Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ilmu ini saya ceduk dari Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, untuk dikongsikan bersama.
Berlapang dada merupakan salah satu ciri-ciri orang cemerlang. Berlapang dada mudah dikatakan tetapi sukar untuk diamalkan. Bukan mudah untuk berlapang dada apabila orang menfitnah, mengutuk, mengeji, mencerca, mengkritik dan mengaibkan kita. Namun kalau kita mampu hadapi semua itu dengan hati yang tenang dan ingat Allah maka ganjaran Allah sangatlah besar di akhirat nanti. Hal yang paling penting dalam sesebuah perdahabatan adalah BERLAPANG DADA
Satu perkara yang kita mesti terima ialah walau bagaimana baik dan mesra pun kita di luar sana, tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati. Itulah realiti kehidupan yang perlu diakui. Kadang kala, kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah juga diulang sebut berkali-kali. Apa yang boleh kita lakukan? Mahu dimarah dan ditegur pun tidak bermakna sebab kalau orang sudah tanam dalam fikirannya yang kita ini tidak bagus, tidak elok dan tidak baik maka semuanya dilihat sebagai cacat belaka. Oleh itu tidak perlulah kita fikirkan sangat pasal orang lain. Lebih baik kita fokus kepada diri kita sendiri dan sahabat-sahabat yang benar-benar memahami.
Apakah yang boleh dilakukan bagi berhadapan dengan situasi sebegini? Salah satu senjatanya ialah berlapang dada
Berikut adalah beberapa tip untuk kita menanam dan memupuk sifat berlapang dada:
1) Tiada yang kebetulan
Ingatlah setiap apa yang berlaku dalam hidup ini tiada yang kebetulan. Semuanya berlaku dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah disebalik musibah itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita; atau meningkatkan darjat kita; atau bagi menyucikan diri kita dari dosa-dosa; atau menambah kebaikan atas diri kita. Apabila kita yakin semua perkara baik dan buruk itu datangnya dari Allah dengan tujuannya yang tertentu maka hati akan merasa tenang.
2) Kekal Fokus
Usah sekali-kali memikirkan segala bentuk fitnah, umpatan dan cercaan sehingga fokus kita pada matlamat, tugas dan tanggung jawab tersasar. Tanya diri sama ada kita ini berjiwa besar atau berjiwa kecil. Kalau kita berjiwa besar maka lihatlah kapal besar yang berlayar di lautan tidak terjejas haluannya jika dipukul ombak-ombak kecil. Sebaliknya bot dan perahu kecil mungkin berpatah balik atau karam dengan pukulan ombak-ombak kecil ini. Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti seperti biasa dan biarlah suara-suara kerdil itu tenggelam ditelan masa. Sebab kalau kita sibuk melayan kerenah manusia maka kita sibukkan diri kita bagi perkara yang tidak membawa hasil Lebih baik kita salurkan tenaga, fokus dan masa kita kepada sesuatu yang pasti menjadikan kita lebih cemerlang di kemudian hari nanti.
3) Selidik siapa yang berkata-kata itu
Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab irihati, cemburu dan sakit hati. Oleh itu usah tepis semua kritikan. Cuba buat penilaian terlebih dahulu. Kalau kritikan itu dilontarkan dari orang yang bersembunyi di sebalik identiti palsu, meski pun bernas, namun tujuannya boleh dipertikaikan. Oleh itu, lupakan sahaja. Sebaliknya apabila kritikan itu datangnya dari seseorang yang arif dalam bidang kita, profesional, berilmu dan ada kredibiliti maka berlapang dadalah dan terima kritikan tersebut bagi memperbaiki dan meningkatkan diri. Sebab sebagai manusia kita pasti punya kelemahan dan kekurangan serta sentiasa ada ruang bagi kita menjadi orang yang lebih baik.
4) Bersyukurlah
Langkah terbaik untuk memiliki sifat berlapang dada ialah bersyukur. Sebab orang tidak akan cemburu, menfitnah, mengganggu urusan kita kalau kita tidak punya apa-apa kelebihan dan kejayaan. Orang hanya sedar akan kehadiran kita apabila kita mula menonjol. Kalau kita sekadar orang biasa-biasa dan punya apa-apa maka tiada sesiapa pun yang peduli dan ambil pusing. Ini bermakna anda berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya. Terus tabah, sabar dan istiqamah. Insya Allah satu hari walau ditolak sekali pun anda tidak mampu ditumbangkan lagi. Bersyukurlah.
5) Senyumlah
Apa lagi yang mampu kita lakukan selain senyum. Senyumlah sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka kita itu sebab mereka belum kenal kita. Teruslah menguntum senyum, memberi salam dan berbuat baik. Lama kelamaan mereka juga akan malu pada diri sendiri. Malah mungkin satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita. Ketika itu peluang terbuka luas bagi kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini. Bantu dan tolonglah mereka dengan senyuman serta keikhlasan.
6) Maafkan semua orang dan doakan mereka
Ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa. Walau orang lontarkan najis dan sampah, doakanlah mereka kebaikan. Maafkan mereka dan rasa sendiri bagaimana Allah akan campakkan nikmat iman dan ketenangan jiwa yang cukup hebat ke dalam hati kita.
Untuk sahabat-sahabat saya yang sama-sama teraniaya dan merasa dirinya dianiaya, percayalah.... Allah Itu Maha Tahu dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Biarkan apa orang nak kata tentang kita, asalkan kita tak pernah buat sesuatu yang buruk kepada mereka. Dan kita tahu setiap batasan kita, pergaulan kita, susila kita, dan kita tahu arah tuju kita. Yang penting kita kena tetap bersatu dengan dibantu oleh Kuasa Allah s.w.t.
Bukan mudah untuk mengekalkan sebuah persahabatan.
♥♥ Sahabat saya Lina Mazura telah selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Jumaat yang mulia, bersamaan 20 Zulhijjah 1434 (25 Oktober 2013)

9 comments:
TQ berkongsi ilmu...
Tahniah buat sahabat awak tu
betul kan ttg maafkan org dan doakan mereka..mesti rasa tenang
masa awal2 mungkin susah kot.. lama2 sikit ok la dah boleh nak berlapang dada.. ;)
setuju.. x mudah utk puaskan hati semua pihak.. in shaa Allah, moga kita sentiasa berlapang dada utk menerima segala bentuk ujian.. tahniah buat shbt akak tu.. bestnye dpt baby. ;)
hai Cim...lama x kesini....sentiasa berlapang dada dan ikhlas kan...tq for the sharing..
Maafkan semua orang. Itu yg Solehah sll lakukan kerana Solehah jenis pemaaf. Solehah xsuka berbalah dengan sesiapa pun kerana hanya akan bawa sia2 saje
terima kasih atas perkongsian... nice entry...
terima dgn hati terbuka..redha dgn ketentuan Nya..in shaa Allah..lapang lah dada..
memaafkan - pkara yg boleh nak dikatakan nampak mudah, tapi nak ikhlaskan diri tu, sebenarnya susah....
Post a Comment