27 January, 2012

Birthday Party ~ Kari Kepala Ikan ~ Bowling ~ Sup Anis

Bila dah berkumpul sekali-sekala macam-macam idea bergembira akan timbul. Masa pergi Tioman aritue, ingat nak celebrate birthday Aleeya & Aqil, tapi tak sempat sebab activity padat sangat. Lagipun tak jumpa langsung kedai kek kat sana. Hurmmmm....idea nih. Kalau bukak kedai kek kat Tioman, leh untung tak erk? Mesti ada org nak beli, pelbagaikan kek yg ada, cup cake, cokelat moist, ice cream cake.....business...business...

Abang ipar yg sorang ni kalau datang JB, mesti nak pekena kari kepala ikan, port feveret dia kat The Zone, Eden, Stulang. So, celebrate birthday kat siu gak arhhh. Bukan main lagi budak2 ni, mentang2 lah kawasan lapang, buat macam umah sendiri.

Happy Birthday Puteri Aleeya Fatimah
Happy Birthday Muhammad Aqil Hail





Sedapnya melapah, sampai tak sempat nak snap gambo. Hurmmm...dah kena kokil. Org yg bawah nilah, tulang pown nak telan. Kat Klang takda ker Kari kepala ikan kawww???

 

Dah siap makan.....kitorang gerak gi Leisure Mall main bowling plakkk.


 Hahahaha......masing2 punya aksi terbaekK.... Bila ayah baling lagi dah macam gempa bumi daaaa...

 
 Couple Bawl of the year

Bila pelapis & otai beraksi
Dah puas berbowling...sesi berurut pulak. 

Yeahhhhh...atok belanja eskrim Mc Donald. Mama, Papa, Mummy, Daddy ngan Nenek tak dapa. Ngelat arhh atok nie...
Malam dah, cari tempat makan malam plak. Org belakang dim dim lampu, call tak cakap. Call balik tak angkat, miss communication btul, rupanya nak suh bawak gi makan Sup Anis. Owhhh OK, dekat jer. Sup Anis kat Kampung Melayu, memang power. Menurut fakta sejarah, setiap kali mak mengandung, dia akan makan sup anis setiap hari tanpa jemu sampai bersalin. Sebab tu anak2 dia muka manisssss jewr.


Ni laaa Sup Anis Kampung Melayu



Hari berakhir lagi dengan kegembiraan. Kalaulah kami semua stay satu rumah, ajer giler hari2 happy tak ingat dunia. Seb baik sekali sekala jer jumpa. Bila dah jumpa, plan agenda giler2.

Nak pantun skit:
Okey Sis, Der, 
Kita jumpa lagi bulan 3.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Family Vacation ~ TIOMAN ~ Huarghhh!!!!!!

Nak lagi!!!! Nak Lagi!!!!!!

Macam tak cukup plak bercuti 3 hari 2 malam. Nasib baik lah ada orang yang nak masuk keje dah. Teruk btullaaa...len kali kitorag taknak bawak dia (Ucu Awie Penyu) cuti sikit, tak macam kitorg boss boss nie, tuarhhh sapa suh jadi orang suruhan (harharhar)

Part IV ~ Hari ke-3: DAH NAK BALIK!!!!!!
 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Awal pagi pukul 5 sumer dah bangun bersiap nak balik. Haaaaaa?????? ada yg nak turun ke laut lagi? Weiii jangan!!! ombak kuat tue, air pasang lagi, kang kalau dah turun susah nak naik pulak. Ishhh budak2 nie, tak puas2 mandi tau.

6.30 pagi Abg Wan @ Pak Su dah pick kitrg dari Babura Seaview Resort. Selamat tinggal Babura, nanti kitorg datang lagi. Tunguuuuu........Thank you Pi (gigirl yg layan kerenah kitorg kat Babura)

Sampai jewr kat Jeti, perghhhh giler dasyat ramainya orang. Sumer nak naik ferri pagi nie. Tiba2!!!! 

{Nina, tolong carikan Budin. Kunci kereta abang tertinggal dalam bilik} Yennnadeiiii!!!!

{Haaaa.....} jeng jeng jeng....seb baik lom naik ferri. Pucat lesi muka, kalau toreh confirm takda darah. Huahuahua....nasib baik ada Budin, kalau tak menapaklah balik Babura sengsorang. Agegegege....moral of the story; check sumer laci sebelum tinggalkan bilik/resort/hotel. Kemborh sumer gebor, check bawah katil, kowt owt ada yg terselit tak nampak. Yang penting! jangan keluarkan brg berharga dari beg anda!!!!

Ombak kuar giler. Naik ferri jewr sumer menahan loya macam nak muntah. Yang tak mabok pown jadi mabok bila tengok banyak muka yg nak terMUN.

Seperti datang, ferri balik juga belayar selama 2 jam balik ke Jeti Mersing.



Sampai kat Jei mersing.....apa lagi Shopping laaaaa.....nak nyoping kat Tioman, bukan jewr tak sempat, tapi memang mahal giler. Fridge magnet kat pulau, satu 7 hengget, kat Mersing 9 hengget leh dapat 2. So, bagi sesapa yang nak gi tue, takyahlar menyoping-nyoping kat Tioman, tengok2 jewr boleh. Memang mahal, pastu nak berengkot-rengkot bawa naik ferri bagai, baik beli kat Mersing jewr, ada byk pilihan, boleh kawtim lagii...

Yang paling banyak shoping...sapa lagi. Org Klang laaa.... Oiiiiiii rakyat jelata, leh serbu Golden Villa dengan segera. Dia ada belikan semua rakyat jelata kelang T-Shirt Tioman sorang satu.



Dan puas perabeh duit kat Jeti Mersing, kitorg ke tempat pembuatan kopok lekor plak. Haaaa....kat sini kitorang selesaikan sisa-sisa cash money yg di bawa ke Pulau. Apa lagi borong laaaa.....balik nanti boleh goreng. Kalau dah tak sabar, boleh gak beli yg da goreng ka situ....SyioOk woooOO00!!!


Perjalanan dari Mersing ke Johor Bahru memakan masa lebih kurang 2 jam lebih. So, kitorang singgah di Kota Tinggi jap, solat Zohor dan Qada' sekali. Lepastu pekena Cendol & ABC terbaekK kat Gerai Majlis Kota Tinggi, Cendol Pak Razak. Melelehhh beb, kalau mai kota, kena rasa tau!

Kami selamat sampai di Taman Gembira dengan jayanya lebih krang pukul 5 petang. Alhamdulillah....perjalanan percutian kami berakhir dengan hilai tawa gelak gembira dan keseronokkan tahap dewa.

Terima kasih Ayah yang terlah mensponsor percutian ini...
Terima kasih Ajib sebab belanja kami makan besar di Pulau Tioman...
Terima kasih Budin yang telah memberikan kegembiraan pada kami sekeluarga...
Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang bersukaria diiringi Rahmat Mu...
Terima kasih semua, En.hubby, Kakak, Abg.Zul, Awi, Mak, Ayah, Ajib dan juga Epul sekeluarga yang semuanya kepala gila-gila.....lain tahun kita jenjalan lagi......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Family Vacation _ TIOMAN _ Awesome!!!

Part III ~ Masih lagi di Hari ke-2

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Balik dari Taman Laut lebih kurang pukul 1ptg. Abg Budin suruh kami bersiap sebab pukul 2ptg dia akan ambil kami untuk ke Kampung Juara. Tapi budak2 sumer dah salin baju mandi.....haaaa????? nak mandi tengah hari tegak nie? Oiiii tak sempat laaa, nanti kalau dah turun susah nak suruh naik. Takyah, balik dari Kg.Juara nanti kita mandi lagi. 

Lepas solat Zohor, masing2 dah bersiap tunggu depan resort. Tepat 2ptg, Abang Boleh datang bawak Storm dan ada sorg pakcik lagi bawa Kembara. Budak2 sumer dah panjat Storm, duk kat belakang. Sorang pun tak takut jatuh. Hahahaha...mak ayah takda pilihan kena naik Kembara. OK laaa tue.

Pengembaraan kami bermula melalui jalan konkrit yang baru berusia 4 tahun. Kalo nak bejalan kaki tu boleh gak sebab masa dalam perjalanan kami banyak kali terserempak dengan mat saleh dan orang kampung yang sedang meninjau kebun mereka, aktiviti sihat tuh... tapi kalo rase-rase kepala lutot dah longgar tu, konon-konon hati kering nak tunjuk jaguh, baik tak payah laaaa...kompom korang pancit... pasal jalan dia dah macam naik bukit daa, selekoh tajam tak hengatt...perggghhh... Jalan punyalah kecik, ngan-ngan untuk sebuah 4wD, tapi driver sumer mmg terror lah, diaorg leh cilok-mencilok selamba jewr, yg atas kenderaan ini yg kecut perut.



Mula2 kami diturnkan di kawasan hutan, kena jalan dalam 5-10 minit kedalam baru sampai ke air terjun Rock-Falls. Memang adventure laaaa, dah laa jalan berlumpur, berbecak, berlopak, kena naik turun bukit, lalu titian kayu lagi. Nasib baik perjalan kami akhirnya berbaloi dengan kedinginan air terjun yang dingin dan bestttttttttt giler!





Masing-masing rasa macam tak puas bermandi-manda di air terjun. Tapi nak buat macam mana, kalau leka sangat bermain di sini, kitorg kena tinggal plak. Naya kena tido kat sini, giler serammm. Perjalanan diteruskan melalui laluan seperti tadi. Turun naik curam yang tajam. Nasib baik driver cool jewrr... Akhirnya, kitorang sampai Kampung Juara dan terus dibawa menuju ke pusat pemulihan penyu. Ada seekor penyu buta yang sedang dirawat. Kesian...ini semua angkara manusia.








 Last kitorang bermandi-manda di pantai Juara sampai menggigil. Suhu air di sini lebih sejuk (actually sangat sejuk) sebab ia dari Laut China Selatan. Makan western sebab tu jer yang ada kat restoran di situ. Almaklumlah di sini kawasan mat saleh bercuti.

Dalam pukul 6.30, Storm dan kembara yang tadi datang semula ambil kitorang untuk balik ke Tekek. Laluan yang sama seperti datang tadi, tapi kali ni cuaca lebih sejuk dan boleh nampak ada embun hutan di sekitar kawasan laluan kami.

Malam selepas maghrib, Abg Wan @ Pak Su bawa kami ke restoran makanan laut, Restoran Delima yang terletak berhampiran dengan Berjaya. Seafood kat sini memang mahal giler, alsan dorang adalah tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan sekitar dan sumber makanan laut datang dari tanah besar....hurmmmmm....boleh percaya ker? Nampak macam ikan2 yg kitorg bagi makan kat Taman Laut jerrr.....

Makan malam kami di taja oleh.......Abang Besar;



**Hajat hati nak upload videa kami di Rock-Falls, tapi ada masalah teknikal....akan di upload pada entry berikutnya.....mesti upload sebab itu yg paling AWESOME!!!




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 January, 2012

Family Vacation ~ TIOMAN ~ Marvellous!

Part II ~ Hari ke-2

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Awal pagi lagi dah bangun nak mandi air laut. Sejuk??? Ehhh taklah, air laut waktu pagi hangat. Takkan menggigil punya. Yang paling penting...mandi pagi nie elak kulit sunburn. Hehehehehe......




Bila masing-masing dah puas mandi, perut dah mula rasa lapar. Nasib baik ada hujan renyai turun, kalau tak mesti budak-budak ni tak nak naik.

Pagi tu kami mencari sarapan. Tapi disebabkan dah pukul 10, banyak gerai yang dah kehabisan makanan. Nasib baik ada Abg Wan@Pak Su, dia recommendkan satu gerai kecil, mula-mula kami ragu2, ehh ada makanan apa kat sini? Tapi....ok jerlah daripada takda langsung. 

Roti canai dah tinggal 9 keping, mee goreng ada satu tray lagi, nasi lemak ada banyak lagi. Hurmmm OK jerlah, bagus juga makan kat situ. Kitorang masuk 18 orang terus penuh. Apalagi, masing2 buat macam gerai sendiri lah.


Sempat lagi tue pinjam motor orang kampung, balik resort kejap ambil barang. Nasib baik orang kampung Tekek ni peramah belaka. Kunci motor selamba jewr letak kat moto. Saya pun taktau naik motor sapa, pakcik kat situ kata pakai jer mana-mana motor yang ada kunci.

Lepas bersarapan, Abg Budin suruh kitorg gi Taman Laut dulu. Semalam kami ikut jalan laut, pagi ni kitorg akan melalui jalan darat. Bagi makan ikan dan masuk ke dalam dewan pameran. SyokK jugak, kat sini jugak kami diturunkan untuk ke Restoran Nazri semalam.

 Inilah laluan trek ke Nazri Place I yang kitorang lalu semalam. Giler tak seram lalu malam2 kat sini, seb baik ada samar2 lampu yang di pasang setiap sepuluh langkah ke hadapan.

Hahahha....dah macam kat dalam Aquaria. Guess macam mana kitorg leh tangkap gambo macam nie?




Perghhhhh....kat sini pown korg buat macam rumah sendiri? 








Bersambung di Part III....kita naik bukit plak gi Waterfall Gunung Kajang......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...