Kalau kita cerita pasal keselamatan, pasti ia akan berkait dengan pengawalan. Tak kira lah keselamatan di rumah, dengan anak-anak, di tempat kerja, di jalan raya ataupun di mana-mana saja. Setuju tak?
Kenapa saya buat entry ni? Hurmmmm.... sebabnya saya nak cerita pasal keselamatan dan pengawalan lah. Tapi kalau saya cerita pasal Pengawal Keselamatan, agak-agaknya ada kaitan tak erk? Ishkkkk...mestlah ada, kerana seseorang atau majikan atau sesebuah badan mengupah pengawal adalah untuk menjaga keselamatan sesuatu tempat, terutamanya rumah dan pejabat. Lebih-lebih lagi kedai emas, mesti ada seorang pengawal keselamatan bersenjata akan terpacak di depan kedai memerhatikan sahaja tindak tanduk orang yang lalu lalang.
Tapi saya sebenarnya tulis entry ni sebab tak puas hati dengan satu kejadian
yang menimpa kakak saya di mana rumah dia baru sahaja dirompak. Macam mana boleh kena rompak, tu kena tanya pengawal keselamatan yang menjaga kawasan rumahnya. Sebenarnya kakak saya tinggal di sebuah Apartment di Klang. Kawasan rumah tersebut dikawal rapi oleh pengawal kerana setiap kali kami datang dari jauh, kami tidak dibenarkan masuk sewenang-wenangnya. Nak kena bagi kad pengenalan lah, kena tunggu tuan rumah jawab panggilan dan mengesahkan kami lah, itulah, inilah.... sampaikan kami bosan barulah dapat masuk. Huhhh!!!
Lama-lama bila fikir-fikir balik bagus juga kalau kawalan ketat macam tu. Bagus untuk penghuni apartment tersebutlah, kann kannn kannn.... Tapi!!!!!! bila kami dapat tahu rumah dia kena rompak, huhhhh!!!! marah ni, menyirap jer. Macam mana pengawal boleh biarkan perompak terlepas masuk. Soal seidik kat kakak, mereka plak mengesyaki ada kalangan pengawal keselamatan yang sebenarnya melakukan kerja terkutuk tersebut.
Sedeyyyyy sangat, anak sedara I call nangis-nagis mengadu :
Aleeya - "Mama....duit kakak kena curi, habis semua orang jahat tu amik"
Mama - "Alaaaaa, kesyiannya kakak. Nanti kita tangkap orang jahat tue yea!"
Aleeya - " Kakak nak duit kakak balik, penat kakak kumpul....huhuhuu...."
Mama - "Takpa, raya aji dah dekat, nanti kita buat collection lagi ehh"
Aleeya - "Huhuhuhu....duit raya kakak!!!!!!!!"
Aleeya tu anak sedara saya, sebaya dengan anak saya yang nombor 2. Memang semua anak sedara panggil saya Mama, terasa plak anak ramai. Hehehehe.....
So, balik kita pada kejadian rompakan kat rumah kakak saya. Yang dia ambil adalah; ni wawancara dari FB abang ipar :
Antara barangan yang di curi;
- Gold plug lebih kurang 5g
- Duit raya princess lebih kurang RM700
- Laptop Acer
Haduyaii...seb baik TV2 diorang yang kurus2 tue tak dirembatnya. Bersabar yaaa kakak dan iparku sayang, ada hikmah disebaliknya yang Allah nak tunjukkan. Mesti lepas ni rezeki korang lebih melimpah-ruah. Yealah, sebelum ni renovate dapor besarkan, lepas ni naik satu tingkat lagi kot, almaklumlah Pent House. OK whattt...
Nilah rumah dioarang sebelum dirompak.
Tapi selepas dirompak pownnn macam tu jugak. Seb baik perompok cilanat tu tak tebalikkan rumah diorg. Gambar bawah nilah rumah diorang... Apartment mesti dirahsiakan, tapi kalau org Klang tengok mesti tau punya lahhh....Hehehehehe...
p/s: Jangan percaya dengan pengawal keselamatan, mengawal kerrr?
12 comments:
batul la, guard tak leh nak percaya sangat.sama la mcm kes abg sy y kat kl ni. kereta dia toyota wish, kene curi kat tempat parking bawah kondo. padahal ada je guard yang jaga.
hmm sgt setuju dgn n3 ni..kdg2 bkn nak tuduh tp ada jugak syak wasangka tu huhu
Mesti ada sebab guard2 tue bersikap sedemikian. Rasanya taklah jahat sgt, tapi mungkin sbb dah terdesak. Kos sara hidup kat Malaysia ni sgt tinggi, org akan buat mcm2 untuk penuhi kehendak hidup bukan keperluan hidup./
Tapi....mcm mana plak erk kes rogol kat Gelang Patah 10 tahun dulu? Baru2 ni kejadian rogol jugak oleh guard kat Bdr Seri Alam.
Subhanallah.....
Ija, kalau parking kat Condo atau hotel atau bangunan2 pejabat, biasanya ada term : Park your vehicle on your own risk
Bayor mahal tapi service hampeh!
Izan, btul tue. Kadangkala kita lihat org tue baik, tapi sbnarnya hampeh. Jadi kita kena berhati2 dgn semua org disekeliling kita.
memang ada guard yg dah pakat dgn perompak atau diaorang sendiri yg melakukannya. kesian si kecil, duit raya hilang.
Semalam sebelum kami keluar rumah terserempak dengan guard. mereka memberitau saya bawa ada pencuri telah ditangkap pada hari tu. Katanya tuan rumah itu sendiri yang menangkap perompak tu. Tetapi sehingga petang, kami tidak mendapat panggilan dari pihak polis. Jadi kami buat follow up dengan polis tentang khabar angin yang kami terima. Yang mushkilnya, pada awalnya polis mengatakan belum ada apa2 maklumat. apabila kami bertanyakan tentang perompak yang ditangkap tu, polis tu kata bukan perompak yg kami cari. Kami dah mula confuse. Tapi hati saya kuat mengatakan bahawa, ini adalah permainan diorang untuk mengaburi mata. Tapi kami bersyukur kini kami telah memasang system keselamatan rumah lengkap dengan cctv. Walaubagaimanapun, saya telah membuat satu surat kepada pihak management tempat saya tinggal untuk membayar ganti rugi kerana kami membeli rumah ini dengan jaminan keselamatan tetapi kami rasa seolah2 janji tinggal janji. Telah genap seminggu perompak yang kami cari masih belum diberkas dan kesemua guard yang menjalankan tugas telah lalai dan telah meninggalkan guard post semasa waktu bekerja pada tarikh kejadian. Ini menguatkan lagi instinct saya untuk menjadikan guard sebagai suspect utama saya.
BF: mmg trharu bila dgr princess menangis kt phone.
Sis, bgs la u dh pasang cctv & alarm system. Psg sound alarm semaxima yg mungkin.
Rumah I coming soon nk psg alarm. Risau jugak dh le dok umah mcm hotel, dpn kwsn trbuka plak tu. Harap2 noting hapen smpi kitorg brjaya psg alarm system.
Mudah mudahan dilindungi. buat msa nie just jangan tinggalkan barang berharga dalam rumah dulu lah.. barang yang kecil2 tu senang die nak angkut. lagi satu kalau agak2 nak balik malam, buka satu lampu dalam umah.
InsyaAllah akan dipraktikkan.
Actall kitorg ada jugak pasang lampu jam kat depan umah, set timer akan on pukul 7pm smpai 5am. Timer tu byk ada jual, harga ~RM20 jer seunit
mmg tak blh caya la dgn pengawal keselamatan ni. tak semua la. nampak mcm mengawal tp dok kawal bila nak ceroboh umh org sbnrnya.
Post a Comment