Dengan menggunakan smart phone anda yang mahal tu;
Berapa jamkah anda melayari laman sosial dalam sehari?
Berapa banyak video yang anda muat turun dalam sehari?
Gambar berunsur apakah yang anda ambil setiap hari?
Dengan menggunakan smart phone anda yang mahal tu;
Berapa kalikah anda menelefon ibu atau ayah anda dalam seminggu?
Berapa keping gambar ibu dan ayah anda yang di simpan?
Bagaimanakah anda memanfaatkan telefon anda ke arah kebaikan?
Saya nak berkongsi satu cerita...cerita kasih ibu dan anak yang dipisahkan beribu batu.
Suatu hari seorang ibu terasa sangat rindu pada anaknya lalu menghubungi si anak yang jauh di negeri orang. Tetapi malangnya, panggilan pertama tidak dijawab. Ibu tidak berputus asa dan menghubungi lagi setiap kali dia teringatkan anaknya. Tetapi malangnya, dia masih tidak dapat bercakap dengan si anak.
Di suatu ketika telefon si anak di angkat oleh seorang rakan. Pada mulanya ibu sangkakan itu adalah anaknya dan terus menanyakan dengan soalan bertubi-tubi ke mana anaknya telah pergi sehingga tidak mengangkat telefon malah tidak pula menghubungi kembali. Tiba-tiba suara di corong telefon mengatakan...
"Dia tidak ada makcik, sedang lakukan pekerjaan diluar. Nanti kalau dia balik, saya suruh dia telefon makcik semula. Assalammualaikum....."
Ibu sangat hampa, kerinduan semakin menebal. Di rumah, ibu asyik membebel bertanya-tanya sendiri ke mana anaknya telah pergi. Kerisauan semakin minghimpit dada. Di luahkan kepada sang bapa, dan kerana sifat bapa yang sangat mempercayai anaknya, sang bapa hanya mendiamkan diri sahaja. Tetapi entahlah apa agaknya yang bersarang dikepalanya. Mungkin ada benarnya apa yang isterinya katakan. Kemana menghilangnya anak mereka, adakah masih dalam keadaan selamat dan dilindungi Ya Rabb????? Wallahualam....
Seminggu lamanya ibu melakukan percubaan untuk menghubungi si anak yang berada di perantauan. Dan akhirnya........suatu hari telefon berbunyi......
"Assalammualaikum mak, adik ni"
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛ
ΛΛΛ
Λ Λ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛ
Λ ΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛΛ
ΛΛΛΛ
ΛΛΛ
ΛΛ
Ibu yang sedang menggenggam gagang telefon hanya diam seribu bahasa. Di genggamnya gagang telefon erat-erat tak mahu dilepaskan, kerana akhirnya dapat juga dia mendengar suara si anak yang sudah sekian lama dirindui. Tetapi, tidak berapa pasti kenapakah ibu hanya diam sedangkan suara itulah yang diidam-idamkan, suara itulah yang dimimpikan saban malam, suara itulah ........
Lamunan ibu terhenti setelah tersedar dari awang-awangan. Entah perasaan apakah yang sedang bersarang di benak hati ibu di kala itu. Hanya dia sahaja yang tahu. Mungkin marah kerana si anak tidak menghubunginya, dan mungkin juga sebak kerana anak yang di sayangi kini sudah terbukti dalam keadaan selamat.
Susah sangatkah mendail nombor telefon orang-orang yang anda sayangi?
Susah sangatkah menjawap pangilan orang-orang yang menyayagi anda?
Dengan kecanggihan telefon mudah alih, mustahil anda akan terlepas panggilan orag-orang yang di sayangi kerana telefon anda akan sentiasa bersama dengan anda setiap masa.
Jadi.....anda nilaikanlah smart phone anda sekarang ini. Kalau kini ianya berharga beribu-ribu ringgit, tapi bila anda terlepas satu pangilan yang merupakan panggilan terakhir dari seorang yang bermakna dalam hidup ada, smart phone itu akan menjadi satu barang yang tidak bernilai lagi.....
Fikirkanlah......
5 comments:
hmm. sedih.. handphone canggih tapi lupa pada mak kita yang lebih bernilai...
Syahiroo;
Langkah selanjutnya ambil hp & call mak kamu sekarang. hehehehe
yang pasti orang itu bukan i...huhu tapi sebaliknya call mak ngan ayah slalu tak angkat. alasan yang diberi tak dengar phone duk dalam cabinet. hehehe...
tkpa...at least u berusaha utk call, so gadget u tu bernilailah jugak....huhuhuhuhu
anak2 mmg salu tk pernah paham @ wat2 tk paham ttg prasan mak dn ayah....tp ..bila dah jd ibu dn ayah esok br dia sedar...ooo begini rupanye prasaan mak dn ayah dulu..ape2 pn trima kasih kpd CINTA ITU MISTERI krn sedikit sbyk tlh beri kesedaran pd insan yg bergelar anak....
Post a Comment