Alahaiii....Cikgu Besor.
Sedang semak-semak buku-buku sekolah anak saya untuk tahun akan datang ni, saya terkesima bila tengok Buku Teks yang anak saya dapat sebelum cuti bermula tempoh hari....
Buku Teks Sekolah |
Ada yang tak ada kulit depan. Ada jugak buku yang lembab, maybe masa sesi pemulangan buku muriod tahun lepas, hari itu hujan, then buku-buku yang dibawa terkena air hujan. ada yang berconteng-conteng di bahagian dalam. Itu belum semak muka surat lagi, ntah-ntah ada yang tak cukup muka surat seperti yang anak saya dapat tahun lepas.
Bukannya nak complaint, tapi biar betul cikgu ni. kalau budak sekolah menengah tu retilah nak complaint minta tukar jam jam tue jugak, tapi budak darjah 3 (tahun depan) manalah diaorang tau nak protes-protes ni. Tapi.....agak-agaklah cikgu oiiii, macam mana nak belajar kalau keadaan macam dekat pendalaman nie.?Baik saya hantar anak saya belajar di asrama kat Sabah sana tue. Puas hati, semua kemudahan dah tentu tak lengkap, kena terima seadanya jer. Tapi ni sekolah bandar cikgu, antara yang terbaik pulak tu di Johor bahru.
Nampaknya Mama kena pergi sekolah jumpa cikgu kalau cikgu tak mahu tukar pada minggu pertama persekolahan.
Potong kegairahan mama nak sampul buku-buku abang bila tengok buku abang koyak rabak sebelum guna.
LOL
7 comments:
Teringat zaman sekolah dulu, memang sedih kalau dapat buku teks yang dah uzur. Sekarang ni katanya semua pelajar dpt buku teks pinjaman ya? takyah isi borang slip gaji mak ayah mcm dlu dulu?
btul tue, skang dah takda kasta dlm pemberian buku teks
hurmmm...mungkin disebabkan semua dpt, maka sekolah tak cukup budjet nak ganti buku2 lama yg rosak, pakai aja apa yg ada.
ha ah kan.. cikgu pun tak beragak2.. pandai2 la agih mana yang masih dalam keadaan elok.. dah tu lupuskan jela buku yang dah rabak tu.. kesian kat budak2...
Buku cantik, mood mereka nak blaja pun pasti cantik! bersemangat.. lumrah manusia. suka yang cantik2..:)
btul tue syahiroo...
kesian anak akak.
Semalam dapat buku teks Aina. Pelik gak, buku baru setahun pakai tapi macam dah bertahun2..... apa2 pun make sure sampul buku....
Sis Rozi, bukan takat sampul...siap kena modified skali haaa. Untuk sapa dpt buku Danish next year, dia ni sayang buku
ini memang sangat2 melampau kak..
law dah sampai xdek kulit depan terkoyak semua tempat..xkan x perasan lagi kan..
Post a Comment