Saya bangga kerana dilahirkan dalam keluarga Islam
Saya bangga kerana tinggal dalam Negara Islam
Saya bangga dikelilingi oleh orang-orang Islam
Saya mahu hidup sebagai Islam yang sebenar
Saya mahu mati dalam keadaan Islam yang benar
tapi....
Pernahkah saya mengajak rakan-rakan saya yang bukan Islam memeluk Islam?
Pernahkah saya mengajar orang bukan islam yang saya kenal mengenai Islam?
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, ia tidak akan diterima daripadanya,dan di akhirat dia akan menjadi salah satu dari orang-orang yang rugi."
(surah Ali Imran : 85)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"
(surah al-Nahl : 125)
Firman Allah swt yang bermaksud :
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."
(Surah Fussilat : 33)
0 comments:
Post a Comment