29 November, 2013

Al-Syahid Ahmad Ammar ♥ Al-Fatihah

Al-Fatehah untuk Almarhum Ahmad Ammar, dia pilihan Allah..

Inilah Sajak Jalaluddin Ar-Rumi bertajuk "Ketika Aku Mati" yang dideklamasikan oleh pakcik Şehıdımız Ahmad Ammar, Mohd Zaidi Nordin pada 17 November 2013 dalam program "Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya.." di Masjid Asy-Syakirin KLCC.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
Jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Ketika kau tinggalkan aku di kubur
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai
Yang melindungi syurga disebaliknya
Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad
Sekarang saksikanlah aku bangkit
Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam
Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari
Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma

Ketahuilah...
Ketika kuburan mendakap dirimu
Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi,
tidak menumbuhkan kehidupan baru ?
Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan mahusia ?
Apakah kau pernah melihat timba yang diturunkan ke dalam telaga,
dinaikkan kembali tanpa ada apa-apa di dalamnya ?

Mengapa meratap untuk jiwa yang pergi ?
Sedangkan dia akan kembali seperti Yusuf muncul dari telaga.

Ketika untuk kali terakhir kau menutup mulutmu
Kata-kata dan jiwamu akan menjadi milik dunia.




Alangkah ruginya kita yang berada di bumi Malaysia, hanya mengenali Almarhum ketika beliau sudah tiada. Penghormatan yang diberikan kepadanya sebesar jiwanya yang mahu syahid tatkala meninggalkan dunia yang fana.



AHMAD AMMAR dalam kenangan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

6 comments:

tarmizi said...

al-fatihah

Unknown said...

hmm.. betul.. bila arwah tiada baru kita kenal arwah.. bila tgk ramai yg meratapi kepergian arwah, terasa diri ni kerdil sgt.. berapa ramai yg menyanjungi arwah kan kak..

Dr K said...

AlFatihah

Miss N™ said...

al-fatihah..smlm tgk pencetus ummah..mmg sebak..tp org tua arwah, betul2 tabah...

Chic Na said...

memang tak sangka ada pemuda yg suka berjihad macam arwah..

Al-Fatihah..

Nurul Says said...

al-fatihah...sedih dan terharu baca kisah hidup beliau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...