07 January, 2012

Kenapa KASUT ni dua-dua belah kanan?

Ingat tak erk entry saya yg pasal movie berasap tue....Hari ni saya nak cerita pasal sesuatu yg telah berlaku sebelum movie bermula dan....selepas beberapa hari kemudian. Ingat jugak tak entry saya beberapa hari lepas pasal budak2 nak naik sekolah. Kalau ada yg tak perasan, cuba tengok jap dan peratikan gambar dalam entry tue betul2.

Sebelum kitorang gi tengok movie berasap tue, kitorg gi beli pakaian sekolah kat Bajrai, then sambung kat Carrefour beli kasut dengan peralatan sekolah yang lain. Bila dah masuk satu bangunan yang terdapatnya sebuah cinema kat dalamnya, sudah pasti tak akan ada diantara kami yang akan lepaskan peluang. Maka pengundian dibuat...nak tengok citer apa? Antara cerita yang menjadi sebutan;
  1. Alvin & the Chipmunk 3
  2. MI2 - Ghost Protocol
  3. Songlap
  4. Suatu Malam Kubur Berasap
  5. Sherlock Holmes
tapi...taktaulah kenapa no.4 tu plak yang mendapat undian tertinggi....hurmmmmm.....No komen.

Beberapa hari kemudian, kitorang balik rumah masing2. Along & family pulang ke KL dan kami pulang ke JB. Pada malam nak naik sekolah tue, Danish punyalah bagus kapur kasut & ikat kemas sepasang kasut dia yang dia nak pakai pagi tue. Sebelum saya masuk tidur, saya check semua keperluan yang Danish dah siapkan dan dah dikumpul dekat dengan pintu, sama dengan keperluan adiknya skali, Aqil. Bagus anak mama...Tapi...biasalah naluri seorang ibu akan tersentap bila ada sesuatu yang tak kena berlaku.

Guess what? Arghhhhh!!!!!!!!!!!!! I don't believe it, 
KENAPA KASUT NI DUA-DUA BELAH KANAN

Maka bermulalah berbagai2 idea malam tue bagai mana nak dapatkan kasut yang tertukar.
  • Tak mungkin nak balik BP untuk tukar kat Carrefour semula. Check resit, returnable within 7 days. Ada peluang nie, tapi...bila nak balik?
  • Pergi tukar secara rahsia kat Carrefour Jalan Tebrau, JB. "Secara Rahsia" adakah itu satu kesalaan? Hurmm...sapa yang buat salah dulu? Tapi lepas tak nanti erkkk?
  • Lastly kalau tak boleh...beli jer kasut sepasang, lepas tue datang semula beberapa jam kemudian katakan yang salesgirl dia dah bagi pasangan kasut yang salah. So, minta tukar....

Rasanya mana yang brilliant?

Naktau apa kami buat sebenarnya.....

Kebetulan Carrefour yang kami pergi tue tak ramai orang. Sumer orang sibuk mengantar anak sekolah, salesgirls pun tak menyebuk sangat melayan pelanggan. Maka kami....telah dapatkan dua kotak kasut bersaiz 3 dan tukarkan kasut tersebut. 

Kami ambil 1 kotak kasut dengan kedua-dua belah kasut adalah untuk kaki kiri. 
 


Hwahhwahwahwa.....jahatnya! Maafkan kami Carrefour. Kalau nak pasangan kasut yang sebenar, pergilah cari kat Carrefour Batu pahat.


Sekian terima kasih...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 comments:

Liza Ismail said...

hahaha ade ke malam nak skolah baru nak check

kalau aleeya tu confirm bali shopping mesti die try lagi skali

Rizie Ahmad said...

teladan yg tak elok ni...hehe

Monaliza Ahmad said...

bdk lelaki ngan bdk pompuan lain prangainye....anak along kn sepasang....yg lelaki tu beli ape pn tk pernah nk try....yg pompuan tu mmg dia akan try smbil berangan......haha

RIZZNA said...

Btul tu along. Lagi la danish tu, masuk ni dh thn ke-5 dia ke sekolah.

Rizie, nilah namanya otak kretif walaupun kena buat skit jenayah.

Ariana Aris said...

niena!!!!!! kau tak pakaikan kat budak ke masa beli tu!!!!????? main sambar je ker????? ish...ish.... kalau akak, dah pi beli yang lain. tak sampai ati..... kau memang brutal tahap gaban la....

RIZZNA said...

hahahaha....Sis Rozi, bukan tak pakaikan...pakaikanlah masa nak test size tue. Tapi masa test kan sebelah jewr. Budak lelaki nie, dia rasa ngam, haa OK trus tumb-up. Then pilih kasut lagi satu plak. Salesgirl tue gi lah amik yg baru, size 3 yg dia pakai sebelah ok.

Brutal tak brutal laaa, yg untung nya danish, ada 3 pasang kasut. Tambah sepasang lagi yg beli thn lepas yg masih leh guna lagi.

RIZZNA said...

Suspen giler masa nak bayar kat counter, takut cashier bukak kotak.

"ehhh kak, kasut ni dua2 belah kiri lah.." jengjengjeng....

Tu pasal lah kasi cashier tu sebok skit, kitorg beli brg dapur jugak. Miahahahahaha.....

syahirooAhmad said...

HAhaha... maafmu tidak diterima.. - kaki report carefor.

hanaahmad said...

haha. ini sangat bernas.

ajak said...

asalam ...salam kenal ... saya new bie ...saya dah follower awakk ..sudilah kiranyerr manjadik follower saya plakk ..minta tunjuk ajar ..tq.

ajak said...

asalam ...thank 4 lawat blog saya dan dah jadik follower ...tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...