04 October, 2013

Zulkaedah - Zulhijjah 1434H

Assalamualaikum
Tarikh-tarikh penting untuk muslimin dan muslimat :

Hari ini Jumaat 4 Oktober 2013 = 28 Zulkaedah 1434H.

Esok sewaktu Maghrib 5 Oktober 2013 Sabtu mlm Ahad = 1 Zulhijjah 1434H

Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Isnin 14 Oktober 2013 = Hari Arafah 9 Zulhijjah 1434H. Jom kita puasa ramai-ramai.

Ini dsunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."
(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmizi)

Takbir raya Aidil Adha boleh dialunkan selepas waktu Subuh hari ke 9 Zulhijjah 1434H (14 Oktober 2013) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah 1434H (18 Oktober 2013) iaitu apabila masuk waktu Magrib pada 14 Zulhijjah 1434H.

Selasa 15 Oktober 2013 = 10 Zulhijjah bersamaan Hari Raya Aidil Adha.

Solat Sunat Hari Raya. Walaubagaimanapun, wanita-wanita yang berada dalam keadaan uzur atau haid dibolehkan untuk turut serta ke masjid dan surau, tetapi bukan untuk bersolat sunat Aidil Adha, hanya untuk sama-sama menyaksikan Solat Sunat Aidil Adha sambil bibir memuji-muji Rasulullah s.a.w dan mengagung-agungkan Allah Yang Maha Besar.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.”
(HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di masjid-masjid hanya untuk menyaksikan solat Hari Raya tersebut.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,

فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Rasulullah s.a.w.) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

Insya Allah....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

Kekzamanis said...

Betapa tak amik taunya tarikh2 penting ni, ni baru tau raya haji 15hb10 ni.. Huhu.. Thanks CIM kerana mengingatkan..
ZON PERMAISURI CHOMEL

9n0L4 said...

good sharing. baru je bace kat whatsapp tadi. hee.

gadisBunga™ said...

thanks for sharing... :)

Unknown said...

salam cim..ni intan (blog cik intan berlian)..
sy ada buat blog bisnes kibas ..usaha sama dengan anak saudara...

kalau sudi singgah lah ke blog kita ya..

Miss N™ said...

insyaAllah..tak lama lagi je kita akan menyambut hari raya aidiladha...

terima kaseh kak sudi share, byk ilmu yg nur dapat n baru tahu.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tq sharing cim...dh xlama nak raya haji

Unknown said...

dari x tahu jadi tahu bila baca entri akak nih.. thanks sharing kak.. selamat hari raya korban.. ;)

Masha Meisters said...

thank you sharing this kak cim :-)

dya nasir said...

Thanks for sharing.. :)

Liyana Anuar said...

baru tau..good info ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...