24 October, 2012

Doa Mustajab di Hari Arafah

Tarikh 9 Zulhijjah dipanggil sebagai Hari Arafah kerana pada 9 Zulhijjah umat Islam yang menunaikan haji akan melakukan wukuf di Padang Arafah. Maknanya, tahun ini Hari Arafah akan jatuh pada hari Khamis (25-Oktober-2012). Wukuf adalah rukun Haji yang ke-2 walaubagaimanapun Wukuf adalah rukun haji yang tama daripada yang lain-lainnya.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Digalakan berdoa pada Hari Arafah.
Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi saw. bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)


---------------------------------------------

Jadi, menjadi peringatan kepada saya dan yang lain, kita digalakkan berpuasa seelok-eloknya tiga hari sehingga sampainya hari Arafah. Maknanya, sejak 23 hingga 25 Oktober kita digalakkan berpuasa. Entry ini mungkin telah terewat sedikit, tapi apa salahnya bagi yang terbuka hati untuk bersama-sama menikmati kebikmatan dan keberkatan Hari Arafah, bolehlah kita sama-sama berpuasa dua hari bermula hari esok sehingga lusa kerana Hari Jumaat kita diharamkan berpuasa kerana hari itu adaah Hari Kebesaran sambutan Aidi Adha.

Kepada sahabat-sahabat ku sekelian, ingin saya berkongsi sedikit info yang sangat berguna. Di Hari Arafah, berjuta-juta umat Islam yang mengerjakan Haji akan berkumpul di Padang Arafah. Dan dikala itulah, kita yang berada di bumi lain selain dari Tanah Haram, digalakkan MENGHENTIKAN SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI DUNIAWI yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kemaksiatan termasuklah, berFB, berTweeter, berBlogging, bermain Game, menonton televisyen dan sebagainya. Berjagalah kamu sehingga sepertiga malam, bermunajatlah, berzikirlah, bertafakkurlah kita menghadap Ilahi dengan sama-sama memanjatkan Doa kerana disaat itulah langit Allah s.w.t terbuka dengan luasnya menerima semua Doa bukan sahaja dari Makkatulmukarramah. Saya sangat berbesar hati untuk menyarankan agar kawan-kawan bersiaran langsung bersama-sama dengan jutaan umat Islam di Padang Arafah. Saya percaya, akan ada beberapa siaran televisyen yang akan menyiarkan aktiviti Berwukuf secara langsung untuk tatapan kita.

Marilah kita sama-sama ber Doa;




Padang Arafah yang dibanjiri umat Islam

Gambar Padang Arafah yang yang diambil dari udara.


Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk kedua Ibu Bapaku serta saudara-saudara ku yang lain sehingga tibanya Hari Arafah dan seterusnya melengkapkan Haji mereka dengan mendapat Haji yang Mabrur.

Amin......








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 comments:

Chic Na said...

Ameen..

la tak tau pun kak pasal puasa tu. tinggal esok sehari je lg.

Deqla manjew said...

perkongsian yg bagus.. thanks kak..

are_lin@yu said...

tq akak untuk perkongsian ni.tmbh ilmu ayu ;-)

Mrs Velentine said...

tq utk entry yg penuh ilmu ni

lelamaisara said...

amin....insyaalllah...Baru tau pasal puasa tu kak...tinggal sehari sok aje...

izan mama mia said...

tq share

Cik Nur said...

Amin..!

Nur pun baru tahu pasal puasa bila baca entry ni..

terima kaseh sudi berkongsi kak CiM.. :)

Deq's Qienz said...

Sy trigin nk kesana..akak puasa ya. Slmt bpuasa n berbuka nanti ya.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Alhamdulillah...
tq for sharing..cma rugi sbb x dpt puasa utk bulan ni..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tambah ilmu lagi, thanks kak :)

Kakzakie said...

Kakak dah menikmati berada di padang arafah CM. Betapa waktu itu kami semuanya sama tak kira pangkat dan kedudukan. Malam kami sebelum bertolak ke Muzdalifah adalah malam yg indah utk dikenang...

Esok adalah harinya di sana amat meriah dgn umat Muhammad menadah tangan merapak sembah memohon ampun/doa /bertasbih/zikir dah bermunajad yg terbaik... Allah rindunya kakak dgn detik itu lagi.

Daddy Ziyyad said...

Insya Allah..marilah kita sama sama berpuasa..Salam Aidiladha

kinara kinatara said...

stuju kak..huhu..amin kina juga doakan begitu...bilalah di berikan kesempatan ke sana dan menghantar ibu bapa ke sana:)

TiranaAduka said...

salam cm.(cinta mesteri)

Info yg bgus dpt dikogsikan bersama.keep it up.

Arina Shamsul said...

INFO YANG SANGAT BAIK DEAR..

tetiba lak sebak lepas baca entri ni..tak tahu kenapa..huhuhu.

dya bunga said...

dya sempat puasa sehari je..huhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice sharaing kak.....hari ni wani pun puasa :)

LYAfrina said...

amin.
tq for sharing..

dan

salam aidiladha

Anonymous said...

Love your blog, in fact arrived by checking yahoo and google for a comparable issue to this post. Which means this might be a late post nevertheless keep up the great work.

9n0L4 said...

moge dipermudah segala dan diperkenan segala doa doa di sana. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom kongsikan