29 October, 2013

Petikan Doa Luqman


Assalammualaikum.... wbt.

Dikala malam semakin larut, mata saya pula semakin bundar, memikirkan apa yang akan jadi pada masa depan, adakah ia masih bewarna warni, ataupun disurami sepi. Apa yang saya lihat, saya cuba sampaikan dengan pelbagai cara, dari yang bersudut neraka hingga ke arah syurga.

Walaupun apa kaedahnya, manusia akan tetap berkata negatif mengenainya. Tiba-tiba teringat kisah Luqman, anaknya dan keldai sewaktu berjalan bersama ke pekan. Kisah ini sangat popular....pasti ramai yang tahu mengenainya. Carilah kisahnya....anda pasti tersedar terbuka mata dan akan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang mendengar kata-kata cerca.



Petikan Doa Luqman....saya kongsikan, sama-sama kita hayatinya.


Ya Rabb…………………..
Yang Maha menggetarkan hati
Alangkah indahnya bermunajat kepada-Mu
Membangkitkan bulu roma
Menitiskan air mata haru
Mengharap 'liqa' wajah Mu

Menjadi sifat Mu melindungi ku
Menjadi sifat Mu menyayangi ku
Satu diantara ciptaan Mu yang tiada terhitung
Dan menjadi hak bagi ku mendapatkan pencipta sebaik Engkau
Dengan segala kemahuan Mu
Yang tak akan ada yang bisa membandingi
Dengan segala kekuasaan Mu yang tiada berbatas
Dengan segala kekuasaan Mu yang tiada bertepi


Alangkah indahnya……………….
Membayangkan Engkau tersenyum kepadaku
Membayangkan Engkau mengembangkan tangan
Tanda menerimaku……………….

Ya Rabb......................
Aku tahu Engkau peduli
Tidak pernah Engkau berpaling
Tidak pernah Engkau menuntut kewajiban atas diri ku juga semua mahluk ciptaan Mu
Untuk Bertasih, bertahlil, bertahmid dan berzikir mengingat Mu
Kecuali demi kebaikan si pengingatnya
Ku tahu Engkau takkan pernah perlukan sesuatu dari ciptaan Mu

Ya Rabb.......................
Basahi bibir ku dan hati ku dengan asma Mu
Biar aku dan setan kawan lama ku tahu
Kalau Engkau memberi tanda di lidah dan hati ku
Tanda sebuah kasih tanda sebuah sayang
Engkau Pemilik Kasih, Pemilik Sayang
Engkau Pemilik Segala Pertolongan

Biarlah..........................
Apapun biarlah
Siapapun biarlah
Selama mana ku yakin Engkau selalu ada di sisi ku
Jauhkan setan dan pikiran-pikiran jahat ku
Yang mengibaskan gangguan mereka terhadap ku
Agar aku tidak percaya
Bahawa rahmat Mu lebih besar dari timbangan marah Mu
Bahawa ampunan Mu lebih besar dari timbangan siksaan Mu

Apalagi dosaku……………….
Biarlah………………………….






**Petikan dari Ustaz Yusuf Mansur**

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 comments:

Anum said...

alhamdullilah

Faaeinz said...

Banyak peringatan yang boleh kita dapat dari kisah Luqman kan.

Terima kasih atas perkongsiannya.
Secara tak langsung kita pun baca doanya.

Kakzakie Purvit said...

Kisah Luqman, anak dan unta memang selalu dijadikan motivasi. Manusia tak boleh lari dari nak memberikan komen. Ada yg kata begini betul, ada yg kata begini salah. Ada pula kata begitu salah tapi ada pula kata begitulah yg betul..

SO yg penting buat yg berlandaskan syariat Islam jgn fikir lain lagi...

Unknown said...

kisah yg jd pedoman...

Dr K said...

Anak sulung saya bakal sambut besday nya yg ke 5, esok..Insya Allah...

Insya Allah, saya akan mula kan bercerita kisah kisah Nabi, sirah Rasul SAW, dan juga kisah Luqman ni padanya :)

Cik Ai said...

in shaa Allah..selagi hidup kita berlandaskan syariat islam..dgn restu ibu bapa..pasti Allah permudahkan jalan menuju ke syurga :)

Miss N™ said...

insyaAlllah...selagi kita taat pada Allah, selagi itu Allah sentiasa dengan kita...

Unknown said...

terima kasih sudi berkongsi kak.. cantik permandangan tu..

lelamaisara said...

Insyaallah kak....nice sharing.. cantik pemandangan tu kak...

Unknown said...

wah..syahdunye...Allah sentiasa bersama kite kan kak...

Anonymous said...

terima kasih sudi berkongsi yer

Anonymous said...

sy mntk maaf,sy nk tny stu soalan la kak..dr mne akak dpt sanad doa dr luqman ni?sy mnta maaf lg sekali ya kak.sy hny nk tau.

RIZZNA said...

adik Anonymous,
its ok. Sanad Luqman ni CiM baca dari sebuah laman sosial pd mlm tu, di kala itu CiM td dpt lelap kan mata. CiM olah ke bahasa Melayu kerana ianya ditulis dlm bahasa indonesia.

nnti CiM cari semula linknya dan edit di n3 ini.

maaf sekiranya jawapan ini tdk memuaskan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...