30 October, 2013
29 October, 2013
Petikan Doa Luqman
Assalammualaikum.... wbt.
Dikala malam semakin larut, mata saya pula semakin bundar, memikirkan apa yang akan jadi pada masa depan, adakah ia masih bewarna warni, ataupun disurami sepi. Apa yang saya lihat, saya cuba sampaikan dengan pelbagai cara, dari yang bersudut neraka hingga ke arah syurga.
Walaupun apa kaedahnya, manusia akan tetap berkata negatif mengenainya. Tiba-tiba teringat kisah Luqman, anaknya dan keldai sewaktu berjalan bersama ke pekan. Kisah ini sangat popular....pasti ramai yang tahu mengenainya. Carilah kisahnya....anda pasti tersedar terbuka mata dan akan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang mendengar kata-kata cerca.
Petikan Doa Luqman....saya kongsikan, sama-sama kita hayatinya.
Ya Rabb…………………..
Yang Maha menggetarkan hati
Alangkah indahnya bermunajat kepada-Mu
Membangkitkan bulu roma
Menitiskan air mata haru
Mengharap 'liqa' wajah Mu
Menjadi sifat Mu melindungi ku
Menjadi sifat Mu menyayangi ku
Satu diantara ciptaan Mu yang tiada terhitung
Dan menjadi hak bagi ku mendapatkan pencipta sebaik Engkau
Dengan segala kemahuan Mu
Yang tak akan ada yang bisa membandingi
Dengan segala kekuasaan Mu yang tiada berbatas
Dengan segala kekuasaan Mu yang tiada bertepi
Alangkah indahnya……………….
Membayangkan Engkau tersenyum kepadaku
Membayangkan Engkau mengembangkan tangan
Tanda menerimaku……………….
Ya Rabb......................
Aku tahu Engkau peduli
Tidak pernah Engkau berpaling
Tidak pernah Engkau menuntut kewajiban atas diri ku juga semua mahluk ciptaan Mu
Untuk Bertasih, bertahlil, bertahmid dan berzikir mengingat Mu
Kecuali demi kebaikan si pengingatnya
Ku tahu Engkau takkan pernah perlukan sesuatu dari ciptaan Mu
Ya Rabb.......................
Basahi bibir ku dan hati ku dengan asma Mu
Biar aku dan setan kawan lama ku tahu
Kalau Engkau memberi tanda di lidah dan hati ku
Tanda sebuah kasih tanda sebuah sayang
Engkau Pemilik Kasih, Pemilik Sayang
Engkau Pemilik Segala Pertolongan
Biarlah..........................
Apapun biarlah
Siapapun biarlah
Selama mana ku yakin Engkau selalu ada di sisi ku
Jauhkan setan dan pikiran-pikiran jahat ku
Yang mengibaskan gangguan mereka terhadap ku
Agar aku tidak percaya
Bahawa rahmat Mu lebih besar dari timbangan marah Mu
Bahawa ampunan Mu lebih besar dari timbangan siksaan Mu
Apalagi dosaku……………….
Biarlah………………………….
**Petikan dari Ustaz Yusuf Mansur**
26 October, 2013
Berlapang Dada
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ilmu ini saya ceduk dari Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, untuk dikongsikan bersama.
Berlapang dada merupakan salah satu ciri-ciri orang cemerlang. Berlapang dada mudah dikatakan tetapi sukar untuk diamalkan. Bukan mudah untuk berlapang dada apabila orang menfitnah, mengutuk, mengeji, mencerca, mengkritik dan mengaibkan kita. Namun kalau kita mampu hadapi semua itu dengan hati yang tenang dan ingat Allah maka ganjaran Allah sangatlah besar di akhirat nanti. Hal yang paling penting dalam sesebuah perdahabatan adalah BERLAPANG DADA
Satu perkara yang kita mesti terima ialah walau bagaimana baik dan mesra pun kita di luar sana, tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati. Itulah realiti kehidupan yang perlu diakui. Kadang kala, kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah juga diulang sebut berkali-kali. Apa yang boleh kita lakukan? Mahu dimarah dan ditegur pun tidak bermakna sebab kalau orang sudah tanam dalam fikirannya yang kita ini tidak bagus, tidak elok dan tidak baik maka semuanya dilihat sebagai cacat belaka. Oleh itu tidak perlulah kita fikirkan sangat pasal orang lain. Lebih baik kita fokus kepada diri kita sendiri dan sahabat-sahabat yang benar-benar memahami.
Apakah yang boleh dilakukan bagi berhadapan dengan situasi sebegini? Salah satu senjatanya ialah berlapang dada
Berikut adalah beberapa tip untuk kita menanam dan memupuk sifat berlapang dada:
1) Tiada yang kebetulan
Ingatlah setiap apa yang berlaku dalam hidup ini tiada yang kebetulan. Semuanya berlaku dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah disebalik musibah itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita; atau meningkatkan darjat kita; atau bagi menyucikan diri kita dari dosa-dosa; atau menambah kebaikan atas diri kita. Apabila kita yakin semua perkara baik dan buruk itu datangnya dari Allah dengan tujuannya yang tertentu maka hati akan merasa tenang.
2) Kekal Fokus
Usah sekali-kali memikirkan segala bentuk fitnah, umpatan dan cercaan sehingga fokus kita pada matlamat, tugas dan tanggung jawab tersasar. Tanya diri sama ada kita ini berjiwa besar atau berjiwa kecil. Kalau kita berjiwa besar maka lihatlah kapal besar yang berlayar di lautan tidak terjejas haluannya jika dipukul ombak-ombak kecil. Sebaliknya bot dan perahu kecil mungkin berpatah balik atau karam dengan pukulan ombak-ombak kecil ini. Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti seperti biasa dan biarlah suara-suara kerdil itu tenggelam ditelan masa. Sebab kalau kita sibuk melayan kerenah manusia maka kita sibukkan diri kita bagi perkara yang tidak membawa hasil Lebih baik kita salurkan tenaga, fokus dan masa kita kepada sesuatu yang pasti menjadikan kita lebih cemerlang di kemudian hari nanti.
3) Selidik siapa yang berkata-kata itu
Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab irihati, cemburu dan sakit hati. Oleh itu usah tepis semua kritikan. Cuba buat penilaian terlebih dahulu. Kalau kritikan itu dilontarkan dari orang yang bersembunyi di sebalik identiti palsu, meski pun bernas, namun tujuannya boleh dipertikaikan. Oleh itu, lupakan sahaja. Sebaliknya apabila kritikan itu datangnya dari seseorang yang arif dalam bidang kita, profesional, berilmu dan ada kredibiliti maka berlapang dadalah dan terima kritikan tersebut bagi memperbaiki dan meningkatkan diri. Sebab sebagai manusia kita pasti punya kelemahan dan kekurangan serta sentiasa ada ruang bagi kita menjadi orang yang lebih baik.
4) Bersyukurlah
Langkah terbaik untuk memiliki sifat berlapang dada ialah bersyukur. Sebab orang tidak akan cemburu, menfitnah, mengganggu urusan kita kalau kita tidak punya apa-apa kelebihan dan kejayaan. Orang hanya sedar akan kehadiran kita apabila kita mula menonjol. Kalau kita sekadar orang biasa-biasa dan punya apa-apa maka tiada sesiapa pun yang peduli dan ambil pusing. Ini bermakna anda berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya. Terus tabah, sabar dan istiqamah. Insya Allah satu hari walau ditolak sekali pun anda tidak mampu ditumbangkan lagi. Bersyukurlah.
5) Senyumlah
Apa lagi yang mampu kita lakukan selain senyum. Senyumlah sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka kita itu sebab mereka belum kenal kita. Teruslah menguntum senyum, memberi salam dan berbuat baik. Lama kelamaan mereka juga akan malu pada diri sendiri. Malah mungkin satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita. Ketika itu peluang terbuka luas bagi kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini. Bantu dan tolonglah mereka dengan senyuman serta keikhlasan.
6) Maafkan semua orang dan doakan mereka
Ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa. Walau orang lontarkan najis dan sampah, doakanlah mereka kebaikan. Maafkan mereka dan rasa sendiri bagaimana Allah akan campakkan nikmat iman dan ketenangan jiwa yang cukup hebat ke dalam hati kita.
Untuk sahabat-sahabat saya yang sama-sama teraniaya dan merasa dirinya dianiaya, percayalah.... Allah Itu Maha Tahu dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Biarkan apa orang nak kata tentang kita, asalkan kita tak pernah buat sesuatu yang buruk kepada mereka. Dan kita tahu setiap batasan kita, pergaulan kita, susila kita, dan kita tahu arah tuju kita. Yang penting kita kena tetap bersatu dengan dibantu oleh Kuasa Allah s.w.t.
Bukan mudah untuk mengekalkan sebuah persahabatan.
♥♥ Sahabat saya Lina Mazura telah selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Jumaat yang mulia, bersamaan 20 Zulhijjah 1434 (25 Oktober 2013)

24 October, 2013
Hati Saya Sayu
Assalammualaikum..... dan Salam Sejahtera.
N3 kali ni mungkin beremosi sedikit. Tapi bagi yang prihatin dan berbesar hati ingin membantu, dipersilakan untuk membaca kronologi yang akan saya perjelaskan sebentar lagi. Tapi, saya sangat berharap agar beberapa Doktor yang berada di kalangan kita di alam maya ni boleh membantu serba sedikit serta memberikan sedikit pendapat.
Ini melibatkan nyawa seorang ibu
Sejak kebelakangan ini, saya dan sahabat-sahabat saya sedang dalam proses membantu seorang ibu yang menghidap *penyakit kanser payudara*. Kami tidak mengenali ibu malang ini, tetapi baru sahaja diperkenalkan oleh seorang rakan yang tinggal berjiran (sebelah rumah) dengan ibu malang ini.
Ibu yang menghidap kanser payudara ni mempunyai 3 orang anak, 2 orang perempuan sudah berkahwin dan seorang lagi lelaki tetapi bermasalah (down syndrome) dan yang lelaki ini tinggal bersama ibu malang ini. *Ibu malang*, actually itulah tanggapan awal kami selepas kisah-kisahnya diceritakan oleh kawan yang tinggal sebelah rumahnya dan awal permulaan kami bersua dengan ibu tersebut. Inilah yang diceritakan dan yang kami rasai...........
■ Menurut ibu ini, dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat doktor 2 tahun lalu kerana tidak membuang payudara sebelah kirinya yang sudah rosak. Kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada 2011, selepas itu hanya duduk diam dirumah dan melakukan cucian terhadap luka dengan sendiri. Luka pada payudara kadangkala menanah dan berbau busuk.
■ Ibu ini hanya tinggal berdua dengan anak lelaki yang berusia hampir 30 tahun dan bermasalah. Sewaktu kami datang melawat, ibu malang ini telah membuka pintu sliding dan membaling kunci keluar, jadi kami terpaksa memanjat tembok untuk masuk kemudian membuka pagar hadapan. Seterusnya proses untuk membuka pagar dalam sangat rumit kerana pintu pagar tersebut sudah berkarat dan sukar untuk menolaknya ketepi.
■ Anak lelaki/adik lelaki yang mengalami down sindrom tidak pernah didaftarkan sebagai ahli OKU dan tidak pernah mendapat bantuan sewajarnya. Walaubagaimanapun, setiap tahun sebelum menjelang hari raya ada ahli-ahli majlis dan wakil rakyat datang menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban.
■ Kedua-dua anak perempuannya melarang ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan mereka membekalkan ibunya dengan 2 jenis ubat minum dan sejenis larutan untuk melakukan cucian yang dibeli dari sebuah pharmacy. Jiran-jiran yang cuba untuk membantu akan diugut, katanya mereka tak akan bertanggungjawab lagi kepada ibu mereka sekiranya ada sesiapa pandai-pandai menghantar ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dan inilah 2 jenis ubat yang dimakan ibu malang ini sejak 2 tahun yang lalu. Menurut ibu ini, ubat tersebut dibeli oleh anaknya melalui seorang doktor pakar. Tapi.....menurut kami, ubat ini hanyalah supplement untuk pesakit kanser. Pesakit sepatutnya mendapatkan rawatan yang betul dari doktor yang layak di hospital yang berdaftar.
Tetapi....pada pendapat saya, kedua-dua anak perempuan ibu malang ini tidak mengabaikan ibu dan adiknya seratus peratus kerana mereka masih membelikan ubat yang mahal untuk ibunya, setiap pagi datang menghantar bekalan makanan untuk hari tersebut dan mengambil bekal kosong pada petangnya, seminggu sekali datang ke rumah untuk mengemas dan membersihkan rumah ibunya.
Dalam saya berfikiran positif dan tidak mahu menuding jari ke arah mereka berdua, akal saya masih juga berfikir, kenapa mereka tak mahu membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital, kenapa mereka melarang jiran-jiran mengambil berat terhadap ibu mereka, kenapa adiknya tidak didaftarkan sebagai ahli OKU agar dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Ibu ini mempunyai peninggalan wang pencen dari arwah suaminya, tetapi kad bank tersebut dipegang oleh seorang anak perempuannya.
Pasti ada sesuatu yang kita tidak tahu. Besar hati saya nak berjumpa dengan kedua-dua anak perempuan ibu ini dan bertanyakan sendiri apa masalah mereka, manalah tahu kami dapat membantu. Tapi, menurut jiran-jiran mereka berdua sangat sombong dan tidak pernah berbual malah nak senyum pun payah. Aduhhhhh.........
Jadi......saya nak bertanyakan pendapat doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan, bolehkah seorang pesakit kanser tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dan hanya bergantung semata-mata pada ubat pharmacy. *Actually ubat tu sesuai ke?*
Musykil......tapi makcik, saya dan kawan-kawan saya akan tetap tolong, walau apa cara sekalipun. In sha Allah, semoga diberikan petunjuk dari Yang Maha Esa.

21 October, 2013
Hizib Al-Hafiz Dalam Al-Haq
Assalammualaikum....Selamat pagi Isnin yang indah.
Pagi-pagi lagi dah dengar lagu Al -Haq dendangan merdu dari Mawi & Dato AC Mizal. Dengar lagu ni berulang-ulangpun tak bosan, kerana ia mendekatkan diri pada Yang Satu. Al-Haq iaitu Yang Satu, Allah Maha Besar tiada tandingan.
Tercari-cari doa Mawi yang dibacakan dalam lagu tersebut, sangat merdu hingga meremang bulu roma. Akhirnya......pencarian berhasil.
Hizib merupakan kumpulan ayat-ayat Al-Quran , zikir , doa dan selawat yang disusun dengan tidak menggunakan hawa nafsu yang buruk/tidak elok untuk diamalkan dengan membacanya. Hizib al-Hafiz merupakan sebuah doa yang tidak popular, maka itulah sukar untuk dikorek di laman-laman sesawang dan ia jarang diperkatakan apatah lagi diamalkan.
Hizib Al Hafiz adalah satu hizib yang mempunyai khasiat dan faedah agar sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah SWT. Jika kita menjadikan hizib ini sebagai wirid yang berterusan Insya Allah akan sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT dengan sentiasa dikawal oleh para malaikat di mana saja kita berada.
Cara mangamalkannya adalah seperti berikut:
1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali)
2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali)
3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali)
4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih)
5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut:
* Lirik lagu Al-Haq
(Dato AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
(Dato AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema
menanggung derita
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
(AC Mizal)
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu

19 October, 2013
Berdosakan Saya?
Assalammualaikum semua.....
Aidil Adha sudah pun berakhir, jemaah Haji kita pun akan beransur pulang ke tanah air tidak lama lagi. Semoga mereka selamat sampai berjumpa dengan keluarga tercinta.
Dalam menjalani ibadah qurban yang lalu, saya tersentap dengan status yang ditulis oleh seorang admin di laman facebook Pakar Diari Hati.
Berdosakah saya kerana memuat naik beberapa keping gambar ketika melakukan ibadah qurban di instagram? Berdosakah saya mewar-warkan ibadah qurban yang telah kami sekeluarga lakukan beserta dengan gambar-gambar penyembelihan lembu tersebut? Berdosakah perbuatan itu....? Saya tersentap seketika dan berfikir, apakah saya patut menarik balik gambar-gambar yang telah saya muat naik di instagram dan juga N3 saya sebelum ini di blog ini?
Setelah difikirkan secara rasional, saya dengan berfikiran waras tidak akan menarik balik semua gambar-gambar tersebut kerana saya tidak melakukan sebarang dosa. Mungkin ada yang akan menganggap saya riak, tetapi percayalah.....saya tiada niat lain selain daripada berkongsi. Dan saya.....tidak mungkin pula akan mengeluarkan kenyataan yang berbaur takbur seperti -"ini laman saya, suka hatilah saya nak buat apa"-. Tapi, saya dengan rendah hati meminta maaf sekiranya ada yang tersinggung atau tertekan atau trauma dengan gambar-gambar penyembelihan yang telah saya muat naik di laman-laman sosial saya. Maafkan saya jika saya berdosa.
Ada sesuatu hal yang saya tidak setujui dengan status tersebut.
Menghalang dari berkongsi
Dalam keghairahan, pasti akan dikongsi kerana ibadah qurban, haji, bersedekah, beribadah adalah perkara yang mulia. Sekurang-kurangnya akan memberi keazaman kepada individu lain untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut. Sekiranya halangan tersebut dibuat ke atas laman-laman sosial seperti di facebook, instagram, blog dan lain-lain, ada baiknya admin membuat satu surat dan diedarkan ke setiap stesen tv di Malaysia agar menghalang daripada sebarang liputan yang berkaitan dengan ibadah qurban, ibadah haji, dan seumpamanya kerana sesuatu ibadah itu perlulah dirahsiakan.
Sentimen dan sensitiviti
Ya, saya akui kita tinggal di Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Tapi wajarkah kita menjaga hati kaum yang hidup bertuhankan binatang ((Maafkan saya)). Hanya kerana mereka menyembah binatang tersebut, maka kita terpaksa melakukan sesuatu yang disyariatkan secara sembunyi-sembunyi semata-mata unyuk menjaga hati dan sensitivit?
Anjing dan Babi sebagai contoh
Masya Allah....ini juga satu hal yang perlu diingatkan. Tidaklah boleh kita menyamakan sesuatu yang halal itu dengan sesuatu yang haram. Mengajak umat islam berbuka dengan babi iaitu makanan yang haram sudah tentu perbuatan itu berdosa. Memelihara anjing dengan melayannya seperti kucing adalah perbuatan yang menyalahi syariat Islam, dan itu adalah berdosa sehingga boleh menimbulkan fitnah. Tetapi, melakukan qurban adalah sunat Muakat dan ia tidak berdosa, malah kita memanfaatkan setiap inci daging, tulang, kulit dan organ binatang yang disembelih. Pandangan saya, tiada isu meludah ke langit kerana ibadah qurban ini telah dilakukan sejak dari zaman Raulullah s.a.w lagi. Jadi, kenapa baru sekarang ia perlu dilakukan secara sembunyi-sembunyi?
Zaman IT
Sekarang kita sedang berada di zaman sains dan teknologi. Kita tidak boleh menghalang setiap perkongsian individu di laman sesawang mereka. Pandanglah sesuatu hal tu dari sudut positif. Kita tak akan kemana-mana jika asyik mahu menghentam sahaja. Ya....ramai yang bersetuju dengan status tersebut, tetapi tidak saya. Baru pagi tadi ada seorang hamba Allah yang bukan beragam Islam telah memuat naik rakaman panggilan beliau yang kononnya berada di luar negara dengan sebuah sekolah di Malaysia. Perbualan tersebut dirakamkan secara rahsia kemudian disebarkan. Menurut pemanggil tersebut, beliau sangat tidak berpuas hati kerana banyak sekolah-sekolah di Malaysia telah melakukan ibadah qurban pada 2 hari berikutnya iaitu 11 dan 12 Zulhijah. Menurut pemanggil, perkara tersebut (penyembelihan) tidak patut ditunjukkan kepada kanak-kanak kerana ia akan merubah persepsi kanak-kanak tersebut. Allahu Akhbar, tergamam saya mendengar rakaman tersebut.
Saya sempat bertanya kepada kawan saya yang beragama Hindu, dan juga vegetarian. Menurutnya, dia tiada masalah dengan penyembelihan tersebut kerana kita melakukan hal yang betul dan dia sendiri tahu untuk apa penyembelihan seperti itu (di potong di bahagian halkum) dari segi sains.
Masih berdosakah saya?

15 October, 2013
Salam Aidil Adha. ♥ Takbir ♥
Assalammualaikum....
Selamat Hari Raya Aidiladha...
Yuk bertakbir...
AL Laa hu AK Ba RuL Laa hu
AK Ba RuL Laa hu AK BaR .
Laaaa I Laa ha IL LaL Laa hu
WaL Laa hu AK BaR .
AL Laa hu AK Ba Ru
Wa LiL Laa hiL HaMD
Dibaca dengan tiga kali berturut-turut serta sunat ditambahi kemudian daripada takbir itu dengan dibacanya :
AL Laa hu AK Ba Ru Ka Bii RaN ( W ) WaL HaM Du LiL
Laa hi Ka TSii Ra . Wa SuB Haa NaL Laa hi BuK
Ra TaN ( W ) Wa A SHii Laa .
Laaaa I Laa ha IL LaL Laa hu Wa Laa Na' Bu Du IL
Laa IY Yaa hu MuKH Li SHii Na La huD DiiN .
Wa Lau Ka Ri haL Kaa Fi RuuN .
Laaaa I Laa ha IL LaL Laa hu WaH Dah .
SHa Da Qa Wa’ Dah .
Wa Na SHa Ra 'AB Dah .
Wa A 'AZ Za JuN Da huu
Wa ha Za MaL AH Zaa Ba Wah Dah .
Laaaa I Laa ha IL LaL Laa hu
WaL Laa hu AK BaR .
AL Laa hu AK Ba Ru Wa LiL Laa hiL HaMD .
***************
ALHAMDULILLAH......
Kami dah selesai menunaikan ibadah sunat Qurban untuk tahun ini.
Lembu Qurban dalam proses penumbangan. Kemudian diteruskan dengn proses-proses melapah dan mengagihkan. Terima kasih kepada semua yang membantu.

13 October, 2013
MANUSIA 2 WATAK
Haha...hari ni up N3 dua kali, sebab sangat free, actually tak jugak cuma lari sekejap dari helah manusia. Yang baca N3 ni, lepas ni pegi N3 sebelum ni eahhh, tentang saya dan persahabatan sejati.
Tapi yang ini, saya nak story about manusia dan peribadi.
Kebelakangan ni memang sangat busy, menguruskan hal sendiri, keluarga, kerja, study dan beberapa hal lagi. Time management memang penting walaupun kadang kala nampak sangat huru-hara.
------------------------------
Dua tiga hari ni saya sebok bermeeting dengan keluarga belah ayahanda, berbincang tentang hari keluarga. Kami jumpa waktu malam jer, tiap-tiap malam, tapi ada ketika siang-siang kala juga, itupun bila ada idea datang menjelma. Masing-masing busy....so, faham... tapi hari keluarga ni wajib direalisasikan, mengikut perbincangan bulan Februari tahun depan. Memang lambat lagi, tapi ada banyak hal nak diuruskan.
Tiap-tiap malam? Bila, di mana? Hihihihi.....sekarangkan zaman IT, so tak jadi masalah sebernarnya nak meeting tiap-tiap hari. Selepas semua urusan harian selesai, masing-masing tahu-tahu sendiri melapor di bilik mesyuarat FB. Di situlah kami berbincang, walaupun jarak memisah, nampaknya dah ditunjukkan jalan mudah oleh Allah, kerana kami bukannya buat jenayah.
Saya sangat happy dengan mereka, jangan tak percaya mereka sendiri yang mengaku mereka tu hantu puaka. Kalau berbual memang takde maknanya nak berbudi bahasa, tapi kami semua ok-ok jer, semua bergembira, takde yang cepat terasa. Bila ada orang baru masuk joint kita, confirm laaaaa awal-awal lagi akan di rekrut bagaimana nak pupuk agar kental jiwa. Jangankan kata yang muda remaja jer, mak mak pak pak kami pun sama, mulut longkang takde insuran.
Inilah kami, Puaka Dewata Raya.....hahahaha
Ni re-cap waktu suka-suka bila berjumpa...
Masa ni...kalau tak silap sewaktu kami buat hari keluarga di Kampung Melayu pada 2010. Waktu ni ada kenduri jugak, lepas semua balik, kami buat suka-neka....giler meriah.....
Yang ni time raya.....2012, di Kampung Melayu juga.
Okay...masa ni Februari 2013, baru lagi di rumah Ayahnda saya sewaktu kami mengadakan majlis menyambut menantu. Majlis kahwin buat suka-neka...hahahaha...
---------------------------------
Tapi.....di satu susut lain, ada satu puak yang kurang saya fahami. Bahasa saya dan adik-beradik lain bila di sana tak sama. Kami sangat menjaga tata susila, sebabnya kami jarang berjumpa, so tak berapa mesra, jadi kenalah beringat bila keluarkan kata-kata.
Mereka sangat berbeza, walaupun kami berbudi bahasa, tapi mereka sesuka hati menghunus kata-kata nista. Mungkin rasa tak puas hati menjadikan mereka sering menuduh membuta-tuli. Memang tiada bahasa lawak di sana, semuanya mengeluarkan ayat penyata tapi dengan sindiran yang sangat berbisa. Niat yang baik seting disalah erti, sebabnya tak mahu selidiki tak reti meneliti. Sendiri menjauh, tetapi tiba-tiba menuduh kita yang menjauhkan. Ada sesuatu yang menjadi rebutan, tetapi mengelak bila kita sebutkan.
Saya sangat tak mengerti, bila berada di kalangan manusia cetek minda. Mereka mudah terpedaya dengan manusia-manusia durjana, dan menuduh orang lain pula yang bermuka-muka. Untunglah masih ada dikalangan mereka yang faham erti budi, tahu makna jasa, faham bila dijelaskan.
--------------------------------
Kerana 2 kelompok ini, saya berbeza watak bila semuanya berada dalam satu masa. Walaupun demikian, atas dasar sebuah keluarga, saya kena tempuhi juga mereka.
Terima kasih kazen-kazen Kampung Melayu....u all rock!! Februari nanti kita jumpa lagi, kita lepak sampai pagi, seperti sebelum-sebelum ni, banyak cerita gelak tawa ceria, kita sangat bahagia.
Kazen-kazen sebelah lagi.....terima kasih untuk yang berfikir. Kita jumpa Raya Haji nanti.
Maaf, kalau ada yang terasa...

MAKAN SEBELUM PANTANG
Assalammualaikum....
Kisah gembira ni pending dah 2 hari, tak sempat nak corat-coret di sini, tapi hari ni kena juga kongsi sebelum sahabat saya masuk bilik buruh.
Bilik buruh??? Owhhh itu bahasa melayu, kita ibu-ibu biasanya sebut Labour Room.
Sahabat saya yang bernama Zurra Lina sedang sarat mengandung sekarang ni. Kalau tiada aral melintang, 25 October 2013 ni Zurra akan masuk bilik bedah. Ini anak ke-3, dan kalau diizinkan Allah, yang keluar tu anak lelaki... In-sha-Allah. Mohon doa dari semua.
Jumaat lepas, lebih kurang pukul 9 malam kami ber-7 berkumpul di rumah Nieda. Tujuannya tentulah untuk makan besar. Jamuan suka-suka dirancang semata-mata untuk melengkapkan episod makan-makan Zurra yang ke-10 sebelum dia berpantang.
Haha....mewahkannnn. Malam tu Nieda berbesar hati nak masakkan bakso, memang meletop. Tak cukup bakso, Nieda bake cheese cake plak bukan seketul tapi 2 ketul. Memang marvelous. ?.... Lagi tenganga mulut kami, Nieda goreng karipap yang dibuatnya sendiri. PERGHHHHH MEMANG TERBAIK!
Malam tu kami port-luck jugak, tu yang nampak sangat variety.
Saya bawa Pavlova
Lis bawa otak-otak
Farra bawa tembikai
Zeira bawa nugget
Lina bawa rambutan gading
Ryn bawa senyuman paling manis...
Saya sayang sangat mereka, kerana mereka adalah orang-orang yang menyerikan hidup saya. Malam tu kami lepak sampai 2 pagi. Pelbagai cerita, segala segi, itulah kami.....berkongsi...... Actually 2 pagi masih awal lagi, tapi terpaksa juga sebab Zeira kerja esoknya so kami kena hormati dia.
Lepas melahirkan nanti, banyak benda yang Zurra Lina tak boleh makan. Yang hanya dibolehkan....Boleh check kat sini;
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2013/05/jadual-pemakanan-semasa-berpantang.html
Semoga Zurra Lina selamat melahirkan. In-Sha-Allah kami akan berkampung di Hospital Pakar Abdul Samad pada 25 Oktober nanti...
Love all of you....♥♥♥♥♥♥♥

09 October, 2013
WW : Novel ke TV
08 October, 2013
Korban PSP
Assalammualaikum.......
Tengok tajuk dah tahu apa yang terkorban. Kalau tengok gambar bawah ni, mesti lagi tahu siapa punya yang terkorban.
Kejadian berlaku sewaktu perlawanan suku akhir pertama antara JDT dan TRW di Stadium Larkin. Haaaaa....punyalah lama, baru nak cerita. Tujuan saya bercerita adalah untuk dijadikan ikhtibar dan peringatan kepada semua. Terutama yang ada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Adam Danish, anak sulung saya. Tak dinafikan memang minat bola dan sukan-sukan yang sewaktu dengannya. Tapi.....baru-baru ni Danish menyertai sukan baling peluru pada temasya sukan sekolah, mungkin sebab Danish berbadan besar. Sama seperti dulu, zaman saya dulu, bila badan besar kena masuk baling peluru. Lawak betullah cikgu...
Berbalik pada korban PSP. Di hari kejadian, saya dah melarang agar Danish tak bawa PSPnya ke stadium, tinggalkan saja dirumah untuk adik bermain sebab adik, Aqil Hail memang tak joint kami ke stadium. Sesak, penat, dia tak berapa suka. Tapi, dek kerana terlalu sayangkan PSPnya dan tak mahu adik merosakkannya, dan juga sebab saja mendengki adik (maybe), kerana PSP tu Danish beli sendiri dengan duit tabungannya, jadi PSP dibawa.
Semenjak ada PSP, waktu belajar memang dah kurang. Cuti hari minggu jer memang tak lepas PSP dari tangan. Nasib baik adik bukan jenis yang merebut sebab dia tahu itu abang punya. Tapi kadang kala ribut juga sebab bila adik dah start main, abang minta balik. Kalau nak minta tolong tu memang kena sabar tunggu game dia over atau what ever laa.
Sebab tu orang tua-tua dah bagi ingat, sayangkan sesuatu jangan sayang sangat. Bencikan sesuatu juga jangan benci sangat. Jadi dalam kasus Danish ni....dia sayang sangat dengan PSP nya. Sampai taknak berenggang langsung. Dan malam itulah......waktu sedang suka-suka sangat, Danish membiarkan begnya di atas kerusi dan terus berlalu pergi. Saya pula memang tak terfikir langsung malam tu dia ada bawa beg sandang yang berisi PSP. Bayangkan, kami dah berjalan sejauh lebih kurang 200 meter menuju ke kereta baru Danish teringat beg sandangnya. Bila di tanya ada apa dalam beg tu, Danish terus jawab PSP dan terus patah balik. Malangnya........dah memang tak ada rezeki.
Tak tunggu-tunggu. Malam tu juga kami beri Danish motivasi;
Sayang sesuatu jangan sayang sangat. Kalau kita kehilangan, pasti kita akan rasa sangat down. Dan kena ingat, sesuatu itu bukan milik kita abadi. Bila-bila masa jer Allah akan ambil balik. Sekarang abang sangat sedih sebab PSP yang abang sayang hilang disebabkan kecuaian abang sendiri. Tapi, cuba abang bayangkan Mama & Papa tiba-tiba lenyap dari pandangan abang. Apa abang rasa waktu itu?
Suka juga jangan suka sangat, sebab bila kita terlalu gembira, ia akan membuatkan kita hilang sedikit ingatan. Beringat, Allah beri kesenangan untuk kita jangan tamak, sebab kegembiraan kita kenalah berkongsi bersama. Contohnya bila kita perolehi wang ringgit yang banyak terutamanya bonus, kita kena kongsi dengan orang-orang lain yang tak bernasib baik. Tapi bila kita tamak, Allah tarik balik semuanya, satu apapun kita takkan dapat.
Jangan bertengkar dengan adik, jangan kedekut dengan adik-beradik sendiri, jangan sombong. Mungkin kehilangan PSP ni satu petunjuk agar abang belajar. Lepas ni kena beringat. Percayalah, bila abang dah tak ada PSP abang dan adik akan kurang bertengkar sebab dah tak ada apa yang hendak direbutkan. Semua benda kita kena kongsi, bukan saja PSP, Mama, Papa, malah kita kongsi semua benda di muka bumi ini dari sebesar kuman hingga ke seluas lautan.
Dengar kata....kalau abang dengar kata Mama siang tu, abang tinggalkan jer PSP di rumah dengan adik, pasti PSP masih ada lagi. Kalau abang tak mahu dengar kata Mama, abang nak dengar kata siapa lagi?
Alhamdulillah......nampaknya dia benar-benar belajar dari kesilapan. Sekarang dah kurang bergaduh dengan adik pasal hal-hal yang remeh temeh. Nak buat sesuatu pun, dia akan tanya dulu "Boleh mama? Boleh???"
Saya dan en.hubby taklah terkesan sangat dengan kehilangan PSP ini. Bukan sebab ia dibeli bukan dengan duit kami. Tapi, kami puas hati dengan rancangan Allah. Danish kehilangan, tapi itu adalah satu pengajaran, kami rela berkorban.
*Takde plan nak belikan PSP baru untuk Danish. Biarlah dia belajar sesuatu...

06 October, 2013
JDT : Jati Diri Terpuji
Masing-masing masih demam enam satu lagi, baik TRW mahupun JDT. Iya betul... JDT dah kalah itu pasti, tapi ingat... nasib TRW belum tentu lagi. Rancangan Allah baik sekali dan kami tidak pernah menyesali.
Wahai penyokong TRW, berhentilah mengutuk mengeji mencaci. Apa yang kalian dapat, kerana sejak awal musim lagi kalian cukup benci dengan JDT? Apa sebenarnya salah kami? Budi bahasa budaya kita, rata-rata ada agama, tapi ayat tak pernah nak jaga.
Wahai penyokong JDT, bersabarlah... tetapkan jati diri. Jangan dibalas kata-kata mereka, kerana kita tiada kuasa. Kalau masih berbalas-balas juga, kita akan sama seperti mereka. Diamkan saja, tahun depan kita bangkit lagi dengan semangat baru yang lebih jitu.
Terima kasih TMJ kami kerana membawa arena bola sepak Malaysia ke mata dunia melalui experimentasi JDT. Mereka sudah nampak kita, tempiasnya kami rasa, di mana-mana saja mereka pasti memperkatakan curva kita. Kami sungguh pecaya TMJ akan memberikan sesuatu yang terbaik di musim depan nanti.
Untuk penyokong-penyokong tegar JDT berdiri bersama skuad BOS sejati, terima kasih segalanya. Sokongan yang diberi membakar semangat segenap jiwa anak jati JDT. Dari bayi kecil hingga veteren pencen, tak malu menggayakan jersi JDT tak kira mana mereka pergi. Lihatlah, di mana saja, walaupun kalah enam satu, tak pernah malu, bergaya penuh megah tak perlu goyah. Untuk semua warga, tetaplah menyokong negeri sendiri, tanah tumpah Johor Darul Tazim. Tapi......malang sekali bila anak jati turut sama-sama mengutuk mengeji. Bila menang bersorak tempiak, bila kalah mulalah berpaling tadah.
■■ Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah ■■
Seterusnya....
Harapan kami.....agar pemain-pemain baru yang bakal dipilih memenuhkan skuad JDT musim depan nanti, bermainlah dengan sepenuh hati. Jangan goyah kerana penyokong JDT tetap memberi sokongan tanpa henti, walau kalah kami tetap menyanyi memberi semangat baru agar dapat bangkit kembali.
Harapan kami......agar pemilihan pemain yang baru nanti lebih banyak anak jati, yang bermain untuk negeri sendiri kerana semangat anak jati lain sekali. Sanggup bermati-matian kerana di dalam hati tertanam sifat jati diri.
Mohon kembali...
♥ Irfan Fazail - Harimau Muda ♥
♡ Fazli Sas - Harimau Muda ♡
♥ Norazlan Bakar - Selangor ♥
♡ Fandi Osman - Harimau Muda ♡
♥ Rizal Zamri Yahya - ATM ♥
♡ Idris Karim - Negeri Sembilan ♡
《Kami terguris》
《KAMI PASTI BANGKIT》
Al-Fatehah untuk Arwah Adam Farish b. Muhamad Al-Hafiz....

04 October, 2013
Zulkaedah - Zulhijjah 1434H
Assalamualaikum
Tarikh-tarikh penting untuk muslimin dan muslimat :
Hari ini Jumaat 4 Oktober 2013 = 28 Zulkaedah 1434H.
Esok sewaktu Maghrib 5 Oktober 2013 Sabtu mlm Ahad = 1 Zulhijjah 1434H
Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)
Isnin 14 Oktober 2013 = Hari Arafah 9 Zulhijjah 1434H. Jom kita puasa ramai-ramai.
Ini dsunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."
(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmizi)
Takbir raya Aidil Adha boleh dialunkan selepas waktu Subuh hari ke 9 Zulhijjah 1434H (14 Oktober 2013) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah 1434H (18 Oktober 2013) iaitu apabila masuk waktu Magrib pada 14 Zulhijjah 1434H.
Selasa 15 Oktober 2013 = 10 Zulhijjah bersamaan Hari Raya Aidil Adha.
Solat Sunat Hari Raya. Walaubagaimanapun, wanita-wanita yang berada dalam keadaan uzur atau haid dibolehkan untuk turut serta ke masjid dan surau, tetapi bukan untuk bersolat sunat Aidil Adha, hanya untuk sama-sama menyaksikan Solat Sunat Aidil Adha sambil bibir memuji-muji Rasulullah s.a.w dan mengagung-agungkan Allah Yang Maha Besar.
Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.”
(HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)
Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di masjid-masjid hanya untuk menyaksikan solat Hari Raya tersebut.
Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,
فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.
Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Rasulullah s.a.w.) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.
Insya Allah....

03 October, 2013
Syukur
Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Tak perlu bermegah-megah, kalau lebih eloklah berkongsi, sebab tu kita kena bayar zakat fitrah.
Rezeki masing-masing tak mungkin sama, ada yang tu lebih yang ni tiada, ada yang tu sikit yang ni melimpah ruahnya, ada yang tu mewah yang ni....dia tak pernah merasa. Rezeki....semuanya rezeki. Wang, makan, anak, kerja, pendidikan, kejayaan, semuanya pinjaman. Kalau setiap orang rezekinya sama, tiada beza, tak indah rasanya dunia.
Tapi....bila apa yang kita inginkan kita gagal mendapatkan, bukan bererti kita dilupakan. Kerana percayalah, bila dia sekat sesuatu, pasti rancangan terbaik sedang direncana untukmu. Berdoalah jangan mudah mengalah.
Tipu....zaman sekarang mana boleh banding rezeki kita yang kurang dengan orang lain yang lebih kurang? Kata 'mereka', kalau kita susah, ingatlah ada yang lebih susah. Jadi bersyukurlah. Ya......tapi perasaan seperti itu memang payah, setidak-tidaknya kita bandingkan diri kita dengan orang sekeliling kita yang kita kenal susah payah. Mana mungkin dia punya mewah saya punya sederhana. Nahhhhh.......kannnn........ pasti itu yang terlintas difikiran. Perasaan itu memang tidak boleh ditinggalkan. Jadi....... kalau sudah demikian, berusahalah lebih keras untuk maju kedepan. Kalau kita berserah, pasti Allah juga akan melupakan sebab kita negatif dalam berperasaan.
Syukur......Tapi kalau kita mahu lebih, kita kena usaha gigih.

Subscribe to:
Posts (Atom)