahu bahawa beberapa charge yang akan dikenakan. Chargenya tidaklah mahal bagi kami dan kami mengarahkan dia terus membaiki. Tiba-tiba, lelaki tersebut menyuruh kami datang segera kerana dia menjumpai sejumlah wang dalam kotak printer iaitu wang tunai tersebit adalah duit raya anak kami yang kami sorokkan disebabkan tidak sempat untuk disimpan kedalam bank. Ya Allah....terima kasih kerana menemukan kami dengan lelaki ini. TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA IKHLAS DARI HATI KAMI.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bermaksud;

“Pedagang yang senantiasa jujur lagi amanah akan bersama para nabi, orang-orang yang selalu jujur dan orang-orang yang mati syahid.” (HR. Tirmidzi)

Dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya sebaik-baik penghasilan ialah penghasilan para pedagang yang mana apabila berbicara tidak bohong, apabila diberi amanah tidak khianat, apabila berjanji tidak mengingkarinya, apabila membeli tidak mencela, apabila menjual tidak berlebihan (dalam menaikkan harga), apabila berhutang
tidak menunda-nunda pelunasan dan apabila menagih hutang tidak memperberat orang yang sedang dalam
kesulitan.”



Inilah kedai yang saya maksudkan. Terletak di Bandar Baru Uda bersebelahan Klinik Faizal.

Semoga kita semua diberkati dan diredhai.

Terima kasih Allah....

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 January, 2014

Salam Rindu

Assalammualaikum....

Wahh...lama benar rasanya tak berblogging. Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk meluang sedikit masa dari Yang Maha Esa. Terima kasih Ya Allah atas nikmat masa yang Kau beri secara percuma setiap kalinya.

Persekolahan baru 2014 sudahpun bermula beberapa hari yang lalu. Dan tahun 2014 adalah satu lembaran baru untuk sekelian yang berada di Johor Bahru, dimana waktu cuti mingguan persekolahan bertukar ke hari Jumaat dan Sabtu. Manakala Ahad merupakan hari perswkolahan. Begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan, dan kami kena akur walaupun ada hati-hati yang tak sepenuh rela menerima perubahan ini.

Ada pro dan kontranya
Ada baik dan buruknya
Ada sesuatu yang indah disebalik payah.

Sebulan nampaknya saya berdiam diri. Banyak yang saya lalui dan kebanyakkannya di kongsi di laman sosial yang lain. Terima kasih yang sudi mengikuti, like dan komen setiap inci. Terima kasih sekali lagi. Dan untuk pengetahuan disini, percutian saya berblogging tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati. Hanya kerana jari...jari saya ini yang bermasalah, tak tahu kenapa ia tak mengarah ke blog tercinta.

In sha Allah, akan aktif kembali kerana sebenarnya ada banyak hal yang mahu dikongsi di sini. Dan seperti selalu, ada sesetengah hal yang tak mahu di ketahui oleh seseorang yang saya tak sudi, dan hanya disini boleh saya sembunyi.

Beberapa keping gambar pengarang jantung cinta hati. Aktiviti-aktiviti kami disepanjang cuti dan pabila sekolah start kembali.








Aqil Hail kini darjah satu
Pesan mama tekunlah menimba ilmu
Menjadi anak soleh harapan setiap ibu
Berjaya dunia akhirat doa mama mengiringimu

Adam Danish UPSR setahun lagi
Darjah 5 bukan tiket bersuka hati
Tumpuan 100% haruslah diberi
Mama tumpang gembira bila abang berjaya nanti
Tugad pada yang Esa jangan diingkari
Doa mama sentiasa mengiringi
In sha Allah abangkan berjaya mencapai apa yang dihajati.

Amin....

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...