09 September, 2012

Beraya Sampai Lebam

Terima kasih semua yang sudi menjemput rombongan kami semalam. Terima kasih juga pada semua yang joint convoi raya semalam. You all memang gila.... Gila-Gila Remaja ~~~

Start beraya pukul 8.30 pagi di rumah Shuaidah. Jamuan nasi lemak, seperti biasa setiap tahun pagi-pagi buta datang umah orang bersarapan pagi. Itulah kita, kannnnnnnnnnnnnn....

Pukul 10.00 pagi dah bergerak ke rumah saya pulak. Wah korang kalau singgah rumah kakak yang ni memang lama kannnnn...... Kalau boleh nak tidur baring. Next year akan di arrange rumah yang satu ni kita pergi last skali. So, u all tido sini jer, i lagi suka. Jamuan..... haaaa tergezut korang ada Tutty Frutty. Hehehe, terima kasih kerana menjamu selera apa adanya.... ngeeee~~~~~

11.30 gerak ke rumah Aishah di Damai Jaya. Jamuan Soto nasi impit & mee, rojak petis dan ice jelly. Hahahaha, Aisyah siap-siap kena marah dengan mak dia sebab dia suruh mak dia masak simple2, bukannya apa kita ada banyak rumah lagi. tapi.... mak dia kata "Kau gila ke Aisyah, orang datang rumah beraya tak makan apa-apa!!!!" kehkehkehkeh..... tapi... mak Aisyah memang terror masak, kitorang nak vote mak dia kalau masuk Master Chef.

Pukul 12.30 kitorang gerak ke rumah satu lagi di Damai Jaya. Mula-mula Zamri ni nak cancel rumah dia sebab mak dia ada tugasan haritu. Tapi, biasalahkan....kitorang ni degil nak beraya jugak. Minum air kosong pun takpa. lastly, Zamri kata boleh datang rumah dia selepas di pujuk dengan manjanya...hikhikhik... dan... ada makan lagi you. Jamuan sama dengan rumah Aishah, Soto nasi impit & mee, rojak petis cuma takda ice jelly, yang ada feveret I okayyy.... Kopi-O hot-hot, perghhhhh.... Lega rasanya tekak ni bila pekene kopi.

Pukul 2.00ptg kitorang gerak ke rumah seterusnya di Ulu Pulai, rumah Zarina yang actually rumah adiknya. tapi kami dah tiap-tiap tahun jumpa mereka, so dah kenal family mereka semua. Tahun ni Zarina tak buat open house kat rumah mereka di Lima Kedai, so kami semua dijemput ke Ulu Pulai. jauh jugaklah perjalanan bagi kami yang first time pergi ni. Gila besar rumah dia. Jamuan laksa Johor, sate, wajik, kuih-muih. Kat rumah ni lama sikit sebab kami singgah solat Zohor skali.

Pukul 3.30 petang kami bergerak ke lokasi seterusnya di Kempas ke rumah Ismail. Lalu highway jer bayar tol RM2.30. Sampai rumah Ismail, rombongan dah jadi kecil, tapi tetap meriah. Kat sini masing-masing dah lepak sangat sampai ada yang dah baring-baring, mandi kan anak-anak. Jamuan nugget & hot dog sahaja, tapi alhamdulillah, kalau ada jamuan yang berat lagilah kami rasa berat hati sebab tak dapat makan, perut dah penuh. Sudi terima kami jer dah cukup, dapatlah berehat sebentar sebelum meneruskan rombongan yang seterusnya yang agak jauh sikit selepas ni.

Pukul 5.00 petang kami bergerak ke Pasir Gudang. Rumah pertama rumah Marizan, dia ex-mate kami. Dah berhenti tahun lepas tapi kami masih berkawan. Jamuan nasi pandan, ayam masak merah, ayam gulai dan rendang. Actually, malam tu rumah dia ada marhaban. Maknanya kami dah rasmikan dulu lah...

Kemudian, rumah seterusnya iaitu rumah terakhir dekat-dekat situ jer. keluar dari rumah Marizan jam 6.30 petang ke rumah Farra a.k.a A'ien, dia blogger jugak. U all boleh lah beraya ke blog dia kat sini. Agak lama jugak berborak sambil tengok Astro kat rumah Farra. Kitorang gerak balik kul 7.30 malam. 

Terima kasih semua......
  1. Cik Hasnah, Sheeqen & kembarnya
  2. Shuaidah, Zarina
  3. Wanie, Aidi
  4. Fidah, Asrul & Prince and Princessnya
  5. Alip, Ismail, Zamri
  6. Nizam
  7. Mieza, Wan dan Amoi tomei tomei tomei
  8. Lai, Ong dan Mervin
  9. Shareena, Safni, Farra, Aisyah
  10. Habibi dan keluarganya
  11. Shafiq
  12. Me & family
Total kereta kami berconvoi, 12 buah semuanya...... rumah last dah tinggal 6 kereta jer....

Jom layan gambar.


Di rumah Shuaidah, Taman Universiti


 *Tutty Tipurrtty *


Di rumah saya, Mutiara Rini


Di rumah Aisyah, Damai Jaya


Di rumah zamri, Damai Jaya


Di rumak adik Zarina, Ulu 


Bergambar beramai-ramai.. tapi dah kureng orang sebenarnya



Miss Safni with Wanie...


A'ein sedang melayan tetamu


Jom balik :)




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 comments:

Arina Shamsul said...

Perghhhh..kalau macam ni bukan setakat lebam dear,ni dah beraya sampai tembam dah ni...hahaha.

N.Aima K said...

wah sukanya idea tutifrutty tu nnt birthday anak boleh buat!!!!!!!

Chic Na said...

dari pagi ke malam beraya kak. memang lebam. meriahnya raya. ;)

etuza said...

seronok nampak meriah beraya ..selamat beraya ..harap2 bila lebaam masih larat balik rumah ya...hehe

elyna mirsada said...

perghhh tjuk smpi lebam tue..hehe

Si Matatajam said...

Kalau camtu punya banyak open house mmg betoi lebam..ha ha.. Jgn sampai tembam dah la...

Cik Aini said...

mak aih....
sampai mlm CiM?
tu kalo x gelap cnfirm x blk lg kan.hahahaha

cnfirm raya kali ni lebam pnya lah..lebam plus tembam pastu jdnya..bam bam,hahahaha

E'in said...

bdn lepak gile.. perut full gile.. terima kasih sudi dtg umah kite.. thn dpn dtg laa lg.. :)

Arham Md Ali said...

Sampai maghrib ek korang beraya, memang sakan habis ni. Tapi mesti puas hati gila makan kan.

Arham Md Ali said...

Sampai maghrib ek korang beraya, memang sakan habis ni. Tapi mesti puas hati gila makan kan.

Deqla manjew said...

nmpk betol2 lebam la kamu beraya ni dear.. lebam smpai nk pitam kot ni sbb pulun juadah raya byk sgt.. hahaha... nmpk betol kemeriahannya.. :)

Mira Adzlia said...

bkn smpi lebam ni..smpi pengsan..huhu

Wanieys said...

bukan sampai lebam dh ni hehehe...meria sungguh CIM beraya :-)

are_lin@yu said...

mmg betul2 lebam klu byk ni ni..sakan raya..hihi

dear dah daftar says.com ke blog..klu blum jom lah ke blog ayu ;-)..blh wat duit ;-)

http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/09/jom-buat-duit.html

Cik Nur said...

Meriahnyaaa kak...siap ade tutty tiputrryyy lagik..hihihi.. :)

syoklah kan...kalau dekat nak gak join.. :)

Kesuma Angsana said...

mmg best kan! meriah sgt2

lelamaisara said...

wah wah akakkkkkk..nape tak ajak saya beraya...cian saya tak beraya sakan pon.....heheheh

boni kacak said...

wah...bestnya.... terasa kemeriahan raya tu..hehe

Nurul Husna Mohd Hassan said...

bila raya je otomatik berat tambah 5kg. hihi

wan nurul hezrina said...

mak aii nie namanya beraya sampai lebam..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget