Assalammualaikum semua.....
Aidil Adha sudah pun berakhir, jemaah Haji kita pun akan beransur pulang ke tanah air tidak lama lagi. Semoga mereka selamat sampai berjumpa dengan keluarga tercinta.
Dalam menjalani ibadah qurban yang lalu, saya tersentap dengan status yang ditulis oleh seorang admin di laman facebook Pakar Diari Hati.
Berdosakah saya kerana memuat naik beberapa keping gambar ketika melakukan ibadah qurban di instagram? Berdosakah saya mewar-warkan ibadah qurban yang telah kami sekeluarga lakukan beserta dengan gambar-gambar penyembelihan lembu tersebut? Berdosakah perbuatan itu....? Saya tersentap seketika dan berfikir, apakah saya patut menarik balik gambar-gambar yang telah saya muat naik di instagram dan juga N3 saya sebelum ini di blog ini?
Setelah difikirkan secara rasional, saya dengan berfikiran waras tidak akan menarik balik semua gambar-gambar tersebut kerana saya tidak melakukan sebarang dosa. Mungkin ada yang akan menganggap saya riak, tetapi percayalah.....saya tiada niat lain selain daripada berkongsi. Dan saya.....tidak mungkin pula akan mengeluarkan kenyataan yang berbaur takbur seperti -"ini laman saya, suka hatilah saya nak buat apa"-. Tapi, saya dengan rendah hati meminta maaf sekiranya ada yang tersinggung atau tertekan atau trauma dengan gambar-gambar penyembelihan yang telah saya muat naik di laman-laman sosial saya. Maafkan saya jika saya berdosa.
Ada sesuatu hal yang saya tidak setujui dengan status tersebut.
Menghalang dari berkongsi
Dalam keghairahan, pasti akan dikongsi kerana ibadah qurban, haji, bersedekah, beribadah adalah perkara yang mulia. Sekurang-kurangnya akan memberi keazaman kepada individu lain untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut. Sekiranya halangan tersebut dibuat ke atas laman-laman sosial seperti di facebook, instagram, blog dan lain-lain, ada baiknya admin membuat satu surat dan diedarkan ke setiap stesen tv di Malaysia agar menghalang daripada sebarang liputan yang berkaitan dengan ibadah qurban, ibadah haji, dan seumpamanya kerana sesuatu ibadah itu perlulah dirahsiakan.
Sentimen dan sensitiviti
Ya, saya akui kita tinggal di Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Tapi wajarkah kita menjaga hati kaum yang hidup bertuhankan binatang ((Maafkan saya)). Hanya kerana mereka menyembah binatang tersebut, maka kita terpaksa melakukan sesuatu yang disyariatkan secara sembunyi-sembunyi semata-mata unyuk menjaga hati dan sensitivit?
Anjing dan Babi sebagai contoh
Masya Allah....ini juga satu hal yang perlu diingatkan. Tidaklah boleh kita menyamakan sesuatu yang halal itu dengan sesuatu yang haram. Mengajak umat islam berbuka dengan babi iaitu makanan yang haram sudah tentu perbuatan itu berdosa. Memelihara anjing dengan melayannya seperti kucing adalah perbuatan yang menyalahi syariat Islam, dan itu adalah berdosa sehingga boleh menimbulkan fitnah. Tetapi, melakukan qurban adalah sunat Muakat dan ia tidak berdosa, malah kita memanfaatkan setiap inci daging, tulang, kulit dan organ binatang yang disembelih. Pandangan saya, tiada isu meludah ke langit kerana ibadah qurban ini telah dilakukan sejak dari zaman Raulullah s.a.w lagi. Jadi, kenapa baru sekarang ia perlu dilakukan secara sembunyi-sembunyi?
Zaman IT
Sekarang kita sedang berada di zaman sains dan teknologi. Kita tidak boleh menghalang setiap perkongsian individu di laman sesawang mereka. Pandanglah sesuatu hal tu dari sudut positif. Kita tak akan kemana-mana jika asyik mahu menghentam sahaja. Ya....ramai yang bersetuju dengan status tersebut, tetapi tidak saya. Baru pagi tadi ada seorang hamba Allah yang bukan beragam Islam telah memuat naik rakaman panggilan beliau yang kononnya berada di luar negara dengan sebuah sekolah di Malaysia. Perbualan tersebut dirakamkan secara rahsia kemudian disebarkan. Menurut pemanggil tersebut, beliau sangat tidak berpuas hati kerana banyak sekolah-sekolah di Malaysia telah melakukan ibadah qurban pada 2 hari berikutnya iaitu 11 dan 12 Zulhijah. Menurut pemanggil, perkara tersebut (penyembelihan) tidak patut ditunjukkan kepada kanak-kanak kerana ia akan merubah persepsi kanak-kanak tersebut. Allahu Akhbar, tergamam saya mendengar rakaman tersebut.
Saya sempat bertanya kepada kawan saya yang beragama Hindu, dan juga vegetarian. Menurutnya, dia tiada masalah dengan penyembelihan tersebut kerana kita melakukan hal yang betul dan dia sendiri tahu untuk apa penyembelihan seperti itu (di potong di bahagian halkum) dari segi sains.
Masih berdosakah saya?

18 comments:
Org yg agp sharing pic ibadah korban tuh satu kslahan org yg berfikiran cetek dlm agama...xde slh nk share kan..skurg2nya jd motivasi kpd yg lain utk lakukan ibadah korban..sy sokong awk CiM
kak pun baru tau CM. kak pun ada share cerita. ada upload gambar dalam blog.bukan niat nak menunjuk, bukan niat nak riak..semoga Allah mengampuni saya jika timbul perasaan itu
terpulang pd niat seseorang..kan kalau dgn syer gambar..niatnya baik...maka baiklah...kalau sebaliknya....
salam. nyinggah & follow
Nawaitu itu penting...
pada yg mgkin tak sggup tgk gambar2 tu, jgn tgk...jd tak perlu jadi isukan benda2 mcm ni...
pada pandangan aiza jika kita bukan berniat untuk riak, tidak ada salahnya.. lagipun di dalam penulisan dan perkongsian kita tiada pun kita menyebut dengan jelas bahawa binatang yang kita sembelih itu ada kaitan dengan kaum tertentu.. contohnya isu berkaitan daging babi tu memang dia menyebut perkataan selamat berbuka puasa yang jelas ditujukan kepada umat islam..
Saya rasa tak salah berkongsi cerita, yang salah kalau diiringi dengan niat riak dan menunjuk-nunjuk, itu sahaja...
biaselah tu kak..setiap org ada pendapat dia sendiri..yg penting niat kite kan.. :)
rasanya terpulang pada niat sendiri kan.tujuan just nak berkongsi tak salah rasanya.
kdg2 bagi semangat tuk org yg tak korban ni rasa nak kerja rajin2 agar blh buat ibadah korban tu tahun depan.hehe..
hmm...camne nak komen eh? sbb deqla mmg x sanggup tgk binatang kena korban ni kak.. seriau.. so, pada deqla mmg x patot la kot.. haha...tp rasanya lebih kpd niat akak sebnrnya.. bkn tujuan nak menunjuk2 pun..
emmm.... betullah
Tak pernah terfikir yg ibadah qurban boleh menyentuh sensitiviti kaum lain....
Tak pelah janji niat kita baik dan ikhlas kerana Allah
Allah lebih maha mengetahui...
jji nawaitu tu kita tu CIM..hanya Allah yg tahu..
kalau share kat FB tu bukannya menunjuk nunjuk. bergantung pada niat. itu adalah sebagai memberi kesedaran kepada yang lain agar sama sama melakukan ibadah Qurban di masa akan datang.
Islam mengajar kita agar mewar warkan qurban. ( penyembilahan) kita perlu lihat lembu tersebut. dan ianya adalah sunat.
kita hanya melakukan qurban untuk kita. dan tak de pun mengajak agama lain untuk makan atau memberikannya kepada agama lain.
memang salah bila bulan ramadhan wat offer utk org islam minum arak. siap ada gambar masjid lagi tu. itu memang jelas menghina.
Qurban ni, kita buat benda yg di suruh islam. Tapi offer minuman keras di bulan ramadhan tu agama cina tu suruh ke?
yg penting berbalik pada niat kita itu !
Allah itu Maha Mengetahui..
sentiasa kita bersangka baik..
Teruskan usaha awak ini...
Dakwah itu, pelbagai bentuknya..dan di zaman IT, thru FB, instagram, blog, etc...Dan macam biasa, bila kita berdakwah,pasti ada cabarannya...Sabar hadapi cabaran sedemikian :) Keep up the good work!
mungkin sesetengah orang akan salah anggap niat kita berkongsi kan..
mengarut ja diorang nih!!
Post a Comment