Mak dah kerisauan, dibawa masuk Boboy ke dalam rumah, dikeringkan dan diberi minum susu. Semua mencadangkan agar Boboy dihantar ke klinik viteriner dengan segera. Kami segera bersiap dan beredar dari rumah mencari klinik viteriner yang terdapat di Bandar BP.
Di Klinik Haiwan, kami bertemu dgn Dr. Mohan. Dr. hanya menggelengkan kepala saja bila melihat keadaan Boboy. Suhu badan diambil dari lubang najis. Suhu badan adalah kurang dari sepatutnya iaitu di bawah 35degC. sedangkan suhu kucing biasa ialah 38.5 deg.C. Dr. Mohan memeriksa Boboy dengan teliti. Sample najis Boboy di ambil dan diperiksa, kemudian diletakkan ke microscope untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Ada kuman???? Nak tengok rupa kuman yang terdapat dalam najis Boboy? Hurmmm....
Selepas diberikan rawatan yang berharga RM190, Doktor bagi tempoh Boboy sampai hari Jumaat ni saja. Tapi kalau kami dapat merawat Boboy, maka kami dianggap berjaya. Lalu kami bawa Boboy pulang.
Seperti di sarankan, Boboy hendaklah diberi minum susu pada pukul 4ptg dan setiap 1 1/2 jam pelu di berikan antibiotik. Tapi, Boboy nampaknya tak boleh bertahan dan akhirnya terkulai layu jua dan mengeluarkan cecair hijau dari mulutnya. Tidak bernyawa........
Boboy bersemadi dengan aman. Walaubagaimanapun kami sudah berusaha, Tuhan yang menentukan....

2 comments:
sedih.. huhu.. teringat kt bubu...
this story reminded me of my cats.... sedey rase. (mode terkenang-kenang)
Post a Comment