31 July, 2011

Bermulalah Terawih Pertama 1432H

Malam ini bermulalah Solat Terawih pertama dalam bulan Ramadhan 1432H tahun ini. Maka terbukalah pintu langit seluas-luasnya, seluruh umat Islam akan dapat merasakan kenikmatan yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. Doa dan permintaan akan terus naik kelangit untuk mendapat perkenan Ya-Rabb. Lebih-lebih lagi kehadiran malam Lailatul Qadar yang sangat dinanti-nantikan. Kelebihan dan keagungan bulan Ramadhan dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, kehebatan bulan penuh rahmat ini sehinggakan dapat keampunan dari segala dosa, bulan untuk mengumpul pahala dengan gajaran yang besar apabila hari-hari kita dilalui dengan beramal, beribadah dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w., 'Diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat kepada umat-umat terdahulu sebelumnya' :-

1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah s.w.t
2. Derita berlapar dan dahaga ketika berpuasa akan dibalas syurga
3. Diampunkan segala dosa-dosa orang yang berpuasa di Malam Lailatul Qadar
4. Amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda.
5. Orang-orang yang berpuasa akan dikurniakan nikmat ketika berbuka puasa dan ketika menemui Allah di akhirat.

Bersyukur sungguh rasa hati kerana Allah mengurniakan bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Dan aku akanmengambil kesempatan ini untuk memperbaiki diri, menyucikan hati, membersihkan dosa dan menambah pahala. Semoga amalan diterima Alah s.w.t.

Antara amalan-amalan yang sunat dilakukan di bulan Ramadhan;

1. Membaca Al-Quran. Walau sepotong ayat sekalipun, akan mendatangkan pahala yang berlipat kali ganda.
2. Menahan hawa nafsu dan kesenangan duniawi. Dah tentu-tentu sedang berpuasa, jadi memang tahan lapar lah. Tahan diri dari melakukan perkara2 yang mungkar. Lebih baik berkelakuan baik sahaja sepanjang bulan puasa ni, tak letih sangat, tak penat sangat.
3. Berdoa ketika berbuka puasa. Mestilah kena baca doa sebelum makan. Cuma doa berbuka saja lain sikit. Boleh baca doa sebelum berbka di sini yea.
4. Qiyammullail (Tahajjud). Sola terawih samala seperti Qiyammullail iaitu sembahyang malam. Cuma kalau nak tambah pahala yang lebih banyak kenalahbuat sembahyang disepertiga malam dan membaca Al-Quran. Rasulullah sangat menuntut umatnya agar menghidpkan malam2 Ramadhan.
5. Bersedekah.Walaupun seringgit asalkan ianya dari sumber yang halal, insyaAllah pahalanya bagaikan bersedekah beribu-ribu ringit. Ikhlas juga penting, kalau tak ikhlas, sedekah sepuluh sen pun tiada makna.
6. I'tikaf di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.I'tikaf merupakan penyempurnaan ibadah puasa

Maka marilah kita memulakan ibadah puasa tahun ini dengan azam agar apabila selesainya 30 malam terakhir, maka selesai sudah penghapusan dosa lalu dan bertambahlah pahala kita untuk dijadikan saham bertemu Ya-Rabb kelak.

InsyaAllah.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 July, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 2011

Assalammualaikum untuk umat islam seluruh dunia.
Tinggal 1 hari jer lagi kita akan menyambut Ramadhan al-Mubarak. Maknanya esok malam dah start Terawih....yeaaaaa!!!!!! Bulan penuh keberkatan, bulan penuh kenikmatan.

Maka dikesempatan ini, saya seluruh keluarga memohon maaf kepada semua terutama pembaca blog saya, jika ada yang tersinggung atau tersalah kata sepanjang saya menukil di laman peribadi ini, ampun dan maaf dipinta. Sesungguhnya saya tidaklah sempurna dan kadangkala ada kesilapan yang tidak saya sedari yang mungkin akan menyentuh hati dan perasaan pihak lain. Di harap kita dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang suci dan bersih.

Amin.....

Niat Puasa Ramadhan

Doa Berbuka Puasa
Doa Selepas Berbuka


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Kemalangan Ngeri di KM201.5 Taiping Arah Selatan

Entry semalam tak masukkan gambar, ni saya dah masukkan beberapa keping gambar kemalangan ngeri di KM201.5 Lebuh Raya Utara Selatan selepas Hentian Rehat dan Rawat Bukit Merah, Taiping, Perak.

Ni lah adik kitorrang....uihhhh, banyaknya darah. Macam parah ajer nih, tapi sikit jer rupanya.

Orang ramai sedang menyusun gula untuk digunakan sebagai tangga kecemasan untuk penumpang terutama wanita dan kanak2 keluar dari dalam bas melalui tingkap yang dipecahkan.



Mendengar cerita mangsa (Adik kitorg lah tue) dia terpegang cebisan daging manusia ketika sedang meraba-meraba di bawah kerusi mencari cameranya yang terjatuh. Kemudian, dia boleh pulak tanya pada rakan disebelah, adakah itu milik kawannya. MasyaAllah......

Ada seorang bayi comel juga tercampak dan tergolek di dalam bas tersebut ketika kejadian berlaku, tetapi mujurlah bayi tersebut tidak mengalami kecederaan.

Video ini telah diambil oleh seorang amatur pada siang hari selepas kejadian. Kalau tengok keadaan bas memang sangat ngeri lah. Adik kami tu duduk pulak sebaris dengan tempat duduk driver yang mengalamai kerosakan teruk. Perghhhh.....ngerinya.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 July, 2011

Syukurlah adik kami selamat

Kemalangan ngeri di km 201.5 Lebuhraya Plus, arah Selatan berdekatan Taiping, Perak tengah malam tadi benar-benar mengejutkan saya dan suami. Mungkin kami adalah antara orang-orang terawal yang mendapat perkhabaran mengenai kemalangan tersebut yang mengorbankan 4 nyawa termasuk seorang kanak-kanak berumur setahun bersama bapanya seorang pegawai polis di Simpang Renggam.

Kenapa saya katakan kami adalah orang terawal yang terima berita?
Sebab adik kami ada dalam bas tersebut. Syukurlah dia selamat dan hanya mendapat kecederaan rengan di kepala dan kaki. Katanya dia hanya mendapat beberapa jahitan di kepala dan bengkak di bahagian kaki. Semasa saya menulis ni, kami belum jumpa dengan mangsa lagi, kerana dia kini dalam perjalanan balik dan dijangkakan sampai lebih kurang 3pagi.

Adik kami tu sebenarnya pergi berjalan2 makan angin di Kedah hari ahad kemarin. Pemergiannya untuk berjalan2 dengan rakannya sebenarnya tidak disukai oleh ibu kami, tapi tidak bermakna ibu kami tidak merestui. Mungkin hati seorang ibu sudah menghidu bencaca yang akan menimpa. Dalam rela dengan terpaksa, mak lepaskan juga anaknya pergi berpoya2. Tapi hati mak mana yang senang bila dalam sanubarinya berdetik sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Mak tak putus2 berdoa, setiap waktu dia akan menelefon anaknya yang sorang ni. Tapi, selepas kejadian adik kami ada menelefon mak di kampung lebih kurang jam 12.30 malam sekadar memberitahu yang dia selamat, bas mengalami kerosakan teknikal (bohong sunat, tak bagi tahu kejadian sebenar, takut mak terperanjat). Tapi kami adik beradik, termasuk Kak Long di KL, Abang di KT dan suami saya selaku Abang Ngah di JB, semua dah tahu kejadian tersebut. Kami semua berpakat tak akan beritahu mak dan ayah dalam masa terdekat ni. Akhirnya, kami yang dekat ni ambil keputusan untuk balik ke kampung selepas kerja untuk memberitahu hal yang sebenar.

Lemah lutuk mak, air mata menitis, kaki longlai melangkah. Nasib baik kami ada untuk menenangkan. MAAFKAN KAMI MAK!!!! TAK TERNIAT NAK MENIPU APATAH LAGI BERDUSTA, kami risaukan kesihatan mak. Ayah kami, OK-OK jer, yang dia cuma tahu adakah anak dia selamat atau sebaliknya.

Pengajaran untuk semua!!!!

Jangan membantah cakap mak. Naluri seorang ibu sangat kuat, bila dia kata jangan, maka janganlah membantah. Kalau tidak binasa hidup mu di dunia, maka kenerakalah kamu diakhirat nanti. Nauzubillah........

Tapi........pengajaran bagi saya juga yang bergelar ibu. Walau hati rasa tak sedap, tapi sebaiknya menghalalkan sahaja kehendak anak jika ianya tidak membawa kepada keburukan atau kemungkaran. Restu itu penting, walaupun seorang anak mahu membuat perkara-perkara yang baik, tapi jika seorang ibu tidak merestuinya, amalan itu tidak akan diterima Allah....Laknatullah jadinya.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Saya akan turut sama-sama menunggu kepulangan Radi (adik kami) dan melihat keadaannya. Esok saya akan muat turut gambar2 yang sempat dia ambil selepas kemalangan tersebut. Saranan saya kepada Radi, selepas masuk rumah, salam tangan mak, minta maaf, muhasabah diri dan buat sujud syukur sebelum tidur. Semoa Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita.

p/s: Nak tanya Radi, apa yang terlintas di fikirannya selepas kemalangan berlaku dan selepas dia rasa bersyukur dia terselamat.....adakah wajah mak yang terbit dahulu?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Malaysia vs Singapore - Perlawanan timbal balik



Malam ini Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan meledak dengan ngauman Harimau Malaya dan Singa tiruan. Sekarang ini Malaysia ketinggalan 5 gol berbalas 3 tapi ada ekstra 1 gol tempat lawan. Jadi Malaysia perlu sumbatkan 2 gol dalam kandang singa malam ni untuk mara ke peringkat seterusnya Piala Dunia.

Sebagai tanda sokongan saya dan rakan-rakan yang gagal mendapatkan tiket di stadium (actually tak dapat cuti pownn), jadi antara kami yang ada jersi Malaysia telah berpakat untuk menyarung jersi untuk menyemarakkan api dan menggemakan ngauman Harimau Malaya.

** Pesanan untuk pemain2, jangan takut dengan SingapuraPURA. Diorang tu berlagak jer lebih, banyak sangat pemain import, takde originaliti, takde nationaliti, tak gereK pown.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 July, 2011

CCTV Allah

Jaga tingkah mu kerana kita sentiasa diperhatikan Allah s.w.t. CCTV Allah berada di mana-mana sahaja dan kita tidak dapat lari atau bersembunyi dariNya. Rasakanlah Allah dihatimu, yakinilah Allah bersamamu, kita pasti akan sentiasa tersenyum dan tenang sambil berjalan mengharungi pohon-pohon berduri yang menjalar dikaki.


Jangan pernah persoalkan mengapa kita diuji, kerana selayaknya sudah menjadi taraf kita bergelar hamba yang sewajarnya diuji. Jangan takut dengan ujian Allah kerana Allah Maha Mengetahui. Dia hanya akan menguji hambanya mengikut kemampuan dan bukannya untuk menyeksa atau menganiaya tetapi sebagai tanda kasih dan sebagai pengajaran serta pengalaman. Kerana adanya CCTV Allah, kita tidak perlu risau mengharungi segala onak duri kerana Allah pasti akan membantu umatnya yang berada dalam kesulitan. Mintalah....dan berdoalah...pasti Dia mendengar dan megetahui apa yang berlaku.

Ingatlah!!! CCTV Allah berada di mana-mana dan sentiasa mengiringi kita. Dan bagi Allah jualah hak milik segalanya yang berada di langit dan yang terbentang di bumi. Dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (3:109)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Android Baru Saya

Saya dapat gadjet tablet yang baru... mudahlah kerja2 saya nanti, nak tulis blog, buat assignment, karang ehemm ehemm... search itu & ini. Terima kasih En.Hubby.

Mempersembahkan Android saya yg baru......


Banyak juga nak kena upload mula2 nie. Microsoft office pown takda lagi, tapi masih boleh buka file2 yg disave dlm pendrive. Size nya yg kecil memudahkan saya nak bawa pergi mana2, letak jer dalam handbag & tak lah berat sangat pown. Sebelum ni cuma guna laptop & handphone. Kalau laptop susah nak bw, berat dah kadangkala guna sekejap dah abis batery coz lupa nak charge, bila handphone plak, limited ada file2 yg tak dapat buka, kadangkala loadingnya lama sgt, jenuh tunggu. Tapi Android ni, kelebihannya selain kecil & senang bawa, baterinya tahan lama sampai setengah hari guna non-stop, boleh save pdf file yg byk, cuma taksure lagi berapa limited capacitynya.

Haaaaa....mari upload nota byk2.....suka suka suka

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 July, 2011

Nailah binti Farafishah bin Al Ahwash Al Kalbiyah

Ya Allah, pupuklah jiwaku menjadi seperti Nailah binti Farafishah bin Al Ahwash bin Al Kalbiyah. Beliau adalah isteri kepada Saidina Uthman bin Affan.

Kesetiaan Nailah sehingga sanggup mengorbankan jari-jemarinya yang halus kerana mempertahankan suaminya daripada hunusan pedang orang-orang munafik, tetapi akhirnya suaminya syahid jua di depan matanya.

Pemergian Saidina Uthman benar-benar terkesan dalam jiwa Nailah sehingga membuatkan beliau sangat berduka-cita. Kepedihan hati Nailah telah meruntun hati Saidina Muawiyah iaitu sahabat suaminya dan juga sahabat Rasulullah s.a.w. Lalu Saidina Muawiyah menghantar pinangan ke atas Nailah untuk merawat hatinya yang lara. Tetapi pinangan itu ditolah Nailah dengan baik.

Nailah tidak akan menggantikan tempat suaminya dengan orang lain kerana cintanya kepada Saidina Uthman tidak dapat ditandingi dan tidak ternilai harganya. Nailah juga tidak mahu apa yang diketahui oleh suaminya mengenai dirinya, turut diketahui oleh lelaki lain. Betapa tingginya Nailah meletakkan martabat dan maruah dirinya.

Perkahwinan Nailah dan Saidina Uthman adalah sewaktu mereka berusia 18 dan 81 tahun. Namun takdir Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya. Akhirnya Nailah menjanda diketika usianya tersangat muda dan tetap mempertahankan pendiriannya .

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Setiap apa yang berlaku ada hikmat disebaliknya dan ada sesuatu yang Allah s.w.t. nak tunjukkan kepada kita. Dan inilah kisah di mana jodoh dan pertemuan yang ditentukan Allah.

Semoga semangat Nailah berada dalam jiwa ku......

* Rizal Ahamd, aku benar-benar cinta padamu


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 July, 2011

Selamat Hari Jadi Sayang

Hari ini adalah hari ulang tahun kesayanganku
Muhamad Rizal b. Ahmad.

Tiada kata-kata lain yang dapat diungkapkan selain Ayang Sayang Padamu walaupun ungkapan ini juga tak dapat menggambarkan betapa sayangnya aku. Kerana kasih sayang mu penuh dan padat dalam jiwa raga ku. Dan aku tahu sayang mu melebihi aku, dan tersangat berdosalah aku kalau aku yang menjadi pendusta cinta kita.

Sejak dari awal kita dipertemukan oleh kuasa Tuhan, pandangan matamu terpancar penuh keikhlasan. Kini pandangan itu menjadi peneman lenaku. Setiap bait bicaramu sangat menjaga hatiku kerana ku tahu seboleh-bolehnya kau tak mahu aku terluka. Tak pernah sekalipun meninggikan suara dengan ku apatah lagi mencederakanku dengan tanganmu. Malah tanganmu itulah yang selalu membelaiku.

Ya Tuhan, terima kasih yang tak terhingga dengan jodoh yang dikurnakan. Semoga kasih kami kekal keakhirnya kerana ku mahu terus menjadi bidadarinya di syurga Mu.


p/s: Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu betapa hebatnya cinta kita

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 July, 2011

NPCB datang Audit Lab kami

3 hari yg sangat memenatkan.....
NPCB Audit. Sapa tau NPCB tue apa?
National Pharmaceutical Council Beaurau. NPCB ni satu jabatan kerajaan yang mengawal, memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan farmaseutikal di seluruh Malaysia berada dlm GLP & GMP melalui skim pendaftaran dan pelesenan yg telah ditetapkan.

Suspen tueee....biasanya kalau diorg nak dtg mesti notice 1 bulan, tapi ni tak, 4 hari jer. Call hari Selasa last week, bgtau nak datang Monday 11-7-11. Perghhh....cantik nombor tue,, harap2 result kitorg pown cantik jugak.

Start Rabu, Khamis, Jumaat mmg struggle lah siapkan dokumen, check2 apa2 yg patut, house keeping, sembunyikan apa2 yg patut,tapi bukan niat kami nak menipu. Cuma tak mahu kilang kami lebih2 lagi bahagian makmal kami berada dalam keadaan yg messy & teruk. Nanti byk finding, kitorg jugak yg susah. So, terpaksalah balik lambat sampai pukul 8 mlm. Lagi haru, Sabtu Ahad pown ada yg dtg, nak-nak cik puan yg sorg tue, risau serabut mcm org gila. Lab kami yg selama nie kucar-kacir, kelam-kelibut semuanya menjadi cantik, bersih dan tersusun. Tak caya, tengok nie...

Ni office kitorg, nmpak tersusun kannn....kalau tak dah macam puting beliung
kat sini.

Yang menyuruk tue Wani. Makan lah tue gaknya, ngendeng Zue. Cik Myza yg tudung merah tue buat2 rajin walhal peseb0k jer, takpown baca novel, kalau dh mengantuk sgt main game. HP dia paling mahal kat department kitorg.

Sempat posing lagi Sufian nie. 1 our lab technician. Suruh buat bom pown boleh nie,
* Bom meriam utk raya yg bunyi macam kentut Awang Gorilla..hehehe

Yang ni mesen dissolution tester. Mesen ni menguji peleburan tablet dlm badan manusia.

Yang ni fume cupboard...dah berapa kali kebakaran berlaku kat sini. Nasib baik semua boleh dikawal. Tapi kecederaan kecil-kecilan tue ada jugak lahhh...

Amazing skali bilik cik puan nie...giler bersih mcm keja dah habis
*Nampak mcm keje dia dah tamat, tunggu boss baru yg lain masuk
Hehehehehehe......

Jiwa dah tenang lepas NPCB balik tengah hari tadi. Tapi, kerja yg diorg tinggalkan untuk kitorg belum tentu leh siap dlm masa 2 tahun. Maybe 18 bulan lagi dior akan dtg spotcheck.

Hurmmmmm................btw, thks to Ms Ida Shazrina, u are such a nice officer

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 July, 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0

Walaupun saya berada di Johor Bahru, tapi saya sangat terkesan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlaku di Kuala Lumpur. Kalaulah saya berada di sana, pasti saya akan berada bersama mereka.

Kenapa media massa ni asyikkkklah kata perhimpunan ni haram? Cuba permohonan untuk menjalankan perhimpunan itu diluluskan, taklah jadinya haram. Banyak permohonan di hantar dengan baik, tapi tak ada satu pun yang diluluskan. Kenapa? Takut ker? Benarkan ajalah, kalau diberikan cara baik, perhimpunan dan perarakan akan berjalan dengan baik. Bukannya nak buat kacau, cuma nak berarak dan berhimpun saja. Siang-siang lagi pihak polis telah mengeluarkan senarai jalan-jalan yang akan ditutup di sekitar Kuala Lumpur. Yang pemandu-pemandu tue, dah tau nak ada perhimpunan, pergilah cari laluan lain, kan banyak laluan tikus kat KL tue. Takpun tak payah keluar rumah.

Alaaaa....sebenarnya yang mengjammed kan jalan tue pun sebenarnya nak joint perhimpunan tue. Tapi, bila pemberita tanya, buat-buatlah kenyataan yang menyakitkan hati. Yerlah, sebab nak siar di siaran aliran kerajaan.

Semalam sudah berlalu, tak ada apa-apa pun yang berlaku. Kenapa nak risau sangat? Rakyat Malaysia ni semuanya bertamadun, cuma perlukan satu saluran untuk menyuarakan ketidak puasan hati. Bila guna blog-blog atau talian maya, sekejap aja dah kena banned. Tapi, bila lihat video-video di You-tube kebanyakkannya pihak beruniform yang merusuh. Pancit air, baling asap pemedih mata, sembur gas canon dan menolak-nolak rakyat. Tapi tak kurang juga, ada antara pihak polis dan tentera yang berhati mulia memberikan kerjasama di sesetengah laluan perarakan.

Perhimpunan-perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di luar negara seperti di London, New Zealand, Australia, semuanya berjalan lancar. Tak ada kejadian kekacauan yang melibatkan pihak beruniform di sana.

Bagi sesiapa yang tak tahu kenapa perhimpunan BERSIH 2.0 ini diadakan, meh saya nyatakan dengan terperinci. Jangan tahu nak komplen aja, jangan tahu nak merusuh aja, jangan tahu nak condemn aja, jangan ingat saluran berita itu benar belaka.

Untuk makluman, penyataan ini dipetik daripada blog rakan Kazman & Sue (Menara Kehidupan). Dan tuan tanah ini telah petik penyataan di bawah ini dari laman 8 Tuntutan Bersih 2.0 (tapi sebentar tadi saya buka, blog ini macam telah di blocked)

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

Bersihkan senarai undi :
  • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
  • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
Mereformasikan undi pos :
  • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
  • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
  • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
Gunakan dakwat kekal dalam pilihanraya :
  • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
Masa kempen minima 21 hari :
  • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
  • Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
  • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
Akses media yang bebas dan adil :
  • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
  • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. Ini adalah mengenai keadilan!
  • Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
Kukuhkan institusi awam :
  • Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi.
  • Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
  • Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
  • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
Hentikan rasuah :
  • Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
  • Pembelian undi harus dihentikan : Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
Hentikan politik kotor :
  • BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

SALAH KER TUNTUTAN-TUNTUTAN DI ATAS???
Tuntutan-tuntutan ini tidak dinyatakan dengan jelas di media massa.

Lihatlah dunia, orang-orang ini juga menyokong pertubuhan BERSIH dan bersama-sama dalam perarakan. So, tiada yang mencurigakan, kerana ini adalah perhimpunan paling bersih menuntut pembelaan rakyat. You all mesti kenal muka-muka nie kan......



Walaubagaimanapun, saya dengan rasa sayu mengucapkan salam takziah kepada keluarga seorang peserta BERSIH 2.0 yang telah kembali kerahmatullah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 July, 2011

Metrojaya Sales - Saya datang lagi

Hahahaha.....Last day saya kembali.
Tujuan asal coz nak tukar kemeja yg hubby tak muat pakai semalam. Tapi terjebak jugak terbeli beberapa brg lagi. Adushhhh....Sales ni mmg boleh buat gue giler arhhh.
Jom nengok gambor lagi...

Sapu bersih, T-Shirt Renoma, harga asal RM135, tapi lelong RM25. Amiklah selai utk raya kaler terkuis

Abg DJ nie baru lepas tegur, amik gambor update B. Taknakkkk......nak masuk blog. Hehehehe


Harinie Hubby yg bayor...eleh murah jewr kalau nak banding semalam. Tapi sebelum bayor yg RM134 nie, kitorg ada beli parfume rege RM50; GAP Individuals EDT for Him


Lepas bayar kat kaunter, singgah plak kat gerai Coklat Tudor Gold. Hurmmm coklat mesti kena beli + Capri-Sonne berperisa anggur, cold.....

Masa nak bayar, ternampak plak minatang nie. Tabung rupanya, tapi trus beli 2 bila tokey tu kata RM2 jer 1. Cuteeee sgt.


Wajah kegembiraan balik dari membeli belah :)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 July, 2011

Metrojaya Carnival Sales kembali!!!!!

Hooorayyyyy!!!!!! Acara tahunan yang dinanti-nantikan. Pasti saya tak akan terlepaskan peluang ini. Memang gila punya sales!!!

Janji dgn Nae & Zar pukul 10am, tapi saya terlewat skit. Malangnya dua-dua tu dah kepenatan then nak gi makan Soul Garden & tengok Transformers. Tinggalah saya keseorangan, tapi tak apa....shopping must be fun.



Memang giler ahhhh. Tapi harini saya cuma habiskan RM322.50 jewrrr. Cuma brg2 keperluan dan baju2 skit. Penat gak mengheret beg sandang yg Metrojaya bekalkan tu. Bayangkan, 2 beg penuh cuma itu jer hanga yg saya bayar.


Antara brg2 yg saya dpt mcm handbeg, pillow & bed sheet (dpt masa happy hour). Happy Hour mmg murah boleh smpi 90% tuee. Then baju kemeja utk hubby 2 psg, gincu & compact powder, sabun mandi murah giler, baju2 utk anak bujang & sepasang baju utk Princess. Pastu adalah brg2 rumah utk raya mcm bantal cover, beberapa helai alas kaki, runner table.
Special skali birthday prezen utk Hubby pada 14 July, Ayah pada 15 July & Emak pada 23 July.

Yang ni handbag Polo, harga asal RM159.90, tapi saya dapatkan masa Happy Hour cuma RM31. Giler takkk? Nasib arhhh sapa yg kena pijak tadi.

Masa nak bayar tak perlu beratur panjang2 walaupun org ramai giler. Metrojaya sediakan 30 kaunter pembayaran. Dasyat tak? Lepas bayar yg ni, saya dapat Voucher sebab guna Debit card Maybank RM30. Pastu masuk balik unuk dapatkan 2 helai Triump (eheemmm ehemm.. yg paham jer tau apa tue). So, tengok baper % Triump bg untuk selai kalau saya boleh grap 2 dgn RM30.

Hahahahahaha..... wajah kegembiraan selepas membei belah.
Esok saya nak pergi lagi dgn hubby
Reason: selai kemeja yg saya beli tue dia tak muat-nak mintak tukar.
Esok guna kad debit you yer yang! :)

p/s: Sales memang akan buat saya giler

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...