24 October, 2013

Hati Saya Sayu

Assalammualaikum..... dan Salam Sejahtera.

N3 kali ni mungkin beremosi sedikit. Tapi bagi yang prihatin dan berbesar hati ingin membantu, dipersilakan untuk membaca kronologi yang akan saya perjelaskan sebentar lagi. Tapi, saya sangat berharap agar beberapa Doktor yang berada di kalangan kita di alam maya ni boleh membantu serba sedikit serta memberikan sedikit pendapat.

Ini melibatkan nyawa seorang ibu

Sejak kebelakangan ini, saya dan sahabat-sahabat saya sedang dalam proses membantu seorang ibu yang menghidap *penyakit kanser payudara*. Kami tidak mengenali ibu malang ini, tetapi baru sahaja diperkenalkan oleh seorang rakan yang tinggal berjiran (sebelah rumah) dengan ibu malang ini.

Ibu yang menghidap kanser payudara ni mempunyai 3 orang anak, 2 orang perempuan sudah berkahwin dan seorang lagi lelaki tetapi bermasalah (down syndrome) dan yang lelaki ini tinggal bersama ibu malang ini. *Ibu malang*, actually itulah tanggapan awal kami selepas kisah-kisahnya diceritakan oleh kawan yang tinggal sebelah rumahnya dan awal permulaan kami bersua dengan ibu tersebut. Inilah yang diceritakan dan yang kami rasai...........

■ Menurut ibu ini, dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat doktor 2 tahun lalu kerana tidak membuang payudara sebelah kirinya yang sudah rosak. Kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada 2011, selepas itu hanya duduk diam dirumah dan melakukan cucian terhadap luka dengan sendiri. Luka pada payudara kadangkala menanah dan berbau busuk.

■ Ibu ini hanya tinggal berdua dengan anak lelaki yang berusia hampir 30 tahun dan bermasalah. Sewaktu kami datang melawat, ibu malang ini telah membuka pintu sliding dan membaling kunci keluar, jadi kami terpaksa memanjat tembok untuk masuk kemudian membuka pagar hadapan. Seterusnya proses untuk membuka pagar dalam sangat rumit kerana pintu pagar tersebut sudah berkarat dan sukar untuk menolaknya ketepi.

■ Anak lelaki/adik lelaki yang mengalami down sindrom tidak pernah didaftarkan sebagai ahli OKU dan tidak pernah mendapat bantuan sewajarnya. Walaubagaimanapun, setiap tahun sebelum menjelang hari raya ada ahli-ahli majlis dan wakil rakyat datang menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban.

■ Kedua-dua anak perempuannya melarang ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan mereka membekalkan ibunya dengan 2 jenis ubat minum dan sejenis larutan untuk melakukan cucian yang dibeli dari sebuah pharmacy. Jiran-jiran yang cuba untuk membantu akan diugut, katanya mereka tak akan bertanggungjawab lagi kepada ibu mereka sekiranya ada sesiapa pandai-pandai menghantar ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dan inilah 2 jenis ubat yang dimakan ibu malang ini sejak 2 tahun yang lalu. Menurut ibu ini, ubat tersebut dibeli oleh anaknya melalui seorang doktor pakar. Tapi.....menurut kami, ubat ini hanyalah supplement untuk pesakit kanser. Pesakit sepatutnya mendapatkan rawatan yang betul dari doktor yang layak di hospital yang berdaftar.





Tetapi....pada pendapat saya, kedua-dua anak perempuan ibu malang ini tidak mengabaikan ibu dan adiknya seratus peratus kerana mereka masih membelikan ubat yang mahal untuk ibunya, setiap pagi datang menghantar bekalan makanan untuk hari tersebut dan mengambil bekal kosong pada petangnya, seminggu sekali datang ke rumah untuk mengemas dan membersihkan rumah ibunya.

Dalam saya berfikiran positif dan tidak mahu menuding jari ke arah mereka berdua, akal saya masih juga berfikir, kenapa mereka tak mahu membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital, kenapa mereka melarang jiran-jiran mengambil berat terhadap ibu mereka, kenapa adiknya tidak didaftarkan sebagai ahli OKU agar dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Ibu ini mempunyai peninggalan wang pencen dari arwah suaminya, tetapi kad bank tersebut dipegang oleh seorang anak perempuannya.

Pasti ada sesuatu yang kita tidak tahu. Besar hati saya nak berjumpa dengan kedua-dua anak perempuan ibu ini dan bertanyakan sendiri apa masalah mereka, manalah tahu kami dapat membantu. Tapi, menurut jiran-jiran mereka berdua sangat sombong dan tidak pernah berbual malah nak senyum pun payah. Aduhhhhh.........

Jadi......saya nak bertanyakan pendapat doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan, bolehkah seorang pesakit kanser tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dan hanya bergantung semata-mata pada ubat pharmacy. *Actually ubat tu sesuai ke?*

Musykil......tapi makcik, saya dan kawan-kawan saya akan tetap tolong, walau apa cara sekalipun. In sha Allah, semoga diberikan petunjuk dari Yang Maha Esa.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

Dr K said...

" ubat" 2 jenis yg anak perempuan makcik tu bekalkan, bukan lah ubat, ianya hanya supplement alternatif...yg mana silap haribulan, langsung tak beri apa apa kesan positif.

Pesakit kanser perlukan rawatan yg khusus...terdiri dari chemotherapy , radiotherapy & mungkin juga surgery( dlm kes ni, patutnya awal awal lagi boleh dibuang breast nya).

Nasihat saya, dalam kes ni, ianya umpama neglect,neglect oleh anak anak perempuannya yg samada memang menolak perubatan moden, atau tiada ilmu asas ( dan malas membaca & bertanya) tentang breasr cancer. Apa yg awak boleh buat, maybe libatkan penglibatan NGO dlm kes ni...kalau orang perseorangan/jiran2, memang anak anak perempuan dia sombong/tak layan...Tapi kalau NGO macam majlis Kanser dilibatkan, maybe mereka tak boleh berdalih/menolak lagi utk berikan rawatan yg sepatutnya buat ibu mereka.

Mungkin kanser ibu mereka dah di tahap akhir, tapi ada rawatan yg dipanggil Palliative Care, utk berikan sisa sisa hidup berkualiti, bukannya sengsara di rumah menanggung luka yg dicuci setiap hari tak akan sembuh..

Dr K said...

Laaa...awak tinggal kat Mutiara Rini ke? :)

RIZZNA said...

Alhamdulillah..... terima kasih Doc DZ.
saya perlukan beberapa pandangan sblm mengambil sebarang tindakan. kami hanyalah sekumpulan kawan yg suka membuat kerja2 amal.

Actually kami dah berhubung dgn JKM utk pendaftaran OKU anak makcik ni dan mereka akan membantu kami. saya juga dah hubungi UMNO bhgn dan mereka akan merangka strategi utk membantu. tp tak pasti bila.

impian saya sekarang.....nak bercakap dgn anak2 perempuan makcik ni. nak tanya kenapa....? mungkin mereka ada masalah yg kita tak tahu.

thks Doc...nnti balik Tmn U, belanja saya mee udang kat blakang jusco tu eahhh? hihihi....

wakgelas said...

wak salam ziarah jer nih makk yee.., wak bukan doktor.., uhhuuU

Nastyna said...

Saya tak dapat membantu mmg tak tahu. Apa pun, doakan misi u dan kawan2 berjaya, moga Allah permudahkan jalan u guys dalam membantu ibu itu.

kayyana said...

saya bukan doktor.. tp satu malaysia pun tahu... kalau seseorang tu menghidap penyakit yang bernama "kanser" dia perlu mendapatkan rawatan di hospital.. perlu menjalani chemoteraphy dan sebagainya... bukan hanya makan supplement dan uruskan sendiri di rumah... cuma yang musykilnya kenapa anak anak perempuan die tu taknak bawak mak die ke hosp dan melarang jiran jiran untuk membantu? satu perkara yg perlu dirungkai... tp walau mcmnepun yana tabik spring la dgn org seperti awak yg sanggup membantu.. Insha Allah bila kita ikhlas membantu Allah akan meringkan segala urusan kita..

Unknown said...

deqla bkn doc jugak.. eheh.. tp seharusnya dptkan rawatan di hospital... itu lebih afdal.. sekurang2nya kita mencuba yg terbaik...

Cik Ai said...

hurm..

peliklah CiM kenapa ye dgn 2 org anak pompuannya tu..kalo x sygkan ibunya pasti x dibeli ubat kan..tp kalo syg pasti akan dirujuk kepada yg lebih arif..betulkan!mungkin ada sesutau d sebaliknya yg kita x tahu,sedangkan mereka boleh dptkan bntuan sara hidup tuk adik mereka yg OKU tu..

**kalo nk membantu dr segi menderma mcm mn?mungkin kah smp kepada makcik tersebut?

Masha Meisters said...

mungkin ada something yang tersirat yang kita sendiri tak tahu...bukan nak kate ape,masha sndiri pernah nampak pt masha suka sgt mengata anak2 dye mcm2,tak jaga dye,marah2 dye..yg ada mengata suami sendiri..siap herdik depan orng..
sedangkan merekalah yg jaga dye..
ape yng kita nampak tak sama dgn apa yg mereka rasa..

semoga misi akak berjaya untuk bantu 'ibu malang' ni...
apepun memg dye perlukan rawatan susulan yng sepatutnya...

Miss N™ said...

tentu ada sebab kenapa si anak tak mahu bwk emaknya dapatkan rawatan di hospitalkan..

Nur sokong akak nak bersemuka dgn ank2 makcik tu.. sbb nur rasa dgn bsemuka je kita boleh boncang elok2...

bila tahu apa sbbnya, baru kita tahu apa sebabnyakan....

teruskan usaha akak yea..insyaAllah buat pkara baik akan dibantu Allah..

Unknown said...

sedih baca ni... tapi..kita pun tertanya tanya kenapa anaknya bt begitu...mg ada penyelasaiannya

Hr said...

Ada juga yang bila dah tiba saat akhir lebih suka keluarga stay di rumah . Dari dapatkan treatment & duduk di hospital (dicucuk & etc). Tapi siapalah kita nak tentukan bila seseorang hamba Allah tu pergi. Bangkit dan pergi hospital ! Ikhtiar yang sebaiknya , inshaaAllah mana tahu ada rezeki panjang usia. Rahsia Allah kita tak tahu.

Good job ! Inspired dengan entry amal kebajikan ni. Semoga saya akan buat & menulis sesuatu yang berguna kepada dunia instead of writing entry melagha . :D

Chic Na said...

kena jugak bersemuka dengan anak2 kakak tu, mungkin dapat info ape sebenarnya alasan diorang kan..

mulianya hati akak.. :)

Dr Singa said...

sangat setuju dengan apa yang Dr Daddy Ziyyad kata tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...