29 October, 2011

Aduhhh Mak Sakit

SAKIT GIGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Haduiyaiiii....Semalam saya pergi klinik gigi kerajaan dekat Mahmudiah. Awal pagi dah pegi sebab memang keluar pagi tue nak peri kerja. Tapi dah tak tahan gigi sakit dari malam semalamnya. Sampai jer kat Klinik, sakit dah kurang. Tiba giliran nombor 2007 (actually no. 7 jer) trus masuk jumpa doktor gigi yang comel. 

Macam biasa doktor akan tanya "Apa masalah kak?"
Saya jawablah "Gigi sakit" sambil tunjuk gigi garham yang belah bawah kiri yang dah pecah.
Doktor tanya lagi "Jadi nak buat apa?"
Aikk...pulak tanya. Bukan doktor tau dah nak buat apa.
Saya jawab lah, "kalau nak tampal boleh"
Doktor senyum dan kata "OK, baring yer kak"
Hehehe...seb baik doktor comel.

Kejap jer, doktor tampal, adjust, korek, tampal balik, adjust, ukir2 skit ikut bentuk gigi, siram air.
Doktor tanya lagi "Gigit kak, rata tak"
Saya pun gigitlah, "Tinggi sikit"
Doktor pun adjust, korek, gosok2, adjust, ukir2 skit ikut bentuk gigi, siram air.
Doktor tanya lagi "Gigit kak, rata tak"
Saya pun gigitlah, "Tinggi sikit"
Doktor pun adjust, korek, gosok2, adjust, ukir2 skit ikut bentuk gigi, siram air.
Doktor tanya lagi "Gigit kak, rata tak"
Saya pun gigitlah, "OK lah...hurmmm..."

OK dah siap, gi kaunter bayar RM2 then balik.
Tiba2, malam gigi tue dah start berdenyut2. Aduiiii,,,,, tak boleh tido. Nak pegi klinik dah tutup. Tahan jerlah sampai esok pagi.

So, hari ni saya pergi Klinik Pergigian Amim kat Taman Universiti. Doktor kata, gigi saya dah ada jangkitan kuman di bahagian akar. Tampalan semalam cantik, cuma kuman dah masuk ke dalam akar. Mungkin sebelum tampal dah ada jangkitan cuma doktor yang semalam tak check dengan betul. adi kena buat rawatan akar. Rawatan akar gigi kosnya RM550. Tapi kalau tak buat lagi sakit. Kalau nak cabut sayang sebab gigi yang problem ni gigi makan. Nanti dah tak cantik, kalau cabut juga gigi yang lain akan bergerak. Hurmmm...taknaklah jadi antu gigi jarang.

OK lah saya kata. Rawatan lebih kurang 1 jam. Injection punyalah banyak. Bius membuatkan mulut saya kebas macam kena tumbuk. Saya kena datang semula lagi 2 minggu unuk teruskan rawatan.tanpa bayaran.

Husband saya kata "Padan muka, kalau semalam tak tipu doktor, cakap aja sakit, kan doktor dah buat rawatan yang sempurna. Haaa, tanggunglah sakit semalaman."

Dr. Roshaliza Rasit Ali. Sedap nama doktor secantik orangnya. Doktor gigi ni memang cantik2, comel2 dan handsome2 belaka yea. Tengoklah Dr. Faiz (2nd astronaut tue) comel jer. Lagi 2minggu saya jumpa doktor gigi lagi.















Pesanan : 
KALAU GIGI SAKIT, CEPAT2 JUMPA DOKTOR GIGI. 
KALAU BENAR2 SAKIT, BAGI TAHU SAJA SAKIT TERAMAT SANGAT. 
KALAU GIGI DAH PECAH LAMA, JANAN GATAL2 NAK BUAT TAMPALAN.
KALAU NAK GIGI SIHAT, MAKAN BENDA BERKHASIAT.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

Risik Resepi said...

seksanya rase sakit gigi..

RIZZNA said...

Btul lah....sakit ya ammatT!
(sakit yg paling sakit)
sakit besalin pown tak sakit mcm sakit gigi....

Fiq Ras said...

wahhh! tak sangka kakak saya seglamour ini. hahah siap masuk blog lagik. :D

RIZZNA said...

Roshafika, owhh yaaa itu Dr. tu kakak awak...cantik,sama cantik ngan awak. Say thanks to your sis.
Skarang saya lebih berhati2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...