12 November, 2013

Nilai Sepuluh Ringgit

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat pagi Isnin yang indah. Harini berat sikit kaki nak melangkah, sebab semalam kepenatan menjelajah kota Singa. Jadi, harini duduk-duduk sahaja di pejabat, keluar lunch pown tersangatlah kemalasan.

Pagi tadi sampai office, macam selalulah tak jumpa parkir. Terpaksa parkir bawah pokok yabg dah merimbun, ntah bilalah akan ada orang datang tebang. Takut pula ada hal-hal yang tak diingini, almaklumlah musim hujan dah ni. Tetiba, teringat pula pada penebang rumput yang memberi salam ke rumah hari Sabtu lepas. Sedang sibuk-sibuk perah otak menyiapkan assignment, ada orang memberi salam.

Mat Bangla : Mau potong rumputkah?
Saya & hubby : Lihat tanah sekangkang kera kami...owhhh bolehhh (serentak)
Saya : Berapa?
Mat Bangla : Soploh saja siap sapu semua

Hurmmmm ok lah...nampaknya mat bangla yang datang ke rumah saya lebih baik Bahasa Melayunya berbading dengan Mat Bangla yang menghantar SMS ke Dr.Daddy Ziyad (hahaha....siapa yang dah baca N3 blog http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/?m=1)








Pada saya RM10.00 masih murah berbanding dengan kemalasan saya membiarkan rumput tumbuh dengan jayanya di hadapan rumah. Memanglah tak besar manapun kawasan tanah di rumah kami, tapi disebabkan kami tak sempat nak melakukannya, jadi RM10.00 tu tidaklah besar mana. Tapi....bila saya bercerita pada #$/^&%, mereka kata MAHAL. Okey....boleh ada sesiapa bagitau saya, berapa charge yang sewajarnya untuk menebas rumput di tanah yang keluasannya lebih kurang 10'x10'.

Nasihat saya pada lelaki-lelaki yang belum mendapat pekerjaan diluar sana atau mahu menambah pendapatan keluarga. Kalaulah diberi peluang melakukan kerja-kerja seperti itu, dengan titik peluh sendiri, keuntungan sendiri dan tak perlu berkongsi dengan orang lain, adakah itu bebaloi? Memanglah malu, tapi saya rasa masyarakat Malaysia sudah boleh menerima hakikat yang taraf hidup kita terlalu tinggi. Jika mahu mencari wang lebih, meraih pendapatan melalui cara yang mulia ini lebih membahagiakan.

Kalaulah yang datang memberi salam ke rumah saya sambil bawa mesin pemotong rumput itu warga kita, pasti saya akan offer baju-baju atau kasut-kasut anak-anak saya untuk di bawa pulang. Bukan niat hendak menghina, tapi apa salahnya berkongsi apa yang ada daripada ianya terbiar saja sedangkan masih nampak baru dimata.

Orang luar boleh hidup senang lenang di negara kita....sebab mereka sanggup lakukan apa saja.

**Al-Fatehah untuk Almarhummah Norazita Abu Talib, semoga aman di sana. Penembakmu telahpun diberkas dan pasti akan menerima balasan setimpal.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

5 comments:

kayyana said...

alamak kak.. yana takde rumput jadi tak tahu harga sebenar.. tp die dah bersihkan rumput rumah kita dengan baik anggap ajelah RM10 tu rezeki die dan sedekah dr kite kan...

Nurul Says said...

takpelah anggap sedekah je lah huuu

Unknown said...

rm10 da kira ok la tu...coz kite sbg tuan rmh pon blom tentu nak buat kan cim..lg xpe sedekah la kt depa sebagai rezeki diaorg...nak hidup ni jgn malas je..

Unknown said...

deqla dok flat jer..x tau plak psl ni.. huhu.. tp xpelah kalo byr RM10 pun.. kira sedekah dgn hati yg ikhlas.. kan kak...

Liyana Anuar said...

setuju ngan pengkomen awal2 tu kak..anggap sedekah je la..lgpun sellaunya bangla ni dia buat lagi bersih sebenarnye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...