29 April, 2013

Jangan Cari Pasal

Kenapa ramai yang dengki dengan Team bola sepak JDT haaa?

Entry ni dah macam wordless wednesday je. Ingatkan malas nak up entry pasal kejadian tu kat blog ni, tetapi memandangkan sejak hari semalam dan bersambung lagi hari ini, ramai pihak masih bercerita pasal perlawanan antara JDT dan Perak di Stadium TLDM Lumut malam Sabtu yang lalu.

Kenapa penonton Perak melayan penonton JDT sebegitu rupa? Apa salah kami? Kami hanya datang semata-mata untuk menyokong pasukan bola kami, bukan untuk menunjukkan kehebatan kami sebagai penyokong setia. Kalah pown kami menyanyi, menang lagilah kami akan bersorak, tapi kami tak ganggu orang lain.

* hatisakit.....tapi Nur, kita tetap kawan kannnn.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 April, 2013

Salam Perkenalan By Miss BaNu



Pertama sekali nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada Miss banu yang jatuh pada 23 April yang lalu. (bukan Miss Banu yang jatuh tau....tapi memang ia pownn, Miss banu bagaikan dah jatuh cinta dengan JoZan). Bersempena ulang tahun Miss Banu, maka beliau telah menganjurkan segmen : Salam Perkenalan By Miss BaNu.

Sila klik banner di bawah untuk ke entry Miss Banu yang akan tamat pada 3 Mei 2013.



Syarat-sayarat penyertaan ada di sana...tapi....syarat yang satu ni;

5-Dalam entry tersebut, sertakan sekali kata2 aluan kepada pengunjung2 blog korang yang bakal singgah selepas ini..contohnyer selamat datang ke blog saya, jangan segan2 singgah ke sini selalu dan lain2 n cerita kan serba sedikit tentang blog korang..moga selepas ini makin ramai yg datang berkunjung ke blog korang semua disamping dapat menambah kenalan baru..

Agegegegegege......camno ni? Okay laaa, sebab nak joint kan kenalah patuh pada syarat.

----------------------------------------------

SELAMAT DATANG KE BLOG CINTA ITU MISTERI....JANGAN SAMPAI HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI........ wahhhh... ada kang kena cepuk kalau buat kata-kata aluan macam ni.

okay serious....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA, CINTA ITU MISTERI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI TERATAK SAYA YANG TAK SEBERAPA LAGI, KALAU BERKENAN DENGAN ENTRY-ENTRY SAYA DI SINI, TINGGALKANLAH JEJAK ANDA DENGAN KOMEN-KOMEN, IN-SYA-ALLAH SAYA AKAN MEMBUAT KUNJUNGAN BALAS.

SAYA WUJUDKAN BLOG NI PADA MULANYA HANYA SEKADAR SUKA-SUKA, TAPI SEMENJAK JOINT GROUP GSF YANG SANGAT SEGAR DAN MESRA INI, MOOD UNTUK BERBLOGGING SEMAKIN TINGGI SEBAB SETIAP ENTRY PASTI ADA YANG KOMEN.

JADI BAGI ANDA YANG BARU BERJINAK-JINAK DENGAN BLOG SAYA, KENALILAH JUGA RAKAN-RAKAN SAYA DI GSF, SETIAP KUNJUNGAN ANDA PASTI MENDAPAT LAYANAN MESRA DARI MEREKA. LINK-LINK MEREKA ADA DI SEBELAH KANAN SIDE BAR SAYA. 

SEMOGA UKHWAH KITA DI ALAM MAYA INI BERKEKALAN DAN BERTAMBAH ERAT WALAUPUN TANPA WAJAH DAN SUARA.


Terimalah beberapa rangkap pantun klasik saya ini,

Ada ubi ada bas,
Komen anda di sini saya balas.

Gunung daik bercabang 3,
Komen yang baik ku balas juga.

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang komen dibawa mati.

* Miss Banu juga ahli GSF


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Cuticuti Giveaway-Diari Aima



Tak kira....nak up juga entry untuk support GA Aima. Harap Aima dapatlah pertimbangkan kelewatan saya ini. Tapi, saya tak kesah pown kalau tidak tercalon, just memberi sokongan saja kepada GA yang Aima anjurkan semoga lebih meriah.



So....meh ramai-ramai klik banner Aima untuk ke GA Cuticuti Giveaway-Diari Aima

Syarat-syarat penyertaan ada tertera di sana. Tapi kalau nak joint....sorry dah tamat tempoh. Hehehe...

Kalau cerita pasal cuti-cuti ni, memang saya suka bercuti. Sejak berkahwin, dah banyak tempat saya pergi bersama en.Hubby. Kadang tu kami pergi berdua jer tak bawa anak-anak. Kenapa saya kata sejak kahwin, sebab saya bukannya datang dari keluarga yang senang. Adik beradik taklah ramai sangat, cuma 5 orang jer. Ayahnda dulu tak ada kenderaan yang sesuai yang boleh bawa kami bercuti makan angin. Kalau nak pergi jauh-jauh ke negeri orang pown memanglah payah sebab itu semua kos. Keluarga saya sangat mementingkan pelajaran daripada hal-hal lain. jadi, saya sangat bersyukur bila en.Hubby selalu bawa saya cuti-cuti ke tempat idaman saya.

Tapi semenjak kami berdua sambung balik pengajian sambil bekerja, masa untuk pergi cuti-cuti dah berkurangan. Bukan tak ada langsung, cuma jarang la, dan cuti-cuti pown tak lama, hanya hari minggu sahaja. 

Kalau bercakap pasal Outfit.....memang saya akan duduk depan almari baju mikir nak pakai apa sepanjang percutian. Saya akan bawa baju secukupnya dan kalau boleh akan bawa baju atau seluar yang boleh recycle semula, kira mix & match laaa, yang penting tak akan nampak sangat saya pakai baju yang sama lebih-lebih lagi bila ada rakaman gambar atau video. tapi yang penting baju-baju yang saya bawa tu sesuai dengan tempat yang kami nak pergi.

Masa saya bercuti di Singapura tahun lepas dan yang pergi sebelumnya juga, saya ada up beberapa entry;
4. UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE




Boleh lihat laaa, semua baju yang saya pakai bersesuaian dengan keadaan. masa Gala Dinner tu memang kena pakai dress dan bertopi. Jadi saya sesuaikan baju dengan topi. Siang hari sewaktu meneroka ke dalam USS memang lebih mudah pakai jeans. Saya sesuaikan dengan kemeja putih sebab tudung saya berwarna-warni. Kalau perasan, tudung tu saya pakai pada malam gala dinner tue, cuma saya pusingkan warna tudung tu. Masa datang memang kami pakai T-Shirt sedondon kaler purple, dan....saya pakai jeans yang sama masa masuk ke USS tue. Haaaa, tak perasan kan... dan yang baju pink tu sewaktu saya pergi pertama kali ke USS bersama kawan-kawan (solo).

Masa saya mengikuti en.Hubby ke program yang dianjurkan pejabatnya pown saya ada up beberapa entry;
1. FAMILY DAY JPPH 2012 PART 1
2. TIARA BEACH RESORT MINI FAMILY DAY
3. ROMBONGAN PUSPANITA JPPH-KLUANG
4. PUSAT REKRIASI GUNUNG LAMBAK



Boleh lihat juga, saya tak ada specific outfit atau pakaian kegemaran (pergi mana-mana mesti pakai baju tue). Saya akan pakai mengikut kesesuaian. Kadang mereka nak kita pakai warna sedondon, jadi sebelum pergi tu mesti akan jalan-jalan cari baju yang sesuai.

Pulau Tioman...saya dah pergi Tioman beberapa kali dan ada banyak entry saya di Tioman sebab saya suka Tioman. Pergi tempat-tempat macam ni (pulau) memang tak perlu nak bergaya sakan. Saya akan pastikan pakaian yang saya bawa tue sesuai dan senang untuk saya bergerak. yang paling penting tak perlu bergosok (iron).





Yang baju ni saya purposely beli untuk Hawaiian Dinner, masa pertama kali ke Tioman bersama en.Hubby. Selepas inilah saya ke Tioman beberapa kali sebab sudah jatuh cinta dengan keindahan Pulau Tioman.


Masa saya ke sabah & Sarawak juga ada up beberapa entry;


Saya juga pernah pergi jauh sikit, keluar dari tanah melayu ke Pulau Karimun;
1. BEREKSPLORASI DI PULAU KARIMUN
2. PULAU KARIMUN PART 1
3. PULAU KARIMUN PART DUEX

 

Sewaktu di Pulau Karimun, memang tak banyak ambil gambar sendiri. Yang ada ni masa sedang posing try-try nak bawa boat. Baju ni sedondong dengan en.Hubby pada hari kejadian. Huhuhu....

Seperti yang saya katakan tadi, saya tak ada pakaian feveret sebab kebiasaannya bila saya nak pergi bercuti saya akan cari baju yang mudah pakai  dan sesuai dengan keadaan. Kadangkala beli baju baru terus untuk sesuaikan dengan tempat & acara yang akan saya sertai.

Owh yaaaa....sewaktu saya type entry ni....saya sedang memakai baju hijau dalam gambar bawah ni, sebab saya petang tadi dari Johor Bahru ke Batu Pahat, sampai terus tengok bola JDT lawan Perak (alaaaa JDT kalah 3-0 tue), sampai sekarang dah nak pukul 2 pagi belum mandi. Umah kampung ni sejuk laaa, tak berpeluh pown. Dalam gambar ni saya sedang posing di Sabah pada 2008, so dah 6 tahun baju ni masih elok dan saya masih pakai buat berjalan, belum masa jadi baju basahan lagi.


** Ada banyak lagi tempat percutian yang saya pergi tapi tak update di blog ini. almaklumlah, start berblog baru beberapa tahun kebelakangan ni, tambahan lagi ada facebook, Twitter, Instagram, yang baru-baru ni WhatsApp dan WeChat.

Haaa Aima, macam mana, entry saya diterima tak?




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...