19 June, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Puisi ini saya tujukan khas untuk Ayah Tercinta;
Ismail b. Hj. Mohd Amin


Ayah
Ketika aku mengalah…
engkau semangatku
Ketika aku sakit…
engkau penawarku
Ketika aku bersedih…
engkau air mataku
Ketika aku ketawa
engkau riangku
Dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu

Kerana ayah aku disini
Kerana ayah aku gembira
Kerana ayah kuterasa bahagia…

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati…..

Ayah oh Ayah

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...