15 March, 2013

TERGESA-GESA MENUNAIKAN SOLAT



Aduh....tak boleh tergesa-gesa menunaikan solat. Macam mana nak cakap yea... kami sering tergesa-gesa menunaikan solat setiap masuknya waktu Maghrib kerana mahu bergegas untuk ke Kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami...

Jom tengok ni;



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|



Kadangkala, waktu Maghrib masuk seawal 7.15 ptg. Sekiranya waktu Maghrib sekitar waktu ini, kami tidaklah tergesa-gesa. Tapi adakala ketikanya, Maghrib masuk pada jam 7.30ptg. Kami terpaksa cepat sebab perlu menunaikan solat Maghrib terdahulu di rumah Agam dan kena cepat-cepat bersiap kerana kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah agam. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas dan bermacam kerenah pemandu di sepanjang perjalanan, kami tak mahu sampai lewat.

Kalaulah kami bertolak dari rumah agam sebelum waktu Maghrib, alamatnya kami akan terlepas solat maghrib dan mungkin juga menunaikan Maghrib dihujung waktu.

Ya-Allah, Engkau Maha Mengetahui...adakah kami mengejar dunia???




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 comments:

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat yang indah

kayyana said...

takpelah... kte menunaikanlah solat terlebih dahulu.. insya Allah, Allah sentiasa bantu hambaNya yang ikhlas beribadat.

nadia said...

semoga Dia permudahkan segala kesukaran kita :)

Farah Waheda Wahid said...

semoga dipermudahkan... kadang2 keadaan yang buatkan kita tersepit...

Nafira usof said...

InsyaAllah~ Allah tahu niat kita kan~

intanfirdaus247 said...

Allah tahu niat kita ..in Shaa Allah...

Deqla manjew said...

hurm.. deqla tergesa2 jugak time pagi.. sbb time tu la nk siap2 pegi keje.. 6.20 dah nk kuar umah...huhuhu...

Solehah Shamsuddin said...

ermm xleh nk wtpe kak. mmg sll xleh dielakkan

Mrs Velentine said...

kalau maghrib mmg selalu terlepas kalau melengahkan...sebab waktunya pendek

Chic Na said...

Ya Allah.. selalu time zohor yg tergesa2. dok ingat tinggal test yg tgh run.

Cik Nur™ said...

lepas ni kena slow2kan...
jgn gesa2....

terima kaseh atas peringatan...

nea lopah said...

Insyaallah..Allah permudahkan segalanya.

Cik Aini said...

huhu ai pun selalu sis..
kalo kat tmp kj selalu tegesa2..adoii sdg berubah ke arah yg lebih diredhai Allah.amin

Yana Libra said...

hanya Allah yang tahu apa dalam hati kite~ :)

TiranaAduka said...

cuba sebaik yg mungkin ..

Arina Shamsul said...

sya tak dapat tengok video ke gambar tu dear..klik2 tak dapat..hitam je..uwaaaaa..

wan nurul hezrina abd halim said...

selalu tergesa2 solat bila anak kecil datang n perlukan perhatian.huhu

9n0L4 said...

tu lah hikmahnye Allah suh solat awal waktu kan kak. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

lepas ni nk cuba elak solat dalam keadaan tergesa-gesa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget