28 April, 2013

Cuticuti Giveaway-Diari Aima



Tak kira....nak up juga entry untuk support GA Aima. Harap Aima dapatlah pertimbangkan kelewatan saya ini. Tapi, saya tak kesah pown kalau tidak tercalon, just memberi sokongan saja kepada GA yang Aima anjurkan semoga lebih meriah.



So....meh ramai-ramai klik banner Aima untuk ke GA Cuticuti Giveaway-Diari Aima

Syarat-syarat penyertaan ada tertera di sana. Tapi kalau nak joint....sorry dah tamat tempoh. Hehehe...

Kalau cerita pasal cuti-cuti ni, memang saya suka bercuti. Sejak berkahwin, dah banyak tempat saya pergi bersama en.Hubby. Kadang tu kami pergi berdua jer tak bawa anak-anak. Kenapa saya kata sejak kahwin, sebab saya bukannya datang dari keluarga yang senang. Adik beradik taklah ramai sangat, cuma 5 orang jer. Ayahnda dulu tak ada kenderaan yang sesuai yang boleh bawa kami bercuti makan angin. Kalau nak pergi jauh-jauh ke negeri orang pown memanglah payah sebab itu semua kos. Keluarga saya sangat mementingkan pelajaran daripada hal-hal lain. jadi, saya sangat bersyukur bila en.Hubby selalu bawa saya cuti-cuti ke tempat idaman saya.

Tapi semenjak kami berdua sambung balik pengajian sambil bekerja, masa untuk pergi cuti-cuti dah berkurangan. Bukan tak ada langsung, cuma jarang la, dan cuti-cuti pown tak lama, hanya hari minggu sahaja. 

Kalau bercakap pasal Outfit.....memang saya akan duduk depan almari baju mikir nak pakai apa sepanjang percutian. Saya akan bawa baju secukupnya dan kalau boleh akan bawa baju atau seluar yang boleh recycle semula, kira mix & match laaa, yang penting tak akan nampak sangat saya pakai baju yang sama lebih-lebih lagi bila ada rakaman gambar atau video. tapi yang penting baju-baju yang saya bawa tu sesuai dengan tempat yang kami nak pergi.

Masa saya bercuti di Singapura tahun lepas dan yang pergi sebelumnya juga, saya ada up beberapa entry;
4. UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE




Boleh lihat laaa, semua baju yang saya pakai bersesuaian dengan keadaan. masa Gala Dinner tu memang kena pakai dress dan bertopi. Jadi saya sesuaikan baju dengan topi. Siang hari sewaktu meneroka ke dalam USS memang lebih mudah pakai jeans. Saya sesuaikan dengan kemeja putih sebab tudung saya berwarna-warni. Kalau perasan, tudung tu saya pakai pada malam gala dinner tue, cuma saya pusingkan warna tudung tu. Masa datang memang kami pakai T-Shirt sedondon kaler purple, dan....saya pakai jeans yang sama masa masuk ke USS tue. Haaaa, tak perasan kan... dan yang baju pink tu sewaktu saya pergi pertama kali ke USS bersama kawan-kawan (solo).

Masa saya mengikuti en.Hubby ke program yang dianjurkan pejabatnya pown saya ada up beberapa entry;
1. FAMILY DAY JPPH 2012 PART 1
2. TIARA BEACH RESORT MINI FAMILY DAY
3. ROMBONGAN PUSPANITA JPPH-KLUANG
4. PUSAT REKRIASI GUNUNG LAMBAK



Boleh lihat juga, saya tak ada specific outfit atau pakaian kegemaran (pergi mana-mana mesti pakai baju tue). Saya akan pakai mengikut kesesuaian. Kadang mereka nak kita pakai warna sedondon, jadi sebelum pergi tu mesti akan jalan-jalan cari baju yang sesuai.

Pulau Tioman...saya dah pergi Tioman beberapa kali dan ada banyak entry saya di Tioman sebab saya suka Tioman. Pergi tempat-tempat macam ni (pulau) memang tak perlu nak bergaya sakan. Saya akan pastikan pakaian yang saya bawa tue sesuai dan senang untuk saya bergerak. yang paling penting tak perlu bergosok (iron).





Yang baju ni saya purposely beli untuk Hawaiian Dinner, masa pertama kali ke Tioman bersama en.Hubby. Selepas inilah saya ke Tioman beberapa kali sebab sudah jatuh cinta dengan keindahan Pulau Tioman.


Masa saya ke sabah & Sarawak juga ada up beberapa entry;


Saya juga pernah pergi jauh sikit, keluar dari tanah melayu ke Pulau Karimun;
1. BEREKSPLORASI DI PULAU KARIMUN
2. PULAU KARIMUN PART 1
3. PULAU KARIMUN PART DUEX

 

Sewaktu di Pulau Karimun, memang tak banyak ambil gambar sendiri. Yang ada ni masa sedang posing try-try nak bawa boat. Baju ni sedondong dengan en.Hubby pada hari kejadian. Huhuhu....

Seperti yang saya katakan tadi, saya tak ada pakaian feveret sebab kebiasaannya bila saya nak pergi bercuti saya akan cari baju yang mudah pakai  dan sesuai dengan keadaan. Kadangkala beli baju baru terus untuk sesuaikan dengan tempat & acara yang akan saya sertai.

Owh yaaaa....sewaktu saya type entry ni....saya sedang memakai baju hijau dalam gambar bawah ni, sebab saya petang tadi dari Johor Bahru ke Batu Pahat, sampai terus tengok bola JDT lawan Perak (alaaaa JDT kalah 3-0 tue), sampai sekarang dah nak pukul 2 pagi belum mandi. Umah kampung ni sejuk laaa, tak berpeluh pown. Dalam gambar ni saya sedang posing di Sabah pada 2008, so dah 6 tahun baju ni masih elok dan saya masih pakai buat berjalan, belum masa jadi baju basahan lagi.


** Ada banyak lagi tempat percutian yang saya pergi tapi tak update di blog ini. almaklumlah, start berblog baru beberapa tahun kebelakangan ni, tambahan lagi ada facebook, Twitter, Instagram, yang baru-baru ni WhatsApp dan WeChat.

Haaa Aima, macam mana, entry saya diterima tak?




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

6 comments:

Chic Na said...

harap2 diterima. hihi.. ;)

Unknown said...

akak terlmbt join ke? tp cantik smua gmbr... nmpk selesa akk berpakaian tu... ;)

Mrs Velentine said...

good luck kak

Mrs Velentine said...

kenapa tak diterima..apapun good luck

Miss N™ said...

seronoknyaaa..!
best dapat jalan2...pertama kali nur dengar pulau karimun...

dan pulau tioman tu, salah satu pulau nur teringin gak nak pegi...

9n0L4 said...

yg ni pun tak sempat join. huhu. byk tmpt dh akak gi. mest seronok kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...