Assalammualaikum.......
Tengok tajuk dah tahu apa yang terkorban. Kalau tengok gambar bawah ni, mesti lagi tahu siapa punya yang terkorban.
Kejadian berlaku sewaktu perlawanan suku akhir pertama antara JDT dan TRW di Stadium Larkin. Haaaaa....punyalah lama, baru nak cerita. Tujuan saya bercerita adalah untuk dijadikan ikhtibar dan peringatan kepada semua. Terutama yang ada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Adam Danish, anak sulung saya. Tak dinafikan memang minat bola dan sukan-sukan yang sewaktu dengannya. Tapi.....baru-baru ni Danish menyertai sukan baling peluru pada temasya sukan sekolah, mungkin sebab Danish berbadan besar. Sama seperti dulu, zaman saya dulu, bila badan besar kena masuk baling peluru. Lawak betullah cikgu...
Berbalik pada korban PSP. Di hari kejadian, saya dah melarang agar Danish tak bawa PSPnya ke stadium, tinggalkan saja dirumah untuk adik bermain sebab adik, Aqil Hail memang tak joint kami ke stadium. Sesak, penat, dia tak berapa suka. Tapi, dek kerana terlalu sayangkan PSPnya dan tak mahu adik merosakkannya, dan juga sebab saja mendengki adik (maybe), kerana PSP tu Danish beli sendiri dengan duit tabungannya, jadi PSP dibawa.
Semenjak ada PSP, waktu belajar memang dah kurang. Cuti hari minggu jer memang tak lepas PSP dari tangan. Nasib baik adik bukan jenis yang merebut sebab dia tahu itu abang punya. Tapi kadang kala ribut juga sebab bila adik dah start main, abang minta balik. Kalau nak minta tolong tu memang kena sabar tunggu game dia over atau what ever laa.
Sebab tu orang tua-tua dah bagi ingat, sayangkan sesuatu jangan sayang sangat. Bencikan sesuatu juga jangan benci sangat. Jadi dalam kasus Danish ni....dia sayang sangat dengan PSP nya. Sampai taknak berenggang langsung. Dan malam itulah......waktu sedang suka-suka sangat, Danish membiarkan begnya di atas kerusi dan terus berlalu pergi. Saya pula memang tak terfikir langsung malam tu dia ada bawa beg sandang yang berisi PSP. Bayangkan, kami dah berjalan sejauh lebih kurang 200 meter menuju ke kereta baru Danish teringat beg sandangnya. Bila di tanya ada apa dalam beg tu, Danish terus jawab PSP dan terus patah balik. Malangnya........dah memang tak ada rezeki.
Tak tunggu-tunggu. Malam tu juga kami beri Danish motivasi;
Sayang sesuatu jangan sayang sangat. Kalau kita kehilangan, pasti kita akan rasa sangat down. Dan kena ingat, sesuatu itu bukan milik kita abadi. Bila-bila masa jer Allah akan ambil balik. Sekarang abang sangat sedih sebab PSP yang abang sayang hilang disebabkan kecuaian abang sendiri. Tapi, cuba abang bayangkan Mama & Papa tiba-tiba lenyap dari pandangan abang. Apa abang rasa waktu itu?
Suka juga jangan suka sangat, sebab bila kita terlalu gembira, ia akan membuatkan kita hilang sedikit ingatan. Beringat, Allah beri kesenangan untuk kita jangan tamak, sebab kegembiraan kita kenalah berkongsi bersama. Contohnya bila kita perolehi wang ringgit yang banyak terutamanya bonus, kita kena kongsi dengan orang-orang lain yang tak bernasib baik. Tapi bila kita tamak, Allah tarik balik semuanya, satu apapun kita takkan dapat.
Jangan bertengkar dengan adik, jangan kedekut dengan adik-beradik sendiri, jangan sombong. Mungkin kehilangan PSP ni satu petunjuk agar abang belajar. Lepas ni kena beringat. Percayalah, bila abang dah tak ada PSP abang dan adik akan kurang bertengkar sebab dah tak ada apa yang hendak direbutkan. Semua benda kita kena kongsi, bukan saja PSP, Mama, Papa, malah kita kongsi semua benda di muka bumi ini dari sebesar kuman hingga ke seluas lautan.
Dengar kata....kalau abang dengar kata Mama siang tu, abang tinggalkan jer PSP di rumah dengan adik, pasti PSP masih ada lagi. Kalau abang tak mahu dengar kata Mama, abang nak dengar kata siapa lagi?
Alhamdulillah......nampaknya dia benar-benar belajar dari kesilapan. Sekarang dah kurang bergaduh dengan adik pasal hal-hal yang remeh temeh. Nak buat sesuatu pun, dia akan tanya dulu "Boleh mama? Boleh???"
Saya dan en.hubby taklah terkesan sangat dengan kehilangan PSP ini. Bukan sebab ia dibeli bukan dengan duit kami. Tapi, kami puas hati dengan rancangan Allah. Danish kehilangan, tapi itu adalah satu pengajaran, kami rela berkorban.
*Takde plan nak belikan PSP baru untuk Danish. Biarlah dia belajar sesuatu...

14 comments:
boleh belajar dengan akak ni cara mendidik anak~ :)
bagus cara didik anak...
anak2 gitula kadang kedekut ngan adik bradik..tp okla abg dah sedar tu..bljr dr kesilapan kan..kan...
belajar dr kesilapan dan silap sendiri...mmg berkesan.....izan pun mmg dok bt cara ni ngan mia...hihihi..didik anak kn tegas sikit....kan..
alahaiii kesiannya abg ... tp jadikan tu pengajaran ye.. psp tu cuma milik abg seketika cuma..xpe nanti beli baru..tp lps ni jgn tak bg adik pinjam tau.. ;)
alahai kesiannye.. yana ni pula selalu sgt kesian kan anak anak.. kalau yana ditempat akak tentu yana teringin nak gantikan psp danish.. tp bile bc blek btul jugak tu.. mungkin ada hikmah disebalik kehilangan pspnye tu.. haihlah.. sayangnye
kak sedih baca entry ni kak....terkesan di hati.huhu alhamdulillah kehilangan yang bermakna kan kak
huhhu sian abang tp xpala kan ada hikmah disebaliknya ;-)
Hmmm kesian abang Danish... Tak apa abang,,, PSP dah ketinggalan zaman... kumpul duit beli ace box plak. harharhar.....
(((Motivasi jugak tue sis))) suruh danish berjimat cermat kumpul duit untuk membeli sesuatu.... HWAHWAHWA... MAKNGAH KELUAR TANDUK...DAN TARING.. HAHAHA
haishh,.,kejap je lesap yea...
sekarang ni apa saja pantang lepa...
mesti kejap je hilang...
tak apalah, dah xde rezekikan...
kesian abg danish.. skrg ni kalau brg tu tertggl skjp pun mmg sush nk jmpe blik..lebih2 tmpt ramai org.
tak pe la abang tak de rezeki...tak pe betul kata mama abag tu kena belajar dari kesilapan ...
ala kesiannyer kt abg danish...tp xper ada hikmah apa yg jadi tu..belajar dr kesilapan
nice sharing sis..
sedikit sebanyak ada ra terkesan di hati bkn sj Danish tp Ai jugak...sbb kdg2 bila kita syg sesuatu..rs syg yg sgt2 smp x terpikir nk berkongsi..huhu
huhuhuhu.. kesian abang
Post a Comment