30 April, 2012

Voucher Buku Terakhir

Alhamdulillah....selamat sudah kami selesaikanvoucher buku yg diberikan kerajaan hari ini (actually today is a last day). Tadi pegi jenjalan kat Carrefour Batu Pahat, so kat Kedai Buku Perintis. Kedai ke-4 untuk menghabiskan RM400 voucher buku....OK takkk?

Meh tengok buku apa kitorg grap hari ini...


Haaa amik kaoO! Bukan buku kitorg jer, buku budak 2 org tue pun ada... Majalah Komik Upin Ipin, Colouring book Aqil (yg gambo kucing tue), Buku latihan standard 3 Danish, haaa tue Panduan Main Gitar pownn ada jugak. Special taken, Bagaimana Menguruskan Harta Pusaka, sumer org kena ada buku nie tau. Ada yg tak berapa nak nampak tue, Student Guide Vedio Editing dengan Pinnacle Studio Plus. Hahaha....sumer takda kena megena ngan study. Abuhhh....dah last day, rugi laa kalau tak guna kan.

Okey...TQ Kerajaan Malaysia sebab bagi kami Voucher Buku nie....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Me & Purple Velvet

Lama tak beli kasut... tapi yang ni murah jewr... tapi cantik... comfortable belum boleh judge lagi.
Nak tengok?






Lupa nak tanya nama adik yg jual tue....comel... Puprle Velvet bought from Qies Collection


Tunggu masa untuk Purple Velvet ku di modified.....blingg blinggg
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Danish nak jadi Architect

Last week jenjalan kat UTM, ada pameran Architect. Tapi Danish yg berangan nak jadi architect bila besar nanti bersuara "Tak ada apa-apa pun pasal ARCHITECT Mama" Hurmmm,.... taktaulah diorang ni buat pameran ke jualan amal. Pusing punya pusing, takda apa yang menarik pun, cuma ada 2 booth jer yang buat pameran ringkas pasal architect ni;







BTW, good job all participant. At least u all ada buat program, taklah duduk diam-diam kat U tue memerap tidak beraktiviti.....Semoga success dlm study jugak.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 April, 2012

MK Lagi...Admirer Jejarimu...

Nampak sgt kitorg dah addict dengan HB46 nie, especially GFadz kannn. Admirer dengan jari jemarinya yg cekap memainkan semua lagu permintaan. Tak pernah menghampakan langsung malah setiap kali pasti mengagumkan...So, kami berdua takkan lupa tengok diorang perform stiap kali balik kampung. And sekarang, kami especially me suka balik kampung :) (it is my in law home okeyyyy)

Malam semalam GFadz perform sorg diri, ntah kemanalah Indra pergi, tapi tetap menghiburkan. Gfadz ada luahkan juga kepenatan bila beraksi seorg, tapi dia tetap teruskan walaupun tak ramai pelanggan malam semalam.

Lagu madley dari single HB46 didendangkan dengan penuh semangat sejurus selepas permintaan saya untuk lagu Joget Batu Pahat. Best lagu nie, first time kitorang dengar 2 minggu lepas (dia jugak yg nyanyi). Bila balik, kami search google lagu ni dengar penyayi sebenar nyanyi.....yesS of course comment:
 "Gfadz bawa lagi best".

video

Haaa...ni dia lirik lagu Joget Batu Pahat. Ada satu daerah tak dimasukkan....certeka daerah mana?

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri
Di Hulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara
Chorus
Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong
Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur
Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya
Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat 
Lagu Gubahan : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

Bestt tak lagu nie??? Bangga tue hubby saya bila dengar lagu ni. Heheheh.... Hahaha....first time bergambor ngan GFadz nie sejak rasanya kali ke 4 tengok dia perform live.







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 April, 2012

Wordless Wednesday #250412002


Location : University Technology Malaysia (UTM), Skudai

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Wordless Wednesday #250412001


Picture taken : ‎Sunday, ‎April ‎22, ‎2012, ‏‎6:30:42 PM
Camera Model : Canon EOS Kiss X4

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 April, 2012

LaDieS BbQ

Last Saturday Nite, I hangout with my oLd SchoOL freN. LadieS niTe, but adalah 2 orang mamat menyelit. At firSt kitOranG plan nak buat BbQ at somewheRe, then lepaK-LepaK sampai pagi with all FamiLy, tapi planning bertukar LaSt miNutes coz mOst of ouR spouse busY with actIvity masing-masing. Hubby I ada photo Shot for wedding, Hubby Reen not feeling weLL, Hubby Nida nak tenGok bola, sO yang aDo hubby Lina (tuaN rumah) & Hubby sagi jewrrrr... HasnaH & Lis ofcoZ lah singgLe-minggLe jerRkannn...

That Nite, kiTorang p0tLucK jewrrr....so eaSy, tak paYah berKencah sangaT.

Lina sediakan PorT, kat ruMah dialah, ada tanah LapaNg, kaWasan kamPung, paRking pun SenanG, nak beRasap-rAsap takder saPa naK maRah. As hOuse oWner, Lina voLunteEr buaT OraNge JuiCe, thEn siaP paksa mak dia buaT naSi g0reng Lagi youuuuuu....oTak-Otak pun dia beLi jugaK.

I spOnsEr ayaM 4 eK0r, peRap BBQ 5jam lagi. MemaNg meleT0p tau!!! seBeLum tue, I daH hantAr temPat BbQ tu 2 hAri sebeLum takuT I terlaMbat daTang maLam tue. at leasT kaLau I lambat PowN, huBby Lina boleH sediaKan aPi awaL-aWaL.

ReEn sPonsoUr ikaN jacKet (CaRu). maSa I daTang tuE, reEn dah baKor 2-3 eKor ikaN sedang hubbY Lina teNgaH seb0k naIkkan baRa api.

LiS maSaK SpagetI haRi tuE, sedAp jugaK ciK kaK niE masaK. KiTorang sIap taPau baWak baLik lagi sebab LiS baWak banYak saNgaT, I dengaR macAm 4 paCkeT sPageT.

NiDa & HaSnaH dataNg berSama. Nida ceBet beG pLasIk berIsi manGkuk-maNGkuk keciL, rupaNya pUdIng buaH sebaGai penCuci muLut. Siap baWak ice daLam kOLe lagitueee... Hasnah Plak baWak kariPap. DanisH cakaP karIpap tue sedap...

AqIl daPat kawaN baru. haPpy bukan main dia makin soRoK-sorOk, kira 12345678910 lepAs tue caRi!!!!

Miss Jamm samPai dengan hubby dia bawaK sotong.....wahhhh mewaH betul partY kitOrang maLam tue.

LaSt sKali bOB & wAn saMpai dengan meLenGgaNg kangKong. Tapi naSib baIk ada diOrang nie, maKanan baNyak takda Sapa naK abIskan, tapiiii tak beRapa maKan juGak bapak budaK 2 oRang nie.




CuRik piC kat PrinCesSS saGi.... TQ TQ TQ


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Terima Kasih Shell Helix dan Era fm

Hari Sabtu yang lepas kami berjalan-jalan cari pasal ke Danga City Mall, JB. Shell sedang buat  promosi minyak hitam kereta dengan Skuad Produa Era. Masa tu ada Ady Fashla sbg deejay, riuh rendah jadinya samalah macam dia huru-harakan konti Era setiap hari. Nasib baik takda Zahid, kalau tak lagi gamatlah Danga City Mall.
Kitorang sempat jugaklah main game couple, dapatlah no.2. Game baling bola tutup mata. I yang kena tutup mata, kena baling bola masuk ke dalam bakul yang dipegang En.hubby. Nasiblah masuk ke tak, dah lah En.hubby tak boleh bergerak cuma boleh pusing kan badan ajer. Nak tau menang apa??? Haaaaa.....meh tengok nie;


Kitorang memang ni (bawah sini) okeyyyy....Harga pasaran RM110/4L. Elok lah tue, our baby Blue pown dah nak kena service nie....


Kemudian kami main game yang lain pula, dapatlah botol air 2 biji. Okeylahh tueee erkkk, dpd takde langsung. Shell Helix sebenarnya sedang melancarkan program jantung sihat. Shell menyediakan permainan game daripada X-box dan Car Racing di mana boleh membuatkan degupan jantung berdenyut kencang. Sebelum bermain game, degupan jantung normal akan diambil, dan selepas tamat game, degupan jantung akan diambil sekali lagi untuk melihat kelajuan degupan jantung selepas apabila kepenatan.





Hahahahappyyyyy..... Balik dah sebab mlm tue kitorg ada activity masing-masing. En.hubby ada photo shoot untuk wedding dekat Hotel Puteri Pan Pacific, I pulak ada Lady Barbeque.....
ChaoWcHinChouwW!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 April, 2012

EPO baik untuk Wanita

Apa itu EPO?
Kenapa ianya baik untuk wanita?
Apakah kebaikan sebenar EPO?

Beberapa hari yang lepas, saya duduk lepak dengan seorang kawan. Dia memuji saya sebab umur saya yang meningkat, saya masih nampak seperti remaja, lebih-lebih lagi saya dah berkahwin dan beranak dua. Malu seketika bila dipuji macam tue. Tapi.... walaupun saya nampak macam gadis yang belum berkahwin, saya masih bukanlah gadis idaman jejaka-jejaka di luar sana. Biasalah budak-budak sekarang nie, bila memilih jodoh bukannya cari yang cukup 4 sifat, yang paling utama hanyalah sifat ke-4 iaitu cantik.

Lama jugalah berbual, mula dari asalnya perjumpaan kami iaitu soal kerja, berlanjutanlah hal peribadi, keluarga dan sejarah hidup. Rakan saya mulalah menceritakan hal hidupnya yang kini telah diceraikan. Diceraikan atas sebab sudah tidak lagi cantik. tapi....sekarang ni saya tengok dia cantik saja walaupun taklah secantik Angelina Jolie. Menurut kawan saya tue, bekas suaminya menceraikannya sebab dah berjumpa dengan perempuan lain yang lebih cantik dan menarik. Wahhhhhhh mudah sajakan. Perkahwinan dia ibarat percaturan pula, kalau nak kekal lama, kamu mesti cantik! Alhamdulillah suami saya tidak begitu dan harapnya berkekalanlah dia menerima saya apa adanya.

Berbalik pada tajuk entry ini mengenai EPO iaitu Evening Primrose Oil. Dalam perbualan kami tu, kawan saya ada memperkenalkan sejenis makanan tambahan untuk wanita. Opppsss, dia bukan jual jamu yeaaa. Dia menasihatkan saya pergi mencari EPO ni di farmasi dan dapatkan sekali nasihat pakar tentang EPO yang sesuai dengan saya sebab ada berbagai-bagai jenis di pasaran.

Lama juga saya berkira-kira tentang sesuatu yang baru ni. Banyak juga saya search di internet pasal EPO ni, harganya pun boleh tahan juga. Sehingga suatu hari saya pulang kerja dan terus ke farmasi. Tujuan asal bukanlah untuk membeli EPO, tapi mencari toner wajah kerana dah lama kehabisan. Waktu saya tercari-cari barangan yang saya ingini tiba-tiba pegawai farmasi menghampiri saya dan bertanyakan apa yang saya cari. Kemudian pegawai farmasi itu turut mencadangkan saya Mederma iaitu krim yang boleh menghilangkan parut dimuka. Kami berbual-bual juga memandangkan tidak ada pelanggan dalam farmasi tersebut. Tiba-tiba pegawai farmasi itu mencadangkan saya sesuatu yang terbukti baik untuk wanita iaitu EPO. Teruja saya kerana itulah kali kedua saya mendengarnya dari orang lain. Akhirnyaaaaaa...saya beli EPO keluaran VitaHealth, 1300mg.
Wahai wanita-wanita & gadis-gadis diluar sana, jomlah kita amalkan EPO. You all search lah kat google, ada banyak artikel tentang EPO ni. 


Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.  Antara kebaikan EPO yang saya boleh kongsikan;
  1. Membantu mengawal atur kitaran haid.
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  5. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  6. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 
Nanti setelah habis sebotol yang saya beli nie, saya kongsikan artikel terbaru mengenai EPO ni. OK, cantik selalu......
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Dia Kekasih Gelap Saya????

Wahhhhhh.....terujanya.....Siapa? Siapa? Siapa?

Sumer orang tahu (kecuali boss bongek saya) yang saya ngan hubby sdg berexam minggu ni. Posting ni iklan saja yeaaa, jap agi saya sambung baca buku lagi (struggle!!! struggle!!!) tapi nak kongsi juga cerita lawak ni, simpan lama2 tak tahan asyik nak tegelak aja.

First paper hari Selasa lepas berjalan dengan lancar. Soalan boleh tahan terangkat jugalah, tapi positively kami boleh dapat A, cuma A- or A+ saja penentunya... Chehhhhhh.... belagak erkkk. Exam start pukul 12 tgh sampai 2.30 ptg. Lepas berhempas pulas jawab pereksa, kitorag (beberapa org budak class yg biasa melepak semeja) lepak borak-borak pasal exam paper tadi. Disebabkan hujan turun dengan lebatnya, terpaksalah kami lepak dalam jangka masa yang lebih lama daripada biasa. Tetiba................. tengtengtenggggg.... adalah mamat ni keluarkan kenyataan yang menggeletek perut.

"U all maried ehhh" kitorang anggukjerrr
"Mula-mula aku ingatkan u all couple tau, lepastu aku perati lama2 aku tengok mamat nie steady jer, then aku baru tau yg u all dah kawin" wahhhhhhhh sentap!!!!!

Apa agak2nya yeaaa dia ingat kitorang ni erkkk? Huhhhh! berkasih secara rahsia di college??? 
Teng Teng Teng.....

Sabor jerlah....lepas tue start arhh dia tanya lanjut, berapa tahun dah kawin? (nak korek rahsia lah tue), berapa orang anak? apsal amik jurusan sama?

Adakah kami ni nampak macam pasangan yang baru bercinta????

Classsss youuuuuu!!!!!!!


Wahai dunia!!!! saksikanlahhhh!!!! Inilah buktinya!!!!
Gambar diambil 10 tahun yang lalu

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 April, 2012

STUDY!! STUDY!! EXAM IS COMING!!

Huwarghhhhh!!!! Banyaknya nak kena baca!!! Luckily I slalu buat revision with selak2 module skit-skit. Kalau takkkk, uihhh masak lomak cili api lah nampaknya. First paper on this Tuesday (10-Apr-12), second paper on Thursday (12-Apr-12)...wahhh cantik plak date tue, hopefully result nya pun cun melecunlah yeaaaa.... Last paper on another week Wednesday (18-Apr-12). So, u alls, wish me luck okey...and also for my hubby.
(pssstttt....my hubby tu kan i dah bgtau aritue, brain dia ni active skit mcm leopard, so, baca2 skali imbas jer trus dah boleh ingat)......huhhhuhuuhuu.....nak duduk sebelah dia nanti boleh tak erkkk?

This same ada 2 core subject which is Safety & Security. And another 1 IR jerrr....hurmmmm, nasib baik assignment mark higher, kelamkabutnya haritue Allah s.w.t. jer yang tahu. Alhamdulillah, wish can get straight A's for this sem.



Actually, boss I taktau I further study lagi. So, in secret lahh nie. U all naktau tak I bagi alasan apa untuk 3 days on leave nie?, "See Dentist". Wahhh....classS youuuu..... Bagi some frens yang tau I further study, diorang duk perli jer 2-3 ari ni. Goodluck year, slalu2 gosok gigi (means study), nanti taklah struggle sgt mengadap doctor (exam paper). Hehehehe...baeekkkkK punya cover.

Okey lahhhh...entry ni iklan jer, I nak sambung baca lagi. Hurmmmm Sir/Mem, takda soalan b0c0r kerrr?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 April, 2012

En.EQBaLzack Giveaway Celebration

Baru kejap nak  tutup lappy & tarik gebor, tetiba terasa mcm nak click kat pop-up nuffnang belah kanan blog saya "Thanks to all my fans, followers, my students and family for helping me reach 5887 follower..." Rasa mcm cik bee senyum-senyum simpul jer suruh click...

Sampailah saya ke blog En.Eqbalzack:


ee'ehhhh....ada giveaway Perfume




Guys!!! Girls!!!! Ladies!!! Cepattt!!!! Cepattt!!! Cepat!!!! ehhh tarikh tutup 7 April 2012. Meh jom kat blog En.eqbalzack (klik sini jerkkkk). Pastu jgn lupa baca T&C dulu yeaaaa....

p/s: agak2  En.eqbalzack pilih saya tak erkkkk (randomly okeyyyyy!)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Wordless Wednesday

Ini Aleeya Fatimah



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

TERBAEKKK KAH KAMU???

Dalam meniti kehidupan, kita akan berdepan dengan berbagai keadaan dan bermacam kerenah manusia. Adakah kamu terbaik dalam golongan yang terbaik? 

Terbaikkah kamu menjadi seorang hamba Allah?
Terbaikkah kamu menguruskan kehidupan seharian?
Terbaikkah kamu dihati ibu-bapadan keluarga  kamu?
Terbaikkah kamu dikalangan rakan-rakan kamu?
Terbaikkah kamu kepada diri kamu sendiri?

Tidak perlu berpura-pura menjadi yang terbaik sedangkan kamu sendiri tidak meyakini diri kamu sendiri. Allah Maha Mengetahui segala-galanya, sama ada anda berpura-pura atau bermuka-muka atau berdolak-dalik atau munafik. Antara sifat-sifat munafik adalah;

1. Tidak amanah
2. Bercakap bohong
3. Memungkiri janji
4. Degil dan bongkak

Adakah kamu rasa kamu masih tergolong dalam golongan yang terbaik? Tunduklah ke bumi sebelum mahu mendongak kelangit. Lihatlah diri kamu sendiri sebelum melihat ke arah orang lain. Jika kamu masih rasa kamulah yang terbaik, jadi pastikan.....

1. Tiada yang menghianati kamu di belakang kamu
2. Tiada yang mengkeji kamu di belakang kamu
3. Tiada yang berkata kesat terhadap kamu
4. Tiada yang benci apabila memandang kamu

Jika kesemua kesempurnaan dapat dipastikan, maka barulah kamu boleh dianggap yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Tapi harus ingat......

HANYA ALLAH SAHAJA YANG MULIA, DIALAH YANG TERBAIK.

Tak perlulah menjadi seperti merak.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 April, 2012

Aaron Aziz Bukan Nama Sebenar

A bukan nama sebenar??? Ada aku kesah...? hehehehe.....

Baru semalam saya post pasal Aaron penah melamar saya (berangan kejap, tangan di dada, mata ke langit). Tup tupp pagi tadi ada org tanya, betul ker nama Aaron Aziz yang sebenarnya Mat Haron Mustapha b. Mat Aziz Mustafa. Setapppp guee, uihhhh soalan apakah ini? lepastu adalah nada sinis kata, kannn Aaron penah lamar you, takkan you taktau nama sebenar dia. Then, I jawab jerlah...I belum sempat nak menikah pownnn. Kalau dah sempat akad tue maybe dapat tau jugak nama sebenar dia. tapi kalau itu terjadi, mesti I pengsannn kat situ jugakj. Miahahahaa....



Balik umah trus check nama sebenar Abang Aaron dekat google. Perghhhhh, rupanya cerita gila ni tersebar sebab ada makhluk planet mana ntah dah post pasport Abang Aaron. Perghhhh, rambut belah tepi gituewww... Diayana pun ada buat kenyataan kat Murai.com :

"Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

Uihhhh, so btullah nama Abang Aaron ada Mustapha. Eleeehhhhh....tak kesah pown kalau nama Abang Aaron tue, Mat Harum Mustampar. Apsal korang sebok sangat erkkkk....biarlah....dah hak dia, suka hati dialah nak letak nama glamour macam mana pown. Jelessss lahhh diorg ni kan Abang Haron.

Tueee....yg bakal nak jadi pelakon terkenal sangat, agak2nya dah nak glamour nanti bertuk0rtak yeaaa namanya....huhuhuukkkkkkk.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 April, 2012

En.Hubby pegi Shooting

Hahahahaha....gelak guling2 ehhh? Tak caya? Haaa sesapa yg ada no.hp en.hubby saya tercinta tue go call him. At first mmg I can't believe it, but its true...Hwahwahwa...watak apa lah yea erkk?

Actually diorg shoot not for drama tv or film or commercial break, tapi it just for marketing purpose. Haaa, guess what? It is for insurance eheemmm eheemmm, can not tell u coz P&C. Huhh!

Today it a second day, but actually repeating shoot. Hurmmm taktaulah what happen diorg punya shoot aritue, angle no so good laaa, acting problem laaa, or maybe tak cukup touching kowttt.. Haritue diorg shoot from am to pm (midnite). And today, rasanya sama jugak. Lotehh den tunggu kek umah, dahlerr call tak ngangkat, msg tak jawab. What it happening actually, I pown taktau laaa....

Last text I hantaq kat en.hubby :


Aaron penah hantar pinangan, but I rejected sbb dia kata dia nak jadi pelakon utk sara keluarga. Lepas I kecewakan Aaron, tu yg dia kawin ngan Diyana (hahahaha ayat takbleyyyblahhh)



En.hubby....brapa director tu bayar you? kalau stakat 2-3 riban takyah lahhyea belakon lagi dgn dia. Nanti I contactkan Kak Emma or Khabir Bhatia utk you...hehehe....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

TAK SEDAR - HB46

Lirik Lagu Tak Sedar by HB46

Bangunkan aku dari tidur
Sedarkan aku dari mimpi-mimpi
Yang hanyut membawa aku ke alam fantasi
Dan mungkin tak dpt aku kembali

Sudah takdir aku begini
Menyintaimu hanya dalam hati
Kau telah pergi meninggalkan diri ini
Dan tak mungkin akan kembali lagi

Tak sedar diri mu bukanlah milikku
Yang nyata dirimu kekasih gelapku
Dan hanya separuh waktu
Tak untuk selamaya

Kasihku dirimu bukanlah milikku
Telah jauh menyinta akhirnya ku sedar
Bahagia hanya sebentar
Tak untuk selamanya

Tak sedar dirimu bukanlah milikku
yang nyata dirimu kekasih gelapkau
dan hanya separuh benci
tak untuk selamanya

Kasihku dirimu bukanlah milikku
Telah jauh menyinta akhirnya ku sedar
Bahagia hanya sebentar
Tak untuk selamanya




Sekmen tajaan untuk HB46...Jom Layannnnn
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget