20 April, 2013

Ayah Dah Sihat

Alhamdulillah....... Ayahnda saya dah semakin sihat selepas kemalangan seminggu yang lalu.

Banyak perkara yang perlu diselesaikan selepas kemalangan, lagilah waktu itu kami sedang sebok menguruskan majlis alumni di sekolah, tambah-tambh lagi kekanda saya ada membuka gerai berniaga. Nak ditinggalkan begitu sahaja tak boleh juga, saya dengan program yang saya uruskan, kalau saya tak ada kucar kacirlah program kami sebab kami bertujuh (Jemah) memang bergantung harap antara satu sama lain. Kalau kekanda saya membiarkan sahaja gerai jualannya......hurmmmm....sewa dah bayar, kos barang-barang, kos pengangkutan dari KL ke JB. Semuanya perlu diambil kira.

Maaflah kalau kami terlampau memikirkan keuntungan dan nama baik dari kesihatan ayahnda sendiri, tapi disebabkan keadaan ayahnda tak berapa serius, serta atas persetujuan ayahnda sendiri dan bonda, mereka memahami keadaan kami. Bonda menjaga ayahnda di hospital dan kami akan menghantar segala keperluan mereka berdua setiap pagi. Walaubagaimanapun, setiap hari selepas tamat program, kami akan berkampung di lobi hospital.  Dan bila ada kelapangan diwaktu saya dan kekanda tidak berapa sebok di sekolah, kami akan lari sekejap-sekejap ke hospital memandangkan jarak antara hospital dan sekolah hanya lebih kurang 15 minit perjalanan.

Bagi pihak keluarga Hj. Ismail Hj. Mohd Amin, kami memohon maaf kepada saudara mara terdekat kerana lewat memberitahu keadaan ayahnda. Ya, kami faham ada yang sangat marah kerana tak memberitahu ayahnda mengalami kemalangan. Tapi tolonglah jangan menghentam kami, ayahnda dan bonda sendiri yang tak mahu memberitahua tidak mahu menyusahkan sesiapa. Sekarang ayahnda ada di rumah agam kami, jadi bagi sesiapa yang mahu datang melawat bolehlah terus datang.

Pagi tadi kami membawa ayahnda ke Tabib Cina di Ungku Mohsin. Bagi warga Johor, tabib ni sangat popular dalam merawat patah-patah tulang, terseoiuh dan sakit sendi. Mengikut jadual, ayahnda akan masuk wad sekali lagi di Hospital Kulai pada 22 May ini untuk operasi memasukkan besi. Tapi, ayahnda tak mahu menjadi robocop dan telah membuat keputusan merawat tulang tangannya yang patah secara tradisional.

Doakan kesihatan ayahnda saya...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 comments:

NinaAz said...

Semoga cepat baik yeaa. Amin

Unknown said...

alhamdulillah...smoga pulih seperti sdia kala :)

Anonymous said...

Semoga cepat baik :)

Bunda_nora said...

Alhamdulillah semoga cepat sembuh..

Miss N™ said...

uu..takutnya nur tgk jahitan dekat kaki tu...

walaupun sibuk, akak masih sempatkan jenguk ayah dan bonda di hospital...

kasihredha said...

Smoga cpt sembuh
Takut tengok jahitan di kaki tu

Chic Na said...

Alhamdulillah.. dah semakin sembuh. kalau dapat sembuh dgn rawatan alternatif tu better la kot dr letak besi. huhu..

LYAfrina said...

alhamdulillah.. smoga ayah akak akan pulih sepenuhnya... seriau tgk jahitan tu

eMMe said...

Alhamdulillah... nampak Ayah Kak Nina dah sihat, moga makin sihat..
aduihh... kaki saya lak berdenyut tgk kaki berjahit tu..

emarieys said...

semoga ayah akak cepat sembuh

Mulan said...

get well soon ayahanda....

seriau tengok stitches kat kaki tu...

are_lin@yu said...

alhamdulillah..moga cpt sembuh lka tu ya..tkt tgk jhitan..huhu

Mrs Velentine said...

alhamdulillah semoga luka tue cepat sembuh

9n0L4 said...

alhamdulillah kak. mesti berkat doa anak anak soleh ni. :)

Kakzakie Purvit said...

Kakak dapat merasakan kesan bila ayah accident. Apa yg penting ayah-bonda memahami dan ayah beransur baik. Tabib cina di Ungku Mohsin siapa tak kenal kan.

Insya-Allah ayah akan sembuh seperti sediakala walau akan ambil masa sikit.

Unknown said...

alhamdulillahh.. ish seriau lak deqla tgk bekas jahitan tu...

Anonymous said...

syukur alhamdullilah, moga ayah sembuh segera yer

Masha Meisters said...

hyy kak cim....rindu la nak celoteh2 kat sini....hehe
masah dah balik ni...buat ler kain rentang sikit...

semoga ayah cepat sembuh ye...insyaallah

Unknown said...

semoga cepat sembuh..
please follow my blog.
http://sascima78.blogspot.com/
TQ

Tie HT said...

moga cepat sembuh sepenuhnya, insha Allah, take care yea

cho_zila said...

semoga cepat sembuh... mungkin sedara maratu prihatinkan .. tapi tuler kadang2 nak terlampau prihatin menyakitkan hati...

Si Matatajam said...

Semoga Ayahanda kak Niena cepat sembuh dan sentiasa dilindungi Allah swt..Aaminnn..

lia said...

salam, tabib cina kat mana ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...