24 January, 2011

Bereksplorasi di Pulau Karimun (PartDuex) Rombongan Meminang

Sebenarnya topik utama saya ke Pulau Karimun adalah untuk menghantar rombongan meminang. Dari belah Malaysia adalah lelaki, dan di belah Indonesia adalah perempuan. Rombongan meminang bergerak dari Hotel Wiko lebih kurang pukul 4.30ptg waktu Malaysia, iaitu selepas Asar. Boleh tahan jugalah jauhnya rumah perempuan dari Hotel Wiko iaitu dari Pekan Karimun. Kalau tak silap saya adalah lebih kurang 40minit berkereta.
Jadilah saya gadis pembawa bunga rampai. Bau semerbak satu kereta. Tapi yang sengalnya bila kerata langar bumper, terpelanting2 bunga rampainya.

Sampai saja di rumah pihak perempuan, kami disambut mesra oleh sanak saudara dan jiran tetangga mereka. Melihat keadaan rumah sama seperi rumah atok nenek kita di kampung, tak ada banyak yang boleh diceritakan. Tidak seperti cerita2 sinetron yang kita lihat di TV, di mana rumah besar2 dan cantik. Mereka ada membela ayam, kambing yang dibiarkan berkeliaran di sekeliling rumah. Bila masuk dalam rumah, takda lampu, kipas...wahhhh...apalagi kita2 ni semua kepanasanlah dibuatnya. Nasib baik cuaca petang tu tak berapa terik.

Majlis penyerahan barang-baang hantaran berjalan sangat lancar. Siap ada tukang serah. Unik sangat. Saya rasa seperti berada di zaman 60-an. Cara percakapan mereka sama seperti orang Melayu kita di Malaysia. Hantaran dari mereka sama juga seperti kita, yang wajib bawa adalah tepak sirih, sirih junjung dan bunga rampai serta cincin tanda dan wang hangus (tanda wang hantaran). Dari pihak lelaki, kami membawa 7 dulang begitu juga dari pihak perempuan.


Firstly bagi tepak sirih. Siap berpantun dan main rasa2 lagi. Wahhhh....simbolik sungguh.

Yang warna biru ni hantaran dari pihak perempuan. Penyerahan juga dibuat satu persatu.

Masa ni serah bunga rampai, bergurau2 lagi tue


Unik betul majlis diorang ni. Kita di Malaysia dah tak ada majlis serah2 ni, main serahhh jer. Pantun2 pun dah tak ada sebab dah tak ramai yang boleh berpantun, takat pantun 2 kerat jer.

Yang tengah tulah bakal pengantin perempuannya. namanya Chinta.

Pengantin perempuan ni Guru Sekolah Rendah. U all nak tau tak berapa gaji dia sebulan, RM200... perghhh, gaji cikgu sekolah Tadika pun mahal.

Diorang ni sumer dok pegang kipas coz umah dia sebatang kipas pun takda. Dahlah tutup tingkap, nasib baiklah aku ni golongan org2 yg beriman, taklah rasa panas sgt...hehehehe (masuk bakul angkat sendiri)

Sarung cicin.
Hantaran RP29.4 Juta...Perghhhh kalah anak Sultan Brunei. Hehehe actually lebih kurang RM10,000.00 tapi sebenarnya dah mahal pun kalau nak dibandingkan dengan rakan2 sekampung dia.





Jamuan diorang, nasi putih, ayam masak kicap, gulai ikan dengan terung masak lemak. Air tu kitorang panggil air Ferri.
Kalau kat umah mak sayalah ni, kuih jer dah berpiring2....hehehehe...


Unik bas sekolah nie, buatan kayu tau. So, kami ambil kesempatan bergambar dalam bas. Terima kasih pada Dr. Raha yang sudi snapkan gambar kami :)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

5 comments:

n!da said...

jaohnye pengantin pompwan, sampai ke indon? adat meminang indon best x? ke lagi rumit dari mesia? hehe

Cinta Misteri said...

Adat sama jer nida. Cuma complicated skit, kalau kita hantaran ada 9 dulang, kita serah sekali jer yg paling penting sirih junjung.
Tapi di sana, diorg serah satu-satu. Seb baik haritu bawa 7 dulang jer, kalau banyak sampai 15 dulang, alamatnya sampai ke malam lah diorg tak abis serah lagi. Siap berpantun lagi, satu dulang 2-3 pantung berbalas2....

Norazlinda Abd Samad said...

Jauhnye pegi meminag...tp sapekah bakal pengantingnye? yg pompuan nampak la mukanye...yg lelakinye tak depun...

Cinta Misteri said...

hehehe...kenal tak Koko anak Mak Semah riang 4

udsrin said...

wow...lain tmpt lain budaya...uniknya..huhu..just blogwalking..tumpang lalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget