29 October, 2011

Perli ke apa???

Hahahaha....baru jap komen kat blog member. Then mcm biasalah kalau nak komen, server akan minta word verification yang nak membezakan kita ni manusia ke haiwan (itulah yg saya tahu pasal koem box nie)

Huhhh...naktautak, perkataan yang dia minta tu apa?

"denties" walaupun spelling error, tapi terasa nie....

Perli ke apa? Taulah tengah sakit gigi nie, takyah lah nak perli2 kita. Org dah jumpa dentist lah tadi. Lagi 2 minggu set appointment lagi. Takpa...nnti gigi dah elok, saya nak makan coklat byk2.

Lepas nie, kalau nak minta word verification, bagi perkataan ni ehh...

"CokeLate"
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Aduhhh Mak Sakit

SAKIT GIGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Haduiyaiiii....Semalam saya pergi klinik gigi kerajaan dekat Mahmudiah. Awal pagi dah pegi sebab memang keluar pagi tue nak peri kerja. Tapi dah tak tahan gigi sakit dari malam semalamnya. Sampai jer kat Klinik, sakit dah kurang. Tiba giliran nombor 2007 (actually no. 7 jer) trus masuk jumpa doktor gigi yang comel. 

Macam biasa doktor akan tanya "Apa masalah kak?"
Saya jawablah "Gigi sakit" sambil tunjuk gigi garham yang belah bawah kiri yang dah pecah.
Doktor tanya lagi "Jadi nak buat apa?"
Aikk...pulak tanya. Bukan doktor tau dah nak buat apa.
Saya jawab lah, "kalau nak tampal boleh"
Doktor senyum dan kata "OK, baring yer kak"
Hehehe...seb baik doktor comel.

Kejap jer, doktor tampal, adjust, korek, tampal balik, adjust, ukir2 skit ikut bentuk gigi, siram air.
Doktor tanya lagi "Gigit kak, rata tak"
Saya pun gigitlah, "Tinggi sikit"
Doktor pun adjust, korek, gosok2, adjust, ukir2 skit ikut bentuk gigi, siram air.
Doktor tanya lagi "Gigit kak, rata tak"
Saya pun gigitlah, "Tinggi sikit"
Doktor pun adjust, korek, gosok2, adjust, ukir2 skit ikut bentuk gigi, siram air.
Doktor tanya lagi "Gigit kak, rata tak"
Saya pun gigitlah, "OK lah...hurmmm..."

OK dah siap, gi kaunter bayar RM2 then balik.
Tiba2, malam gigi tue dah start berdenyut2. Aduiiii,,,,, tak boleh tido. Nak pegi klinik dah tutup. Tahan jerlah sampai esok pagi.

So, hari ni saya pergi Klinik Pergigian Amim kat Taman Universiti. Doktor kata, gigi saya dah ada jangkitan kuman di bahagian akar. Tampalan semalam cantik, cuma kuman dah masuk ke dalam akar. Mungkin sebelum tampal dah ada jangkitan cuma doktor yang semalam tak check dengan betul. adi kena buat rawatan akar. Rawatan akar gigi kosnya RM550. Tapi kalau tak buat lagi sakit. Kalau nak cabut sayang sebab gigi yang problem ni gigi makan. Nanti dah tak cantik, kalau cabut juga gigi yang lain akan bergerak. Hurmmm...taknaklah jadi antu gigi jarang.

OK lah saya kata. Rawatan lebih kurang 1 jam. Injection punyalah banyak. Bius membuatkan mulut saya kebas macam kena tumbuk. Saya kena datang semula lagi 2 minggu unuk teruskan rawatan.tanpa bayaran.

Husband saya kata "Padan muka, kalau semalam tak tipu doktor, cakap aja sakit, kan doktor dah buat rawatan yang sempurna. Haaa, tanggunglah sakit semalaman."

Dr. Roshaliza Rasit Ali. Sedap nama doktor secantik orangnya. Doktor gigi ni memang cantik2, comel2 dan handsome2 belaka yea. Tengoklah Dr. Faiz (2nd astronaut tue) comel jer. Lagi 2minggu saya jumpa doktor gigi lagi.















Pesanan : 
KALAU GIGI SAKIT, CEPAT2 JUMPA DOKTOR GIGI. 
KALAU BENAR2 SAKIT, BAGI TAHU SAJA SAKIT TERAMAT SANGAT. 
KALAU GIGI DAH PECAH LAMA, JANAN GATAL2 NAK BUAT TAMPALAN.
KALAU NAK GIGI SIHAT, MAKAN BENDA BERKHASIAT.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 October, 2011

Nilai Diri Kita

Nilai diri kita hanya kita sahaja yang tahu bersama Tuhan yang Maha Pencipta.... 

Nilai diri kita hanya akan dinilai orang orang2 yang kenal rapat dan sayang pada kita..... 

Nilai diri kita juga adakalanya dipandang tinggi oleh musuh kita sendiri tanpa kita ketahui. 

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Wallahualam....
 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 October, 2011

Wordless Wednesday : #05

Punca Rezeki


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Wordless Wednesday : #04

Capal Gajah...tapi kenapa satu jewr?


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Novel Badai Semalam - Naskah Terulung

 

Kalau tak silap saya, saya baca Novel Badai Semalam sewaktu masih di sekolah rendah. Novel tue saya pinjam di perpustakaan sekolah. Masa saya baca novel tue buat pertama kalinya, saya tak baca sampai habis, macam boring sangat, iyerlah....cerita orang besar2.

Kali kedua saya jumpa novel tue di rumah saya pulak. Waktu tue saya dah bersekolah menengah, cuma kalau tak silap saya kulit hadapan sudah bertukar dan novel itu kepunyaan Arwah abang saya. Tak tahulah dia beli ker, pinjam library ker, kawan dia punya ker. Masa tue saya baca novel tue pown sekerat jalan sebab last2 saya tak jumpa dah novel tue. Mesti Arwah Abang saya dah sembunyikan atau dah pulangkan pada tuannya.

Kali ketiga saya jumpa semula Novel tue di sekolah menengah. Yang ni confirm kepunyaan kawan saya yang belajar Sastera di sekolah. Di tingkatan 4 & 5, saya ambil jurusan Sains, maka novel ini itdak menjadi teks bacaan kami. Yeahhh, kali ni saya baca sampai habis dah tamat sehingga penghabsisan cerita. Saya baca waktu dalam bas, dalam perjalanan balik ke rumah. Takda apa nak buat, baik baca novel, nak baca buku mengantuk plak almaklumlah dah tengahari, perut pown dah lapar. Menurut kawan saya, novel ini ada sambungannya iaitu kalau tak silap 'Cinta Tiada Akhirnya'. Yang ni saya tak pernah jumpa pulak.

Baru-baru ni pula saya jumpa kembali Novel Badai Semalam yang terhebat ini di rumah ibu mertua saya. Tapi kali ini juga kulit depannya sudah bertukar. Hurmmm....seperti ini;




Novel terulung nie kini dibaca pula adik ipar saya yang sedang menuntut di Beijing, China. Aiksss....jadi eks bacaan sekolah di Beijing jugak ker? Hebat betul..

Saya ucapkan tahniah dan syabas untuk Khadijah Hashim kerana berjaya menerbitkan sebuah naskah terulung yang sehingga kini menjadi rujukan dan bacaan segenap peringkat usia. Kerana artikel saya ini jugalah, saya baru ketahui Novel terulung itu kini berusia 43 tahun. Berbagai bahasa terjemahan telah dibuat termasuklah, bahasa Inggeris, Spanish dan Mandarin.

Tahniah juga buat Istana Budaya kerana berjaya mementaskan teater teragung ini ke pentas berprestij  pada 11 hingga 20 November ini. Good Luck untuk barisan anak seni yang terpilih untuk menjayakan pementasan teater ini.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Pisang oh Pisang

Hari nie Kak Zarina, pembantu di office kami bawa pisang setandan. Wahhhh.....pesta pisanglah nampaknya.

"Saya Suka Pisang"

TQ Kak Zarina...

Pisang ni ada banyak khasiat, selain melawaskan 'u-uK', pisang juga membantu proses penghadaman dalam perut. Zat yang terdapat dalam pisang sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna oleh perut kita. Dan pisang itulah yang dibawa oleh Kak Zarina untuk kudapan kami hari ini. Kenapa pisang masak dipokok (bukan dikuali) lebih mudah dicerna? Ini adalah kerana gula yang ada pada sebiji pisang telah berubah menjadi glukos semulajadi dan disebabkan itulah proses penyerapan serta peredarannya dalam darah menjadi lebh cepat. Meh saya kongsikan banyak lagi kebaikan pisang untuk badan kita;


1. Sebagai sumber tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. Pisang baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu pisang juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Daun pisang mempunyai kesan yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan. Kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. Jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja, malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'banana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. Bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. Menambah nafsu makan

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.

Itulah sebabnya saya lebih suka kepada pisang daripada jagung yang dikatakan melemahkan 'syah-what'

Inilah pisang yang Kak Zarina bawa untuk kami. Sisir ini di chop oleh saya, Naema, Ismail & Lai...yg beberapa biji lagi tue taktau sapa yg amik. Last2 tengok tinggal 1 jer saya punya.


 Hahahaha....tinggal ni jewr. Seb baik dah tulis nama.
Dah habis pownnnn....
Yang ni Shuaidah yg punya....

Renung-renungkan.....
Kempen "Makanlah Pisang"

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 October, 2011

Ladies Nite~~~22.10.11

Dalam kesibukan membuat assignment, masih sempat lagi memenuhi ajakan kawan2 sekolah untuk keluar berkaroke. Nasib baiklah hubby saya ni sporting dan sangat memahami. Lagipun kami bukannya melakukan perkara-perkara yang tak baik dan menyalahi undang2 negara serta undang2 rumah tangga. Begitu juga dgn hubby kawan2 saya yang lain. Kami semua sudah berkeluarga, masing2 bekerjaya dan ada antara kami yang mempunyai aktiviti lain seperti belajar dan berniaga. Tapi, sekali-sekala keluar bersama selain berseronok dan bercerita hal masing2, kami juga berkongsi rasa suka duka sepanjang kehidupan seharian bersama keluarga.

Macam-macam cerita kami kongsikan selain berkaroke. Dari isu2 semasa, masalah negara, isu rumah tangga, sampailah isu yg ntah apa2 ntah. Bertukar2 cerita dan berseloka sangat seronok sebab semua ada cerita masing2. Bila ada cerita lawak, bagai nak rak kitorg ketawa. Bila ketawa kat dlm bilik karoke ue, tak ada sapa nak kesah. Ketawalah, kuat2 pown takpa takda sapa nak pandang. kalau nak menangis pown, mengangislah, takda sapa nak kesah. Hanya kami2 saja.....

Begitu juga dengan cerita masalah rumah tangga yang ada pasang-surut, tapi kalau tidak diluahkan ianya akan menjadi kudis yang akhirnya memakan diri. Jadi, dengan adanya aktiviti2 seperti ini, disamping meluahkan rasa dan masalah, kami mencari penyelesaiannya. Sekurang-kurangnya kami tidak mahu rakan kami bersendirian menanggung masalah, kalau tidak ada jalan penyelesaian, sekalipun tapi setidak2nya kami akan menjadi rakan dan teman yang sentiasa sudi mendengar masalah rakan dan memberi semangat untuk rakan meneruskan kehidupan.

Jom nengok kami2 yang chumel nieyhhhh....




Hahahaha....sbb karoke mlm ni jugak, saya baru tahu ada kumpulan nama nie;

Bukan tue jer, sy jugak baru tahu si Mek Siti nie ada lagi nie;
 

Lepas karoks, kitorg gi supper kat Sayam, Stulang. Thanks utk baskin nie, lupa nak tanya nama kumpulan diorang. Suara sedap boleh tahan, lagu pown best2...ikhlas lah nak bagi berapa yea bagi sesapa yg dengar diorang perform. Bagi support skit kat budak2 nie....

 
Ni plak pic kitorg makan malam yg tak seberapa kat Sayam....



5 hrs with u (Sagi, Zurra,Ryn, Lis, Faradila)...from 9pm~2am, its a very enjoyable time....... 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ (pls take 1)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 October, 2011

Keselamatan dan Pengawalan

Kalau kita cerita pasal keselamatan, pasti ia akan berkait dengan pengawalan. Tak kira lah keselamatan di rumah, dengan anak-anak, di tempat kerja, di jalan raya ataupun di mana-mana saja. Setuju tak?

Kenapa saya buat entry ni? Hurmmmm.... sebabnya saya nak cerita pasal keselamatan dan pengawalan lah. Tapi kalau saya cerita pasal Pengawal Keselamatan, agak-agaknya ada kaitan tak erk? Ishkkkk...mestlah ada, kerana seseorang atau majikan atau sesebuah badan mengupah pengawal adalah untuk menjaga keselamatan sesuatu tempat, terutamanya rumah dan pejabat. Lebih-lebih lagi kedai emas, mesti ada seorang pengawal keselamatan bersenjata akan terpacak di depan kedai memerhatikan sahaja tindak tanduk orang yang lalu lalang.

Tapi saya sebenarnya tulis entry ni sebab tak puas hati dengan satu kejadian
yang menimpa kakak saya di mana rumah dia baru sahaja dirompak. Macam mana boleh kena rompak, tu kena tanya pengawal keselamatan yang menjaga kawasan rumahnya. Sebenarnya kakak saya tinggal di sebuah Apartment di Klang. Kawasan rumah tersebut dikawal rapi oleh pengawal kerana setiap kali kami datang dari jauh, kami tidak dibenarkan masuk sewenang-wenangnya. Nak kena bagi kad pengenalan lah, kena tunggu tuan rumah jawab panggilan dan mengesahkan kami lah, itulah, inilah.... sampaikan kami bosan barulah dapat masuk. Huhhh!!!

Lama-lama bila fikir-fikir balik bagus juga kalau kawalan ketat macam tu. Bagus untuk penghuni apartment tersebutlah, kann kannn kannn.... Tapi!!!!!! bila kami dapat tahu rumah dia kena rompak, huhhhh!!!! marah ni, menyirap jer. Macam mana pengawal boleh biarkan perompak terlepas masuk. Soal seidik kat kakak, mereka plak mengesyaki ada kalangan pengawal keselamatan yang sebenarnya melakukan kerja terkutuk tersebut.

Sedeyyyyy sangat, anak sedara I call nangis-nagis mengadu :
Aleeya - "Mama....duit kakak kena curi, habis semua orang jahat tu amik"
Mama - "Alaaaaa, kesyiannya kakak. Nanti kita tangkap orang jahat tue yea!"
Aleeya - " Kakak nak duit kakak balik, penat kakak kumpul....huhuhuu...."
Mama - "Takpa, raya aji dah dekat, nanti kita buat collection lagi ehh"
Aleeya - "Huhuhuhu....duit raya kakak!!!!!!!!"

Aleeya tu anak sedara saya, sebaya dengan anak saya yang nombor 2. Memang semua anak sedara panggil saya Mama, terasa plak anak ramai. Hehehehe.....

So, balik kita pada kejadian rompakan kat rumah kakak saya. Yang dia ambil adalah; ni wawancara dari FB abang ipar :

Antara barangan yang di curi;
  1. Gold plug lebih kurang 5g
  2. Duit raya princess lebih kurang RM700
  3. Laptop Acer
Haduyaii...seb baik TV2 diorang yang kurus2 tue tak dirembatnya. Bersabar yaaa kakak dan iparku sayang, ada hikmah disebaliknya yang Allah nak tunjukkan. Mesti lepas ni rezeki korang lebih melimpah-ruah. Yealah, sebelum ni renovate dapor besarkan, lepas ni naik satu tingkat lagi kot, almaklumlah Pent House. OK whattt...

Nilah rumah dioarang sebelum dirompak.

Tapi selepas dirompak pownnn macam tu jugak. Seb baik perompok cilanat tu tak tebalikkan rumah diorg. Gambar bawah nilah rumah diorang... Apartment mesti dirahsiakan, tapi kalau org Klang tengok mesti tau punya lahhh....Hehehehehe...


p/s: Jangan percaya dengan pengawal keselamatan, mengawal kerrr?


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 October, 2011

Otak Manusia : Ciptaan Ajaib Allah s.w.t.

Kebanyakkan dari kita mesti belum pernah mendengar atau tidak mengetahui kewujudan otak tengah. Saya juga baru sahaja mendalami rahsia dan keistimewaan otak tengah ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita ambil tahu dahulu tentang Otak Manusia dimana merupakan Ciptaan Ajaib Allah.

Seperti yang kita pelajari di sekolah dulu, terdapat 4 bahagian utama otak manusia iaitu, Celebrum, Cerebellum, Limbic System dan Brain Stem. Otak manusia merupakan sistem saraf yang membuat keputusan setiap gerak tubuh dan menjadi satu pusat komunikasi yang terpenting. Otak mengawal setiap tindakan daripada bernafas, berkelip, bergerak dan juga menghafal fakta-fakta tertentu.

Otak manusia terbahagi kepada 3 bahagia penting iaitu otak depan, otak belakang dan otak tengah. Otak Depan terbahagi kepada serebrum, thalamus dan hipotalamus. Otak Belakang pula terdiri daripada cerebellum, pons dan medulla. Manakala Otak Tengah pula terdiri daripada tectrum dan tegmentum. Biasanya Otak Tengah, pons dan medulla yang disebut-sebut sebagai Sistem Otak.

  • Frontal Lobe - berkaitan dengan perancangan, bahagian pertuturan, pergerakan, emosi, dan penyelesaian masalah
  • Parietal Lobe - berkaitan dengan pergerakan, orientasi, pengiktirafan, persepsi rangsangan
  • Occipital Lobe - berkaitan dengan pemprosesan visual
  • Temporal Lobe - berkaitan dengan persepsi dan pengiktirafan rangsangan auditori, ingatan dan ucapan

Kebanyakkan dari kita hanya menggunakan sebelah sahaja fungsi otak, terutama otak kiri. Tapi hanya orang-orang tertentu sahaja menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian mereka. Tapi bagaimana pula jika seseorang itu menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk melakukan setiap pekerjaan seharian termasuklah belajar, bekerja atau beriadah.?

Tunggu entry saya yang seterusnya.......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Rindu pada blog ini....

Ahdoiyaiiiiii.....lama nya tak menukil kat sini. Hurmmmmm....seronoknya honeymoon/ cheeewah.

Bukannya hanya kekurangan masa, tapi juga disebabkan kemalasan melanda sejak akhir-akhir ni. Rasanya dah sebulan lebih tak menjengah erkkk.....jap agi nak jenguk kawan2 plak. Jenjalan makan angin kat laman blogger2, apalah cerita baru diorang erk. Kalau ada yg menbuyut tue mesti dah bersalin, kalau ada yg becintancintun tue mesti ada yg dah bertunang ke kawain trus ker. tapi taknak plak dengan cerita2 sedih.

Memandangkan semester baru saya juga sudah bermula, maka makin sibuklah harian kami (me & hubby). Jgn sampai tungganglanggang udah lah yer. InsyaAllah akan selalu menjenguk ke sini kerana bila dah start study maka akan terngadahlah lappy saya ni 24-7. Selama saya tak blogging, saya cuma on-line by phone, so malas nak bukak2 blog nie, lambat loading pastu nak kena scroll up down left right, leceh sgt.

Subject sem ni berat skit nampaknya, byk kira2, finance lah, stat lah, management la, sampaikan HR pown kena belajar gak. Takpa...takpa....just for knowledge.

Untuk kawan2 yg lain, tak kiralah dari Uni mana, selamat belajar yeaaaa......

Eh, pagi tada sy tengok akhbar tapi tak sure arini punya ke bila, ada gambar ni kat belah depan. Moga2 10 thn lagi gambar kami anak2 beranak plak terpampang macam ni kat akhbar tempatan....InsyaAllah....


** 12 tahun lagi yea....tajuk akhbar akan begini :

Tiga Beranak Terima Doktor, Ijazah

Rizal (kanan) dan isteri, Norazlina (kiri) melihat ijazah yang diterima anak mereka, Adam Danish di Kuantan semalam. Manakala Rizal dan Norazlina menggenggam Sijil Doktor masing-masing.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...