04 April, 2012

TERBAEKKK KAH KAMU???

Dalam meniti kehidupan, kita akan berdepan dengan berbagai keadaan dan bermacam kerenah manusia. Adakah kamu terbaik dalam golongan yang terbaik? 

Terbaikkah kamu menjadi seorang hamba Allah?
Terbaikkah kamu menguruskan kehidupan seharian?
Terbaikkah kamu dihati ibu-bapadan keluarga  kamu?
Terbaikkah kamu dikalangan rakan-rakan kamu?
Terbaikkah kamu kepada diri kamu sendiri?

Tidak perlu berpura-pura menjadi yang terbaik sedangkan kamu sendiri tidak meyakini diri kamu sendiri. Allah Maha Mengetahui segala-galanya, sama ada anda berpura-pura atau bermuka-muka atau berdolak-dalik atau munafik. Antara sifat-sifat munafik adalah;

1. Tidak amanah
2. Bercakap bohong
3. Memungkiri janji
4. Degil dan bongkak

Adakah kamu rasa kamu masih tergolong dalam golongan yang terbaik? Tunduklah ke bumi sebelum mahu mendongak kelangit. Lihatlah diri kamu sendiri sebelum melihat ke arah orang lain. Jika kamu masih rasa kamulah yang terbaik, jadi pastikan.....

1. Tiada yang menghianati kamu di belakang kamu
2. Tiada yang mengkeji kamu di belakang kamu
3. Tiada yang berkata kesat terhadap kamu
4. Tiada yang benci apabila memandang kamu

Jika kesemua kesempurnaan dapat dipastikan, maka barulah kamu boleh dianggap yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Tapi harus ingat......

HANYA ALLAH SAHAJA YANG MULIA, DIALAH YANG TERBAIK.

Tak perlulah menjadi seperti merak.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...