Kenapa media massa ni asyikkkklah kata perhimpunan ni haram? Cuba permohonan untuk menjalankan perhimpunan itu diluluskan, taklah jadinya haram. Banyak permohonan di hantar dengan baik, tapi tak ada satu pun yang diluluskan. Kenapa? Takut ker? Benarkan ajalah, kalau diberikan cara baik, perhimpunan dan perarakan akan berjalan dengan baik. Bukannya nak buat kacau, cuma nak berarak dan berhimpun saja. Siang-siang lagi pihak polis telah mengeluarkan senarai jalan-jalan yang akan ditutup di sekitar Kuala Lumpur. Yang pemandu-pemandu tue, dah tau nak ada perhimpunan, pergilah cari laluan lain, kan banyak laluan tikus kat KL tue. Takpun tak payah keluar rumah.
Alaaaa....sebenarnya yang mengjammed kan jalan tue pun sebenarnya nak joint perhimpunan tue. Tapi, bila pemberita tanya, buat-buatlah kenyataan yang menyakitkan hati. Yerlah, sebab nak siar di siaran aliran kerajaan.
Semalam sudah berlalu, tak ada apa-apa pun yang berlaku. Kenapa nak risau sangat? Rakyat Malaysia ni semuanya bertamadun, cuma perlukan satu saluran untuk menyuarakan ketidak puasan hati. Bila guna blog-blog atau talian maya, sekejap aja dah kena banned. Tapi, bila lihat video-video di You-tube kebanyakkannya pihak beruniform yang merusuh. Pancit air, baling asap pemedih mata, sembur gas canon dan menolak-nolak rakyat. Tapi tak kurang juga, ada antara pihak polis dan tentera yang berhati mulia memberikan kerjasama di sesetengah laluan perarakan.
Perhimpunan-perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di luar negara seperti di London, New Zealand, Australia, semuanya berjalan lancar. Tak ada kejadian kekacauan yang melibatkan pihak beruniform di sana.
Bagi sesiapa yang tak tahu kenapa perhimpunan BERSIH 2.0 ini diadakan, meh saya nyatakan dengan terperinci. Jangan tahu nak komplen aja, jangan tahu nak merusuh aja, jangan tahu nak condemn aja, jangan ingat saluran berita itu benar belaka.
Untuk makluman, penyataan ini dipetik daripada blog rakan Kazman & Sue (Menara Kehidupan). Dan tuan tanah ini telah petik penyataan di bawah ini dari laman 8 Tuntutan Bersih 2.0 (tapi sebentar tadi saya buka, blog ini macam telah di blocked)
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
Bersihkan senarai undi :
SALAH KER TUNTUTAN-TUNTUTAN DI ATAS???
Tuntutan-tuntutan ini tidak dinyatakan dengan jelas di media massa.Perhimpunan-perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di luar negara seperti di London, New Zealand, Australia, semuanya berjalan lancar. Tak ada kejadian kekacauan yang melibatkan pihak beruniform di sana.
Bagi sesiapa yang tak tahu kenapa perhimpunan BERSIH 2.0 ini diadakan, meh saya nyatakan dengan terperinci. Jangan tahu nak komplen aja, jangan tahu nak merusuh aja, jangan tahu nak condemn aja, jangan ingat saluran berita itu benar belaka.
Untuk makluman, penyataan ini dipetik daripada blog rakan Kazman & Sue (Menara Kehidupan). Dan tuan tanah ini telah petik penyataan di bawah ini dari laman 8 Tuntutan Bersih 2.0 (tapi sebentar tadi saya buka, blog ini macam telah di blocked)
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
Bersihkan senarai undi :
- Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
- Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
- SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
- Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
- Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
- Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
- Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
- Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
- Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
- RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
- Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. Ini adalah mengenai keadilan!
- Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
- Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi.
- Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
- Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
- Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
- Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
- Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
- Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
- Pembelian undi harus dihentikan : Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
- BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
SALAH KER TUNTUTAN-TUNTUTAN DI ATAS???
Lihatlah dunia, orang-orang ini juga menyokong pertubuhan BERSIH dan bersama-sama dalam perarakan. So, tiada yang mencurigakan, kerana ini adalah perhimpunan paling bersih menuntut pembelaan rakyat. You all mesti kenal muka-muka nie kan......
Walaubagaimanapun, saya dengan rasa sayu mengucapkan salam takziah kepada keluarga seorang peserta BERSIH 2.0 yang telah kembali kerahmatullah.
0 comments:
Post a Comment