Kalau tak silap saya, saya baca Novel Badai Semalam sewaktu masih di sekolah rendah. Novel tue saya pinjam di perpustakaan sekolah. Masa saya baca novel tue buat pertama kalinya, saya tak baca sampai habis, macam boring sangat, iyerlah....cerita orang besar2.
Kali kedua saya jumpa novel tue di rumah saya pulak. Waktu tue saya dah bersekolah menengah, cuma kalau tak silap saya kulit hadapan sudah bertukar dan novel itu kepunyaan Arwah abang saya. Tak tahulah dia beli ker, pinjam library ker, kawan dia punya ker. Masa tue saya baca novel tue pown sekerat jalan sebab last2 saya tak jumpa dah novel tue. Mesti Arwah Abang saya dah sembunyikan atau dah pulangkan pada tuannya.
Kali ketiga saya jumpa semula Novel tue di sekolah menengah. Yang ni confirm kepunyaan kawan saya yang belajar Sastera di sekolah. Di tingkatan 4 & 5, saya ambil jurusan Sains, maka novel ini itdak menjadi teks bacaan kami. Yeahhh, kali ni saya baca sampai habis dah tamat sehingga penghabsisan cerita. Saya baca waktu dalam bas, dalam perjalanan balik ke rumah. Takda apa nak buat, baik baca novel, nak baca buku mengantuk plak almaklumlah dah tengahari, perut pown dah lapar. Menurut kawan saya, novel ini ada sambungannya iaitu kalau tak silap 'Cinta Tiada Akhirnya'. Yang ni saya tak pernah jumpa pulak.
Baru-baru ni pula saya jumpa kembali Novel Badai Semalam yang terhebat ini di rumah ibu mertua saya. Tapi kali ini juga kulit depannya sudah bertukar. Hurmmm....seperti ini;
Novel terulung nie kini dibaca pula adik ipar saya yang sedang menuntut di Beijing, China. Aiksss....jadi eks bacaan sekolah di Beijing jugak ker? Hebat betul..
Saya ucapkan tahniah dan syabas untuk Khadijah Hashim kerana berjaya menerbitkan sebuah naskah terulung yang sehingga kini menjadi rujukan dan bacaan segenap peringkat usia. Kerana artikel saya ini jugalah, saya baru ketahui Novel terulung itu kini berusia 43 tahun. Berbagai bahasa terjemahan telah dibuat termasuklah, bahasa Inggeris, Spanish dan Mandarin.
Tahniah juga buat Istana Budaya kerana berjaya mementaskan teater teragung ini ke pentas berprestij pada 11 hingga 20 November ini. Good Luck untuk barisan anak seni yang terpilih untuk menjayakan pementasan teater ini.
1 comments:
salam.. siapa ada novel ni saya nak beli.. teringin nak baca balik..
Post a Comment