Hari nie Kak Zarina, pembantu di office kami bawa pisang setandan. Wahhhh.....pesta pisanglah nampaknya.
"Saya Suka Pisang"
TQ Kak Zarina...
Pisang ni ada banyak khasiat, selain melawaskan 'u-uK', pisang juga membantu proses penghadaman dalam perut. Zat yang terdapat dalam pisang sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna oleh perut kita. Dan pisang itulah yang dibawa oleh Kak Zarina untuk kudapan kami hari ini. Kenapa pisang masak dipokok (bukan dikuali) lebih mudah dicerna? Ini adalah kerana gula yang ada pada sebiji pisang telah berubah menjadi glukos semulajadi dan disebabkan itulah proses penyerapan serta peredarannya dalam darah menjadi lebh cepat. Meh saya kongsikan banyak lagi kebaikan pisang untuk badan kita;
1.
Sebagai sumber tenaga
2. Penderita anemia.
3. Penyakit usus dan perut
4. Mengubati luka akibat terbakar
5. Kecantikan wajah
6. Atur berat badan
7. Kecantikan semula jadi
8. Menambah nafsu makan
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah
menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. Pisang baik untuk
pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.
2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia
mengandungi zat besi yang tinggi.
3. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk
mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu pisang juga disarankan
untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan
semula jumlah asid dalam perut.
4. Mengubati luka akibat terbakar
Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan
cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak
kelapa. Daun pisang mempunyai kesan yang menyejukkan kepada kulit.
5. Kecantikan wajah
Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta
madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit.
Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya
mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya
selama 15 hari berturut-turut.
6. Atur berat badan
Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan. Kamu
boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4
gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. Jumlah kalori yang
terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja, malah menu
ini juga memang sangat menyihatkan
7. Kecantikan semula jadi
Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu
tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'banana milk-shake' yang
dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas
makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. Bagi kamu yang berhasrat untuk
menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.
8. Menambah nafsu makan
Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan
dan menguatkan kembali tenaga.
Itulah sebabnya saya lebih suka kepada pisang daripada jagung yang dikatakan melemahkan 'syah-what'
Inilah pisang yang Kak Zarina bawa untuk kami. Sisir ini di chop oleh saya, Naema, Ismail & Lai...yg beberapa biji lagi tue taktau sapa yg amik. Last2 tengok tinggal 1 jer saya punya.
Hahahaha....tinggal ni jewr. Seb baik dah tulis nama.
Dah habis pownnnn....
Yang ni Shuaidah yg punya....
Renung-renungkan.....
Kempen "Makanlah Pisang"
8 comments:
hahaha...lawak ar kak nie!!!....name n tkde...x sempat nak chop....wn rembat ros td..:)
tag kat wall Suai coz dianya spesel skit...hehehehe
hehehee..tkde hal r.....yg penting dpt mamam pisang...nyam2
ekekeke..siap tulis nama lagi atas pisang
Tringat time blja dlu, org kt, "cium bau pisang bole kuruih" "sapu kulit pisang kat kulit kt blh halus kn kulit" ngeeee.. Apa yg penting, sy suka "lepat pure banana"
DZ: haaa ... biasanya org tulis nama atas batu, tapi kami tukar plak... 'tulis nama atas pisang'
pisang memang sedap! elok untuk penghadaman. ((;
yeke.. cik na punye gastrik mmg tahap teruk ni. nak makan pisang la lepas ni. tq info kak. :)
Post a Comment