15 October, 2012

Hutang oh Hutang

Siapa kat sini tak pernah berhutang? Mustahillahkan....mesti ada, tak banyak sikit pun mesti ada terutamanya hutang pada ibu bapa. Bila nak bayar tu kannn. Kalau dihitung hutang kita dengan ibu bapa, mesti tak terhingga jumlahnya. Sampai kiamat pun tak habis bayar.

Bagi fresh graduate tu, tolong jangan kata tak ada hutang. Bekas-bekas pelajar baru, mesti ada hutang pinjaman pelajaran yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, PTPTN kan sangat bermurah hati nak bagi pinjaman pelajaran. Dah pandai pinjam PTPTN tu, sila lah bayar dengan segera selepas tamat belajar dan sesudah dapat pekerjaan. Bagi yang dah lama kerja tue, mestilah kan hutang dengan bak beli kereta. Siapa kat sini yang beli kereta secara tunai? Ada ker??? Datuk Datin pun beli hutang tau.

Yang dah nak kawin tue, tolong yea, jangan buat pinjaman untuk perkahwinan. sangat tidak digalakkan. Nanti bila dah beranak pinak, hutang kahwin tak habis bayar lagi. Dan jangan sampai ada yang bercerai dikala hutang pinjaman perkahwinan tak langsai lagi. Haru biru jadinya tau.

Sebenarnya saya nak cerita pasal hutang dunia. Wahhhhhh.... kelasZ kau Jah!!! Nak bagi tahu ni, semua negara mempunyai hutang masing-masing, dan sekarang saya nak senaraikan 20 negara yang mempunyai hutang paling banyak di bunia. 

Laporan ini dipetik daripada data Bank Dunia tentang 75 negara dengan kemampuan ekonomi terbesar yang memiliki beban hutang paling tinggi dibandingkan ratio Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Laporan yang dimuat majalah Forbes ini membandingkan 20 Negara Penghutang Terbesar di Dunia :


1.Ireland
Ratio Hutang (% KDNK): 1352%
Hutang luar negeri: $2.39 juta
KDNK : $177.3 juta


2. Britain
Ratio Hutang (% KDNK): 427.6%
Hutang luar negeri: $9.26 trillion
KDNK (prediksi): $2.17 trillion




3.Belanda 
Ratio Hutang (% KDNK): 395.6%
Hutang luar negeri: $2.58 trillion
KDNK (prediksi): $652 juta


4.Switzerland 
Ratio Hutang (% KDNK): 390%
Hutang luar negeri: $1,23 trillion
KDNK (prediksi): $316.1 juta


5.Belgium 
Ratio Hutang (% KDNK): 345.6%
Hutang luar negeri: $1.32 trillion
KDNK (prediksi): $381.4 juta


6.Denmark 
Ratio Hutang (% KDNK): 315.2%
Hutang luar negeri: $627.6 juta
KDNK (prediksi): $199.1 juta


7.Sweeden 
Ratio Hutang (% KDNK): 275%
Hutang luar negeri: $916.42 juta
KDNK (prediksi): $333.2 juta


8.Austria 
Ratio Hutang (% KDNK): 268.9%
Hutang luar negeri: $869.13 juta
KDNK (prediksi): $323.2 juta


9.Perancis 
Ratio Hutang (% KDNK): 247.2%
Hutang luar negeri: $5.22 trillion
KDNK (prediksi): $2.11 trillion


10.Portugal
Ratio Hutang (% KDNK): 231.5%
Utang luar negeri: $538.1 juta
KDNK (prediksi): $232.4 juta


11.Hong Kong 
Ratio Hutang (% KDNK): 218.8%
Hutang luar negeri: $659.27 juta
KDNK (prediksi): $301.3 juta


12.Norway 
Ratio Hutang (% KDNK): 208.9%
Hutang luar negeri: $577.80 juta
KDNK (prediksi): $276.5 juta


13.Finland
Ratio Hutang (% KDNK): 205.7%
Hutang luar negeri: $376.8 juta
KDNK (prediksi): $183.1 juta


14.Jerman 
Ratio Hutang (% KDNK): 189.4%
Hutang luar negeri: $5.33 trillion
KDNK (prediksi): $2.81 trillion


15.Sepanyol 
Ratio Hutang (% KDNK): 184.7%
Hutang luar negeri: $2.53 trillion
KDNK (prediksi): $1.37 trillion


16.Mesir 
Ratio Hutang (% KDNK): 175.3%
Hutang luar negeri: $594.60 juta
KDNK (prediksi): $339.2 juta


17.Itali 
Ratio Hutang (% KDNK): 154.6%
Hutang luar negeri: $2.71 trillion
KDNK (prediksi): $1.76 trillion


18.Hungary 
Ratio Hutang (% KDNK): 124.2%
Hutang luar negeri: $231.33 juta
KDNK (prediksi): $186.3 juta


19.Australia 
Ratio Hutang (% KDNK): 108.8%
Hutang luar negeri: $891.26 juta
KDNK (prediksi): $819 juta


20.Amerika Syarikat 
Ratio Hutang (% KDNK): 95.9%
Hutang luar negeri: $13.67 trillion
KDNK (prediksi): $14.25 trillion


Alhamdulillah.... Malaysia tak termasuk dalam senarai di atas. Tapi.... boleh percaya ke Amerika Syarikat tu duduk di tempat ke 20. Tapi, boleh percaya jugakkan....mereka kannnnn...


Sumber : Majalah Forbes & Kudin






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 comments:

Kesuma Angsana said...

mmg kelas N3 ni, tq share ye hehe

are_lin@yu said...

WAHH BNYKNYA HUTANG ...TP KAN DA KSAH KAN..YG BNK DUNIA TU YAHUDI YG PGANG KAN?DORANG MMG PNDAI KAN DR XDA APA2 SAMPAI ORG PLK BRHUTANG NGN DORANG

CikNana said...

yeyeh..kelas kau jah..hehe.hutng2 sedunia nie.he

Mrs Velentine said...

sya suka entry ni////

Deqla manjew said...

betul tu..kalo dah nama hutang ni kena la byr..xkire berapa jumlahnya kecuali la kalo org tu ikhlaskan..mcm deqla ni ada mmbe hutang ngan deqla..yg lama pun x byr lg skrg nk hutang lg..husben pun dah mrh x bg pinjam..huhu..yg lama tu dia buat2 lupe kak..hukhuk...

Cik Nur said...

trilion2 tu..!
byk betul...

dya bunga said...

mak ai..byk btl..trillion..nasib baik mlysia xde

Miss BaNu said...

fuhhh hutang2 ni mmg membebankn nasib Msia xde..tpi semestinya hutang kena bayar scpt mungkin..apapun entry yg bijaksana =)

kinara kinatara said...

umm..alhamdulillah malaysia x tersenarai..:)

umm..banyak jugak mereka berhutang...buat bom atom agaknya:)

boni kacak said...

wah..Britain pun banyak hutang jugak ye??

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nasib mesia xder hutangkan..

Chic Na said...

ada hutang PTPTN, hutang keta, hutang saman, hutang mak abah. hehe..

banyaknya hutang mereka2 tu.

Anonymous said...

Hi, was just going through the google looking for good info and stumbled across your website. I am stunned at the design that you've on this site. It shows how you appreciate this subject.

wan nurul hezrina said...

hutang nie jgn buat main..walam rm1 kita kena bayar..sbb Allah dah tulis dalam Al-quran status org yang berhutang di akhirat kelak..mungkin kat dunia dia buat2 lupa(kata deqla)tapi di akhirat dosa org yang dia hutang dia akan pikul selagi hutang tak berbayar n gol ini akan muflis di akhir..

nauzubillah mintak jauh

tang hutang negara mujur lah ,alaysia tak masuk senarai.gaknya tak mampu nak buat hutang banyak2.hehe

kelas entri ko jah=)

9n0L4 said...

bile la nak sbis bayor hutang ptptn saye tu. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget