Feri pertama, pukul 8 pagi waktu Malaysia. Kami berkumpul di tempat parking kereta JJ berhampiran dengan jeti, caj meletak kenderaan berbumbung sehari 2 hari 1 malam cuma RM12.00, selamat kerana ada penjaga. Dari Carpark JJ, kami meniki van pengangkut.
Sesampai saja di jeti, kami terus beratur memasuki balai berlepas untuk mengecop pasport. Tiket dari Kukup ke Pulau Karimun cuma Rm100 dua hala iaitu pergi dan balik.
1 jam perjalanan dari Kukup ke Pulau Karimun, akhirnya feri kami berlabuh di Jeti Tanjung Balai, Pulau Karimun Indonesia. Perjalanan 1 jam dari Kukup pkul 8 pagi dan kami sampai di Tanjung Balai pukul 8 pagi juga. Hrmmmm....macam mana tu erk? Sebenarnya waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu kita di Indonesia. Tapi bila kita berada di Indonesia, sebaiknya tak perlu melihat jam di Indonesia untuk menentukan waktu Solat, kerana sama saja. Contohnya waktu Zohor kita di Malaysia pada pukul lebih kurang 1ptg, tapi Zohor di Indonesia, pada kul 12tgh.
Nasib baiklah selepas selesai, kami telah dijemput oleh sekumpulan driver untuk membawa kami terus ke Hotel Wiko. Di Hotel Wiko, kami dijamukan dengan sarapan pagi Lontong. Yang ni istimewa sikit, dibeli di Jeti Tanjung Balai. Rasanya sikit berlainan dari soto kita di Malaysia. Selepas sarapan pagi, kami terus di hantar ke bilik.
Masa untuk bershopping di Pasar Karimun.....
Tunggu episod ke-2 akan datang. Skang dah penat sangat nie, nak tido dulu, esok kerja.
Tunggu episod ke-2 akan datang. Skang dah penat sangat nie, nak tido dulu, esok kerja.
2 comments:
Eee... Kukup tu kampung akak. Pernah p Tanjung Balai dlm bulan puasa dlm tahun 2004. Masa tu ngandung 8 bulan.
Bulan puasa tapi org keliling makan selamba badak..hee
Wahhh kak Yan. Pregnant 8 bulan masih boleh naik ferri lagi tu. Nasib baik tak bersalin kat dalam ferri, for sure seumur hidup free jer gi tg.Balai
Saya sebenarnya tak faham juga dengan aurat mereka di sana. Pak Aji & Mak Aji boleh salam dan peluk sesama bukan mohrim. Berlaga2 pipi lelaki dan perempuan tu benda biasa yg kita lihat di sana
Post a Comment