26 November, 2011

Anugerah Yuna ditarik balik???

Tak kesahlah cerita dah basi ker, dah bercendawan ker, dah berkulat ker, tapi saya nak komen jugak. Statement 'No comment' dah biasa sangat kita dengar. Tapi kali ni kena komen jugak.

Apa ni AIM??? Macam mana leh jadi salah kira plak. Tak kiralah juru audit luar ker, apa ker, tapi yg barisan dalaman tue tak kanlah tak perasan. 

Nasib baik Yuna ni sangat sporting dan berfikiran terbuka. 'Life must go on' tue aja ungkapan yang Yuna boleh keluarkan. Menurut Yuna lagi, dia sebenarnya dah perasan masa nama dia di panggil untuk kemenangan Lagu Terbaik tue, tapi dia menganggap owhhh mungkin itu sudah rezeki dia. Walaubagaimanapun, penarikan balik trofi itu diterima baik oleh Yuna dgn hati yang terbuka.

Apa pun, jom kita tengok lirik lagu PENAKUT-YUNA ni yg macam seakan2 mengena pada nasib nya yang tak menyebelahinya kali ini....

"Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja"


Memang Yuna tak merancang dia akan memenangi Anugerah Lagu Terbaik AIM 2011. Tapi akhirnya, nasib tak menyebelahinya bila trofi di tarik balik. Di atas kesilapan orang lain, baik dia lepaskan saja....


Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya


Memang tak adil. tak adil betul AIM nie, tak adil untuk Anuar Zain & Eddry kerana terpaksa terima Anugerah Second Hand, tak adil juga bagi ku sebab aku betul2 dah sayang pada trofi itu....


Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan


AIM memang tak memahami perasaan orang lain. Senang2 saja beri kemanisan trofi, lepas tue amik balik. Bila ku merasa kehilangan, AIM tak reti2 nak ganti dengan anugerah yang lain?


Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


Trofi itu bukan lagi milik Yuna.....takut nak terima kenyataan, walaubagaimanapun kena terima juga kerana trofi itu bukan milik Yuna lagi.....

Saya nak bagi Anugerah baru untuk Yuna:

ANUGERAH ARTIS PALING COOL & SPORTING

Untuk Abang Nuar, kamu tetap di hatiku.... TERBAEKKKK!!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

2 comments:

RIZZNA said...

"Saya sudah rasa pelik bila diumumkan penerima lagu terbaik pada malam AIM baru-baru ini. Bila diminta menyerahkan semula trofi itu kepada Edry dan Anuar, saya harus akur walaupun rasa janggal dan terkilan"

"Orang akan kata, kasihannya Yuna, malunya Yuna, tapi bagi saya apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Perkara ini juga sedikitpun tidak menjejaskan saya tetapi lebih teruk ia memberi impak terhadap kredibiliti semua orang industri muzik sendiri"

-Yuna-
Sumber dari Kosmo Ahad 27.11.11

RIZZNA said...

"Kami semua (Anuar, Edry dan Yuna) adalah mangsa dalam soal ini. Perkara ini tidak patut berlaku dan tidak harus berulang pada masa akan datang. ia soal maruah dan saya sebenarnya malu untuk mengambil anugerah ini daripada tangan Yuna"

-Anuar Zain-
Sumber dari Kosmo Ahad 27.11.11

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...