22 November, 2013

AWASI TEMPERATURE KERETA ANDA

Assalammualaikum..... Salam Jumaat semua.

Harini Negeri Johor bercuti sempena hari Keputraan Sultan Johor. Maknanya bercuti panjang laaa, bersambung dengan Sabtu dan Ahad esok. Jadi, ramailah dikalangan orang Johor pergi bercuti, sementelah lagi bersamaan dengan cuti sekolah.

Hari ni, saya cuti jugak. Tapi pagi-pagi lagi dah keluar mencari bengkel. My BabyBlue sakit, mengalami sedikit kecedraan di bahagian bawah abdomen. Ada yang pecah...hurmmm, tak perasan pulak. Tau-tau jer, temperature naik masa balik kerja semalam. Rupanya, tangki air dah kontang.

Cari punya cari....berjumpalah kami dengan sebuah bengkel kereta di Kampung Melayu, berhampiran dengan Klinik Kesihatan Keluarga Kampung Melayu. Kalau orang Johor mesti tahu punya bengkel ni. Owhhh ya, bersebelahan dengan klinik Dr. Tarmuzi.







"Ok, duduk sini eahhh. Esok mama datang, be good yea. Mama ada banyak urusan harini. Nak pergi tengok baby baru, petang nak jogging, abang nak pergi swimming, malam nanti mama nak pergi menjemah. Esok pagi masih busy, so....tengah hari kalau sempat, tak pown petang nanti mama datang dengan papa."

*Temperature kereta naik, sangat bahaya*

Apa perlu kita buat?? Ini penting, terutama untuk pemandu-pemandu wanita. Kadangkala, kita tak perasan ketika memandu, tau-tau jer, kereta dah berasap.

Ada banyak punca yang menyebabkan temperature kereta anda naik melebihi setengah. Tahu tak kat mana meter temperature kereta anda?? Punca- punca yang berkemungkinan adalah air kurang, kipas tidak berfungsi dengan baik, radiator tersumbat air tidak dapat berjalan dengan sempurna, thermostat jem air tidak dapat berjalan, penutup radiator atau cap sudah rosak;

1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator anda mengalami kebocoran ((hah...ini yang berlaku pada BabyBlue saya. Bukan bocor lagi, tapi pecah))

2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, munkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidak dapat berfungsi lg, munkin juga fius yang mengawal kipas untuk buka dan tutup.

3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan anda untuk pemeriksaan lanjut.

4. Thermostat jem, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat tersebut, macam mana kita ingin tahu? anda boleh pegang host atas dan host bawah, jika host atas panas dan host bawah sejuk, kemungkinan thermostat kenderaan anda jem.

5. Penutup radiator atau cap, jika penutup radiator anda sudah rosak anda boleh check, anda cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, anda tekan minyak, jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut kemungkinan penutup atau cap radiator anda rosak, cuba tukar penutup tersebut, harga anggaran dalam rm10 hingga rm20 tengok jenis dan kualiti cap tersebut, jika air tetap keluar, munkin radiator anda sumbat hantarlah kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan.

Jadi....jangan pandai bawak jer. Periksa-periksalah kereta tu selalu. Pastikan air dalam bekas mencukupi, kalau tiba-tiba tengok berkurang dan perlu diisi selalu, maknanya ada masalah. Cepat-cepat hantar kereta anda ke bengkel berdekatan.

Masalah saya, saya tak perasan bekas air tu berkurang. Ia terjadi secara tiba-tiba, takde signal. Jadi, kenalah cepat bertindak untuk mengelakkan hal yang lebih buruk berlaku. Bila dah teruk, charge nya pown melambung laaaaa. Hurmmm...tengok lah esok, agak-agak berapa erkkk charge baiki my BabyBlue? Siapa nak teka, macam nak bagi buah tangan laaaa....

Ok...skang nak ke Columbia Hospital, nak tengok Baby Girl baru dalam keluarga kami.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

Farah Waheda Wahid said...

air memang sentiasa kena check dan temperature kereta memang sentiasa kena jaga, kalau tak silap2 kereta berasap dear...

MAZLIZA ABD RAZAK said...

bahaya tu..mmg kna tgk selalu. saya dh prnah kena sekali smpai berasap bonet keta

Anonymous said...

mmg bahaya lah, kalau bab2 kereta faham2 ajelah charge dier kan

Ayuni said...

hm, mcm jaga manusia..

Dr K said...

Abdominal surgery mmg mahal...hahahaha...

Mmg ngeri kalau tgk asap keluar dari bonet depan..

Anum said...

betul tue kena cek

H A N said...

Untunglah siapa2 yg kat Johor tu dpt cuti haha...

Bukan perempuan je, lelaki pun patut tau benda2 ni, malu je kalau tak tau... Yelah, zaman2 sekarang ni semua nak suruh kedai buat je... Walhal benda2 simple yg boleh diselesaikan sendiri... Duit servis pun jimat, kan...

Solehah Shamsuddin said...

Harga charge servis tu dalam RM150. Rasanya lah, Sebab dulu pernah kena camni, chargenya mmg tinggi.

Miss N™ said...

ermm..dalam rm280...
rasanyalah.....

nur pernah kena..mmg cuaklah..tp selamatlah sekitar kawasan taiping je...

Chic Na said...

kurang air rupanya patut la demam.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...