Malam tadi adalah malam terakhir Daniel Guiza & Del Nero beraksi di padang keramat Stadium Larkin, Johor Bahru. Saya tak lepaskan peluang untuk menyaksiksn aksi terakhir mereka berdua walaupun tanpa sebarang jaringan dari mereka. JDT juga kalah 2-1 dengan pasukan Selangor. Walapun kalah, kami tetap bersamamu.
Tanda sokongan kami pada Tengku Mahkota Johor juga tidak berbelah bagi dan percaya baginda dapat membawa skuad bola sepak Johor jauh kedepan. Baginda pastinya tahu siapa pemain yang tepat dapat menggantikan posisi Guiza & Del Nero.
Owh ya.... Saya mungkin akan bercuti untuk beberapa hari berblogging dan mungkin akan kurang berlegar-legar dilaman teman-teman disebabkan saya akan menduduki peperiksaan pada minggu depan sehingga Khamis. Kemudian bermula Jumaat saya sudah menyebokkan diri dengan program sekolah yang dianjurkan oleh Alumni Sdary sehingga hari ahad. Bagi sesiapa yng drada berdekatan dengan Tampoi, Johor, silalah beramai-ramai memeriahkan majlis. Ada banyak program yang berlangsung selama 4 hari di Sdary. Bagisesiapa yang nak datang tu, tanya jer encik gugel di mana Sdary berada.
Owhhh yaaa, kalau sudi, meh laa ke laman sahabat-sahabat saya Si Jemah-Jemah tue. Mereka semua sahabat-sahast saya, kami berkawan sejak dia bangku sekolah lagi. Saya pernah kata pada mereka yang saya ada kawan-kawan yang sangat baik di laman maya ni. Mereka jadi iri hati dan tak percaya bila saya katakan, kawan-kawan maya ni lebih jujur dan ikhlas. Walaupun kita tak pernah bersua, tapi persahabatan di sini kukuh. Disebaban kenyataan saya itu, mereka jadi iri hati dan nak juga wujudkn blog. Hahahaha....rasanya macam nak mencabar persahaatan kita di sini. Iyealaaa kan, mana diorang tak marah, kami yang berkawan berpuluh-puluh tahun dicabar dengan persahabatan maya yang singkat, tak pernah bersua lagi.
Jadi....kalau you all ak berkenalan dengan sahabat-sahabat saya, disamping mengikuti perkembangan aktiviti kami, jom lah ke blog mereka....heehe... ada 1 blog jer, kongsi 7 orang.
BLOG FRIENDSHIP FOR EVER: JEMAH MENJEMAH
26 comments:
Kalah menang adat pertandingan, yg penting semangat... :)
Semoga berjaya dalam exam kak... :)
satu blog kongsi 7 orang..? wahh..mmg hebatlah..jap Nur nak terjah. :)
kite teringin nk tgk bola kt stadium..
tapi xde sapa nak bawak.. :(
xpernah msuk stadium tgk bola...
**cim..lya dh trima kek cute tu..bru dpt td,, sbb reseptionist tu lupa nk bg lya..dr minggu lps lg.. sbb bru2 ni lya sibuk, td,.bru dia tringat n bg kat lya.. tqsm ya...
teringin nak tgk bola live. kelantan lak menang tapi menang tipis jea la.huhu
akak tak jalan bola tapi majulah sukan untuk negara..hehe
persahabatan dalam blog memang best sebab kawan2 pun dengan famili masing2 sekarang ni so kawn blog aje lah kawan akak
nanti akak jenguk blog 7 orang tu..suruh lah buat sorang satu blog :)
amboi minat juga yewr & gd luck
Semangat ni gi tengok bola...
CM minat bola ker..hehe
pergghhh semangat betoi la akak kite sorang ni..haha..xpela.. harini kalah, esok lusa tulat menang pulak... ;)
eh kak. baju kite same la. hehe.
done follow dear :)
okla tu menang tipis je. hihi.. study smart kak.
bestnya 1 blog share 7 org. :)
good luck kak tuk exam nnti.. :)
good luck kak tuk exam nnti.. :)
bestnyaaaa kak cim dapat tengok bola dekat stadiummmmmmmmmmmmmm
salam cm
Terima kasih sudi kogsikan info di sini
xpe kak kena usaha untuk pusingan kedua suku akhir lagi
heehhee bola time :)
7 org kongsi sis..maknanya share lah ek..suma org boleh update.hoho meriah lah ek..in shaa Allah..nti ai terjah :)
wah untung akak dapat masuk stadium bola :)
beznye..
sis CIM ni memang peminat bola..hehe
Salam, Terima kasih berkunjung ke Relaks Minda...Kehadiran anda amat saya hargai.
p/s: Ada banyak lagi kreativiti kitar semula yg boleh di jadikan contoh...lihat di bawah label creative dgn tajuk kreativiti kitar semula. Semoga anda berjaya!
laaa, kak cim orang johor keee. kalau tau ktorang singgah jumpa kak cim hari tu :P
semangat cim pi tgk kat stadium kan..
wah cim semangat dia...
wahh jom trun stadium sni plk.hihi
lama betol tak menonton kat stadium.. terkenang masa kecik2 mmg almost everyday ke stadium ikut arwah bapak.. dia pernah jd pemain/coach/manager... (^_^)
Post a Comment