18 September, 2012

Jadual Penerbangan Haji

Assalammualaikum semua.

Seperti yang sebahagian dari pembaca setia blog ni dan kawan-kawan yang lain ketahui, Ayahnda dan Bonda saya akan mengerjakan Fardu Haji pada tahun ini. Walaupun segala kelengkapan utama dari pihak Tabung Haji telah diperolehi seperti beg sandang, pas haji, gelang tangan, begitu juga pasport telah diserahkan kepada pihak Tabung Haji, tetapi sehingga ke hari ini kami masih tidak tahu bilakah mereka akan terbang ke Tanah Suci Makkah. Walhal, ada antara kawan-kawan Ayahnda & Bonda yang sama-sama mendapat khabaran berita ini sudah mengetahu tarikh penerbangan mereka.

Ada tak diantara anda semua tahu bagaimana untuk memeriksa tarikh penerbangan? Saya sudah cuba memasuki laman sesawang Tabung Haji, tapi hampa dan ini yang kami perolehi;



Jalan terakhir esok hari, saya akan cuba hubungi nombor telifon tertera 03-62071919 untuk mendapatkan maklumat. Tak tahu lah sama ada mereka akan melayan panggilan saya ataupun tidak. Walaubagaimanapun saya tak akan berkecil hati kalau jawapan mereka menghampakan saya kerana saya faham mereka juga perlu menjawab banyak lagi panggilan dari. Tapi kami pasti, InsyaAllah mereka berlima akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini, cuma masanya saja yang belum pasti. 

Saya terbaca entry Anastasyea beberapa hari lalu mengenai jadual penerbangan haji, tapi masih belum dapat bagaimana caranya untuk memeriksa jadual penerbangan bagi individu. Menurut Anastasyea dalam blognya;

Tabung Haji sudahpun mengumumkan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012. Pada pukul 1.30 pagi (bertarikh 17-Sept-2012), seramai 320 jemaah haji pertama telah berlepas ke tanah suci, dengan penerbangan Saudi Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Jadual Penerbangan Haji Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Haji dan Sewa Khas MAS melibatkan 33 penerbangan haji di seluruh negara menuju ke Jeddah dan Madinah bermulai hari ini hingga 19 Oktober nanti, membabitkan 14,000 jemaah.


Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012

Jadual Pergi Jemaah Haji 2012
- Penerbangan Pergi Pertama (1 Zulkaedah) : 17 September 2012 (Isnin)
- Penerbangan Pergi Akhir (3 Zulhijjah) : 19 Oktober 2012 (Jumaat)

Jadual Balik Jemaah Haji 2012
- Penerbangan Balik Pertama (16 Zulhijjah): 1 November 2012 (Khamis)
- Penerbangan Balik Akhir (15 Muharram) : 29 Disember 2012 (Khamis)

Tarikh-Tarikh Berkaitan
- Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 November 2012 (Khamis)
- Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
- Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)


Nota : Tarikh wukuf berubah mengikut ketetapan tarikh oleh kerajaan Arab Saudi.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 dan laman sesawang Tabung Haji Malaysia.


Doakan Ayahnda dan Bonda diberikan kemudahan dan lorong yang luas untuk menunaikan Fardu Haji mereka.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 comments:

Si Matatajam said...

Semoga Ayah Dan bonda CIM akan memperolehi Haji yg mabrur...

Chic Na said...

cuba la call dulu. Insha Allah dpt la jawapannya tu. doakan yg terbaik utk mereka.

pos bebila pun takpe kak, no worries. ;)

Cik Aini said...

Insyaallah,kalo nawaitu kita tu baik mesti Allah permudahkan segala urusan.moga Ayah dan bonda CiM selamat pergi dan balik.insyaallah.
Amin :)

Mira Adzlia said...

smuge mrk memperoleh haji yg mabrur

Anastasyea Aida said...

CIM jangan risau k. Mungkin surat lambat sampai. Apa² pun nanti, cuba call Tabung Haji dulu untuk semakan.

www.anastasyea.com

dyabunga said...

semoga mereka memperolehi haji yg mabrur..

Deqla manjew said...

alhamdulillah, sampai masanya parents cim menunaikan haji...moga mendpt haji mabrur dan selmt pegi dan pulang buat mereka... :)

Masz Sidek said...

Alhamdulillah... semoga ibu bapa CIM mendapat haji yg mabrur... dan semoga segala urusan ke sana dan ibadah di permudahkan Allah...

Kesuma Angsana said...

moga dipermudahkan semua urusan haji ayah & bonda ye

Yana Libra said...

kawan saya pun ade yg g haji gak & dah tahu tarikh penerbangan dia. esok katenye..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga urusan ayah n bonda CIM dipermudahkan utk menunaikan ibadah haji

LYAfrina said...

lya doakan smoga urusan ibubapa CIM utk ketanah suci dipermudahkan & selamat berangkat utk beramal ibadah di sana .. amin

TiranaAduka said...

moga memperolehi haji yg mabrur

E'in said...

semoga mereka slmt pergi dan kembali..

~Cik Sweety~ said...

huhh..jenuh laa nk masuk cni..smpai juling2 mata ne haa..sweety doakan parents cim dpermudahkan pegi ke Tanah Suci yea.. Aminn

Arina Shamsul said...

Takpe dear,usaha lagi ye,moga semuanya dipermudahkan dan mereka mendapat haji yang mabrur :) amin..

wan nurul hezrina said...

semoga segala urusan Allah permudahkan.amin

Cameron said...

Semoga Ayah Dan bonda CIM akan memperolehi Haji yg mabrur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget