26 October, 2011

Pisang oh Pisang

Hari nie Kak Zarina, pembantu di office kami bawa pisang setandan. Wahhhh.....pesta pisanglah nampaknya.

"Saya Suka Pisang"

TQ Kak Zarina...

Pisang ni ada banyak khasiat, selain melawaskan 'u-uK', pisang juga membantu proses penghadaman dalam perut. Zat yang terdapat dalam pisang sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna oleh perut kita. Dan pisang itulah yang dibawa oleh Kak Zarina untuk kudapan kami hari ini. Kenapa pisang masak dipokok (bukan dikuali) lebih mudah dicerna? Ini adalah kerana gula yang ada pada sebiji pisang telah berubah menjadi glukos semulajadi dan disebabkan itulah proses penyerapan serta peredarannya dalam darah menjadi lebh cepat. Meh saya kongsikan banyak lagi kebaikan pisang untuk badan kita;


1. Sebagai sumber tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. Pisang baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu pisang juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Daun pisang mempunyai kesan yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan. Kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. Jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja, malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'banana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. Bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. Menambah nafsu makan

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.

Itulah sebabnya saya lebih suka kepada pisang daripada jagung yang dikatakan melemahkan 'syah-what'

Inilah pisang yang Kak Zarina bawa untuk kami. Sisir ini di chop oleh saya, Naema, Ismail & Lai...yg beberapa biji lagi tue taktau sapa yg amik. Last2 tengok tinggal 1 jer saya punya.


 Hahahaha....tinggal ni jewr. Seb baik dah tulis nama.
Dah habis pownnnn....
Yang ni Shuaidah yg punya....

Renung-renungkan.....
Kempen "Makanlah Pisang"

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

8 comments:

Waniey Irwansyah said...

hahaha...lawak ar kak nie!!!....name n tkde...x sempat nak chop....wn rembat ros td..:)

RIZZNA said...

tag kat wall Suai coz dianya spesel skit...hehehehe

Waniey Irwansyah said...

hehehee..tkde hal r.....yg penting dpt mamam pisang...nyam2

Dr K said...

ekekeke..siap tulis nama lagi atas pisang

Noor Shuaidah said...

Tringat time blja dlu, org kt, "cium bau pisang bole kuruih" "sapu kulit pisang kat kulit kt blh halus kn kulit" ngeeee.. Apa yg penting, sy suka "lepat pure banana"

RIZZNA said...

DZ: haaa ... biasanya org tulis nama atas batu, tapi kami tukar plak... 'tulis nama atas pisang'

AdaNaz87 said...

pisang memang sedap! elok untuk penghadaman. ((;

Chic Na said...

yeke.. cik na punye gastrik mmg tahap teruk ni. nak makan pisang la lepas ni. tq info kak. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...