15 April, 2012

EPO baik untuk Wanita

Apa itu EPO?
Kenapa ianya baik untuk wanita?
Apakah kebaikan sebenar EPO?

Beberapa hari yang lepas, saya duduk lepak dengan seorang kawan. Dia memuji saya sebab umur saya yang meningkat, saya masih nampak seperti remaja, lebih-lebih lagi saya dah berkahwin dan beranak dua. Malu seketika bila dipuji macam tue. Tapi.... walaupun saya nampak macam gadis yang belum berkahwin, saya masih bukanlah gadis idaman jejaka-jejaka di luar sana. Biasalah budak-budak sekarang nie, bila memilih jodoh bukannya cari yang cukup 4 sifat, yang paling utama hanyalah sifat ke-4 iaitu cantik.

Lama jugalah berbual, mula dari asalnya perjumpaan kami iaitu soal kerja, berlanjutanlah hal peribadi, keluarga dan sejarah hidup. Rakan saya mulalah menceritakan hal hidupnya yang kini telah diceraikan. Diceraikan atas sebab sudah tidak lagi cantik. tapi....sekarang ni saya tengok dia cantik saja walaupun taklah secantik Angelina Jolie. Menurut kawan saya tue, bekas suaminya menceraikannya sebab dah berjumpa dengan perempuan lain yang lebih cantik dan menarik. Wahhhhhhh mudah sajakan. Perkahwinan dia ibarat percaturan pula, kalau nak kekal lama, kamu mesti cantik! Alhamdulillah suami saya tidak begitu dan harapnya berkekalanlah dia menerima saya apa adanya.

Berbalik pada tajuk entry ini mengenai EPO iaitu Evening Primrose Oil. Dalam perbualan kami tu, kawan saya ada memperkenalkan sejenis makanan tambahan untuk wanita. Opppsss, dia bukan jual jamu yeaaa. Dia menasihatkan saya pergi mencari EPO ni di farmasi dan dapatkan sekali nasihat pakar tentang EPO yang sesuai dengan saya sebab ada berbagai-bagai jenis di pasaran.

Lama juga saya berkira-kira tentang sesuatu yang baru ni. Banyak juga saya search di internet pasal EPO ni, harganya pun boleh tahan juga. Sehingga suatu hari saya pulang kerja dan terus ke farmasi. Tujuan asal bukanlah untuk membeli EPO, tapi mencari toner wajah kerana dah lama kehabisan. Waktu saya tercari-cari barangan yang saya ingini tiba-tiba pegawai farmasi menghampiri saya dan bertanyakan apa yang saya cari. Kemudian pegawai farmasi itu turut mencadangkan saya Mederma iaitu krim yang boleh menghilangkan parut dimuka. Kami berbual-bual juga memandangkan tidak ada pelanggan dalam farmasi tersebut. Tiba-tiba pegawai farmasi itu mencadangkan saya sesuatu yang terbukti baik untuk wanita iaitu EPO. Teruja saya kerana itulah kali kedua saya mendengarnya dari orang lain. Akhirnyaaaaaa...saya beli EPO keluaran VitaHealth, 1300mg.
Wahai wanita-wanita & gadis-gadis diluar sana, jomlah kita amalkan EPO. You all search lah kat google, ada banyak artikel tentang EPO ni. 


Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.  Antara kebaikan EPO yang saya boleh kongsikan;
  1. Membantu mengawal atur kitaran haid.
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  5. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  6. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 
Nanti setelah habis sebotol yang saya beli nie, saya kongsikan artikel terbaru mengenai EPO ni. OK, cantik selalu......
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

3 comments:

mrsbad said...

utk yg belum berkahwin camane ek?

Anis said...

EPO ni mmg baik utk wanita tak kisah single atau dah berkahwin sbb ianya asid lemak perlu yg tidak boleh dihasilkan oleh badan. So mmg kena amik supplement....good info, jemput dtg blog saya ye ANISVITASHOP

Anonymous said...

Macam mana dengan status halal EPO vitaHealth ni, terutama berkaitan dengan softgelnya.... dah lama saya nak beli EPO, tapi bimbang dengan status halal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...