29 September, 2015

Selamat Ulang Tahun Saya

Alhamdulillah..... Sabtu lepas saya diberikan lagi keizinan dari Yang maha Esa untuk menyambut ulang tahun kelahiran. Syukur kerana masih diberi bernafas secara percuma. Syukur juga kerana orang-orang yang saya sayangi dan menyayangi saya ada disisi.

Ulang tahun saya adalah pada hari Sabtu, 26 haribulan. Dan.....hari ulang tahun adik ipar saya 24 haribulan Khamis iaitu jatuh pada hari raya haji. Maka....kami buatlah sambutan harilahir secara kecil-kecilan di KFC pada 25 haribulan.




Smiles............





Ehhh.. actually sebelum celebrate birthday tu kitorang lepak di Rengit Coffee, Batu Pahat.



Hahaha......itulah dia, kekasih hati saya. Kawan gaduh, kawan nangis, kawan gurau, dimana ada saya, disitu ada dia. Dimana ada dia, adalah saya.....hihihi....

Boring ekk cerita ni.

Jom bergelak ketawa.





Ceriakan harimu........

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 September, 2015

Selamat Hari Raya Qurban

Alhamdulillah.......selesai sudah ibadah qurban kami hari ni. Tahun ni, kami masuk ladang untuk melihat ibadah Qurban, di Kampung Bukit Batu, Senggarang.





Jauh jugak nak masuk ke dalam ladang ni. Terkesima bila tengok banyak lembu, kambing, kambing boer, biri-biri, seladang, kerbau dan juga kuda.












Dah berada dalam ladang sawit ni, bila nak keluar terkial-kial lah. Almaklumlah budak-budak bando ni kan. Taknak dia nolong melapah, so dah masuk tadi bertunda kereta. Bila keluar sendiri menyanyah-nyanyah. Tiba-tiba melintang kedak lembu kat tengah jalan. Camno nak keluar ni???




Bila dah dapat lepas galangan, melompat keriangan laaaaa budak-budak bando ni



Yeahhhhh......



Hakak belanja selfie sekeping dengan anak sedara yang cun melecun ni bersama seekor lembu besaqqqqqqq bakhang.

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 September, 2015

Bravo 5 dan Polis Evo - Filem Wajib Tonton

Salam 1 Malaysia dan Salam Anak Merdeka berjiwa wira.

Saya baru saja menonton filem Polis Evo, dapat tiket di hari ke-3 tayangan sebab kami gagal dapatkan tiket semalam kerana soldout. Kalau ada pun di barisan bawah. Batu pahat aje pun, MBO pulak tu. Jadi tadi pagi-pagi lagi dah usha tiket online, alhamdulillah dapatlah tayangan pukul 12.45pm, seat E. Dan panggung penuh sampai seat terkahir, menonggaklaaaa acik acik kat bawah tu.

Berbeza dengan filem Bravo 5, kami ke panggung di hari ke-2 tayangan juga di TGV Jusco Tebrau. Last minute walkin, panggung kosong, terus beli dan masuk, adalah tak sampai 10 orang yang menonton.

Bagi saya dan en.hubby, kedua-dua filem bagus dengan jalan cerita yang baik, plot yang baik, script yang baik, kesan bunyi, penataan, kesan CGI semua baik dan setanding dengan filem holywood. Tapi....apa yang membezakan kedua-dua filem ini adalah promosi. Promosi Bravo 5 tidak sehebat Polis Evo walaupun menggunakan khidmat pelakon yang bukan calang-calang. Kesian...........dengarnya Polis Evo 3 hari tayangan dah pecah panggung, Bravo 5...? Galak juga saya dan en.hubby mempromosi Bravo 5 di fb, tapi rata-rata kawan-kawan dan saudara mara tak tahu pun kewujudan filem Bravo 5. Sayang kannnnn......

Filem Bravo 5 mengisahkan 5 orang komando yang dipanggil untuk misi menawan komunis dan menyelamatkan seorang askar yabg telah ditawan. Remy Ishak selaku ketua misi dipanggil sehari selepas bernikah, seorang askar berketurunan India pula baru sahaja menghadiri upacara membakar mayat ibunya. Seorang lagi askar berketurunan Iban sedang menunggu kelahuran bayi pertamanya, seorang lagi askar komando Cina terpaksa meninggalkan ibunya seorang diri yang berniaga warung kopi. Manakala Beto Kushairy dipanggil secara rahsia dari tahanan kerana dia sedang menjalani hukuman di penjara atas kesalahan menyerang orang awam. Kesan CGI pada filem Bravo 5 juga amat baik, tapi malangnya waktu tayangan terlalu singkat menyebabkan banyak aksi bertempur yang panjang terpaksa dipotong. Hanya orang filem sahaja tahu kenapa perkara tersebut terpaksa dilakukan.





Bagi anak-anak askar dan yang cintakan negara, saya sarankan...... pergilah menonton Bravo 5, hari tayangan masih ada lagi. Anda pasti tak menyesal. En.hubby sampai menitiskan air mata, berjujus-jujus menitis, ialahhhh kannnn, dia anak komando. Penghayatannya lebih, apatah lagi bila melihat gambaran situasi sebenar askar-askar melayu bertempur menentang komunis.

Filem Polis Evo pula mengisah 2 orang inspector, Zizan Razak dari Kuala Terengganu dan Sahizey Sam dari Bukit Aman yang digandingkan untuk mencari dalang dan lubuk syabu naga terbesar dan merbahaya. Ada sedikit aksi lawak dan aksi lawan juga sangat menterujakan kerana babak lakonan bergasak yang laju dan sangat thrilled. Tiba-tiba Sahizey Sam jadi sado dan handsom dalam Polis Evo sampai makcik pun tergoda. Ternyata sam sangat memilih watak dan lakonannya sangat menjadi dengan gerak tubuh dan mimik muka yang mirip seorang polis under cover. Cheeeewahhhh.....





Pada saya, Polis evo taklah mengarut sangat jalan ceritanya dan kira logik juga dan tak merapu. Mungkin itulah aksi sebenar yang terjadi secara realiti dalam bidang kepolisian. Cuma ada beberapa babak sahaja yang buat kita tertanya-tanya kenapa tidak begitu dan tidak begini. Walaubagaimanapun, overall Polis Evo sangat menarik dan teruja.


Kannnnn handsome kan.6 pax tu Sahizey Sam....hahahahaha melting makcik tau!!


So....jom ramai-ramai support filem melayu. Sata bagi 5 bintang ☆☆☆☆☆ untuk kedua-dua filem, Bravo 5 dan Polis Evo.

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 September, 2015

Pontianak Taman Scientex

Maaf laaa kalau cerita ni menjengkelkan atau mengaibkan. Tapi, sekadar mahu berkongsi je, bak kata orang tua, kalau nak bersuka-suka kenalah bersama-sama. Kalau gelak ramai-ramai lebih meriah dan dapat menjana suasana riang gembira.

Ini kisah hantu pontianak ke ntah langsuir ke tak pun tuju-tuju tak berkepala yang berjaya dirakam di Taman Scientex, Masai, Johor Bahru. Persoalannya betulkah itu memang mahkluk sebenar atau sekadar replika untuk menakut-nakutkan kutu-kutu rayau malam atau perompak pecah rumah di malam hari. Tak pasti!!! Tapi, ianya kelihatan seperti tergantung dari sebatang tiang lampu yang tiada mentol atau tidak bernyala. Dah tengok?? NAH....




Seram tak?

Diulangi...kalau betul..... saya takda niat nak aibkan susuk tubuh ponti tu. Kalau betul......pasti masa hidupnya susuk tubuh tu sama seperti kita, cuma cara matinya atau amalannya yang menjadikan dia begitu. Tapi........betul ke???

Maaf laaaa, kalau ada yang terbaca gurauan malam hari kami. Kami memang suka berseloroh, sebab kakak saya tu memang kami selalu usik dia ponti sebab dia ada taring 2 batang seakan-akan Drakula. Hahahaha...takyah bayangkan laaa rupa kakak saya tu macam mana yea.




Jangan ambil hati yaaaa....

Tapi....betul ke? Ada sesiapa yang tinggal di Taman Scientex Masai, Johor Bahru mengesahkan cerita ni?

posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 September, 2015

Selamat Hari Malaysia

Assalammualaikum......

Pagi yang indah.....ehhhh dah tengahari laaaaa.

SELAMAT HARI MALAYSIA untuk semua warga berjiwa Merdeka.

And..... I'm proud to be Johorean



posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 September, 2015

Tak Akan Putus Nikmat....Sabar.....

Thank you Allah....

"If Allah has destined something for you, no matter how far you go or run away, it will still come for you. That's Taqdir

Be strong enough to walk away from anything that makes you feel sad and unwanted. You deserve better than that. Because what has left you, wasn't meant for you.

Allah is very very Fair. So we just to trust Him in whatever He has written for us. Sure, we have to put efforts. Its OK, I'll be OK, I believe in Allah, coz He always nice to me."

Status FB terbaru saya......setelah sekian lama tak berblogging, terasa macam nak aktif semula. Its OK, tak ada yang baca pun still OK. I just want to released my stress.

Dunia...........

Kebelakangan ni di kelilingi oleh berjenis-jenis manusia. Melihat gelagat mereka, mengajar saya bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri. Berhadapan dengan mereka, mengajar saya erti sebuah kehidupan dan bagaimana untuk menghadapi hari mendatang dengan hati yang kental. Dalam dunia ni, kalau mahu dipandang mulia, apakah perlu menunjukkan segala apa yang kita ada?

Manusia...........

Memang ada banyak jenis manusia yang dilahirkan dengan sifat berbeza-beza. Kadangkala pening pula kepala untuk menghadapi insan-insan yang tak pandai untuk menghargai, menghormati, apalagi mengerti. Bila manusia mementingkan diri sendiri dan berlagak untuk menonjolkan diri menunjuk kehebatan, pasti akan nampak janggal di mana-mana dan akhirnya kita akan rasa tiada keselesaan.

Yang Esa.......

Allahu Akhbar, Allah Yang Maha Besar. Terima kasih Allah kerana sentiasa baik terhadap hamba mu yang satu ini. Walaupun diri ini selalu mengelat, tapi Kau belum pernah memutuskan nikmat. Banyak kejadian yang Kau elakkan dari kami. Semua yang Kau berikan adalah yang terbaik untuk kami. Setiap ujian yang Kau beri pasti ada hikmat yang menanti. Tak mengapa.....kami sabar dan semakin belajar untuk menerima segalanya.

Rezeki itu mungkin bukan milik kami. Kami pasti Allah nak beri yang lain tanpa ada rasa dengki dan iri sesama sendiri. In sha Allah......


posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 May, 2015

Antara Euthanasia dan Kasih Seorang Anak

Baru-baru ini, saya menerima perkhabaran seorang makcik yang sedang nazak di hospital. Berulang alik juga berhari-hari membawa bonda saya kerana yang sakit itu adalah adiknya. Apalah daya saya untuk mengatakan tidak kepada bonda bila dia mahu pergi menjenguk adiknya. Dan tak tergamak saya membiarkan bonda ulang alik berhari-hari dengan hanya menaiki teksi sedangkan anak-anaknya semua lebih dari mampu untuk melayan kehendaknya.

Akhirnya......makcik saya diizinkan pulang oleh doktor, dengan alasan perubatan moden sudah tidak mampu membantu dan hanya kepada Allah sahaja kita diminta berserah. Seorang anak makcik saya bertanyakan pada adiknya apakah yang boleh diperbuat jika ibunya dibawa pulang kerumah, memandangkan anak sulungnya itu berada diperantauan dan belum boleh dapat pulang menjenguk ibunya. Adiknya hanya menjawab yang selama ibunya berada di hospital, hanya tong oksigen yang memberi bantuan pernafasan kepada ibunya. Dengan serta merta anaknya mengarahkan kami untuk mencari tahu dimanakah boleh didapati tong tersebut dan dia akan menghantar sumber kewangan untuk dibelikan dengan segera agar apabila ibunya pulang ke rumah, ibunya masih dapat mendapat segala kelengkapan sama seperti ketika berada di hospital. Walaupun ada yang berkata, doktor tak dapat membantu lagi, dan mungkin nyawa ibunya sudah 50-50, tapi kasih seorang anak masih mampu membantu ibunya dan berdoa agar ada keajaiban suatu hari nanti.

Tapi.....belum sempat pulang ke rumah, belum sempat tong oksigen dibeli, Allah telah menjemput makcik saya. Innalillahiwainnailaihirajiun, daripada Dia kami datang, kepadaNya kami kembali.

Makcik meninggal selepas Zohor dan berita itu disampaikan kepada anak sulong arwah yang masih diperantauan. Luluh hati anak, tapi apakan daya Allah lebih menyayangi ibunya. Yang lebih memeranjatkan kami apabila si anak meminta jenazah ibunya diuruskan segera dan tak perlu menunggunya kerana dia takut kalau ditunda akan melambat-lambatkan urusan pengurusan jenazah. Dan si anak masih belum dapat tiket penerbangan untuk pulang. Tapi, atas nasihat ibu dan bapa saudara terdekat, pihak keluarga terdekat semua sanggup menunggu disamping jenazah dan menanti kepulangan si anak, agar si anak ini tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak dapat mencium ibunya buat kali terakhir. Akhirnya sampai juga si anak memeluk jenazah ibunya sebaik sahaja sampai menjelang 12 tengah malam. Alhamdulillah, dan jenazah ibunya selamat dikebumikan keesokan harinya seawal 10 pagi.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Apakah yang cuba diperbuat oleh sekumpulan doktor kepada makcik saya? Dari segi perubatan, ia dipanggil sebagai Euthanasia

Perkataan Euthanasia berasal dari bahasa Yunani iaitu " eu " yang memberi maksud “baik”, dan " thanatos ", yang bererti “kematian”. Dalam bahasa Arab, Euthanasia dikenal dengan istilah "qatl ar-rahma" atau "taysîr al-mawt". Menurut istilah kedoktoran, euthanasia bermaksud tindakan untuk meringankan kesakitan atau penderitaan yang dialami seseorang yang akan meninggal dunia, juga merupakan satu proses mempercepat kematian seseorang yang berada dalam kesakitan dan penderitaan hebat sewaktu kematiannya. (Hasan, 1995: 145).

Dalam praktik kedoktoran terdapat dua jenis euthanasia, iaitu euthanasia aktif dan euthanasia pasif. 

1. Euthanasia aktif adalah tindakan seorang doktor yang mempercepat kematian pesakit dengan memberikan suntikan ke dalam tubuh pesakit tersebut. Suntikan diberikan pada saat keadaan penyakit seseorang pesakit sudah sangat parah atau sudah sampai pada situasi yang sangat teruk sehingga boleh menyiksa jiwa pesakit tersebut, yang menurut perkiraan pihak medic sudah tidak mungkin boleh sembuh atau bertahan lama. Alasan yang biasanya dikemukakan doktor adalah, pengubatan yang bakal diberikan hanya akan memanjangkan penderitaan pesakit tersebut.

2. Euthanasia pasif adalah tindakan doktor menghentikan pengubatan terhadap seorang pesakit yang menderita penyakit yang sangat kronik, yang secara medic sudah tidak mungkin lagi dapat disembuhkan. Pemberhentian sokongan perubatan ini bererti mempercepat kematian pesakit tersebut. Alasan yang lazim dikemukakan doktor adalah karana keadaan ekonomi pesakit yang terbatas di mana dana yang diperlukan untuk proses pengubatan sangat tinggi, dan fungsi pengubatan menurut perkiraan doktor sudah tidak efektif lagi. Terdapat tindakan lain yang biasa digolongkan dalam euthanasia pasif, iaitu tindakan doktor menghentikan alat sokongan seperti mesen oksigen terhadap pesakit yang memberi jangkahayat kepada pesakit walaupun tidak mampu perbuat apa-apa lagi. Alasan yang sama dikemukakan doktor umumnya adalah ketidakmampuan pesakit dari segi ekonomi, yang tidak mampu lagi membiayai kos perubatan yang sangat tinggi.

Dengan ini, menurut pandangan Islam jelas mengharamkan euthanasia aktif, karana ia termasuk dalam kategori melakukan pembunuhan dengan sengaja walaupun dengan niat yang baik, iaitu untuk meringankan penderitaan pesakit. Hukumnya tetap haram walaupun atas permintaan pesakit sendiri atau keluarganya. Dalil-dalil dalam masalah ini sangatlah jelas, baik pembunuhan terhadap jiwa orang lain maupun diri sendiri, misalnya firman Allah Swt;

Janganlah kalian membunuh jiwa yang diharamkan Allah (untuk membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. (QS al-An‘am [6]: 151)

Tindakan melakukan euthanasia aktif adalah dikategorikan sebagai tindakan putus asa dan membunuh diri yang diharamkan. Walaupun ianya nampak baik tapi tidakkah kita tahu bahawa penyakit itu adalah satu keadaan penghapus dosa. Rasulullah saw pernah bersabda; Tidaklah suatu musibah menimpa seseorang Muslim, kecuali Allah menghapuskan dengan musibah itu dosanya, hatta sekadar duri yang menusuknya. (HR al-Bukhari dan Muslim)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Ada hikmah yang berlaku dalam kisah keluarga saya walaupun terpaksa melepaskan satu nyawa yang sangat disayangi. Iaitu, pengorbanan seorang anak. Terharu saya bila sepupu saya itu sanggup lakukan apa saja saat doktor mahu melakukan euthanasia pasif terhadap ibunya. Tak ramai yang tahu bahawa tindakan doktor itu adalah satu kaedah kematian senyap dalam perubatan. Dan saya yang tahu tentang hal ini hanya terkedu sahaja tanpa boleh berkata apa-apa.

Dah lama mahu berkongsikan kisah ini, tapi.....tak terdaya. Dan harini saya gagahkan juga menceritakannya agar lebih ramai tahu apa sebenarnya EUTHANASIA itu.

Semoga Epul, Kamalia dan Siti tabah dan dilindungi Allah. Syurga tempat kalian, in sha Allah terutamanya Siti yang setia susah dan senang, jerih payah, berkongsi suka duka disamping ibunya semenjak ibunya sakit sehingga ke akhir nafasnya.

AL-FATEHAH......





posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 May, 2015

Jai Hud Caricaturist

Assalammualaikum......

Pagi tadi saya tersenyum sendiri bila tengok TV Al-Hijrah sebab kawan saya bersiaran secara langsung. Kawan saya...... Jai atau nama sebenarnya Mohd Jais bin Yusof, dia kawan saya sejak kecil, sejak dari umur 5 tahun. Dan kami berkawan sehingga sekarang.

Jai dah semakin popular sekarang, kalau nak follow Jai di FB boleh cari nama Jai Hud Caricaturist. Owh yaaa..... Jai adalah Pelukis Karikatur. Cantik tau lukisan karikatur dia.



Ni lah dia Jai yang saya kenal, dari dulu sampai sekarang perangai tak pernah berubah. Tetap baik hati, humble, sopan, hormat orang tua dan hormat saya sebagai isteri orang....hahahaha..... ehhh Jai baik dengan suami saya tau.

Sehari sebelum siaran tu, Jai ada PM saya bagi tahu suruh tengok dia live kat TV Al-Hijrah. Tu yang pagi-pagi dah cega jer depan tv.

Cuba teka, berapa minit dia boleh lukis wajah seseorang di atas sekepingnkertas A3, tanpa warna, black & white sahaja. Percaya tak kalau saya kata lebih kurang 10 minit. Kalau ada warna lambat sikit laaa dalam 15 minit macam tu. Harga untuk 1 wajah karikatur?

- sketch hitam putih dari dulu sampai sekarang masih RM10
- karikatur berwarna RM30

Nak tengok contoh? Ok, ni spontan jer Jai lukis. Jai bagi karikatur wajah anak saya ni beberapa minit selepas saya up gambar ni di FB.






Sweetkan Aqil.....

Saya doakan semoga Jai berjaya dalam bidang yang diceburinya. Saya juga ada bagi cadangan padanya supaya bila di waktu lapang, rajin-rajinlah melukis wajah-wajah insan hebat dan simpan untuk dikumpulkan agar suatu hari nanti boleh buka sebuah galeri karikatur pertama di Malaysia.



posted from Bloggeroid


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2015

Guru, Denda itu Ilmu

Assalammualaikum......

Selamat Hari Guru. Hari ini...... 16 May 2015

Berbelas tahun dah saya tinggalkan zaman persekolahan. Kemudian masuk kolej, sambung ke universiti, dan sekarangpun masih menuntut lagi. Walaupun sekarang ni bukan jumpa cikgu, tapi masih juga guru cuma pangkatnya dah tinggi ke pensyarah dan professor. Tutor saya juga ada yang berpangkat Doktor. Syukur Alhamdulillah di temukan dengan insan-insan pendidik seperti mereka.

Dulu di sekolah, sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah, saya bukanlah individu popular. Walaupun selalu mewakili sekolah dalam banyak pertandingan berkaitan sukan dan mata pelajaran, tapi tetap bukan dikalangan yang popular. Walaupun saya seorang pengawas, tapi tetap bukan pengawas yang popular di sekolah. Biasa-biasa saja. Hahahahaha......tau dah kenapa? Sebab saya tak cantik, tak cun, biasalah...mana adabyang nak pandang sangat. Mereka suka berkawan untuk ilmu saja tapi bukan untuk ikut-ikutan dan keidolaan.

Zaman sekolah dulu memang rasa membosankan. Tapi sekarang bila diingat-ingat kembali, seronok sangat waktu itu. Ada beberapa kenangan yang akan buat kita tersenyum....kan..... Yuk kita flashback beberapa denda yang pernah cikgu bagi masa dulu-dulu;

1. Berdiri atas kerusi sambil junjung buku, biasanya sebab tak siap kerja sekolah.
2. Junjung kerusi. Boleh jadi bantot kalau asyik kena denda junjung kerusi, tau!
3. Berdiri diluar, tapi tetap kena dengar cikgu ajar. Sebab kalau cikgu bagi soalan, bila kita dapat jawab, boleh masuk.
4. Berdiri di hadapan kelas, dengan satu kaki. Lenguh weiiiii!!!!!!
5. Tulis ayat berulang, contoh "saya berjanji tidak akan meniru kerja sekolah kawan lagi". Yang ni paling seronok sebab bila dah cerdik sikit, guna kertas minyak, tekap sebab cikgu tak berapa check sangat.
6. Dialihkan tempat duduk, biasanya kena duduk lelaki perempuan, lepastu kawan sebelah boring sangat. Denda ni sebab selalu bercakap dan berbual waktu cikgu mengajar kat depan.
7. Ketuk ketampi. Haaaa, yang ni paling susah. Boleh jadi patah kaki tau kalau cikgu dah marah sangat sampai terpaksa bagi denda serupa ini. Pulak tu bukan sikit-sikit, kadang sampai 50 kali atau 100 kali. Matilanakkkkk.....
8. Sebat buntut bagi lelaki dan telapak tangan bagi perempuan.
9. Bagi yang suka simpan kuku panjang, cikgu suka ketuk hujung jari tu. Lepas tu barulah diberinya penyepit kuku untuk potong.
10. Bagi pelajar perempuan yang suka cukur kening, kemudian dilukisnya dengan celak, haaaa, siaplah akan jadi toyol bila cikgu suruh kesat dengan minyak baby johnson tu.
11. Pada zaman saya, ada 1 trend budak lelaki ni, suka pakai seluar bell bottom. Yang ni kalau cikgu disiplin nampak, memang kena gunting seluar tu sampai lutut. Pandai-pandailah balik nanti menjawab dengan ibu, suruh jahit bagi straight-cut.
12. Budak-budak lelaki yang pakai tali pinggang dengan buckle bercorak-corak atau tali berwarna -warni, memang kena rampas lah. Kemudian cikgu disiplin akan gantikan dengan tali rafia. Jadi laaa pak Maon.

Aduhhh....kalau di inga-ingat, memang lawak tau.

Tapi......zaman dah berubah.

Kalau cikgu-cikgu zaman sekarang buat denda-denda seperti di atas. Memang see u in court lah kannn.... Mak bapak sekarang tak boleh terima anak-anak mereka didenda seperti itu. Mungkin sebab mereka pernah kena dulu dan tak suka denda-denda tersebut dan menanamkan dendam pada cikgu-cikgu tak kira zaman.

Saya dan suami akan cuba, cuba untuk mencari salah anak kami sendiri sekiranya anak-anak mengadu di denda cikgu. Kalau betul caranya dan tidak memudaratkan anak-anak, in sha Allah kami terima segala denda atau kemarahan guru, disebabkan anak-anak kami yang salah.

SELAMAT HARI GURU khas untuk cikgu-cikgu saya, rakan-rakan yang kini bergelar cikgu, juga pada adik ipar saya yang bakal menjadi cikgu, serta seorang lagi adik ipar yang menjawat jawatan sebagai Pensyarah.

Didiklah anak bangsa mu. Suatu hari nanti kamu akan tersenyum.....





Saya juga masih lagi menuntut ilmu......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 May, 2015

Hari Ibu, Hari-Hari Hari Ibu

Assalammualaikum....

Hari ini, rata-rata, mana-mana, disetiap laman sosial, mereka berkongsi ucapan Selamat Hari Ibu. Semua berebut-rebut memuat naik gambar dekorasi berwarna-warni dengan ucapan-ucapan puitis untuk ibu-ibu. Sampai penuh kapasiti data di telefon bimbit disebabkan gambar-gambar Ucapan Selamat Hari Ibu.

Tapi.....

Dalam kerancakkan mereka mengucapkan Selamat Hari Ibu, ada juga yang memuat naik nas-nas dan dalil-dalil yang mengatakan tidak boleh menyambut Hari Ibu pada hari ini, dan ada juga yang mengatakan haram menyambut hari ibu.

Ok, yang ni saya ambil dari group WhatsApp, perbualan seorang pelajar dengan Ustaz Azhar Idrus;

Pelajar : Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

UAI : Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan... siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jgn sambut!

Pelajar : Betul ke hari ibu haram di sambut?

UAI : Begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa Sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali. Hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut Awal Muharram atau Maulidur Rasul?

Maksud sabda Rasulullah s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.

Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri)

★★★★★★★★★★★★★★

Maknanya......

*Tak perlulah beriya-iya nak sambut Hari Ibu*

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Tapikan.........

Bukannya saya menyokong sambutan Hari Ibu secara besar-besaran di seluruh negara. Pendapat peribadi saya, ada juga sedikit baiknya sambutan hari ibu ni mengikut niat masing-masing. Jika baik niatnya, baiklah ia, kerana Allah lebih mengetahui.

Kita lihatlah keadaan masa kini. Anak-anak kebanyakannya sebuk dengan hal masing-masing. Tapi dengan gembar-gemburnya suasana sambutan hari ibu, secara positifnya dapatlah kita lihat ibu-ibu dilayan dengan penuh mesra, dengan belanja makan, bawa jalan-jalan, dibelikan hadiah, dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing. Secara tak langsung, anak-anak yang selama ni tak ambil kesah dengan ibu mereka, terkesan dan melakukan sesuatu untuk ibu mereka. Itu kalau kita lihat dari sudut positif, sebab memang mudah untuk mengatakan HARI-HARI ADALAH HARI IBU, tapi seramai mana yang ada masa untuk melakukannya. Kadangkala ada yang setahun pun belum tentu menjenguk ibu atau bapa di kampung, lebih malang telefon pun tidak.

Dan......jangan tak tahu. Ada individu-individu yang sombong mengatakan HARAM menyambut hari ibu pada hari ini, tapi dia sendiri HARAM nak menjenguk ibunya, bertanya khabar jarang sekali, dibelikan hadiah belum tentu. Jadi, dihari apakah anak-anak seperti ini menyambut hari ibu dengan ibunya dalam tempoh 360 hari?

Ingatlah.....

Hari-hari adalah hari ibu. Apalah salanya hubungi ibu setiap hari bertanya khabar, setidak-tidaknya seminggu sekali. Jangan sampai ada orang lain yang menghubungi kamu untuk memberi tahu ibumu sudah tiada lagi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 May, 2015

Berpijak di bumi yang nyata

Assalammualaikum.....

Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk hidup. Terima kasih Allah kerana sentiasa memberikan oksigen secara percuma. Terasa sangat beruntung kerana diletakkan diri ini dalam lingkungan insan-insan yang penyayang, pemurah, baik hati dan memahami.

Kebelakangan ini, banyak hal yang terjadi. Berbagai cerita, berbagai dugaan, berbagai rintangan, tapi Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani dengan baik sekali berkat doa dan tawakkal.

Saya dah berhenti kerja........... sebulan yang lalu. Ada kisah disebaliknya, tapi biarkan ia menjadi sejarah dan bila ditanya apa sebenarnya berlaku, bagi saya "tidak akan ada cerita sebenar" kerana hal itulah yang membuatkan diri ini berfikir dan melihat, dari pelbagai sudut, meneliti ruang-ruang kosong yang selama ini dipandang sepi, meninjau arah dan haluan yang bakal dilalui. Dan kerana hal itulah, saya dapat melihat di mana kawan-kawan, di mana lawan, di mana yang namanya rakan tapi tak berani berkongsi kedukaan, tertunggu-tunggu sapaan tapi ianya hanya tinggal kenangan dan berlalu sedang mereka meneruskan kehidupan.

Biarlah......





Hidup perlu diteruskan. Syukur kerana semuanya dipermudahkan dan kini lebih tenang. Tiada lagi caci maki, tengking jerit, menuduh membuta tuli, arahan itu dan arahan ini.

Hidup perlu diteruskan. Walaupun payah, semua boleh diuruskan sendiri. Ikut kata hati, lakukan semua dengan cara sendiri, kerana rezeki Allah yang bagi.

Hidup perlu diteruskan.....tidak mengalah, tidak goyah, tidak lelah. Alhamdulillah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 February, 2015

Kukup Golf Resort

Assalammualaikum.....

Malam ini bersiaran di bilik no.123, Kukup Golf Resort, Pontian Johor.



Adehhhhh.... bunyi aircond ni betul-betul mengganggu lena ku lah.

Actually, kami tak merancang nak ke sini. Pada mulanya kami nak bermalam di D'Attap Resort. Tapi, bila menerjah ke sana, fully booking pulak. Owh yaaa...nama pun dah bertukar rupanya. Tak ingat namanya, in sha Allah saya akan review nama tempat tu nanti.

Di Kukup Golf Resort ni, ada kolam mandi besar untuk anak-anak dan juga kolam renang bersaiz olimpik yang berasingan. Kalau tak silap, kolam ni dibuka pada orang awam juga sebab masa kami sampai tadi nampaklah ada yang hanya datang untuk bermandi manda disitu. Yang seronoknya, di sini, BOLEH BAWA MASUK SEGALA PERIUK BELANGA. Tak kesah punya, tak macam sesetengah resort atau team park yang menghalang secara keras membawa segala makanan luar termasuklah botol air doremon yang berisi air putih. Tapi, agak-agaklah kot, bila dah diberi kebenaran seperti itu, silalah menjaga kebersihan yeaaa....



Mama & Papamalas nak terjun ke dalam kolam. Perati jer budak-budak ni mandi, sebab sampai pun dah lewat kannn.... kami bertolak dari Senggarang lebih kurang pukul 3.30pm, sampai resort lebih kurang 5.30pm. Actually taklah jauh sangat, tapi sebab banyak sangat berhenti, nak beli barang-barang nak buat BBQ, dan yang paling haru biru sekali nak mencari arang. Punyalah payah bila kebanyakkan kedai tutup time Raya Cina ni kannn....









Kolam tutup dalam pukul 7pm tu, so bergerak lah kami ke bilik. Lepas maghrib.....apa lagi membakar lah kami. Apa adanya...



Tidur pun semalam jer. Bak oata orang tua, jan tidak....nak melayankan budak-budak ni nak mandi kolam. Hurmmmm.....rasanya macam nak usulkan lah umah ibu mertuaku itu, buatkan 1 kolam mandi untuk anak cucu...kikikiki.....

Ok....daaaa... selamat malam. Esok nak sambung mandi. Hurmmmm....tak sure lagi nak terjun ke tak. Malas sebenarnya ni.

Pssstttt....makin menjadi-jadi pulak bunyi aircond ni.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 February, 2015

Selamat Tahun Kambing

Assalammualaikum dan Selamat Malam.....

Hihi....tak terlalu lambat kot saya nak mengucapkan Happy Lunar Year atau Selamat Tahun Kambing atau Goat Xi Fa Chai kepada rakan-rakan Chinese saya yang menyambutnya hari ini.

Tahun Kambing 2015 telah bermula pada tarikh 19 Februari (semalam) dan berakhir pada 7 Februari 2016. Maknanya tahun depan Raya Cina akan jatuh pada 7 Februari, iaitu hari Ahad.... hurmmmm....perancangan percutian jarak jauh tahun depan dah boleh dibuat awal ni.



Chinese.... mereka dah terbiasa dengan Feng Shui dan ramalan, termasuklah ramalan bagi setiap tahun Lunar. Tapi saya ni tak laa biasa sangat menurut ramalan-ramalan ni, just suka baca saja, sebab dalam Islam pun syirik jika terlalu taksub dengan ramalan masa depan. Tapi, apa salahnya kan kalau kita tahu serba sedikit tentang perkara-perkara baik dan juga perkara-perkara yang boleh kita hindarkan. Bagi saya, percaya atau tidak itu bergantung dari peribadi masing– masing. Ramalan yang baik pasti akan wujud dengan usaha kita sendiri. Ramalan boleh dijadikan reference dan motivasi untuk hidup dengan positive.

Disebabkan saya dah baca, nak juga berkongsi.

Owh yaaa, apa itu Shio? Orang-orang China faham bahawa umur mereka adalah berdasarkan Shio.Ketika seseorang dilahirkan, maka sudah ada didalam daftar, mereka termasuk di dalam Shio apa. Shio,ditentukan berdasarkan tahun kelahiran, misalnya tahun 2015 ini adalah tahun shio Kambing. Lebih mudah lagi, Shio adalah perhitungan umur berdasarkan 12 binatang iaitu Tikus, Kerbau, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda,Kambing, Monyet, Ayam, Anjing dan Babi. Antara tahun yang berada di bawah naungan shio kambing adalah 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015.

Perwatakan :
Seorang yang lemah-lembut dan mudah beralah. Apabila berada dalam keadaan tertekan anda gagal membuat keputusan dengan bijak. Hidup berkeluarga adalah syurga anda. Bijak merancang kewangan dan mengatur belanjawan. Bagi anda, lebih baik bersakit-sakit dahulu demi mencapai kesenangan kemudian.

Keberuntungan :
Untuk kamu yang shio kambing, di tahun 2015 sebaiknya memperhatikan jadual rehat anda. Jangan terlalu kuat bekerja, cuba renggang-renggangkan sedikit masa untuk riadah dan santai.

Pekerjaan :
Disebabkan tahun ini adalah tahun kambing, anda yang berada dibawah naungan Shio Kambing akan mendapat penghasilan yang cukup besar. Berdoalah.

Kesihatan :
Disamping memperhatikan jadual istirehat, perlu juga memastikan jadual pemakanan agar kesihatan berada dalam tahap yang baik untuk menjalani kehidupan seharian.

Kewangan :
Di tahun 2015, status kewangan naungan shio kambing sangat baik. Akan tetapi, harus memastikan setiap kemasukan dan pengeluaran wang di akaun anda berada dalam keadaan seimbang.

Hari Baik :
Isnin yang merupakan 'black monday' pada kebanyakkan orang akan menjadi hari yang sangat bahagia kepada naungan shio kambing. Maka teruslah tersenyum do setiap hari Isnin.

Warna :
Hitam adalah warna anda pada tahun 2015 ini.

Percintaan :
Tahun 2015 ini bagi anda yang berada dibawah naungan Shio Kambing, harus mempertahankan apa yang sudah dicapai bersama pasangan anda. Jangan sampai anda mensia-siakan apa yang sudah dilalui sama ada susah mahupun senang. Dan saling mengerti antara satu sama lain untuk membuat hubungan semakin harmoni. Bagi yang masih single, bersedialah kerana akan ada yang mulai memberi response, dan apa salahnya jika kamu bertindak untuk menyatakan apa yang ada di dalam isi hatimu.

Apa-apapun.....tahun kambing kah, tahun monyet kah, tahun arnab kah, tahun hanjeng kah..... yang penting, jalanilah hidup yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya. Lakukan lah perkara-perkara baik yang boleh memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.



Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 February, 2015

Jom Makan-Makan : Amphawa Boat Noodle

Assalammualaikum semua....

Hari Selasa yang lepas, saya dan kawan-kawan telah merancang makn besar sempena cuti panjang sambutan Hari Raya Cina di Restoran Amphawa Boat Noodle, Taman Sutera, Johor Bahru.

Boat noodles ni memang populer di Thailand sebab ada satu kawasan perlancongan yang mesti pergi kalau ke Bangkok iaitu, Amphawa River dimana bila petang, bot-bot atau sampan-sampan yang terapung di air memulakan perniagaan makan di dalam sampan. Kalau tak silap saya, mereka hanya berniaga pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja, lokasinya berhampiranWat Amphawan Chetiyaram, Bangkok. Tapi di Amphawan Sutera Utama ni, buka hari-hari.... boleh check instagram mereka di @AMPHAWABOATNOODLE




Tempahan dibuat awal kerana takut laaa kan, restoran tu penuh sebab kami ramai, 12 orang semuanya. Memang meriah laaa majlis makan-makan kami.




Restoran ni menyajikan sajian mee, ada 2 jenis mee dan 2 jenis kuah, iaitu rice mee dan glass mee dengan kuah Amphawa dan Rangsit yang rasanya seperti kuah telur pindang, yang ni tak pedas sangat laa. Kalau Amphawa tu memang perasa tomyam sedap dan pedas gilerrrrr.... Di ingatkan yea.....mee nya terlalu sikit. Sebab tu ada yang boleh makan sampai 20 mangkuk sekali kalau betul-betul kelaparan. Harga sebiji mangkuk mee hanyalah RM1.90.

Kehalalan restoran ni.....saya minta maaf sebab tak dapat membuktikan dengan jelas. Tapi yang pastinya, sajian disediakan oleh tukang masak indonesia, tanpa ada bahan terlarang. Di kaunter pembayaran ada menjelaskan "WE ARE NOT HALAL CERTIFIED, HOEVER, WE DO NOT SELL PORK, LARD OR ALCOHOL"....Tapi bagi yang racist tu, saya tak boleh cakap apa lah kan....

Yang paling best sedap dan lazat kat sini, pada saya adalah Pulut Mangga.



Haaaa....tengok gambar pun dan kecur air liur.

Ada banyak side dishes yang harga nya lebih kurang RM6.90, RM7.90, RM8.90, dan side dishes semua sedap dan semua kena cuba kalau datang ke sini. But best recommended is Pulut Mangga laaaa.....hiyewwww hiyewwww.....

Jom makan.....



Lepas makan, kita susun mangkuk ni bertingkek-tingkek yea..



Ok, saya nak selfie skit kat dayung-dayung sampan ni....



Last but not least..... Thanks u all sebab sudi joint makan-makan kita. Next time kalau kitorang nak buat makan-makan lagi di tempat-tempat best ni, saya jemput u all lagi.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...