07 June, 2011

Cinta Sang Ratu

Kepala masih berserabut menelaah buku2 dan dibebani dengan assignment yg mengusutkan, tapi aku masih sempat lagi membaca novel. Walau telah ditegah beberapa kali oleh hubby aku yg sama2 belajar, tapi aku tetap berdegil nak menghabiskan novel yang satu ini.

Novel Ramlee Awang Mursyid memang buku-buku "mesti baca".... walaupun novel ini telah lama berada di pasaran iaitu seawal 2007, tapi baru sekarang aku baca disebabkan adik ipar tertinggalkan novel ini di dalam kereta sewaktu menghantarnya ke Airport Sabtu lepas. Novel bertajuk Cinta Sang Ratu..... buku ni sebenarnya kesinambungan buku Ramlee yg sebelum ni... Bagaikan Puteri.... yang ni aku belum baca lagi, tapi novel ini juga telah berada di tangan aku kerana novel ini juga ditinggalkan adik ipar di kampong (rumah agam suami di BP). Melihatkan aku mengepit kedua2 buku ini, hubby aku dengan nada sinis mengingatkan agar jangan lupa baca buku sekolah dan siapkan assignment mengikut waktu yang ditetapkan. Novel Bagaikan Puteri akan ku baca kelak setelah tamat semester ini.

Menerusi penerawangan secara roughly tentang novel pertama ini, mmg Ramlee nak sambung citer bagaikan puteri tu... so plot ending dia agak tergantung.... watak haryani telah laksamana sunan "pulangkan" ke alam nyata... dani pula kehilangan kabar berita apabila tsunami melanda acheh.. ketika dia mencari susur galur keturunannya di sana... laksamana sunan di kurun ke 15 gigih bertarung dengan ratu sulaman yg akhirnya anak panah ratu sulaman, pewaris kejahatan maharani pulau utara, berjaya hinggap di belakang laksamana sunan dengan bantuan sihir dan tipu daya syaitan... sambungan ini yang aku sedang baca iaitu Cinta Sang RatuDalam Cinta Sang Ratu, Haryani dah bangun dari koma lepas laksamana sunan tikam dia di kurun ke 15. namun Dani dah hilang di acheh... tak tahu kabar berita, mati atau sudah tiada...
Kena baca habiskan baru boleh cerita lebih lanjut, walaupun dah setengah novel tu aku lunasi.



Kesimpulan yang aku buat setakat ni, Cinta Sang Ratu pula bagaikan kisah Lord Of The Ring versi Nusantara... hahaha....

Lagu ni sangat menyentuh perasaan lebih2 lagi bila dikaitkan dengan cinta Laksmana Sunan dan Ratu Sulaman

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

n!da said...

haah2. but ofcoz saye lebih suke novel ramlee yg ni.. wlaupun saye tak leh komen lebeh2 sebab saye tak tengok pon crite lord of the ring. hoho. sebab saye rase novel ramlee lebeh logik sket drpd lord of the ring tu..

novel ramlee tu ade sambungan lagi tau. sume2 pon saye da bace.. tataula pas ni ade sambungan lagi ke tak.. humm..

bagaikan puteri
cinta sang ratu
hijab sang pencinta
latest - cinta sufi

bacela sume skali. tak rugi.. memang best!

Cinta Misteri said...

arghhhhh!!!!!!stress tengok novel2 tue sumer dah ada kat rumah. ni sumer gara2 adik iparlah...macam mana nie....assignment lom start lagi!

kak_ijah said...

minat jugak dengan novel ramlee awang murshid ni..suka sgt ngan laksamana sunan. baru2 ni ada keluar yang baru lagi. tajuknya sutera bidadari. belum lagi beli..harap2 best

Cinta Misteri said...

Sutera Bidadari...
Ada jg ternmpk novel tue di MPH minggu lalu. Tapi rasanya tk saya tk perlu beli coz adik ipar saya yg sgt addict dgn RAM mesti dh beli. saya pinjam dn dia jer. Agak2 novel tu sambungan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta tak erkkk?

Mesti baca tue...p kena tunggu saya cuti semester....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget