08 August, 2011

08 Ramadhan 1432, Adam Danish berumur 08 Tahun


Hari ini Danish mencecah umur 8 tahun. Tak sangka pula begitu cepat masa berlalu. Danish membesar dengan sihat, cergas dan cerdik. Mama & Papa sangat bersyukur ke atas kurnia Allah yang tak ternilai ini.

Hari Jumaat lagi Mama dah berbincang dengan Papa mahu membawa Abang pergi berbuka di tempat istimewa, yang penting Abang pasti suka tempat tue. Tempahan dibuat sejak dari hari Jumaat sebab kita nak berbuka pada hari Ahad iaitu sehari awal dari sambutan hari lahir Abang. Kalau tak tempah awal, pasti kita tak dapat berbuka di situ. Sejak hari Sabtu lagi Abang & Adik tak habis2 cakap pasal supprise Mama & Papa. Sangat excited dan tak sabar menunggu harinya tiba.

Masa dalam perjalanan ke tempat 'supprise', masing2 berteka-teki tempat yang hendak dituju. Bila kami hampir sampai, Adik & Abang bagaikan mengagak kami akan ke bangunan besar yg berada dihadapan kami. Walhal bangunan tersebut masih jauh lagi, cuma nampak dekat kerana ia besar.

Tiba2 Adik meneka; "haaaa...Adik tahu...." pelan2 dia keluarkan ayat "kita..... nak..... pergi..... serroping..... keromperex..... yg besar tu. haaaaa.... Tesco!!"

Hehehe....apa lagi tergelak besarlah kitorg dengar dia cakap. Mama plak jawab, "apa barang pergi Tesco?" tanpa sedar bangunan besar tu memang ada Tesco kat dalamnya. Huhhh....nampak aja mata si kecik nih. Rupa2nya, dia dah nampak banting sejak awal lagi masa kami dalam perjalanan.

Tempat supprise yg kami nak tuju adalah di........

SEOUL GARDEN - KSL CITY



Muka budak kelaparan, tak sabar nak berbuka.

Rencah masakan yang pertama

Masak dulu, kejap lagi Azan dah boleh makan

Makan Mee guna sebatang chopstick

Abang sedang tunggu makanan siap dimasak

Chef of the day

Birthday Boy baru nak start makan

The last on the first round. Pergi solat dulu....

Masak lagi lepas solat Maghrib.

Papa dah nak siap makan. Tinggal telur je.
Lepas ni... makan ice cream plak

Wahhhh.... ni ice cream Mama

Si kecik ni memang pantang dapat ice cream

Bila perut dah kenyang... mengadap game zombi pulak



Danish siap request goodies lagi untuk kawan2 dia di sekolah. Disebabkan tak plan apa2 coz dia baru cakap, ini saja lah yang ada yea Abang... nasib baik ada Tesco.


* Pasti ini akan menjadi bacaan pengimbas memory abang bila besar nanti.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

6 comments:

amranaiman said...

selamat ari lahir :D

blog-tips-kurus said...

jadi anak soleh ye..;)

*seronok tak p talk IK tu? FOC ke?

RIZZNA said...

TQ Amranaiman

RIZZNA said...

btk; terima kasih.

* seronok, hurmmm bayaran tue...rasanya awakpun tahu berapa. tapi ada jugak yg free (adalah sekali 2)

Dhenok said...

udangnya menggugah selera.. :D

happy b'day Danish

RIZZNA said...

TQ Dhenok, di Indonesia ada Seoul Garden enggak yaaa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...