27 January, 2012

Family Vacation _ TIOMAN _ Awesome!!!

Part III ~ Masih lagi di Hari ke-2

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Balik dari Taman Laut lebih kurang pukul 1ptg. Abg Budin suruh kami bersiap sebab pukul 2ptg dia akan ambil kami untuk ke Kampung Juara. Tapi budak2 sumer dah salin baju mandi.....haaaa????? nak mandi tengah hari tegak nie? Oiiii tak sempat laaa, nanti kalau dah turun susah nak suruh naik. Takyah, balik dari Kg.Juara nanti kita mandi lagi. 

Lepas solat Zohor, masing2 dah bersiap tunggu depan resort. Tepat 2ptg, Abang Boleh datang bawak Storm dan ada sorg pakcik lagi bawa Kembara. Budak2 sumer dah panjat Storm, duk kat belakang. Sorang pun tak takut jatuh. Hahahaha...mak ayah takda pilihan kena naik Kembara. OK laaa tue.

Pengembaraan kami bermula melalui jalan konkrit yang baru berusia 4 tahun. Kalo nak bejalan kaki tu boleh gak sebab masa dalam perjalanan kami banyak kali terserempak dengan mat saleh dan orang kampung yang sedang meninjau kebun mereka, aktiviti sihat tuh... tapi kalo rase-rase kepala lutot dah longgar tu, konon-konon hati kering nak tunjuk jaguh, baik tak payah laaaa...kompom korang pancit... pasal jalan dia dah macam naik bukit daa, selekoh tajam tak hengatt...perggghhh... Jalan punyalah kecik, ngan-ngan untuk sebuah 4wD, tapi driver sumer mmg terror lah, diaorg leh cilok-mencilok selamba jewr, yg atas kenderaan ini yg kecut perut.



Mula2 kami diturnkan di kawasan hutan, kena jalan dalam 5-10 minit kedalam baru sampai ke air terjun Rock-Falls. Memang adventure laaaa, dah laa jalan berlumpur, berbecak, berlopak, kena naik turun bukit, lalu titian kayu lagi. Nasib baik perjalan kami akhirnya berbaloi dengan kedinginan air terjun yang dingin dan bestttttttttt giler!





Masing-masing rasa macam tak puas bermandi-manda di air terjun. Tapi nak buat macam mana, kalau leka sangat bermain di sini, kitorg kena tinggal plak. Naya kena tido kat sini, giler serammm. Perjalanan diteruskan melalui laluan seperti tadi. Turun naik curam yang tajam. Nasib baik driver cool jewrr... Akhirnya, kitorang sampai Kampung Juara dan terus dibawa menuju ke pusat pemulihan penyu. Ada seekor penyu buta yang sedang dirawat. Kesian...ini semua angkara manusia.








 Last kitorang bermandi-manda di pantai Juara sampai menggigil. Suhu air di sini lebih sejuk (actually sangat sejuk) sebab ia dari Laut China Selatan. Makan western sebab tu jer yang ada kat restoran di situ. Almaklumlah di sini kawasan mat saleh bercuti.

Dalam pukul 6.30, Storm dan kembara yang tadi datang semula ambil kitorang untuk balik ke Tekek. Laluan yang sama seperti datang tadi, tapi kali ni cuaca lebih sejuk dan boleh nampak ada embun hutan di sekitar kawasan laluan kami.

Malam selepas maghrib, Abg Wan @ Pak Su bawa kami ke restoran makanan laut, Restoran Delima yang terletak berhampiran dengan Berjaya. Seafood kat sini memang mahal giler, alsan dorang adalah tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan sekitar dan sumber makanan laut datang dari tanah besar....hurmmmmm....boleh percaya ker? Nampak macam ikan2 yg kitorg bagi makan kat Taman Laut jerrr.....

Makan malam kami di taja oleh.......Abang Besar;



**Hajat hati nak upload videa kami di Rock-Falls, tapi ada masalah teknikal....akan di upload pada entry berikutnya.....mesti upload sebab itu yg paling AWESOME!!!




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...